"Teruk betul laki orang dalam gambar ni kan?"
"Oklah tu laki dia tepon, awak tu cik abang sayang, konfident beli, tapi salah barang, halia dan lengkuas pun tertukar lagi, adohai..."
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
konfident 在 Facebook 的最讚貼文
Pernah tak pergi majlis tahlil ada orang hulur Yasin, kita ambik, tapi tengok kiri kanan anak anak muda tak ambik pun surah tu, ingatkan mereka tak mengenal huruf, rupanya semua dah hafal surah Yassin.
Alhamdulillah.
Saya jer yang sangka buruk, lepas habis majlis tahlil, waktu saya balik rumah, Nampak budak budak lain sedang lepak tepi jalan, sayapun Tanya:
“Asalamualaikum”
“waalaikumusalam, ada apa pakcik?”
“Pakcik nak cerita kisah Abu Bakar”
“ohh saya dah tahu lah pakcik, tak payah ceritalah”
“JIka begitu, korang yang cerita pada pakcik”
“Pakcik tak tahu ke? Abu Bakar kena tangkap polis sebab jual motor?”
Abu Bakar mana pulak?! Konfident betul budak budak ni, baru nak sangka baik!
Woha!
Ps: Contohilah kanak kanak kat Majlis tahlil tadi, kecik kecik dah hafal Yasin, Jadi sempena hari baik bulan baik, saya nak ajak kita semua jom belajar hafal Yasin, saya nak cerita tak pandai, tapi ada sahabat saya tulis Ebook Mudahnya HAFAL Yasin, katanya jika ikut step dia, kurang dari dua minggu dapat hafal InsyaAllah.
Semoga Ramadan ini berlalu dengan meninggalkan Yasin dalam dada kita, , Alhamdulillah.
Berminat? Kilk sini.
https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
Salam sayang, korang semua penyejuk mataku.
Woha!
konfident 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Hubungan Star Wars dan Terengganu..
Up balik kisah ni, pada suatu hari, Cerita saya pada Puan bini:
“Filem Star Wars terbit pada tahun 1977, bersamaan tarikh lahir abang, dan ditayangkan pada kaca TV Malaysia adalah sekitar tahun 80-an, abang sempat menonton ketika sekolah rendah, keesokkan harinya, ketika pulang sekolah, seorang kenalan ayahanda datang ziarah sempena ada kenduri kahwin di kampung Terengganu, dan dipendekkan cerita, berlakulah perbualan di antara abang yang masih bersekolah rendah dengan kawan ayah abang yang sudah tua bangka. Kita namakan dia sebagai Pakcik.
Kata Pakcik tu: “semalam ada ‘Back Wars’, kan?”
Back wars?, kerut kening abang lalu dengan penuh konfident menjawab: “Semalam, bukan ‘Back wars’ Pakcik, tapi ‘Star Wars’!”
Pakcik yang mula pening dengan jawapan abang mulai bertegas :
“Star Wars apa pulak?, Back Wars lah!”
Abang yang konfident kerana dapat mengajar orang tua:
“Apalah pakcik ni, Star wars, bukan Back Wars!”
Pakcik tu yang mula angin: “Apahal kau ni, semua orang panggil Back Wars!”
Abang yang mula berlagak: “Pakcik orang tua, mana tahu sebut dengan betul-betul, Star Wars lah pakcik”
Pakcik yang tak dapat terima hakikat: “Back wash!”
Abang yang terima hakikat dengan berlagak: “Star Wars!”
Pakcik tu: “Back Wars”
Abang: “Star Wars!!!”
Akhirnya pakcik tu bosan dan beredar, lalu abang ceritakan kepada kakak F akan kejahilan Pakcik tu tentang dunia dan kesalahan menyebut Bahasa english, waktu cerita, ada unsur riak dalam diri abang.
Tapi Kakak F gelakkan abang, lalu berkata: “apalah kau ni Hamka, Back wars dalam bahasa Terengganu bermaksud kenduri, yang kau pergi bertekak dengan pakcik tu apahal?! Diapun tak tahu menatang apa Stars Wars, dan kau pulak tak tahu menatang apa Back Wars! Eloklah tu, jika bertekak, sampai mampuspun tak ada yang menang..
Woha!”
Kata Puan Bini:
“Oh, patutlah hari tu, masa kat Terengganu, ada sepupu abang tanya pasal Back wars berapa hari bulan? Saya ingatkan Star Wars, rupanya loghat Terengganu, Back wars adalah “kenduri”. nasib baik tak jawab 18 haribulan, Woha!
#mengetehdikuburayah
#kisahlakibini