JAGALAH 'KERAMAT HIDUP' PASTI TERBUKA PINTU REZEKI - Pemuda Ini Sanggup Tinggalkan Kerja Oil & Gas Demi Nak Bantu Selamatkan Bisnes Family.
Hari ini Diari W masih lagi di Johor Bahru bersama seorang lagi Titanium Circle RichWorks, Tuan Mohd Fairus Samsuddin, pemilik Sarifah JB Katering. Malam ini kami akan kongsikan susah payah pemuda ini dalam jatuh bangun beliau mengusahakan legasi perniagaan keluarganya yang ditinggalkan dengan seribu satu masalah.
.
Satu ketika dahulu, pemuda ini sanggup meninggalkan kerjaya di dalam industri ‘Oil and Gas’, kerjaya yang gah dipandang khalayak ramai dengan niat yang begitu suci iaitu bagi menjaga ayah beliau yang sakit sekaligus membantu menyelamatkan bisnes keluarga yang dah berada di tahap nyawa-nyawa ikan ketika itu.
.
Berapa ramai di luar sana yang masih lagi stuck dengan kerjaya dan masa depan kerana sibuk dengan dunia hingga tidak mampu berikan kebahagiaan pada keluarga? Adakah anda sanggup dan berani buat keputusan seperti Tuan Mohd Fairus?
.
Sifat bertanggungjawab yang tinggi dalam diri Tuan Mohd Fairus membuatkan kami di RichWorks kagum dengan beliau.
.
Sarifah JB Katering sudah mula beroperasi sejak 20 tahun dahulu di bawah kendalian ibu dan ayah Tuan Mohd Fairus. Ekoran keadaan ayahnya yang diserang strok dan atas permintaan ibunya yang mahu beliau mengambil alih perniagaan ini, beliau nekad berhenti kerja dan bantu keluarga dalam bisnes.
.
Pada tahun 2016 beliau mengambil alih perniagaan ini, tanpa ilmu dalam bisnes. Jika ada tempahan adalah job katanya.. Jika tiada, maka tiadalah job. Sampai bila dia nak berniaga macam ni? Katanya berbisik dalam hati.
.
Beliau perlu lakukan sesuatu dan segalanya bermula setelah beliau menonton video Dr Azizan Osman dan beliau berkata pada ibunya, beliau nekad mahu pergi belajar dengan Dr Azizan Osman.
.
Dari dunia ‘Oil and Gas’ terjun ke bidang perniagaan katering, bukan satu perjalanan yang mudah untuk beliau. Pada awal Januari 2016 beliau nekad untuk menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM) anjuran RichWorks dan telah membuka matanya bahawa dalam bisnes marketing sangat penting untuk buat orang lebih nampak bisnesnya.
.
Tetapi, setelah mencuba pelbagai ilmu dari Program MMM 2016, pada bulan September beliau menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) kerana mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada bisnesnya.
.
Tidak cukup dengan itu, beliau teruskan belajar dengan menyertai Program MMM pada 2017 dan 2018. Seterusnya beliau belajar secara online dengan RichWorks di platform ELITE Mentorship Program (ELITE) dan berpeluang juga menyertai Master Your Business (MYB). Bagi Tuan Mohd Fairus dalam setiap program yang disertainya beliau mendapat banyak ilmu baru yang memberikan hasil luar biasa pada bisnesnya.
.
Pada Program IMKK November 2018, Tuan Mohd Fairus nekad dan yakin yang beliau sudah bersedia untuk meneruskan perjalanannya bersama RichWorks dengan memohon sebagai ahli Titanium.
.
Beliau percaya dengan adanya MenThor, perniagaan beliau akan lebih berstruktur dan teratur kerana Dr Azizan Osman telah merangka dengan begitu teliti perjalanan bisnesnya, sejauh mana bisnes beliau akan pergi dan beliau berhasrat akan tetap berada di dalam Titanium Circle selagi masih ada peluang.
.
Kesannya, sepanjang tahun 2018 jualan Sarifah JB Katering mencecah sasaran hasil jualan sebanyak RM 2.18 juta dan setakat ini pada tahun 2019 jualannya adalah RM 1.6 juta. Jika dulu setahun Sarifah JB Katering hanya dapat ambil 10-20 job setahun, sekarang bisnesnya mampu kendalikan 17 event sehari.
.
Selain itu, beliau turut menerapkan ilmu leadership yang diajar oleh Dr Azizan Osman di dalam dirinya kerana beliau yakin, jika seorang leader tidak boleh membimbing dirinya sendiri mana mungkin beliau dapat menjaga Sarifah JB Katering secara keseluruhannya.
.
Menurut beliau juga, RichWorks dan Dr Azizan Osman telah banyak bantu beliau dalam perniagaan. Tanpa RichWorks beliau tidak akan tahu tujuan utama beliau berniaga. Dr Azizan Osman juga sentiasa menerapkan dalam diri beliau berniaga ini adalah untuk membantu orang sekeliling dan bukan semata-mata hanya kerana wang. Itu yang membuatkan beliau begitu terinspirasi dengan insan yang bergelar Dr Azizan Osman.
.
Bagi Tuan Mohd Fairus juga, tanpa Dr Azizan Osman beliau tidak akan kenal siapa KERAMAT HIDUP beliau. Selama ini beliau hanya fikir apa saja yang datang itu adalah rezekinya, tetapi sebenarnya apabila kita menjaga ibu dan ayah pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya untuk kita.
.
Siapa sangka berkat meninggalkan kerjaya demi menjaga ayah yang sakit dan untuk menyelamatkan bisnes keluarga yang tenat, rezeki pemuda berusia 31 tahun ini dimurahkan dan dipermudahkan untuk membina semula Sarifah JB Katering dan kini dikenali di negeri Johor.
.
Alhamdulillah dan tahniah Tuan Mohd Fairus, kami di RichWorks sangat berbangga dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan.
.
Anda kenal sesiapa yang masih stuck dan berat hati untuk mengambil alih bisnes keluarga yang nyawa-nyawa ikan? Ajak mereka untuk tonton video Tuan Mohd Fairus ini.
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#ICMDesaru2019
Search
mudah job johor 在 KERJA KOSONG PART TIME / FULL TIME SEKITAR JOHOR 的推薦與評價
DI DANGA BAY ,JOHOR BAHRU ... Kerja mudah perlukan handphone dan internet sahaja Berminat??? ... seharian RM100-RM120, sini ada job banyak. ... <看更多>