Bangsa Mi Segera
" Mengikut laporan, permintaan rakyat Malaysia terhadap mi segera adalah sebanyak 3.6 juta peket sehari dengan 1.4 juta peket dikuasai oleh jenama Maggi "
Sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/permintaan-mi-segera-di-malaysia-1-36b-peket-1.377090
Siapa tidak kenal dengan Maggi boleh terus ke kedai runcit berhampiran untuk berkenalan dengan produk-produk mereka.
Siapa yang kenal dengan Maggi boleh teruskan pembacaan anda.
-
Fakta Maggi:
-
1. Hampir setiap rakyat Malaysia yang berusia lebih setengah abad pasti mempunyai kenangan semangkuk mi Maggi yang panas dan menyelerakan saat perut sedang berkeroncong.
2. Pelbagai slogan iklan mi Maggi yang menjadi nostalgia. Paling saya ingat
" Mi Maggi, cepat dimasak, sedap dimakan "
3. Mi Maggi yang dijual dan dipasarkan oleh Nestlé Malaysia dikeluarkan di negara ini.
4. Jika gawat sekali pun orang akan tetap makan. Masa poket kering...mi Maggi akan menjadi santapan utama sebab murah & mudah.
-
Fakta Nestlé (M) Berhad:
-
1. Jenama ini bertapak di Malaysia pada tahun 1912 di Pulau Pinang.
2. Nestle (M) Bhd membuka kilang pertama pada tahun 1962 dan kini beroperasi dengan 8 buah kilang.
3. Nestle (M) Bhd tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 1989.
4. Mempunyai 6,000 pekerja dan memasarkan 300 produk halal di Malaysia.
5. Selain Maggi, jenama lain seperti Milo, Nescafe, Nespray & KitKat juga dipasarkan oleh Nestle (M) Bhd.
6. Rumah siapa yang tidak ada produk Nestlé?
7. Tahukah anda KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) antara pemegang saham Nestlé Malaysia ?
Sumber : http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/08/06/nestle-comes-a-long-way-since-1912/
.
.
.
-
Harga Saham Nestlé (M) Berhad:
-
1. 2o tahun lepas sekitar tahun 1996, harga sesaham Nestlé cuma RM17-20
2. Tahun 2010 iaitu 6 tahun lepas harga sesaham Nestlé sekitar RM36.40
3. Pada tahun ini, 2016 harga sesaham Nestlé pernah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM81.80 sesaham!!
4. Contoh mudah jana keuntungan:
Tahun 2010
Beli 100 unit saham Nestlé = RM3,640
Tahun 2016
Jual 100 unit saham Nestlé = RM8,180
RM8,180 - RM3,640 = RM4,540
Pulangan = 4540/3640 x 100 = 124%
5. Fuh. Itu baru beli 100 unit. Cuba tambah satu 0 dekat belakang. Jika jual dapat untung, jika peram pun dapat dividen setiap tahun.
---
" Boleh ke orang biasa macam kita ni beli saham Nestlé ? "
" Sudah tentu boleh! "
TETAPI belajar, belajar & belajar dulu sebelum membuat sebarang pelaburan kerana wang anda hanya akan melebur jika melabur tanpa ILMU. Dengan kata lain, ANDA TAHU apa yang anda laburkan!!! 😄
Apabila menyentuh mengenai pelaburan, lebih awal anda bermula, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat pulangan. Pastikan pelaburan yang anda ceburi adalah sah & patuh shariah. Kepada yang belum tahu, ada lebih kurang 669 saham syarikat patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia
.
.
.
Apa produk Nestle yang ada di rumah anda?
#Maggi
#MentorSaham
#BursaMKTPLC
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
Search
kitkat slogan 在 kitkat slogan - Google Search | Kit kat, Advertising slogans, Kit 的推薦與評價
Dec 28, 2015 - This Pin was discovered by Herbert Dominguez. Discover (and save!) your own Pins on Pinterest. ... <看更多>