Khabib 宣佈退休!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
khabib submission 在 Fizo Omar Facebook 的最佳解答
Tqvm bro or the info n sharing.
.
#Repost @qobin_grandslam
・・・
Facebook dan Instagram penuh cerita Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.
Siapa mereka? Dan kenapa panas betul hal mereka berdua hari ini? Baik, ini cerita ringkas mengenai mereka.
Conor McGregor ni seorang petarung UFC yang menganggap dirinya King. Dia berdendam dengan seorang petarung dari Rusia, Khabib yang juga beragama Islam.
Si Conor ini menyerang peribadi Khabib berbulan-bulan sudah. Menghina agama Islam, menghina Khabib dan keluarganya sebagai pengganas, menyerang bas yang dinaiki Khabib dan orang lain hingga mencederakan mereka yang tidak bersalah.
Dendam ini berlarutan sehinggalah perlawanan mereka merebut tali pinggang UFC yang terulung pada hari semalam, 6 Oktober 2018. Petarungan antara dua petarung ini dikatakan bakal menjadi pertarungan yang terhebat dalam sejarah UFC.
Khabib memegang rekod kejuaraan 26-0. Sekali pun belum pernah kalah dan sudah lama menantikan perlawanan dengan Conor untuk membalas segala penghinaan terhadap agama Islam, dirinya dan keluarga.
Conor dengan biadab mengejek agama Islam, bahkan semasa sesi pertemuan sidang media, Conor menawarkan whiskey yang dikeluarkan syarikatnya sebagaj penghinaan. Jawapan Khabib memang win, "Aku tidak minum dan tidak pernah minum. Apa kau sangka Whiskey itu dapat membantu (kemenangan) kepada kau?" Dan akhirnya, semalam adalah hari penentuan. Pertarungan UFC229 yang ditunggu ramai peminat UFC. Satu pertarungan antara dua jaguh terhebat, satu pembalasan kepada penghinaan yang telah lama Conor McGregor lemparkan padanya.
Dan semalam, Khabib Nurmagomedov membuktikan beliau petarung terhebat dengan kemenangan 'won by submission' pada pusingan ke empat.
Mengaku kalah terus si Conor kena cekik dengan dengan Khabib. Padan muka! Si Khabib ni pernah berlatih bergusti dengan beruang. Ada videonya. Kau orang cari je kat YouTube.
Hal ini menjadi lebih kecoh bila Khabib melompat keluar dari kandang petarung untuk membelasah team Conor yang membuat provokasi dan menghina dirinya, keluarganya dan paling utama ialah menghina agamanya, Islam.
Khabib pernah berkata, "Pada aku, agama adalah nombor satu. Sukan (UFC) bukan nombor satu." Kemena