Lawatan kerja hari kedua di Sabah diakhiri di Tawau dengan melawat tapak projek naik taraf Hospital Tawau yang setelah siap nanti akan dapat menambah kapasiti perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit di Tawau dan juga di kawasan-kawasan sekitarnya.
Kita dapati projek yang sepatutnya siap pada 25 Mei 2020, telah tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa dan juga kekangan yang pihak kontraktor hadapi berkenaan dengan bahan binaan serta pekerja-pekerja.
Tahap kemajuan projek naik taraf Hospital Tawau setakat Ogos 2021 adalah 61 peratus dan tarikh siap semasa projek ini telah dilanjutkan ke April 2022. Namun melihat kepada tahap kemajuan dan situasi semasa, projek ini akan memerlukan sedikit masa lagi dari tarikh yang dilanjutkan untuk ia selesai sepenuhnya.
Projek naik taraf ini setelah siap nanti antaranya akan menyediakan 154 katil, 6 dewan bedah, jabatan radiologi, dewan bedah tambahan, helipad dan jabatan pesakit luar.
Projek ini sangat penting kerana banyak kes di kawasan Pantai Timur Sabah terpaksa dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Jadi dengan adanya kemudahan-kemudahan tambahan yang baharu ini, saya yakin lebih ramai pesakit yang mampu dirawat di Hospital Tawau.
Mengambil kira pelanjutan tempoh projek naik taraf Hospital Tawau dan penggunaan sebahagian daripada bangunan sedia ada untuk merawat pesakit COVID-19, saya bersama pengurusan tertinggi KKM telah melawat tapak lapangan terbang lama Tawau untuk kita pertimbangkan mendirikan sebuah hospital medan sementara dengan segera.
Fungsi hospital medan ini antara lain akan digunakan untuk merawat pesakit COVID-19. Sekiranya kes COVID-19 menurun, hospital medan ini boleh digunakan untuk merawat kes-kes bukan COVID-19 yang tertangguh akibat pandemik ini sementara menunggu projek naik taraf Hospital Tawau siap sepenuhnya.
Hospital medan yang akan didirikan di atas kawasan seluas 4.8 ekar ini dijangka akan dapat memuatkan 108 katil, 2 dewan bedah dan KKM akan membuat keputusan berhubung hospital medan ini dalam waktu terdekat.
同時也有16部Youtube影片,追蹤數超過709的網紅Ifa Raziah Entertainment,也在其Youtube影片中提到,*BALASUNGKAWA STARVENDORS MEGA RAYA FEST 2021* Pihak STARVENDORS ingin memohon maaf & mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda semua k...
kontraktor 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳解答
Mengakhiri lawatan kerja saya pada hari ini adalah mengadakan lawatan ke Hospital Papar, kira-kira sejam dari Kota Kinabalu, bagi memantau kemajuan pembinaan Hospital Papar yang baharu.
Saya difahamkan projek ini sepatutnya siap pada tahun lepas. Bagaimanapun sehingga hari ini, kemajuan pembinaan projek ini baru mencapai 22 peratus sahaja. Jadi selepas ini saya akan mengadakan pertemuan bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya, untuk berbincang dan memutuskan langkah yang sewajarnya diambil.
Antara pilihan yang ada termasuklah untuk menamatkan kontrak bagi kontraktor sedia ada. Tetapi kita akan lakukan penilaian terlebih dahulu, apakah sebab berlakunya kelewatan ini dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA akan membuat keputusan segera berhubung tindakan yang sepatutnya diambil ke atas kontraktor berkenaan.
Sememangnya Papar memerlukan sebuah fasiliti hospital dengan kapasiti yang lebih besar. Hospital yang sedia ada ini terlalu kecil untuk menampung kes-kes yang datang mendapatkan rawatan. Sebab itulah pembinaan hospital yang baharu ini perlu disegerakan.
