Dapatkan stok makanan sejuk beku dan barang-barang runcit yang lain di PFF. Servis penghantaran percuma dengan setiap pembelian RM200 ke atas.
Borang tempahan PFF » https://bit.ly/2VUKSH9
Nasi Kerabu bukan sahaja terkenal di Kelantan, malah menjadi salah satu makanan yang popular di semua tempat pada waktu bulan puasa. Antara kelebihan nasi kerabu ini adalah salah satu makanan yang mempunyai pelbagai tambahan lauk-pauk untuk digandingkan bersama. Hari ini Imran nak share resipi lengkap untuk memasak Nasi Kerabu bersama lauk Daging Kunyit.
Bahan-bahan untuk Kerabu Sayur:-
? Kacang Panjang
? Kobis
? Bunga Kantan
Cara-caranya:-
Hiris semua sayur dengan halus.
Gaulkan dengan sebati.
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:-
? Cili Kering 10-15 tangkai
? Bawang Kecil 10 ulas
? Bawang Putih 5 ulas
? Budu
? Air
? Serai 1 ulas
? Gula Melaka
? Santan 1 cawan
Cara-caranya:-
Kisar cili kering, bawang putih dan bawang kecil sehingga halus.
Tumis semua bahan kisar bersama budu.
Masukkan serai yang sudah dititik dan tambahkan gula merah.
Tambahkan santan dan kacau sebati. Tunggu sehingga kuah tumis pecah minyak dan masak.
Bahan-bahan untuk Nasi Kerabu:-
? Beras 600 gram
? Daun Limau Purut 3 helai
? Serai
? Pewarna Biru
? Garam
? Air 1 liter
Cara-caranya:-
Masukkan beras yang telah dibasuh bersih dan tambahkan air secukupnya.
Masukkan daun limau purut dan serai. Tambah sedikit pewarna biru.
Akhir sekali, tambah garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk Serunding Kelapa:-
? Kelapa Parut 1 biji
? Ikan Kembung
? Halia
? Bawang Kecil
? Serai
? Garam 1 sudu kecil
? Gula 3 sudu besar
? Cili Api 2 biji
Cara-caranya:-
Masak kelapa parut dengan api perlahan. Tambahkan sedikit halia, bawang kecil dan serai.
Masukkan ikan kembung yang sudah direbus dan dicarik isinya.
Kacau sebati sehingga semua ramuan bertukar ke warna keperangan.
Tambahkan gula, garam dan cili api. Gaul sehingga semuanya masak.
Bahan-bahan untuk Daging Kunyit:-
? Daging Lembu
? Serbuk Kunyit 1 sudu besar
? Bawang Holland 2 biji
? Bawang Putih 2 ulas
? Kacang Panjang
? Lobak Merah 1 biji
? Garam
Cara-caranya:-
Lumurkan daging yang telah dipotong bersama serbuk kunyit. Masak daging sehingga lembut.
Masukkan bawang putih dan bawang holland. Tambahkan lobak merah dan kacang panjang. Masak dengan sebati.
Tambahkan sedikit garam dan tunggu sehingga daging masak.
Facebook : https://www.facebook.com/Pfffrozen/
Instagram : https://www.instagram.com/panglimapff/
Panglima Frozen Food atau lebih dikenali sebagai PFF merupakan pemborong dan peruncit untuk makanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sumber protein berkualiti tinggi dijual disana. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PFF menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat-tempat berdekatan. Tempah barangan anda bersama PFF sekarang.
?Lokasi » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Waktu Operasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan » Isnin hingga Sabtu - 9 pagi hingga 5 petang
Ahad - 9 pagi hingga 1.30 petang
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/ngRwHSk7DEI/hqdefault.jpg)
malaysian nasi kerabu recipe 在 36 Best Nasi Kerabu. ideas - Pinterest 的推薦與評價
Nasi Kerabu Kelantan (Kelantan Herb Rice Salad) Rice Recipes, Cooking Recipes, Healthy. TASTE THE BEST OF MALAYSIA - 28 Best Malaysian Food ... ... <看更多>