Cara didik anak rajin solat 5 waktu.
Saya percaya setiap ibu bapa punya cara dan timeline sendiri untuk pastikan anak solat 5 waktu.
As for us, cara santai yang kami amalkan sejak dia baby lagi nampak macam berkesan lah sehingga ke hari ini.
Those are few steps that we could do,
1. Terangkan konsep ketuhanan dahulu
Anak anak bijak dia tak suka buat benda tanpa tahu kenapa. Kita suruh dia solat, tapi why? Dia perlu tahu mengapa dia perlu solat.
Mulakan sejak dia mula pandai faham kata kata kita (seawal usia 1 tahun) tentang segala apa yang kita lakukan di dunia ini adalah untuk dapatkan kasih sayang allah.
As simple as that.
Belum perlu untuk cakap soal kewajipan mukmin, rukun islam rukun iman bagai. Semua tu sangat kabur lagi di kepala dia.
Dia akan tanya,
Kenapa allah nak kena sayang kita?
Ini peluang yang sangat baik untuk kita terangkan konsep rezeki.
Fahamkan dia bahawa dia dapat beli toys, pergi kedai beli macam macam semua tu adalah kerana allah bagi rezeki. Kenapa allah bagi rezeki? Sebab allah sayang. Macam mana nak bagi allah sayang? Kita kena solat!
The process to instill this understanding will take years to happen. Jadi ibu bapa perlu keep repeating terapkan konsep 'perlunya kasih sayang allah dalam kehidupan' ini seawal yang mungkin.
2. Slow and easy.
Bila kita telah memulakan proses pertama. Maka ia sudah mudah bagi step seterusnya. Kita perlu wujudkan suasana 'solat is fun'.
Biarkan dia pilih sejadah mana yang dia suka. Kopiah mana yang dia nak pakai. Telekung corak apa yang dia suka. Berapa rakaat yang dia nak solat. Dia nak solat duduk ke, baring ke, sambil gumpal dalam selimut ke, biarkan!
Kalau dia beri alasan letih, beri dia pilihan nak solat duduk ke baring ke.. Dua rakaat aje ke..pandai pandailah.
Buat dia rasa yang allah itu terima solat dia dalam apa jua keadaan asalkan dia berusaha untuk buat allah sayang pada dia.
Jangan sesekali marah dia jika dia solat main main, sambil solat sambil main, atau solat dua rakaat lepas tu kelain perginya. Rileks. Umur dia baru 3 4 tahun. Apa yang perlu kita appreciate pada peringkat ini adalah keinginan dia untuk solat. Sempurna atau tidak itu belakang kira.
3. Terangkan konsep syaitan.
Bila dia dah besar sikit (5 6 tahun) kita boleh intoduce siapakah syaitan.
Buatkan dia faham bahawa syaitan ni memang suruh kita supaya tak solat. Bila kita tak solat, syaitan akan datang dekat kita. Dan allah tak sayang kalau kita ikut cakap syaitan. Kalau allah tak sayang, kaitkan semula dengan konsep rezeki tadi.
4. Sentiasa puji atas kerajinan dia bersolat.
Setiap kali sebelum tidur, sambil kita peluk peluk nak tidurkan dia, beritahu dia allah sayang dia..allah beri dia macam macam rezeki (sebutlah apa yang dia perolehi pada hari itu), sebab dia rajin solat.
Dan sebelum dia tertidur, bisik pada dia esok kita solat lagi ya. 😋
5. Ibu dan bapa harus istiqomah.
Anak anak ini adalah kain putih.
Kita yang corakkan.
Usahalah dengan konsisten, insya allah allah bantu.
6. Bawa ke masjid.
Pilih masjid yang mesra kanak kanak. Biar dia rasa 'fun' berada di masjid. Boleh reward sewajarnya jika dia solat di masjid.
Dia nak berlari sana sini tu adatlah, dah nama budak budak. Pandai pandailah kita kawal.
Apa gaya anda? Boleh kongsi? Mudah mudahan kita sama sama boleh dapat manfaat 😊😊😊😊
Dikongsikan di FB Izyan Izdihar Shaarani.
Search