“Ada orang bukan islam tanya, kenapa zaman Covid ni kes bunuh diri di kalangan orang islam tinggi? Bukan kah Islam haramkan bunuh diri?”
*****
Bagi saya soalan ni sama dengan soalan: kenapa ramai orang melayu islam hisap dadah di Malaysia?, sebab majoroti orang Malaysia adalah melayu islam, maka ramailah. Jika kita pergi KL tengok ramai melayu lepak, cuba pergi Singapore, ramai jer cina lepak.
Jadi Data yang adil kena ambil melalui peratus. Macam kes Covid juga jika bilangan di ambil banding dengan negara Amarica, atau india dah tentu tak adil, sebab negara mereka besar, negara kita kecik, jadi nak adil kena ambil melalui peratus.
Jadi Bab Covid, ikut peratus, negara kita memang tinggi kes aktif.
Jadi bab bunuh diri, mohon jika siapa siapa ada data dalam peratus bagi tahun 2020, atau 2021, kita kongsi, dan melalui data yang betul, Langkah penceggahan dapat di ambil.
Contoh saya Google tadi, saya dapat dari Public Health Malaysia bagi tahun 2018, Kaum india paling ramai bunuh diri berbanding bangsa lain di Malaysia sekitar 3.6 peratus.
Saya juga baca sedikit kajian bertajuk Suicide and Ethnicity in Malaysia oleh Dr Om P Murty dengan data dari 251 cases mendapati, Muslims showed the lowest cases of suicide.
Tapi itu data sebelum Covid.
Dan terkini semenjak Pendemik Covid 19, memang menyedihkan bila dengar banyak berita orang melayu islam ramai bunuh diri kerana pelbagai masalah.
Saya tidak dapat menjawab kenapa orang bunuh diri? Kerana itu di luar kepakaran saya, lebih baik soalan ini di jawab oleh pakar kesihatan mental, kerana kemurungan, stress, anxiety dan lain lain masalah kejiwaan adalah termasuk dalam bidang perubatan yang ada pakar dapat mencegah, merawat dan mengubat.
Cuma dari segi pandangan saya sebagai seorang beragama Islam, saya rasa SOP kerajaan yang tidak benarkan orang islam solat berjemaah, solat Jumaat, hadir majlis agama, dan lain lain amalan masjid, sikit sebanyak memberi kesan kejiwaan kepada ramai orang Islam.
Selalu saya baca dalam group orang islam, luahan sedih dan stress sebab tak dapat pergi solat macam dulu, hingga ada yang engkar arahan tetap ke masjid dan kena saman, bertambah stress.
Lebih stress, bila duduk rumah terkurung lama-lama, Covid makin meningkat, walau dan berbulan bulan tak solat Jumaat, rupanya datang dari Kluster Kilang,
Bila cerita tentang kilang, teringat saya satu anologi tersangat logic dalam ceramah agama berkeaan kilang buka 24 jam.
Tulisan ini ditulis sebelum Covid 19, di tuju kepada orang islam yang tak pernah ke masjid.
Katanya,
Tahu tak kenapa semua rumah ada TV, ada, lampu dan ada Kipas?
Tahu tak Kenapa seluruh dunia di setiap rumah ada TV, ada kipas, dan ada lampu?
Jika TV rosak, atau kipas rosak, atau lampu rosak, kitab buang dan bila pergi kedai, kita dapati berderet orang jual TV baru, kipas baru, lampu baru?
Tahu tak kenapa barang letrik ni ada bersepah-sepah di kedai?
Betul! Sebab kilang buat barang letrik hidup 24 jam, kilang TV, Kilang kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV, lampu dan kipas…
Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak sekejap kunci… sebelum Covid, ada masjid buka sebelum magrib dan jam 9 malam dah tutup, jadi bayangkan? macamana amalan agama nak masuk dalam rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?
Saya rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah tutup kilang, camne..?, kipas dan lampu pun tiada, sebab berapa bijik kipas siap di pasang jika kilang kipas buka magrib dan tutup isyak?
Begitulah masjid zaman sekarang, (sebelum covid) orang pergi sekejap sekejap sahaja antara magrib dan isyak.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat sini sana, sebab masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi AJK masjid?, adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24 jam?
Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, masjid hidup 24 jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar shift bergilir imarahkan masjid.
Kemudian Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang memakmurkan masjid Allah…
Atas kesedaran ini, sebelum covid, jemaah Tabligh cuba hidupkan masjid 24 jam, iktikaf di masjid, makan di masjid, dengan program agama 72 jam (3 hari), ada program 40 hari hidupkan masjid, ada 4 bulan hidupkan masjid dengan amalan Dakwah, Taklim, Ibadat, khidmat.
Biasa Jemaah tabligh pagi lepas solat subuh, mereka buat ceramah, zikir pagi, lepas tu mesyuarat bagi kerja, lepas tu pecah dia Jemaah, dalam masjid, baca hadis, dan majlis Al quran, dan muzakarah sampai zohor, satu Jemaah lagi keluar berdakwah cari orang kampung ajak datang ke masjid, lepas zohor makan dan muzakarah lagi, lepas asar mereka berdakwah rumah ke rumah, Lorong ke Korong, lepas magrib ceramah, lepas isyak baca taklim dan program tahajjud serta solat taubat.
