Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global - Siri Ke 5
Mohd Danial Madani (MDM)
Saya perhatikan Datuk mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab dengan baik. Tetapi saya dengar cerita, semasa Datuk masih belajar di Kolej Islam Klang, Datuk tidak berminat dengan subjek bahasa Inggeris dan matematik, betul ke? Apakah rahsia kejayaan di sebalik itu sehingga mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekaligus mampu menulis beberapa buku dalam bahasa Inggeris yang mana tidak ramai yang dapat menguasainya dengan baik?
Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)
Tajuk bahasa Inggeris ini memang ada kisah suka dan duka. Juga kebodohan dan ketidakmatangan saya di masa yang lalu. Kita tidak boleh patah balik ke zaman lampau. Kita hanya boleh membuat apa yang terbaik untuk menutup dan mengganti (redeem) apa yang kurang dan salah. Dalam al-Quran disebut bahawa kebaikan akan menghapuskan keburukan masa lampau. Itulah cara menebus kesalahan dan kelemahan masa lepas.
Saya memang suka belajar bahasa Inggeris semasa zaman kanak-kanak. Siapa yang tidak suka belajar bahasa asing? Mesti rasa bangga dapat mengutip beberapa patah perkataan kemudian menulis dan bercakap. Belajar di aliran sekolah Melayu dan Arab, bahasa Inggeris mudah dipinggirkan oleh para pelajar. Saya tidak termasuk golongan ini. Nasib baik saya masih suka belajar bahasa Inggeris. Namun, saya putus asa di pertengahan jalan kerana saya tidak ada motivasi dan inspirasi untuk benar-benar menguasai bahasa Inggeris.
Kenapa saya 'give up'? Bila anda tidak boleh menyelami sesuatu bahasa dan memahaminya dengan agak baik, anda akan menyisihkannya dalam diari kehidupan anda. Bagaimanakah cara untuk mendapat motivasi ini? Jawapannya ialah cara pendidikan yang sepatutnya lebih menarik dan cara 'bermain'. Pengajaran bahasa bukanlah pengajaran ilmu tetapi pengajaran diri dan sikap manusia itu sendiri. Mungkin di zaman 1970-80an, pedagogi dan mungkin bajet untuk cara pendidikan begini belum ada lagi.
Cuma saya rasa ia adalah mencukupi kalau pada masa itu, pelajar diminta baca novel kehidupan dan bukannya cerita tentang 'seorang peladang menternak lembu dan lembu-lembunya membiak dan memberi kegembiran kepada seluruh ahli keluarga penternak'. Saya masih ingat itulah teks bahasa Inggeris pada masa itu. Tidak menarik dan bukan satu novel atau pengkisahan kehidupan.
Kenapa saya sebut dan buat rujukan khusus kepada novel ialah kerana saya benar-benar menguasai bahasa Inggeris melalui pembacaan novel dan juga biografi kehidupan. Saya akan jelaskan bagaimana novel menjadikan saya 'befikir' cara bahasa Inggeris.
Izinkan saya berkongsi tentang sikap bodoh saya waktu belajar di Kolej Islam Klang (1980-1983). Tahap bahasa Inggeris saya waktu di Tingkatan Empat adalah dalam tahap kedua terbaik dalam kesemua 6 tahap. "Not bad at all". Dalam SPM, saya hanya lulus bahasa Inggeris tanpa pujian. Di Tingkatan Enam Rendah, kena duduk ujian tahap bahasa Inggeris sekali lagi. Di sinilah sikap kebodohan saya timbul. Saya sengaja tidak menjawab semua soalan dengan betul dengan harapan mendapat tahap yang paling ke bawah. Jadi tak perlu belajar dengan baik dan bersungguh. Saya dapat tahap paling corot dalam semua tingkatan. Memang saya dapat apa yang diharapkan. Senyum kepuasan tapi kosong. Sebenarnya saya menikam diri sendiri dengan buluh berbisa dari belakang.
