“Terima kasih penyumbang Multiracial Reverted Muslims - MRM ~ Umar Verdeblanco, Imam Masjid Al-Rahman, Bulacan Filipina”
.
Beberapa minggu sebelum Ramadhan, bendahari MRM, Sher Lynn membawakan satu kertas cadangan dari rakan strategik kami di Malaysia untuk program Ramadhan di Bulacan, Filipina.
.
Ini adalah program khas bersempena dengan Ramadhan kerana setiap bulan MRM memang memberikan sumbangan tetap untuk memperkasakan aktiviti dakwah di Bulacan yang diketuai oleh Umar Verdeblanco.
.
Saya tidak bertanya tentang kos terlebih dahulu tetapi saya bertanya berapa ramai akan dapat manfaat. Mereka berharap MRM boleh taja majlis iftar untuk satu masjid selama dua minggu & sedikit bantuan bekalan asas kepada penduduk di situ.
.
Kami melihat kosnya agak berpatutan, maka kami bersetuju untuk menaja tetapi bukan iftar untuk sebuah masjid selama dua minggu dan sedikit bekalan asas, tetapi kami bersetuju untuk menaja iftar sepanjang bulan Ramadhan di tiga buah masjid di Bulacan, Filipina.
.
NGO yang kami kerjasama, kami akan pastikan mereka bebas dari ideologi menyeleweng dan tidak terpalit dengan kumpulan ekstrimis. Maka kami akan minta mereka mendapatkan surat pengesahan & clearance dari polis di negara mereka sebelum kami menyumbang untuk projek mereka.
.
Alhamdulilah kami juga pernah menjejakkan kaki ke sana dan sangat teratur program dan perancangan dakwah mereka. Hampir setiap bulan ada sahaja individu yang memeluk Islam di pusat dakwah yang berpusat di Masjid Al-Rahman.
.
Selain dari memberikan sumbangan bulanan, MRM juga menaja projek pembesaran dan ubahsuai Masjid Al-Rahman sebelum ini. Solat 5 waktu didirikan, kelas harian diadakan selain ramai individu telah memeluk Islam hasil usaha mereka. Alhamdulilah.
.
Semua kredit ini diberikan kepada sahabat-sahabat semua yang menyumbang selain dari sahabat-sahabat yang berbelanja di MyKampung Fresh Mart serta Balak.Co kerana hasil keuntungan dari #dakwahnomi juga disalurkan untuk program dakwah & kebajikan MRM di dalam & luar negara. Jazakumullahu Khairan.
.
Bayangkan pahala-pahala sahabat yang dengan asbab sumbangan & sokongan mereka telah digunakan untuk dakwah & kebajikan sehingga ramai telah memeluk Islam, solat fardhu 5 waktu didirikan atas masjid yang diubahsuai dengan wang sumbangan mereka & kelas diadakan. Alhamdulilah.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #dawahnomy #dakwahnomi #mrmprihatin #foodbankmykampungfreshmart #mykampungfreshmart #mrmbulacan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...