Saya juga sempat meninjau dewan bedah yang baru siap dibina di Hospital Papar yang lama ini. Bagaimanapun, dewan bedah tersebut tidak dapat digunakan kerana pembinaannya tidak mengikut spesifikasi yang betul untuk sebuah dewan bedah.
Jadi saya telah minta Dato’ KSU untuk membuat penilaian sama ada dewan bedah tersebut boleh diselamatkan ataupun tidak. Saya telah arahkan supaya laporan dibentangkan kepada saya dalam waktu terdekat.
Esok, saya akan teruskan lawatan kerja untuk hari kedua dengan mengikuti aktiviti Program Outreach Pemberian Vaksin Kepada Penduduk Pulau Larapan di Semporna. Setelah itu, saya akan mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tawau dan juga meninjau tapak hospital medan di lapangan terbang lama di Tawau.
kontraktor 在 Facebook 的最佳解答
Tu yang aku malaih nak sembang dengan ayah. Pantang dengaq aku ada masalah, cepat aje tangan dia nak capai telefon tu. Kadang-kadang aku pelik dengan ayah... Dia ni kontraktor ka, ketua gangster? Semua orang dia kenai dan semua orang kenai dia!
“Cakaplah cepat-cepat. Jangan bagi ayah cuak.”
“Library okey. Depa setuju aje kalau client nak buat majlis kat situ.”
“Kalau dah semua okey, apa yang masalahnya?”
“Yang tak okey ni, Intan. 10 tahun lepaih, adalah satu peristiwa yang memalukan yang terjadi yang menyebabkan Intan tak mau bertembung dengan dia. Tapi, hari ni... Disebabkan permintaan client tu, akhiaqnya Intan bertembung dengan dia. Kebetulan pula, Intan memang kena bekerja dengan dia untuk job ni. So... Kalau ayah kat tempat Intan... Ayah nak buat lagu mana? Bear in mind, staf lain tak dak. Hanya Intan sorang. Nak tak nak, Intan kena hadap. Bear in mind lagi, client memang nak buat tang tu. Dan client sendiri yang dapatkan kelulusan untuk buat kat situ. Dan... Satu lagi, staf tu ingat peristiwa tu dan tahu pasai Intan.”
“Apa peristiwa yang memalukan tu?”
Takkan nak kata aku pi cium orang...
Hat tu bukan ayah angkat telefon...
Ayah angkat tangan bakai menantulah jawabnya!
“Intan bagi jatuh almari buku.”
“Haaa... Awat cheq buat lagu tu?”
“Almari tu reput.”
Bohong pi la...
Jatuh buku ibarat aku yang jatuh la...
Tapi bezanya...
Buku jatuh ataih aku dan...
Aku jatuh ataih orang!
“Hmmm... Lagu ni.”
Aku...
Dah bersedia nak tau jawapan ayah.
Sebagai seorang pengerusi syarikat besaq yang berpengalaman lebih 30 tahun... Dia mesti ada banyak jalan untuk selesaikan masalah aku.
“Esok, ayah suruh PA ayah hantaq almari baru untuk depa. Berapa banyak yang cheq bagi jatuh? Haih... Cheq ni. Awatlah tak habaq kat ayah? Awat tunggu 10 tahun baru nak habaq. Depa tau ka, cheq anak Dato’ Herman? Malulah kalau depa tau tapi ayah buat tak tau pula. Tak apalah... Ayah telefon PA ayah la ni juga. Nak berapa? 100 almari cukup ka? Takkan almari kosong aje noh... Patut bagi buku la sekali. Buku lagu mana pula nak bagi? Tak apa... Tak apa, cheq jangan risau. Anggap settle na...”
Selesai celah mana?
Hesy...
Menyesai pi tanya!
