Cerita Pakcik Hashim (Update 13 Februari 2020)
Pakcik Hashim sudah dapat tempat di Pusat Jagaan & Pendidikan Warga Emas. Saya sendiri sempat hantar Pakcik Hashim ke rumah jagaan.
Memandangkan banyak lagi urusan panjang untuk rumah Pakcik Hashim dapat dibuat baru dan memastikan kebajikan Pakcik Hashim dijaga baik sementara tunggu, semalam saya buka ruang untuk menyumbang:
KUTIPAN DERMA BUAT PAK CIK HASHIM
12 Februari 2021
Jumlah Penderma - 115 orang
Jumlah kutipan - RM 4,522.43
13 Februari 2021
Jumlah Penderma - 217 orang
Jumlah kutipan - RM 5,706.60
Jumlah keseluruhan - RM10,229.03
Alhamdulillah syukur.
Panjang lagi perjalanan nak bantu Pakcik Hashim. Petang tadi, pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dah buat site visit di rumah Pakcik Hashim. KPLB setuju bina rumah dalam masa 2 bulan guna sistem Rumah Pasang Siap (IBS).
Syaratnya, kena buat carian di Pejabat Tanah & urus hal pemilikan tanah.
Saya dan team Parlimen Muar akan cuba segerakan hal ni.
Semalam sampai ada individu offer nak bina rumah Pakcik Hashim dengan nilai RM30 ribu. Terima kasih sangat-sangat. Pegawai saya juga dah berhubung dengan ramai orang yang sudi nak bantu.
Saya kata biar kami guna saluran kerajaan dahulu untuk bantu. Tapi, syukur ada ramai yang nak bantu Pakcik Hashim.
Post saya berkenaan Pakcik Hashim untuk rujukan:
https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/3680495168696149
https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/3678356608910005
https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/3678580138887652
Terima kasih kerana terus menyokong dan mendoakan usaha kami di Parlimen Muar.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Kisah Seram Hantu, Travel Vlog, Belangkas, Resipi dan macam-macam dalam satu video #HazeTravels dalam edisi Budak Bandar Masuk Kampung di Johor. Sorr...
「kplb」的推薦目錄:
- 關於kplb 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
- 關於kplb 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
- 關於kplb 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
- 關於kplb 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
- 關於kplb 在 Hazeman Huzir Youtube 的最讚貼文
- 關於kplb 在 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - Facebook 的評價
- 關於kplb 在 17 Oktober 2022 | Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri ... 的評價
- 關於kplb 在 Cara Download Video YouTube Short Ke Galeri HP 的評價
kplb 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
Cerita Pakcik Hashim.
Semalam jam 4 petang, apabila saya sendiri tengok dan naik rumah Pakcik Hashim, memang sedih. Rumah Pakcik Hashim sudah tidak boleh lagi didiami dengan selamat.
Atap hilang separuh, lantai banyak lubang dan dimamah anai-anai. Sebab itu saya bawa Pakcik Hashim tinggal sementara di rumah saya di Parit Unas.
Tapi syukur pada belah malam, Pakcik Hashim telah mendapat tempat di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas. Saya sendiri pergi hantar dari Pejabat Parlimen Muar ke pusat jagaan. Berbeza dengan rumah saya, di pusat jagaan ini makan minum Pakcik Hashim memang akan terjaga.
Pengusaha semua rajin dan baik. Kalau nak mandi, boleh mandi. Nak makan, ada makan. Nak tidur rehat, boleh tidur di sini.
Sekarang kami sedang berurusan dengan pihak JKM, KPLB dan MAINJ. Kita nak selaraskan bantuan supaya betul-betul sampai ke tangan Pakcik Hashim dan berusaha untuk bina rumah baru kepada Pakcik Hashim.
Banyak prosedur tapi inilah yang kita kena uruskan segera. Tadi pun pegawai KPLB akan buat site visit ke rumah Pakcik Hashim bersama team Parlimen Muar.
Buat masa ini, saya bantu cover kos pusat jagaan sebanyak RM1,200. Kalau ada yang ingin berkongsi rezeki dan membantu, boleh bantu sumbang wang ke akaun Pejabat Parlimen Muar.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar
CIMB Bank: 8603323060
Rujukan: Pakcik Hashim
Saya dan team Parlimen Muar juga sedang berhubung dengan individu yang mahu bantu bina rumah, sediakan kelengkapan kepada Pakcik Hashim dan beri kehidupan yang lebih sejahtera kepada Pakcik Hashim.
kplb 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
Saya telah menerima berita tentang Pakcik Hashim yang tinggal di Parit Pechah Laut, Muar. Pakcik Hashim tinggal di rumah yang uzur dan usang ini lebih 6 bulan sejak tahun lepas.
Dinding rumah sudah dimakan anai-anai. Tangga rumah sudah patah dua. Atap pun sudah bocor dan kalau hujan, rumahnya sudah tidak lagi boleh jadi tempat berteduh.