Kira masjid hidup 24 jam, maka kesan amalan ini, anak isteri di rumah terdedah dengan amalan rumah sahabat seperti baca Al quran, mensyuarat, taklim, muzakarah, zikir, tahajjud dan perlbagai amalan rohani.
Almaklumlah, bila kilang hidup 24 jam,maka semua rumah ada barang kilang, dan bila masjid hidup 24 jam, maka rumah rumah sekitar masjid akan terkesan dan hidup juga dengan amalan masjid. Lepas tu kita dengar ada orang tak pernah solat tiba tiba dah rajin ke masjid, orang isap dadah dah insaf, artis bertaubat, samseng bertatoo ikut tabligh, al quran yang berabuk, di bacakan semula, hadis di hafa dan meniti di bibir, semua kesan dari masjid yang hidup 24 jam. Alhamdulillah!
Namun! Sekejap, maaf! saya mohon amalan hidupkan masjid 24 jam ini jangan biarkan orang tabligh sahaja buat, sebab masjid ni milik semua orang islam, jadi mohon orang PAS, UMNO, BERSATU, PKR, NGO, Artis, dan lain lain sama sama korbankan masa dengan hidupkan masjid 24 melalui amalan yang sesuai dengan Al quran dan sunnah.
Bayangkan jika kampung kita ada amalan memakmurkan masjid Allah 24 jam.., siap buat shift,bergilir gilir masjid ada orang, lepas tu ustaz dan ulamak pun sama sama iktikaf, siap duduk tunggu ummat kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah agama boleh pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3 pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last last just baca blog, baca FB, baca web syiah, baca web wahabi, lepas tu sesat, tafsir al-quran sendiri, lepas tu gaduh.. adohai..
Rujuk balik, perasan tak doctor ada kat klinik 24 jam, polis ada kat balai polis 24 jam dan bomba ada kat balai bomba 24 jam..
Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..
Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..
Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..
Tapi hari ini, masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, TUTUP!
Dan fahamlah, apabila ummat islam ramai tak boleh pergi ke masjid Allah, maka mereka tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila tak dapat pergi rumah Allah, sakit rohani mereka tak sembuh sepenuhnya, mereka cepat stress, cepat marah, sebab masjid hati bagi kampung telah lama mati.
Yang kuat keimaman, mampu jadikan rumah macam masjid, hidup amalam dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, alhamdulillah ketenangan hati dapat dicapai melalui amalan masjid walau tidak di masjid, maka mereka masih mampu bertahan walau tiba Hari Jumaat rasa begertar juga hati tak dapat solat di masjid, tapi bagaimana dengan Ummat yang sakit jiwa? Yang stress? Yang perlukan suasana damai di masjid untuk ketenagan hati?
Nak salahkan Ummat?
Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa kata kita jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa kata kita jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak jaga safety, tapi apa kata kita jika bomba gagal beroperasi 24 jam kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?
Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / orang bunuh diri itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kita nak jawab dekat Allah jika masjid yang kita ada kuasa membuka, tapi kita tutup terus!
Nabi sampai Madinah, terus bina Masjid, maka kita ke mana manapun pergi mesti nak cari masjid, tapi sekarang.. Masjid tutup terus! Kilang buka, dan bila ramai orang islam bunuh diri, kita semua tak tahu punca…
Saya pun tak tahu, dan anologi masjid 24 jam dibandingkan kilang 24 jam ini hanyalah analogi sahaja, kebenaran sebenar hanya Allah yang tahu.
Akhir kata saya doakan mereka yang murung dan stress, agar bersabar, marilah kita sama sama cuba hidupkan rumah dengan amalan masjid, insyaAllah. Hanya dengan ingat Allah hati akan menjadi tenang.
Saya doakan juga, Vaksin lebih baik dapat dicipta sebagai asbab, dan dapat diberikan kepada semua rakyat dengan cepat (saya pun belum dapat janji temu, daftar awal tahun hari tu, sob sob)
Akhir kata, Semoga SOP masjid dikemas kini dengan lebih baik, agar jika masjid tak dapat hidup 24 jam, dapat hidup sikit-sikit, Alhamdulillah.
Saya doakan juga Covid 19 ni cepat berlalu agar kita dapat kembalikan zaman masjid hidup 24 jam.
Amin.
Semua ujian dari Allah, sungguh kita kini di akhir zaman, dan sudah lama kita biarkan masjid sepi sebelum Covid, dan sekarang masjid telah benar benar sepi, maka semua orang sedang di uji.
Semoga semua terus kuat, sabar, dan tabah!
Woha sampai syurga!