#KISS
#KeepItSimpleStupid
kontraktor 在 Ifa Raziah Entertainment Youtube 的精選貼文
*BALASUNGKAWA STARVENDORS MEGA RAYA FEST 2021*
Pihak STARVENDORS ingin memohon maaf & mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda semua kerana sudi menunggu dan memberikan ruang dan kesempatan kepada pihak pengurusan STAR VENDORS / PWTC / MKN untuk berbincang & mencari jalan penyelesaian untuk keputusan pengumuman PKP yang tanpa diduga, yang secara tiba-tiba melanda Kuala Lumpur.
Setelah berbincang panjang dan memcari penyelesaian dengan pihak PWTC dan pihak berkuasa, akhirnya pihak kami tidak dapat meneruskan Starvendors Mega Raya Fest 2021. Semua acara lain yang sedang & akan berlangsung di PWTC, juga telah dibatalkan.
Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati akan MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24hb April 2021 yang lalu.
Proses bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu bekerja bermula dari Tarikh 7hb Mei 2021.
Untuk segala proses pemulangan ( refund ), sila hubungi dengan staff SV yang berurusan dengan anda.
Akhir kata pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD ingin MEMOHON MAAF kepada semua usahawan, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama untuk menjayakan event kami. Tiada kata yang mampu kami ungkaikan.
Sekali lagi kami MEMOHON MAAF, diatas kesulitan yang bukan datang dari pihak kami. Dalam situasi ini, kita semua hanyalah Insan kerdil, yang tidak mampu berkata apa. Kita semua menanggung kerugian dalam situasi ini, kerana pihak kami juga telah mengeluarkan kos yang tinggi utk promosi & pengiklanan untuk penganjuran acara ini, yang hanya berbaki satu hari sebelum dilangsungkan. Hanya pada Allah kita berserah. Insyallah kita akan berjumpa pada event akan datang.
‘Allah datangkan ujian supaya kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha, ada hikmahNYA. Doa yang baik-baik, Insyallah datang yang baik-baik.’
Salam hormat,
Puan Ifa Raziah
Founder/CEO Star Vendors Sdn Bhd
#IfaRaziah #MissDiva #StarVendors #Pukpukpukk #SukerrBanggeee #LebihVogue #LebihHavoc #LebihMeriah #PastiGAH #TeamIfaRaziah #WeLoveIfaRaziah #IfaRaziahDivas
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/EPKOMcFcP14/hqdefault.jpg)
kontraktor 在 Hazeman Huzir Youtube 的最佳貼文
Angker Sister adalah siri di mana Hanan (IG @soimnell) hijab matanya terbuka dan penampakan hantu ni dah biasa dah. Ni kitorang dah shoot sebelum puasa haritu. Senarai segmen seperti berikut:
0:00 Teaser
0:43 Intro
1:13 Penjelasan Audio Langsuir Masuk Beberapa Eps Lepas
3:00 Hantu Mengilai Dalam Surau Tingkat 6 Apartmen
5:55 Kontraktor Puja, Cai Nombor Di Tangga Apartmen
9:00 Lembaga Senyum Dalam Gelap Di Asrama
12:23 Pocong Berguling Di Pejabat ML Studios
14:24 Episod Seterusnya: Tips Sewa Rumah Berhantu
Jangan lupa follow Haze di IG @Hazemanhuzir dan share video ni guys.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/wM0OVvGD_D4/hqdefault.jpg)
kontraktor 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
? [LIVE] InSPIREd Talk !
Bisnes lebih mudah jika ada MenThor dan ilmu dari awal…
Bekas kontraktor kelas A ini memulakan bisnes sejak tahun 2018 lagi. Bisnes beliau hampir kecundang awal tahun lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alhamdulilah hasil komited di Mentorship SPIRE beliau berjaya capai RM 1 Juta pertama dalam masa 5 bulan sahaja!
Apa yang Tuan Haji Abdul Wahab Ismail buat betul sehingga capai jualan RM 1 juta? Jom tonton!
#AzizanOsman
#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#BangkitBerniagaBangsaku
#AzizanOsmanMenthorKami
#SokongPerniagaanKecilSederhana
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/ShBYEkGxM0w/hqdefault.jpg)