Apabila tamat belajar di Kuwait, saya ditawarkan bekerja di Universiti Malaya (Akademi Islam). Saya terus menerima sebab saya suka mengajar dalam bahasa Arab. Saya ingin menyambung Master dan PhD dalam bahasa Arab di negara Arab. Itu tekad saya. Setelah 6 bulan, saya difahamkan bahawa tiada peruntukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam tempoh terdekat. Sekarang saya tersepit. Satu-satunya universiti yang ada peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Saya tiada pilihan melainkan berpindah ke UIAM. Semuanya okay di UIAM melainkan semua urusan surat menyurat dan komunikasi adalah dalam bahasa Inggeris. 'Kiamat kecil' telah berlaku dalam kehidupan saya. Kecut perut selalu. Saya tidak faham kebanyakkan surat yang saya terima. Selalu kena tanya rakan sekerja apa mesej surat tersebut. Ada yang sombong di kalangan rakan sekerja. Mereka kata "Hang tak sepatutnya masuk UIA, lebih baik kat Universiti Malaya sahaja". Tak cukup dengan kata-kata itu. Mereka sambung, "Lebih baik beli kamus bahasa Inggeris untuk faham surat menyurat!". Kehinaan yang amat sangat. Menyesal pun ada apabila saya menyeberangi dari zon selamat kepada zon tidak selamat.
Terdetik dalam sanubari dan hati yang terluka dalam bahawa saya tidak boleh patah balik. Macam cerita Tariq bin Ziyad bakar kapal untuk memasuki Andalusia. Itulah pengajaran yang mahal. Saya terus bertekad untuk tidak bergantung pada orang. Kena bina kekuatan diri sendiri.
Saya ambil kesempatan untuk belajar kedua-dua peperikaan kelayakan Inggeris TOEFL dan IELTS. Saya belanja 60% dari gaji saya hanya untuk dua kursus ini. Sungguh perit. Jarang atau mungkin tak ada orang yang sanggup membuat begini hanya sekadar memahami bahasa Inggeris dan melengkapkan keperluan bahasa Inggeris untuk tujuan menyambung pelajaran ke UK dan Amerika. Alhamdulillah, saya dapat melepasi keperluan ke UK dan Amerika. Inilah landasan bahasa Inggeris saya yang pertama. Sekali lagi, saya berjaya apabila ada tekanan dan cabaran. Saya suka cabaran.
Di peringkat Phd di St Andrews, saya masih belajar bahasa Inggeris di Pusat Bahasa selama setahun. Fokus saya ialah cara menulis dan grammar. Ramai yang tidak mahu masuk Pusat Bahasa. Kenapa perlu masuk Pusat Bahasa kalau sudah cukup kelayakan bahasa Inggeris? Saya berbeza. Saya dapat bergaul dan berinteraksi dengan ramai pelajar dan dapat praktis bahasa Inggeris saya melalui latihan-latihan penulisan. Fokus saya bukan bercakap tetapi memahami dan menulis. Lagi pun kelas ini percuma dan diajar pula oleh guru yang terlatih lebih dari 20 tahun pengalaman berinteraksi dengan pelajar yang bukan asal orang Inggeris. Saya terus ambil kesempatan untuk menampung apa sahaja kelompongan dalam bahasa Inggeris. Kelompongan yang hanya 20% lebih baik dari kelompongan 50%. Sudah tentu.
Walaupun saya ikut kelas bahasa Inggeris, saya tidak boleh menulis dengan baik. Apa strategi saya? Saya telah baca hampir lebih dari 100 buah tesis PhD yang ditulis dalam bidang Syariah di seluruh dunia dalam masa 6 bulan. Saya juga baca banyak artikel ilmiah lebih banyak dari buku teks. Bahasa artikel ilmiah ini lebih tepat dan menarik untuk tulisan ilmiah. Saya catit semua bentuk cara penulisan dan artikulasi. Berapa banyak? Banyak sangat-sangat. Saya masih simpan catitan ini sehingga sekarang. Bagaimana kita boleh ingat frasa bahasa Inggeris kalau tak dicatit. Kita bukan orang Inggeris!
Apabila saya buat semua ini dan ditambah lagi pembacaan intensif yang ditambah selepas 6 bulan, saya dapat rasai saya boleh menulis dengan baik dan juga laju. Dalam tempoh 2 tahun, saya sudah siap draf pertama tesis saya lebih kurang 400 muka surat. Saya gunakan baki setahun untuk rapikan penulisan, fakta ilmiah dan cara penulisan. Yang lebih penting lagi, saya gunakan masa itu untuk bekerja separuh masa untuk mengajar pelajar-pelajar Eropah dalam ijazah pertama bahasa Arab mereka. Di samping dapat wang saku tambahan (dalam matawang pound sterling), saya dapat berinteraksi dengan pelajar dalam bahasa Inggeris.
