"Apa salah saya jual nasi Arab?" - Mila Jirin
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Pada satu hari, anak autsime saya tiba tiba naik pentas dan menyanyi lagu SUARAMU SYAIRKU versi arab. Dia bukan penyanyi utama, tapi mujurlah penyany...
nyanyian arab 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
“ayah, ultraman ni apa agamanya?”
Tanya anak saya di suatu petang selepas melihat Ultraman di paparan youtube terbang ke angkasa setelah menewaskan raksasa..
Ayah rasa ‘Ultraman’ ni agama kristian, sebab banyak unsur kristian dalam cerita Ultraman.., tangan bersilang salib waktu tembak raksasa, dan banyak babak Ultraman kena ikat pada tiang macam jesus.
Lagipun pencipta watak Ultraman, Eiji Tsuburaya memang beragama kristian. Namun tak payah kita jadi macam mamat dan minah kospirasi yang perasan pandai lalu reka konspirasi kristian dalam siri ultraman dan larang orang tengok Ultraman kerana kononnya boleh rosak akidah- adohai..
Balik kepada kisah ultraman, sebenarnya ultraman ni dah ada waktu ayah belum lahir lagi, iaitu tahun 1966, yang mana ketika P Ramlee muncul dengan filem Do Re Mi hitam putih, kat jepun, ultraman muncul siap dengan warna warni dah..
Masa ayah kecik, darjah satu lebih kurang, ada dua cerita Ultraman yang di tayangkan di TV Malaysia, iaitu Ultraman Hayata dan Ultraman jack.
Kisahnya sama sahaja, Ultraman ni adalah alien yang pinjam badan manusia, dan bekerja di MAT(seangkatan polis khas yang banyak cayangannya di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh).
Bila raksasa serang bumi (baca: Jepun) maka MAT akan guna teknologi paling canggih untuk hapuskan raksasa, tapi biasanya gagal, (buat rugi duit rakyat jepun jer bayar cukai dan belanja untuk senjata MAT) maka barulah Hayata atau Go tadi berubah dari bentuk manusia kepada bentuk Ultraman dan tewaskan raksasa.(nasib baik Ultaraman tak kenakan cukai GST). Waktu bertarung, Ultraman tak boleh terdedah lama dengan atmosphere bumi, lampu ultraman akan berkelip menandakan atmosfera bumi telah memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, jadi bila dah hujung hujung, baru Ultraman guna tenaga terkuat dan bunuh raksasa, lalu terbang ke angkasa. (kos lupuskan raksasa di tanggung oleh Majlis Perbandaran Tokyo)
Dalam episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang merosakkan lampu amarannya, menyebabkan Ultraman tak tahu dah berapa lama dia berlawan, akibatnya Ultraman syok berlawan sehingga tak sedar terlebih masa, lalu ‘mati’. Kemudian munculah Ultraman Zoffy, menyelesaikan masalah, dan sewaktu Ultraman Zoffy tiba untuk mengambil roh Ulraman pulang ke planet ultra, Ultraman telah merayu demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani kehidupan normal. Zoffy kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan memberikan satu nyawa kepada Hayata.
Kemudian Zoffy memisahkan mereka, sekaligus memperbaharui nyawa Hayata, namun Hayata kelihatan sudah kehilangan ingatannya sambil memerhati Zoffy membawa Ultraman pergi.
Balik di planet Ultra, Ultraman sudah tentu akan berjumpa dengan ketua Ultraman iaitu Ultraman fathers.
Dan mungkin.. (ini adalah tambahan dari keretamayat)
Ultra Father akan mintak laporan sepanjang berkhidmat di bumi, dan salah satu laporan yang di rujuk adalah tentang agama agama manusia di bumi.
Berkatalah alien (ultraman jack)
Bapak, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu:
Christian 2.0 billion
Islam 1.2 billion
Hindu 811 million
Budda 360 million
Dan agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia hanya merujuk satu kitab.
Selain itu, dalam Al quran juga banyak ayat yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..
Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam akan jawab huruf “ba”. Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain ada tak yang tahu berapa huruf dalam kitab mereka?, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menghintung, tapi hampir semua orang islam akan boleh jawab, lebih kurang, 6666 ayat..,
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak 2 orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal 6666 ayat Al quran, malahan yang mengakui sudah hafalpun ada di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka ada system yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
“tapi kenapa mereka saling bergaduh?”
