Lama dah nak makan laksa hari ni baru buat. Sape hantu laksa jommm masuk.. kita geng😁 saya kongsi resepi cara saya ya.
Resepi laksa utara
2bungkus laksa rendam dah kembang rebus lembut tos kan
Bahan utk kuah:
10 ekor ikan selayang 10 ekor ikan kembung lemak @ ikan apa yg kita suka rebus asingkan tulang dan isi
4sudu makan cili kering blend
5biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan jika suka
Asam keping
Daun kesum bunga kantan
Garam gula serbuk perasa secukup rasa
Bahan utk ulam
Daun salad Timun cili padi bawang besar
Limau kasturi semua potong
Telur rebus
Cara membuat:
Blend bawang merah putih dan belacan masuk dlm periuk letak air sebanyak mana kuah kita nak. Masuk cili blend tadi. Blend juga isi ikan masuk sekali dlm tu jangan lupa tulang ikan blend tapis masuk sekali dengan kuah air rebusan ikan tadi. kemudian letak asam keping garam gula serbuk perasa secukup rasa masak hingga mendidih masuk daun kesum dan bunga kantan rebus hingga masak sesuaikan rasa biar merenih kuah laksa makin lama makin sedap. Tadaa dah siap Hidangkan dengan ulam2 bila nak makan.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過370的網紅iamfuzy,也在其Youtube影片中提到,Salam perkenalan. Terima kasih pada yang subscribe, like dan komen di channel saya. Nanti saya balas kunjung ya. #tukangmasakamatur #dapursweetsourle...
「merenih」的推薦目錄:
- 關於merenih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於merenih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於merenih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於merenih 在 iamfuzy Youtube 的精選貼文
- 關於merenih 在 iamfuzy Youtube 的精選貼文
- 關於merenih 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳貼文
- 關於merenih 在 Merenih Do Trem Bala | Facebook 的評價
- 關於merenih 在 Redukovanje dužina merenih pantljikom - YouTube 的評價
- 關於merenih 在 Pin on Food - Seafood - Pinterest 的評價
merenih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
1 ekor ayam (di potong & di bersihkan)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (di belah 6)
1 labu bawang besar (di potong bulat)
5 ulas bawang putih(di hiris)
2 cm lengkuas (di potong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk perasa (jika perlu)
Garam dan gula (jika perlu)
1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam, lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam kemudian goreng sehingga masak.
2. Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)
3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas, masak sehingga naik bau dan kekuningan.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
5. Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan..biarkan merenih sebentar dan sedikit kering..
7. Angkat, sedia utk di hidang.
Kredit resepi & foto : Nurul Ateekah
merenih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Layan bihun sup daging petang2 ni
Ada peminat nya kan..
Alhamdulillah..
Resepi cara saya👇
1/2 kilo daging
1 paket bihun(rendam dgn serbuk kunyit)
Bhn
Rempah tumis
Bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis
Cengkih*
1 paket rempah sup
2 bungkus sup bunjut
1 kiub daging knorr
Bhn kisar
1/2 inci Halia
3 ulas Bawang putih
2 biji Bawang besar
1 sudu lada putih(tumbuk dan kisar sekali)
2 biji buah keras(tumbuk dan kisar sekali)
Cara
Sediakan periuk
Minyak secukupnya..tumis bhn2 yg bertanda*
Masukkan bahan kisar. biarkan garing skit masukkan rempah sup yg telah di bancuh dgn sedikit air,masukkan daging,biarkan air daging kering dulu, baru masukkan air secukupnya..masukkan kiub daging knorr dan sup bunjut.perasa kan dgn garam dan penambah rasa
Masak sehingga daging lembut(nk mudah dan cpt guna pressure cooker)
Sambal merah
1 pek cili serbuk pek medium
3 ulas bawang putih
Minyak
Gula,garam,penambah rasa.
Cara
Tumbuk hingga lumat bwang putih tadi .
Tumis hingga naik bau
Masukkan serbuk cili yg telah di bancuh dgn air terlebih dahulu,bg sedikit garing dan tmbh air..
Letak gula,garam,dan perasa tmbahan
Biarkan merenih hingga terbit minyak
Utk hiasan sampingan
Lobak masin
Bawang goreng
Daun sup&daun bawang
Taugeh dan tauhu(tu saya letak sbb suka makan )
Kalau nk sedap daging tu beli campur2
Ada tulang,perut,daging yg ada lemak skit.
Slmt mencuba.
Airtangan dan pic: Eniza M. Salim
merenih 在 iamfuzy Youtube 的精選貼文
Salam perkenalan. Terima kasih pada yang subscribe, like dan komen di channel saya. Nanti saya balas kunjung ya. #tukangmasakamatur #dapursweetsourleyra
Boleh jengah resepi di www.dapursweetsourleyra.com atau blog saya www.iamfuzy.com
Terima kasih atas support kawan-kawan semua!
