bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有122部Youtube影片,追蹤數超過53萬的網紅nrhwz,也在其Youtube影片中提到,...
masin 在 Facebook 的最讚貼文
Assalamualaikum
Dah lama takbuat video makan pulut kuning ni memang sedap pulut cukup lemak masin rendang pedas cukup rasa mmm memang sedap boleh order dengan agent agent jami di bawah ni atau whatsapp +60 17-585 8898
masin 在 Facebook 的最佳解答
Lauk kegemaran saya. Makan dengan ikan goreng dan telur masin. Aduhaii teramatlah menyelerakan. Siapa suka makan lauk pajeri macam saya?
#pajeriterungdannenas #resipiaziekitchen
#resipiaziekitchenhebatdidapur
masin 在 nrhwz Youtube 的精選貼文
masin 在 Syazayusof Youtube 的精選貼文
Wehh i first time prank saffa hahahaha sorry tak cukup gempak nanti kita buat lagi okay ??
I hope u guys enjoy this video ok . Subscribe now !
instagram : https://instagram.com/syazaayusof
: https://instagram.com/fayusof
Twitter : https://twitter.com/Syazaayusof
Tiktok : https://vt.tiktok.com/DkMpK4/
Facebook : https://www.facebook.com/thelittlesyaza
#prank #strawberrytaghulu #videogoeswrong
masin 在 Alieff Irfan Youtube 的最讚貼文
Why So Serious ?
Boleh tahan jugak makan maggi campur dengan garam je ni
masin 在 el mago masin - 相片 - Facebook 的推薦與評價
el mago masin, 紐倫堡。 10749 個讚· 49 人正在談論這個。 Der kuriose Kosmos von el mago masin. Hier gibt es regelmäßig Freikarten, exklusives von hinter den ... ... <看更多>