Ok janji last! Photobooth ni lukisan hasil tangan my cousin @eyfanchaq96 dan dibantu cousins yg lain. Satu malam je siap.
Family sblh Umi mmg ramai yg pandai melukis. So mader memang nak hasil seni tu di hari bersejarahku gitulahh. So photobooth ni takkan sama dgn orang lain. Gittewww. 😆
Playwood backdrop tu pader @matnor_forza buat sendiri dgn kwn dia, Nuar. Bawak brg2 kayu dpd Hulu Langat dan terus buat kt tempat majlis. 👏👏
Pukul 6 pagi mader dah bangun nak bersiap tgk diorang baru nak tido. Thank you lah @eyfanchaq96 @faisal.bvkr @aaaazrullll n siapa lagi yg bantu.
Pinjam gambar Kak Julie, @fazlinbahrom n @mia_miaali sat ehh antara yg pose kt photobooth tu 😘.
Ok dh blh tido. Gudnite 🌹#happyanniversary #ainxanor
lukisan kayu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Cerita mudah faham tentang Rezeki (siap dengan lukisan)
1. Rezeki ni Allah turunkan macam hujan lebat. Menimpa semua kawasan, tapi yang ada tadahan sahaja air akan bertakung.
2. Kita pula hanya perlu sediakan bekas. Baru air tu masuk.
3. Makin besar bekas, makin banyak air masuk, jika bekas kecik, air melimpah dan dapat ikut saiz bekas. Jika bekas terlingkup, air tak masuk, jika bekas bocor, air masuk tapi lalu sahaja.
4. Jadi kena ada ilmu untuk besarkan bekas, untuk tegakkan bekas, dan untuk elak bekas bocor.
5.Bekerja, berladang, buat part time, berniaga, semua tu bekas.
6.Sekarang bekas dah ada, tapi banyak lubang, banyak bocor sebab tak ada ilmu uruskan rezeki.
7.Beli kereta lebih separuh gaji bulanan, beli rumah separuh gaji bulanan, dan hidup dengan duit part time, memang masuk neraka wang. Kejap jer bekas kosong.
8.Berhibur tak ingat akhirat, telefon mahal, langgan pekej TV berbayar paling mahal, sedar sedar bekas dah kosong, guna pulak kad kredit hutang maxima bayar minima, aduhh..
9.Tak cukup lagi? Berhutang dengan Riba, pinjam wang Along, lagi cepat bekas kita bocor.
10.Jadi apa nak buat? Bekas saya kecik, dan bocor pulak?
11. Tuan tuan, puan puan, adik kakak, abang abang sekalian, bekas ni bukan dari bisnes dan makan gaji sahaja, Bersyukur dengan segala nikmat juga merupakan bekas rezeki terbesar.
12.Suka sedekah, Tak kedekut ilmu, tak menyusahkan orang, bantu orang berhajat, alih kayu di tengah jalan, juga bekas yang besar, dari situ datang rezeki tak di sangka sangka.
13. Mereka yang ada anak ramai, isteri ramai, ada anak syurga, mereka yang berkahwin, tak derhaka pada suami, tak derhaka pada ibu bapa, juga merupakan bekas rezeki yang besar.
14.Jaga solat, baca Al quran, berpuasa, berzakat, juga bekas yang sangat besar kepada rezeki.
15.Tidak buat dosa, cegah diri dari maksiat, ajak keda makruf, cegah kepada mungkar, juga dapat menghalang bekas rezeki kita dari bocor.
16. Untuk ilmu besarkan bekas rezeki, carilah ilmu luaskan rezeki, klik sini untuk belajar: https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/mhamka
17. Untuk elak bekas rezeki bocor, carilah ilmu uruskan rezeki, klik sini untuk belajar: https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/Hamka
18.Namun memiliki bekas rezeki besar bukan tanda semua Allah sayang, ada orang kafir atau orang derhaka dapat banyak rezeki tapi itu adalah “ istidraj” yang bermaksud: kesenangan penuh di segerakan di dunia untuk orang yang tiada nikmat di akhirat.
19. Jadi jika kita buat dosa banyak, derhaka pada orang tua, kedekut, suka buat maksiat tapi masih banyak sumber rezeki jangan gembira sangat, takut akhirat kita papa kedana masuk neraka berjalan dengan muka.
20. Rezeki bukan wang sahaja, kesihatan yag baik, tak mati pucuk, tak kena payakit krobik, ada anak yang soleh, pasangan yang baik, jiran yang mesra, rumah tak berhantu, , drone CIA tak datang mengitip, cuaca yang selesa, negara yang aman, menantu yang baik, semua itu rezeki.
21. Lebih deep, Susah juga rezeki, ujian hidup juga rezeki, ramai orang boleh bersyukur dengan nikmat, tapi bukan calang calang orang boleh bersyukur dengan ujian.