Resepi Sup Kambing Berempah Sedap Memikat
Bahan-bahan:
1.2kg daging dan tulang kambing
Rempah 4 sekawan
2 biji kentang, dipotong 4
2 biji lobak merah
2 biji tomato
daun sup/daun bawang
Bahan A - kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar lada hitam biji
Bahan B:
1 sudu besar rempah sup/kurma
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada sulah
Cara membuatnya:
1. Rebus isi dan tulang daging kambing hingga empuk. Bagi yang punya pressure cooker boleh la guna tapi saya menggunakan periuk tembikar untuk merebus dan merenih daging. Campurkan bawang kuning (bawang Holland) dan akar ketumbar. Masak dengan api sederhana dan tutup periuk. Buka tutup periuk supaya air tidak melimpah keluar.
2. Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah dikisar. Gaul biar mesra dan sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau dan masukkan rempah yang telah dicampur tadi, dimasak hingga naik wangi.
4. Kemudian masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk berisi daging kambing yang sedang direnih. Tambahkan air secukupnya, jika perlu. Kacau biar sebati dan tutup periuk.
5. Masukkan kentang dan lobak merah, biarkan dalam 5 minit atau hingga keduanya lembut. Masukkan tomato dan daun sup. Biar seketika dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap
merenih 在 iamfuzy Youtube 的精選貼文
2 ikat pucuk meranti
2 biji keledek, dibuang kulit dan dipotong
2 ulas bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai cili kering, dipotong 1cm
cara membuatnya:
1. pilih pucuk dan daun muda, direndam dalam air campur garam dalam 5-10 min, kemudian dibasuh dan toskan
2. rebus ubi keledek hingga empuk (jangan sampai terlalu lembut), ditoskan
3. Masukkan santan kedalam periuk bersama bawang merah, bawang putih, cili kering dan keledek, direnih dengan api sederhana tapi pastikan jangan sampai pecah minyak (dalam 5-7min)
4. masukkan daun pucuk meranti, balik-balikan hingga daun layu (dalam lebih kurang 5 min kerana pucuk meranti cepat layu bila dimasak)
5. Tutup api dan perasakan dengan garam
Selamat mencuba!
Nota:
- ada yang suka letak ikan bilis boleh masukkan semasa merenih santan dan macam saya suka letak telur tapi kali ni tidak.
- pucuk meranti ni rasanya agak pahit tapi sedap bila dibuat masak lemak dan pastikan ada sambal belacan!
merenih 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳貼文
Bahan-Bahan:
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 sudu besar susu pekat manis
Sedikit gula batu
1 tin susu sejat
2 sudu besar rempah briyani
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
Segenggam kismis
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina
3 biji cili hijau
10 ulas bawang kecil
10 siung bawang putih
2 inci halia
Secubit koma-koma (saffron)- lumatkan/larutkan dgn sedikit susu sejat
2 sudu besar minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1/2 ekor ayam- dipotong 8
Cara:
1. Bawang kecil, bawang putih, daun pudina, cili hijau, halia, rempah beriani dikisar dengan secawan air.
2. Cuci dan rendam beras selama 1 jam. Kemudian toskan.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan rempah kisar tadi hingga pecah minyak & wangi.
4. Masukkan ketulan ayam, gaul hingga sebati & biarkan merenih selama 3 minit
5. masukkan air, gula batu, susu pekat manis, susu sejat, bawang goreng, kismis, garam kasar dan puri tomato. Setelah mendidih, masukkan beras. Kacau sebentar dan rasa garam secukup rasa. Biar kering dan kecilkan apinya.
6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Renjiskan sedikit-sedikit dengan larutan koma-koma dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan).
Hiaskan dengan daun ketumbar, tomato, daun sup, bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit sebelum dihidangkan
merenih 在 Redukovanje dužina merenih pantljikom - YouTube 的推薦與評價
U ovom videu možete pogledati kako se redukuju dužine koje su merene pantljikom; kako sračunati vertikalni ugao koji nam je potreban za ... ... <看更多>
merenih 在 Pin on Food - Seafood - Pinterest 的推薦與評價
Dengan cara merenih sotong sekejap... kebarangkalian sotong meletop semasa menggoreng berkurangan sebab kesemua air dalam sotong dah keluar. ... <看更多>
merenih 在 Merenih Do Trem Bala | Facebook 的推薦與評價
Merenih Do Trem Bala is on Facebook. Join Facebook to connect with Merenih Do Trem Bala and others you may know. Facebook gives people the power to share... ... <看更多>