Kalau di Kuwait, saya bekerja separuh masa dan sepenuh masa (untuk mantapkan bahasa Arab), saya lakukan aktiviti yang sama semasa belajar diperingkat PhD. Ia banyak membantu membina kemampuan bahasa Inggeris. Namun, saya masih gugup dan gementar menyampaikan ucapan atau pembentangan dalam bahasa Inggeris. Saya perlu merungkai dan membunuh virus ketakutan. Saya dapat peluang membentang di Southampton Universiti dalam satu seminar. Takut dan gementar. Tapi selepas daripada pengalaman itu, personaliti baru saya timbul. Pantang ada peluang untuk bentang apa sahaja, sayalah orang pertama yang akan memohon untuk menulis dan membentang dalam bahasa Inggeris. Apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah.
Selepas berada dalam dunia akademik dan juga praktis serta juga terlibat di atas persada antarabangsa untuk beberapa tahun, saya perlukan cara bahasa Inggeris yang baru. Bukan akademik dan bukan juga bersantai. Kombinasi antara kedua-duanya. Saya dapati novel-novel dan biografi dalam bahasa Inggeris amat sesuai dengan bahasa Inggeris yang ingin saya kuasai dan kalau boleh, menulis buku dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua bahan bacaan ini berjaya melahirkan skill gaya bahasa yang baru ditambah dengan bacaan tersusun Readers Digest, National Geographic, Times dan Economist. Saya juga minat suratkhabar Star cetakan hari Sabtu bahagian trevelog dan lifestyle. Semuanya dibaca dengan cermat, dihayati dan dicatit kemas.
Ringkas cerita, saya kuasai penulisan bahasa Inggeris dengan membaca bahan bacaan yang tersusun dan terpilih. Saya juga aktif memberi pembentangan dalam bahasa Inggeris di seluruh pelusuk dunia untuk saya menguasai gaya percakapan dan pembentangan. Anda mungkin berpandangan pembentangan saya dalam bahasa Inggeris agak baik buat masa sekarang. Tapi adakah anda sedar betapa susah dan rumit untuk saya membuat pembentangan dalam siri 10 pembentangan saya yang pertama 20 tahun yang lepas? Orang Inggeris kata "Butterfly in the stomach".
Bagi saya, bahasa adalah ilmu yang hidup. Ia akan hidup kalau pelajarnya ada nadi kehidupan untuk belajar dan menghayati keindahan bahasa tak kisah apa bahasa pun. Adakah saya puas hati? Jauh lagi untuk sampai kepada kematangan bahasa Inggeris. Kena terus belajar...bina perkataan dan frasa bahasa Inggeris setiap hari. Ingat kita bukannya bermata biru atau hijau atau dibesarkan dalam keluarga atau masyarakat berbahasa Inggeris. Carilah tip yang sesuai dengan anda sendiri.
Apakah bahasa baru yang ingin saya pelajari? Ada tapi masih lagi rahsia. Saya sedang mencari seorang guru dan mentor yang sesuai dengan kesebukan diari saya. Bahasa boleh melepaskan anda dari penjara kesempitan keilmuan.
kata-kata motivasi untuk anak sekolah 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
Kisah Saya - Part 5
Mak saya seorang yang garang dan tegas. Jika dia kata satu, maka satulah ia. Jika dia kata dua, maka dualah ia. Itu menjadikan saya amat perlu untuk ikut disiplin yang ditetapkan.
Cuma, di dalam ketegasan dan kegarangan mak, dia adalah juga seorang yang penyayang most of the time. Dia membesarkan saya dengan pelukan dicelah ketiaknya.
Tetapi, dia boleh berubah menjadi tegas dan garang bila ianya melibatkan undang-undang atau peraturan yang dia telah tetapkan dilanggar oleh kami adik-beradik.
Mak saya sebenarny seorang pakar psikologi yang luar biasa. Kekuatan mak yang saya belajar ialah kemampuan dia mengeluarkan potensi diri saya dengan lebih maksima melalui kata-kata pujian dan galakkan.