Bila saya sampai dalam pukul 4 petang tadi, memang rasa sedih.
Pertama, ini tanggungjawab saya menjaga kebajikan Pakcik Hashim. Kedua, masih ada lagi penduduk yang tinggal di rumah yang begini uzur pada tahun 2021.
Jadi, saya dan Pejabat Parlimen Muar bantu kemaskan pakaian Pakcik Hashim dan saya bawa Pakcik Hashim tumpang berteduh di rumah saya buat sementara waktu di Parit Unas.
Basikal baharu saya beli. Saya beri ruang untuk Pakcik Hashim mandi dan berehat di rumah saya sementara kami cari tempat tinggal sementara untuk Pakcik Hashim.
Status Bantuan Pakcik Hashim: Beliau sudah terima bantuan OKU (Tidak Berupaya Bekerja) sebanyak RM300 sebulan dari JKM. Bantuan dari KPLB dan Baitulmal masih belum dapat.
Ada 3 perkara yang saya akan lakukan:
1. Saya tumpangkan Pakcik Hashim tinggal di rumah saya sementara urusan rumah jagaan buat Pakcik Hashim disegerakan.
2. Saya ingin merayu kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk meluluskan permohonan beliau untuk bina baharu rumah di atas tanah warisan yang sedang didiaminya melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Lagi lama kita tangguh, lagi berat beban yang ditanggung Pakcik Hashim.
3. Saya memohon sumbangan crowdfunding dari rakyat Malaysia yang ingin berkongsi. Tujuan crowdfunding ini adalah untuk membiayai kos sara hidup dan menyewa tempat tinggal sementara Pakcik Hashim.
Saya minta maaf kerana kemampuan saya sebagai Ahli Parlimen sangat terhad. Peruntukan kepada Parlimen Muar telah dipotong dari RM3.8 juta kepada RM 100,000 setahun. Apa yang ada, saya bantu. Tapi sangat terhad.
Jika anda ingin membantu, boleh salurkan sumbangan melalui akaun ini untuk Pakcik Hashim dan Pejabat Parlimen Muar akan bantu uruskan:
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar
CIMB Bank: 8603323060
Rujukan: Pakcik Hashim
kplb 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
Kisah Seram Hantu, Travel Vlog, Belangkas, Resipi dan macam-macam dalam satu video #HazeTravels dalam edisi Budak Bandar Masuk Kampung di Johor.
Sorry kalau Haze tak reply comments korang on time sebab Haze dalam pedalaman Sarawak sekarang sik ada internetnya.
Tapi tempat ni serious cantik gila.
Link nak beli dekat bawah ni ya:
https://www.lazada.com.my/shop/desamallonline/
https://shopee.com.my/desamall.elokal
https://www.prestomall.com/store/desamall
https://food.grab.com/my/en/restaurant/desamall-kplb-delivery/1-CZDTVVN1LUMKGT
Jangan lupa on notification button untuk tau bila episode seterusnya taaau.
kplb 在 Hazeman Huzir Youtube 的最讚貼文
Kali ni #HazeCollab serius lawak dengan Shazz Zainuddin dekat rumah dia!
Apa belum follow Shazz? Awas ya. Ni link YouTube dia:
https://www.youtube.com/user/SchazaScyllia
Dan! Haze tadi ada bagi banyak gila barang-barang nak kurus lah, resdung lah dan makeup lah. Ni list dia boleh tengok sendiri:
1) Nuex Rosli cosmetic
2) The Baked Gel Pembakar Lemak Degil
3) Asianic Ginger Cream
4) Ummisom Pengempis Perut Krim Panas Super fat Burner
5) Ain Lipsmatte
6) Mensia Herbs minyak Resnose
7) Dr. Irma sanitizer
8) Muby mesoo foundation
9) Myamour strawberry lipscrub
Link nak beli dekat bawah ni ya:
https://www.lazada.com.my/shop/desamallonline/
https://shopee.com.my/desamall.elokal
https://www.prestomall.com/store/desamall
https://food.grab.com/my/en/restaurant/desamall-kplb-delivery/1-CZDTVVN1LUMKGT
Jangan lupa on notification button untuk tau bila episode seterusnya taaau.
kplb 在 17 Oktober 2022 | Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri ... 的推薦與評價
Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama Agensi KPLB Pemberian one-off RM1,000 kepada setiap Tok Batin atau Penghulu - JAKOA17 ... ... <看更多>
kplb 在 Cara Download Video YouTube Short Ke Galeri HP 的推薦與評價
fasningkomtkplb.id – Apa temen-temen yang tiap hari tontonannya adalah YouTube? Pasti udah gak asing lagi kan sama fitur YouTube yang satu ... ... <看更多>
kplb 在 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - Facebook 的推薦與評價
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. 172842 likes · 645 talking about this. Laman Facebook rasmi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. ... <看更多>