FAKTA RINGKAS : PROTOKOL MENGADAP SULTAN JOHOR BERBEZA DENGAN NEGERI MELAYU LAIN
Protokol bagi rakyat apabila mengadap dan memberi hormat kepada Sultan Johor berbeza dengan negeri lain. Di negeri Melayu lain, rakyat menghadap dan memberi hormat kepada raja dengan cara merapatkan kedua tapak tangan dan meletakkanya di dahi.
Namun di Johor, semenjak zaman Temenggong, perlakuan itu dianggap mirip budaya Hindu dan tidak lagi diamalkan di Johor. Budaya lain seperti nobat ketika raja berangkat juga tidak diamalkan di Johor sejak 1895. Ia diganti dengan brass band dan Lagu Bangsa Johor.
Protokol menghadap Sultan Johor dipadankan dari Istana Inggeris dan Eropah. Perlakuan tersebut ialah berdiri tegak, rapatkan kaki dengan kedua tangan lurus ke bawah rapat dengan peha serta jari digenggam. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. Kepada ditundukkan dari leher bukan dari pinggang. Jika Tuanku Sultan menghulurkan tangan untuk bersalam, hulurkan kedua-dua tangan dan ucapkan Assalamualaikum Tuanku atau Ampun Tuanku sambil mencium tangan Tuanku Sultan. Hanya tundukkan kepala jika Tuanku Sultan berjalan dihadapan.
Perlakuan ini juga dilakukan semasa rombongan DiRaja Johor menghadap Raja-Raja Melayu yang lain. Manakala rombongan DiRaja negeri lain turut dinasihatkan mengikut cara Johor jika menghadap Sultan Johor.
Kredit: Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.
#sultanjohor #johor #royalpressoffice
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Sebuah filem seram romantik berdasarkan cerita rakyat Johor. Kisah benar seorang wanita yang kematian 99 kali akibat sumpahan. Siti, dia cantik dan me...
lagu rakyat johor 在 Rumah Jamu Cosmetic Facebook 的最佳解答
ANGIN BAYU membawa diriKU sepintas lalu ... haaa lirik lagu tu korang 😅 hanya sapa tau je Zaman SiS muda muda remaja lah tu .. sebaya lah kita yer 🤣🏝
.
Luas pandangan hari ini sebab selalu dok tengok Dapur kan so ni tengok pasir air laut langit tenang jiwa 😅 .. gitu lah ayat emak2 yang tetiber dapat keluar pi Trip dalam Malaysia pun jadi weii , Korang bangga sikit jadi Rakyat Malaysia ..🇲🇾
. Be The Real QUEEN 🌹
. . . . . . . . .
#RumahJamuCosmetic
#singapura
#negerisembilan
#kedah
#terengganu
#singapore
#kualaterengganu
#bruneidarussalam
#selangor
#kuantan
#pahang
#kemaman
#ootdmalaysia
#ipoh
#penang
#melaka
#bentong
#brunei
#shahalam
#temerloh #kl #anakpahang
#kotakinabalu #sabah #sisviral#IGERSMY #cyberjaya #johor #kelantan #putrajaya
BAYU WIND brought me a glance... haaa the lyrics of the song you guys 😅 only who knows when you were young when you were young.. we're the same age 🤣🏝
.
Today's view is wide as I always look at the Kitchen so I look at the sea water sand and the sky is calm 😅.. that's the sentence of mothers who were able to go out to Trip in Malaysia and it's so well, you're proud to be a Malaysian 🇲🇾 🇲🇾
. Be The Real QUEEN 🌹
. . . . . . . . .
#RumahJamuCosmetic
#singapura
#negerisembilan
#kedah
#terengganu
#singapore
#kualaterengganu
#bruneidarussalam
#selangor
#kuantan
#pahang
#kemaman
#ootdmalaysia
#ipoh
#penang
#melaka
#bentong
#brunei
#shahalam
#temerloh #kl #anakpahang
#kotakinabalu #sabah #sisviral#IGERSMY #cyberjaya #johor #kelantan #putrajayaTranslated
lagu rakyat johor 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Bumi ni rata?
Baik. jika korang pergi Pusat Sains negara atau Petrosains, ada satu meja yang terangkan kejadian gerhana dengan objek lampu sebagai matahari, dan dua bola mewakili bulan dan bumi.
Dari ujikakaji ini, maka confirmlah bumi ini sfera, bukan rata macam satu geng yang pernah ajak aku berdebat dahulu.