Mak sangat bagus dalam bab ini. Saya dilatih dari mula sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk mampu mencuci pinggan mangkuk sehingga menyusun dengan kemas teratur, membersihkan dapur gas hingga berkilat, mencuci longkang hingga tanggal semua lumut dan kekotoran, membersihkan lubang tandas sehingga harum, mencuci lantai simen bilik air hingga bersih dan tidak licin, menggosok kolah air mandi hingga ke dalamnya dan membasuh, mengeringkan baju dan sehingga menyidai baju dengan kemas di ampaian adalah kerja-kerja yang di suruh saya lakukan tetapi dengan pujian yang luar biasa.
Itu bukan kelemahan saya tetapi kelemahan semua manusia. Tetapi bila saya dewasa, saya tidak fikir ia adalah satu kelemahan. Sebenarnya setiap manusia craving for appreciation. Kita mungkin boleh beri anak-anak kita hadiah barang-barang, tetapi ia tidak se"power" bila ibu bapa memuji anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.
Kita mungkin boleh beri duit atau hadiah kepada isteri kita, tetapi ia tidak se"power" jika kita menghargainya dan melafazkan kepadanya betapa kita menghargai apa yang dia buat tanpa henti dan tanpa mengenal penat lelah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Sekali sekala berikan bunga kepada mereka tanpa tunggu harijadi mereka atau hari ibu.
Jika anda ada suami, sebenarnya tidak ada perkara yang paling membahagiakan selain seorang isteri merangkul menyambut suaminya pulang dari penat bekerja dan mengucup pipi serta mengucapkan terima kasih sayang kerana berusaha untuk berikan sesuatu yang lebih baik kepada keluarga dan anak-anak. Apa salahnya seorang isteri atau suami mengucapkan kata-kata penghargaan kepada pasangannya atau anak-anak mereka dengan kata-kata seperti : "I am proud of you darling!" Atau "Saya bangga dengan kamu sayang!". Amacam?
Inilah powernya mak saya dan apa yang saya belajar darinya secara praktikal dan tanpa saya sedari pda awalnya.
Dan sebenarnya semua manusia suka dipuji dan dihargai. Saya masih ingat lagi ketika saya belajar tentang bagaimana menjadi pengurus yang berjaya dari pakar pengurusan Ken Blanchard, beliau mengajar tentang betapa pentingnya pengurus atau bos cekap "MENANGKAP" pekerjanya melakukan perkara yang BETUL dan BAGUS. Kerana ramai orang atau pengurus hanya pandai mencari salah orang lain dan melenting bila orang lain buat salah, sedangkan bila mereka lakukan sesuatu yang bagus, kita seperti tidak nampak. Ini akan menyebabkan seseorang yang inginkan perhatian akan suka buat salah daripada buat perkara yang betul.
Hah! Pelikkan? Tidak! Saya amalkan perkara yang sama sejak saya tahu formula ini, apatah lagi mak saya selalu lakukannya kepada saya ketika saya kecil serta meningkat dewasa.
Manusia suka diberi recognition atau pengiktirafan. Manusia jiwanya suka kepada pujian dan rangsangan penghargaan. Jika mereka buat silap, kita bercakap dan tegur mereka secara bersembunyi sebagai amaran, tetapi bila mereka buat perkara yang bagus walaupun nampak kecil, kita besar-besarkan serta puji dia di hadapan orang lain atau sekurang-kurangnya acknowledge kebaikan yang dilakukannya.
Itulah kepakaran mak saya. Memuji hingga berkilat pinggang mangkuk dan dapur saya kerjakan ketika saya kecil. Hingga saya akan tanya apa lagi yang mak nak saya buat kerana saya addicted dengan kata-kata pujian dan gembira melihat dia gembira. Secara tidak langsung, ia mendidik saya menjadi seorang yang suka kebersihan.
Itu cara saya diajar dan cara dia mengajar menjadi karektor saya kemudiannya. Mak saya adalah pakar motivasi saya dan cikgu disiplin saya. Lain mak, lain caranya. Ini cara mak saya.
............ Bersambung
#AzizanOsman
P/S Jika anda terlepas Kisah Saya - Part 1 hingga 4, anda boleh scroll di FB Page: Azizan Osman (Official Page) untuk follow segera. Mulakan dengan Part 1 untuk anda faham kenapa kisah ini dikongsikan.
kata-kata motivasi untuk anak sekolah 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
♥ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber : Darulharis
Sharing is Caring ♥