「ketenangan hati dalam islam」的推薦目錄:
- 關於ketenangan hati dalam islam 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於ketenangan hati dalam islam 在 AKU Sis Lin Facebook 的最佳解答
- 關於ketenangan hati dalam islam 在 bie.yusof Facebook 的最佳解答
- 關於ketenangan hati dalam islam 在 Inilah Rahasia Ketenangan Hati - Motivasi Islam Yufid TV 的評價
- 關於ketenangan hati dalam islam 在 KETENANGAN DALAM ISLAM - Facebook 的評價
ketenangan hati dalam islam 在 AKU Sis Lin Facebook 的最佳解答
Mindful Muslim aplikasi penenang jiwa berkonsepkan Islam pertama di dunia tampil menyediakan perkhidmatan seperti bacaan al-Quran, doa harian juga ayat rukyah beserta ceramah motivasi hanya dalam satu aplikasi.
Sejak dilancarkan pada tahun lepas, lebih dari 50,000 pengguna telefon bimbit telah menggunakan aplikasi itu di telefon masing² sebagai 'ubat' mencari ketenangan jiwa dengan mendekatkan diri pada Allah swt, rasa bersemangat dan sedikit demi sedikit dapat memulihkan emosi.
Selain dari alunan ayat-ayat Quran, dalam aplikasi tu juga korang boleh dengar bunyian alam semula jadi seperti hujan, ombak dan air terjun yang menggantikan muzik dalam menimbulkan rasa tenang kepada kita bila mendengarnya.
Ada banyak pilihan mode termasuk bacaan dan pembacaan kata² motivasi yang korang boleh pilih bersesuaian dengan mood korang ketika tu.
Sis sendiri pun masih lagi baru gunakannya, dan masih explore satu persatu, sebabnya bila buka aje satu pilihan, kita takkan puas, mesti nak dengar yang lain dan lagi dan lagi.. seolah hati ni memanggil untuk terus berada di situ sebab rasa tenang, jiwa rasa aman dan minda betul kosong tanpa banyak fikir.. fokus hanya di situ aja..
Buat masa ini, pengguna android dh boleh download di Play Store, dan bagi pengguna ios, 'coming soon' nanti akan ada di Apps Store ook.
Untuk lebih lanjut, korang boleh baca di https://www.sislin76.com/2021/07/mindful-muslim-aplikasi-penenang-jiwa.html
Facebook: https://www.facebook.com/mindfulmuslimapp
Instagram: https://www.instagram.com/mindfulmuslim.app
#MYMindfulMuslim
#mymindfulmuslimstory
#aplikasiandroid #aplikasiios
ketenangan hati dalam islam 在 bie.yusof Facebook 的最佳解答
KICK OFF 2021
.
Belajar rasa syukur dengan apa yang ada pada kita.
Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur. Sesungguhnya, syukur itu mengusir kegelisahan, menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad. Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah…tetapi juga satu muqadimah.
Orang bersyukur bicaranya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum. Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup!
.
Syukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya akan menjemput rezeki di sekeliling kita. Rezeki kasih sayang, kesihatan yang baik, Rezeki Iman Dan Islam, Rezeki Keluarga Bahagia, Rezeki Senang Hati. Subhanallah, banyaknya rezeki kurniaan Allah untuk kita setiap hari. Jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki kita. Lazimi zikir, ALHAMDULILLAH.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
.
Tq Coach 😍
.
𝑻𝒖𝒓𝒏 𝒐𝒏 𝒏𝒐𝒕𝒊𝒇𝒊𝒄𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 𝒂𝒏𝒅𝒂,𝒂𝒈𝒂𝒓 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒐𝒔𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒑𝒔2 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒊𝒏𝒇𝒐 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒚 @bie.yusof
.
Click link di bio ig @bie.yusof untuk join 🔥
INTAKE JULAI KINI DIBUKA‼️
Click the link at my bio ig to register✅
Let’s lose 5-10kg*🔥
Follow ig @bie.yusof
Follow ig @bie.yusof
Follow ig @bie.yusof
.
Coach Bieyusof 📲 +6019-6056471
Lost 18kg
.
#bawalexclusive
#malaysianfoodie #resepimudah #malaysia #foodpanda #masakan #masak #dapur #makan #makanan #foodpornmalaysia #ketukketukramadhan #sukamakan #sukamasak #masakankampung #kakimakan #makanmakan #makan2 #makanapa #masakapahariini #masaksendiri #lapar #sedapsangat #vitdaily #sedap #inspirasijamha #malaysiafood #asgalleriabybawalexclusive
ketenangan hati dalam islam 在 KETENANGAN DALAM ISLAM - Facebook 的推薦與評價
Untuk mencapai ketenangan jiwa, dzikir tidak hanya dilakukan dalam bentuk menyebut nama Allah, tapi juga dzikir dengan hati dan perbuatan. ... <看更多>
ketenangan hati dalam islam 在 Inilah Rahasia Ketenangan Hati - Motivasi Islam Yufid TV 的推薦與評價
Inilah Rahasia Ketenangan Hati - Ustadz Ahmad Zainuddin, Lc. - Motivasi Islam Yufid TVLink kajian full: https://youtu.be/6D0bvTqIVtsSetiap ... ... <看更多>