1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya?
Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dll?
Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam?
Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.
Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
Kredit : Fariza Nurbaya
#panduankeibubapaan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata-kata bijak lucu」的推薦目錄:
- 關於kata-kata bijak lucu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於kata-kata bijak lucu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於kata-kata bijak lucu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於kata-kata bijak lucu 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於kata-kata bijak lucu 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於kata-kata bijak lucu 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於kata-kata bijak lucu 在 53 Quote Kata Kata Bijak Lucu ideas - Pinterest 的評價
- 關於kata-kata bijak lucu 在 kata kata Motivasi ,bijak , lucu MR kujep... - Facebook 的評價
- 關於kata-kata bijak lucu 在 Kata Bijak lucu Terbaru, Gokil, Ngakak, Humor, Cinta, Konyol 的評價
- 關於kata-kata bijak lucu 在 Gambar Kata-kata Bijak Lucu - YouTube 的評價
kata-kata bijak lucu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Tular video anak pukul ibunya..
1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya?
Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dll?
Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya.
Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam?
Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam.
Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
4. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga.
5. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
6.. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.
7. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
8. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
9. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
Kredit: Tuan empunya artikel (Sila PM kami untuk kredit)
-------------------------------------------------------------------
Jika anda merasakan info/perkongsian kami ini berguna, LIKE dan SHARE page ini agar kami dapat kongsikan banyak lagi info-info Parenting daripada netizen dan admin2 yang mempunyai ilmu dan pengalaman dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"
Kredit :
Like kami: Ibu Bapa Prihatin
kata-kata bijak lucu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Kisah laki bini part 1225
-------------.
Terperangkap dalam kesesakan jalan raya, letih menjadi dua kali ganda, mengantuk juga bertambah tambah, dan perasaan bosan semakin menebal.
Macam mana nak atasi masalah ni?
Nak tak nak para penumpang hendaklah membantu pemandu kereta agar mereka tidak bosan, tidak mengantuk dan selalu bertenaga.
Jadi kepada Bini, ya, kamu.., jangan sibuk nak tidur, sebab biasanya yang memandu adalah suami, maka kamu para bini sekalian, sila cari tip untuk bantu pasangan anda yang sedang terperangkap dalam kesesakkan jalan raya agar tidak bosan, tidak mengantuk, dan selalu bertenaga.
Cara terbaik adalah ambil tahu apa yang suami korang minat, study minat suami sebelum bertolak balik kampung, alahai macam wartawan berkaliber sebelum sesi wawancara , bila cukup semua maklumat, terus ajak laki korang borak waktu memandu dengan tanya seolan yang mengghairahkan encik laki untuk menjawab, contoh suami korang minat bola, cuba ulas pasal Germany is the better team forever, Atau buat buat bijak dengan quote kata kata Gary Lineker, "Football is a simple game; 22 men chase a ball for 90 minutes and at the end, the Germans win-woha!"
Tapi kena buat dengan ikhlas, jika korang tak study betul betul minat laki korang, karang ada tanya soalan merepek seperti kenapa JDT tak joint? Dan kenapa satu bola sahaja di padang, kenapa tak dua biji? Hampeh! Laki yang sedang penat pegang stereng kereta, ada yang pecahkan cermin padang belakang karang, adohai..
So cara lain, tanya laki apa lagu dia minat, korang pun cari lirik dalam internet, dan menyanyi kat laki, jika kena dengan suara dan mod, segar bijik mata laki kau, dan mungkin akan berduet, wah meriah meriah.
Tapi jika laki korang anti hiburan dari isteri (sebab suara korang tak sedap), korang kena tanya soalan soalan yang suami korang terer, seperti sejarah keluarganya, tanya rumah mak tu siapa bina? Kenapa pak long cat rumah warna ungu?, kenapa jiran tu buat menu sama setiap kali raya?, kenapa along dengan achik adik abang tak bertegur sapa?, contoh lah tu kan, cerita bab sejarah ni, jika kena dengan soalan, tak pernah habis nak di cerita.. sedar sedar dah sampai destinasi dituju.
Jika laki korang jenis ulat buku atau kaki tengok movie pulak, kerja korang menjadi senang, sebab mereka deep inside suka share pengalaman membaca buku dan tengok movie, jadi susun soalan elok elok, dan bersiadialah untuk dengar mereka buat ulasan buku atau ulasan filem. Layan jangan tak layan. Sambil tub aca trivia filem kegemaran laki di Imdb, bertambah best.
Ok, Jika laki korang jenis hafal Al quran pulak, korang boleh suruh dia baca dan korang semak, atau bantu dia hafal makna pulak, korang bukak tafsir, laki mengaji dankorang tafsir makna dengan kefahaman agama sedia ada.
Tapi, laki saya jenis pendiam,. Macam mana cik Hamka?