Jadi sekarang, dengan teori bumi rata, cuba buat ujikaji simple macam dekat petrosains tu bagaimana gerhana bulan dan matahari boleh berlaku, Dah 2019 tahun selepas masihi bang, tak kan belum ada ujikaji simple dari mereka yang pandai sikit bab sains dalam geng teori bumi rata akan pembetukan gerhana? Adohai…
Sebelum ni ada orang terjun dari angkasa guna payung terjun, banyak video tu di internet, tengok gambar buminya bulat, jika tak percaya video tu sebab bukan orang islam, boleh tanya dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tekah naik ke angkasa dan solat disana.
Cerita tentang solat, macam mana korang tahu arah solat yang JAKIM sahkan? Sebab Jakim ukur arah kiblat dengan berpandukan bumi bulat. Patut korang kena guna formula bumi rata, boleh?
Lagu satu, macam mana ahli falak boleh tahu dengan tepat tarikh dan waktu gerhana bulan dan matahari?
Kejadian gerhana semalam, telah diketauhi awal dengan guna formula bumi adalah sfera. Kata Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, Orang ramai akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari ini iaitu pada 26 September 2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.
Bagaimana mereka boleh kira dengan tepat? Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat. Jadi aku nak cabar korang yang kata bumi ini rata untuk bagi formula nak kira gerhana bulan akan datang di Malaysia, bila?
Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian atau Biruni, tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan pada 26 desember 2019, kita rakyat Malaysia akan melihat gerhana matahari cincin (annulus). Tetapi hanya sebahagian kecil semenanjung iaitu di selatan Johor. Manakala lain-lain kawasan Malaysia menikmati gerhana separa. 2019 beb, lama tu, dah boleh ramal guna matematik.
Korang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana bulan seterusnya? Semua kuasa Allah, bagi ilmu matematik kepada manusia juga dari Allah, nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika korang yakin bumi rata, cubalah ramal Tarikh gerhana bulan seterusnya jika korang betul.
Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak, bahaya bang. Bahaya!
Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS.
Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté dari Kanada, bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha.
Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.
Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.
Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijma ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmm
Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi sfera dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?
Bila tunjuk gambar bumi bulat, katanya NASA menipu. Itu semua CGI. Baiklah, kami juga minta flat earth tunjukkan gambar bumi yang sebenar. Tak ada? Tolonglah geng flat earth buat versi CGI, nak tengok jugak, tak kan gambar lukis pakai tangan jer bang?
Woha!
lagu rakyat johor 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Sebuah filem seram romantik berdasarkan cerita rakyat Johor. Kisah benar seorang wanita yang kematian 99 kali akibat sumpahan. Siti, dia cantik dan menjadi kegilaan jejaka sekampung tetapi hatinya hanya terpaut dengan Awang, anak ketua kampung yang juga menjadi buruan gadis-gadis pingitan di kampung mereka. Dia tidak bertepuk sebelah tangan apabila Awang juga mencintainya dalam diam. Bila cinta diikat, Siti dan Awang bagai belangkas yang tidak mampu dipisahkan. Dalam leka menyemai kasih, gelora jiwa muda dan nafsu melangkaui akal. Mereka terkhilaf dan kerana khilaf itu Siti berdepan dengan dugaan yang tidak mampu diterima akal. Wajah cantik yang menjadi pujaan tiba-tiba bertukar jelik. Dia dihina, dibenci dan dipinggirkan. Kekasih hati yang selama ini dipuja-puja turut memandangnya jijik. “Hurmmm…dah macam muka hantu abang tengok! Siti tahu tak satu kampung mengutuk abang. Abang malu tahu tak?!” – Awang Siti Nanar. Kata-kata Awang bagai belati yang menikam jauh ke dasar hati. Dia menjauh dan sedang dia berusaha mencari panawar, Mawar mencadangkan Siti mencari nenek kebayan. Tekad untuk sembuh, Siti terus ke Gunung Panti menjejak wanita tua itu walau dihalang keras oleh ibunya. Setelah menempuh pelbagai rintangan, Siti berjaya bertemu nenek kebayan dan dengan bantuan nenek kebayan akhirnya Siti sembuh. Tetapi untuk sembuh dan cantik, ada janji yang perlu Siti tepati yang akhirnya memakan diri. Kerana melanggar janji maka bermulalah sumpahan ke atas dirinya. Sejak itu, setiap suami yang Siti kahwini pasti akan mati keesokkan harinya menyebabkan hidupnya menderita. Mampukah Siti melepaskan diri dari sumpahan yang menimpanya atau selama-lamanya dia akan digelar sebagai Puteri Keranda?
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!