22. Akhir kata, Mencintailah Pencipta Rezeki lebih dari Rezeki, itu lah bekas rezeki teresar dalam hidup kita, besar hingga rezeki melimpah ke syurga, dan akhirnya bertemu Pencipta Rezeki di Syurga adalah Rezeki terbesar.
Semoga Woha sampai syurga!
Ps: Siapa baca 22 pesanan ini, rezeki awak dapat ilmu, rezeki saya kongsi ilmu, nak rahsia 55 rezeki mengalir tanpa henti? Klik sini: https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/mhamka
(siapa kata panjang sangat, abang dah lukis okey-woha!)
lukisan kayu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Di antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu?
.
.
1. Bercakap.
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun.
Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia.
Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya org sekeliling tahu apa yg hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia,iaitu dlm masa 24 jam selepas dilahirkan.
Greet anak,bagi salam... say 'hi',cium.... peluk,cakap apa saja nak cakap. Sembang saja.
Memang nampak mcm tak betul sikit bila duduk dekat ward,kita sorang2 dok sembang sambil bagi eye contact kat baby.
Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia,nak2 dlm dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents,'anak sudah boleh bercakap atau belum?'
Kebanyakannya jawab 'dah,ada cakap... ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.'
Saya cakap,itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact,kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah,memanggil,bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital,ada seorang ibu 'bercakap' dengan anaknya yg setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja.
Kuat pulak tu! 'B.U.K.U... BUKU!'
Agaknya dia target anak dia utk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa,saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan 'belajar' melalui gadget.
Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yg tak kena je,mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
Rimas saya tengok!
MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact.
Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak.
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya.
Bercakap adalah komunikasi,ada org yg mendengar,ada org yg membalas balik.
Bercakap kena ada peniruan,baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian.
Pemberian gadget dan belajar di usia ini?
Kalau boleh,elakkan!
.
.
2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Penting utk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yg besar pada ketika ini utk sesi menconteng.
Kalau risau anak conteng dinding,belikan kertas mahjong besar2,tampal kat dinding rumah.
Kalau ada bajet lebih,catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat, redha je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya.
Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan.
Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain).
Menconteng mewujudkan midline crossing abilities.
Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas,atas lantai,dekat dinding,buku...
Kita dah dewasa ni,tolonglah fikirkan cara terbaik utk menggalakkan anak2 menconteng.
Ikutlah masing2 nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke.... yg penting,fikirkan cara!
Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu... guna ranting kayu... tak kesah apa pun,asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni,janganlah force anak utk menulis sangat. Asyik2 nak suruh tulis ABC,nombor,huruf jawi...
Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG.
Lukislah bentuk2 yg ada di sekeliling kita.
Lukislah haiwan,tumbuhan,rumah,atau apa saja.
Layankan anak melukis.
Gunalah water colour,crayon atau apa saja alatan melukis.
Tak rugi spend duit beli benda2 ni semua. Tak rugi!
.
.
3. Mewarna.
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Ajarlah warna di usia ini.
Aktiviti mewarna membantu anak2 membentuk garisan lurus,menegak,menyerong,membulat dan sebagainya.
Warna lukisan yg diwarnakan biarlah padan dengan usia anak.
Janganlah disuruh mewarna lukisan yg complex. Kalau boleh,elakkan mewarna lukisan yg di dalam gadget.
Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa2 makna kepada otot tangan. Mcm mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini,tak payahlah risau kalau anak2 masih lagi tak pandai warna dlm garisan.
Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yg penting,dia tahu nak warna kat mana.
Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna.
Tak payah bawak pergi mall,mewarna kat bahagian2 yg ada lukisan2 utk diwarnakan,lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je.
Lebih baik kita lukis gambar kita satu family, suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yg amat.
.
.
4. Menulis dan membaca.
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas.
Usia yg dikira LEWAT utk boleh membaca: 11 tahun.
Logically,bila anak dah belajar garisan yg banyak2 melalui menconteng dan mewarna,persiapkanlah dirinya utk menulis.
Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi,kemudian ajar mengenal huruf di sesi yg kemudiannya.... pada USIA 4 TAHUN!
Ini usia yg paling awal! Belum terlewat lagi.
Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf, bunyi2 huruf... mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat,insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.
Kalau kita 'terbalikkan' semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya,jangan segan nak bawa jumpa therapist utk betulkan masalah yg ada.
Sekian.
.........
Gambar sebagai contoh sahaja bukan galakkan untuk anak2 conteng dinding.
Mak ayah sila tampal kan kertas besar Di dinding supaya anak2 bebas bermain dalam masa Yg sama dapat berkarya dengan selesa
Sumber : Liyana Raya
.
Nak ilmu parenting lagi? Baca info sini >> https://proparenting.onpay.my/order/form/go/pdh