Ok, nampaknya korang kena kreatif, seni ajak orang borak ni perlu pada skill dan kesabaran sama, korang boleh tengok sekeliling dan cari maklumat “tahukah anda”, contoh korang Nampak Mc Donald, korang pun search asal usul Mc Donald di Wikipedia, dan cerita kat laki korang. Nampak KFC, korang boleh cerita suahnya pakcik rambut putih cari modal nak meniaga ayam goring, atau korang nampak Nama tempat yang pelik, Batang Berjuntai contohnya, korang terus search asal usul nama itu dan borak dengan laki korang, “tahukah anda” ni salah satu subjek yang menarik di borak waktu boring. Serius.
Oh ye, Penting penting penting! Jangan ada unsur negative dalam borak korang bersama laki masing masing, sebab percakapan negative akan menarik tenaga minda dan buat laki korang akan lebih cepat penat,
contoh percakapan negative, adalah percakapan yang ada unsur tidak bersyukur (kompen dan salahkan semua orang) , percakapan mengumpat (kutuk semua orang) dan lain lain yang negative, elakkan, nanti otak cepat letih, dan mula memandu dengan cara yang merbahaya, pastikan topik di borak kearah Bersukur walau dengan sekecil-kecil nikmat, dan sabar walau dengan sebesar besar ujian.
Ingat tak apa mat salleh buat pada hari Kesyukuran, sebelum makan mereka cerita tantang nikmat hidup dan berterima kasih kepada tuhan walaupun nikmat hidup itu kecil, jadi kita orang islam, lagilah nak kena cerita tantang nikmat hidup dan bersyukur tidak terhingga kepada Allah walaupun nikmat hidup itu kecil, janji Allah, nikmat hidup ini siapa yang syukur akan di tambah nikmatnya.
Akhir sekali, semua orang suka pujian, ambik peluang dalam kereta untuk puji laki korang, pujian ikhlas yer, jangan buat buat.
Sebagai penutup, jika korang dah habis idea, boleh bacakan buku pada laki korang yang sedang memandu, buat drive time strory pada laki macam korang buat bedtime story pada anak, Cuma bezanya, cerita bed time story untuk tidurkan anak, sedang drive time strory untuk segarkan pemandu.
Untuk itu cari buku yang lucu, lawak, yang ada teka teki, yang ada ayat power, yang ringkas santai dan ada falsafah hidup yang deep. Cari buku macam tu dan bacakan pada laki korang. InsyaAllah perjalanan balik kampung korang akan lebih bermakna.
Apa? Tak tahu nak cari buku tu kat mana?
Hmmm, dari review pembaca, buku KISAH LAKI BINI terbitan Buku Pojok Karang kraf sesuai dan sangat menepati sebagai rujukan dalam Drive time story.
Buku kisah LAki Bini menceritakan kisah suami isteri memandu selama tiga hari tiga malam nak pergi kenduri kahwin yang jauh, dalam kereta di jalanan, mereka di uji dengan pelbagai ujian, seperti langgar kereta orang, tayar pancit, bateri habis, langgar monyet, tolong orang lain kemalangan dan kemuncak perjalanan, terperangkap dalam tunjuk perasaan hingga kena kejar dengan polis, macam macam hal.
Buku tu adalah hasil karangan Hamka Kereta Mayat Eh? Punyalah panjang aku tulis tip teman laki korang menandu, rupanya hujung hujung promote buku sendiri. Kebenaran apakah ini? Woha!
Okey, serius sikit, Buku lain pun okey untuk di baca, tak semestinya Buku KISAH LAKI BINI sahaja, korang boleh baca buku lain seperti KISAH ANAK BINI, banyak teka teki dan menjawab soalan yang mencabar minda, buku MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA pula (terbitan Sentap press), banyak info hari akhirat, dan sains serta kaitan dengan agama, buku ALMOND LONDON dan GAY, (terbitan Dubook) banyak info dunia lelaki yang pelik, SEMUSIM DI SYURGA, banyak info tazkirah santai, SEMUSIM DI NERAKA,(terbitan Terfaktan media) banyak info tazkirah sentap.
Atau nak cari buku mirip KISAH LAKI BINI, boleh baca KAMAR SUTERA dan PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI.
Buku tu semuanya di tulis oleh HAMKA KERETAMAYAT jugak,-woha!
Ha ha ha, dah lah tu aku merepek, balik balik, promote buku sendiri tak habis habis, adohai..
Ok, selamat Hari raya, maaf zahir dan batin, selamat balik bekerja, selamat memandu, dan selamat teman suami memandu dengan membacakan mereka buku yang menyegarkan mata suami anda insyaAllah,. Baca buku bank pun boleh- woha!
Ps:saya bila jem. Tukar kerusi dengan puan bini, biar dia pandu sambil saya update FB. Ke ke ke.
kata-kata bijak lucu 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
kata-kata bijak lucu 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
kata-kata bijak lucu 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
kata-kata bijak lucu 在 Kata Bijak lucu Terbaru, Gokil, Ngakak, Humor, Cinta, Konyol 的推薦與評價
... <看更多>
kata-kata bijak lucu 在 53 Quote Kata Kata Bijak Lucu ideas - Pinterest 的推薦與評價
2019 Jun 20 - Kumpulan Kata Kata Bijak Lucu Sarat Makna. See more ideas about kata-kata bijak, bijak, kata-kata. ... <看更多>