Tanya Ultra father pada Ultraman hayata.
Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something wrong with (some) muslims "
Bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,
Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
“kena baca semua makna ke Hayata?”
Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, bang, Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?
Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk satu juzuk?
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la a ya jangge atau K pop?”
Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO pernah berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan salafi and counting...
dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik.., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al quran, apa kes?
Itu saya tanya yang dah khatam Al quran, cuba saya tanya yang tak khatam pulak tak tahulah apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!
(Dari jauh kelihatan Hayata sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia.)
Akhir kata:
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang MEMBACA Al-Quran dan BERAMAL dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.
Jadi wahai anakku, lepas dah mengaji dalam bahasa arab, tolong baca makna Al quran sama, dan jika tak faham tanya!.., jangan tengok sangat cerita Ultraman tu.., ayah target dapat pakai mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya Ultra! Woha!
Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)
nyanyian arab 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Soalan: Bolehkah orang Islam berkabung atas kematian artis bukan Islam dengan doa, candle light vigil dan nyanyian?
Jawapan:
Kematian adalah fitrah bagi manusia dan semua makhluk yang bernyawa, pasti akan merasai mati. Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Maksudnya: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Ali Imran:185)
Berhubung dengan persoalan di atas, kami membahagian kepada tiga poin besar iaitu hukum berkabung, mengucapkan takziah dan mengadakan candlelight vigil.
Berkabung
Secara asasnya, hukum berkabung atas pemergian orang bukan Islam, apatah lagi jika ahli keluarga dan saudara terdekat adalah harus dan dibolehkan. Asas terhadap keharusan tersebut diambil daripada perbuatan Rasulullah SAW yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Nabi bernama Qays Bin Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Lihat Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/434).
Walaubagaimanapun, acara berkabung yang diisi dengan ratapan dan tangisan yang berlebihan adalah diharamkan dengan kesepakatan para fuqaha’. (Lihat al-Majmu’ 5/307; Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, 95). Ini berdasarkan hadis:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ أَوْ شَقَّ الْجُيُوبَ أَوْ دَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ
Maksudnya: “Bukan termasuk golongan kami siapa sahaja yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju, dan menyeru dengan seruan Jahiliyyah (meratap)”
(Riwayat al-Bukhari, no. 1294)
Kami juga amat khuatir, majlis berkenaan termasuk dalam perbuatan al-marathi yang diharamkan dalam Islam sebagaimana hadith daripada Ibn Abi Aufa:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن المراثي
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang al-marathi.”
(Riwayat Ibn Majah, no. 1592)
Al-ritha’ adalah ratapan atau pujian terhadap si mati setelah dikuburkan. Ia juga boleh difahami dengan kesedihan terhadap si mati akibat sesuatu yang menimpanya. (Lihat Lisan al-‘Arab, 14/309) Begitu juga sebarang bentuk nyanyian bagi memperingati orang yang meninggal, bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Justeru, lebih baik ditinggalkan malah tidak ada kerugian jika tidak melakukannya.
Ucapan Takziah
Antara lafaz takziah yang diajarkan oleh Islam untuk ucapan takziah kepada bukan Islam, seperti yang terdapat di dalam al-Hawi al-Kabir, al-Majmu’ dan al-Mughni adalah seperti berikut:
أَخْلَفَ اللَّهُ عَلَيْك، وَلَا نَقَصَ عَدَدَك
Maksudnya: “Semoga Allah menggantikan kamu (dengan yang lebih baik) dan tidak mengurangkan bilangan kamu”.
أَعْطَاك اللَّهُ عَلَى مُصِيبَتِك أَفْضَلَ مَا أَعْطَى أَحَدًا مِنْ أَهْلِ دِينِك
Maksudnya: “Semoga Allah memberikan (yang terbaik ganjaran) ke atas musibah (yang menimpa kamu) yang tidak diberikan kepada seorangpun dari kalangan ahli agamamu.”
Pun begitu dalam isu yang berlaku baru-baru ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan mengucapkan takziah kerana tidak ada ahli keluarga, sahabat handai, mahupun saudara-mara artis berkenaan untuk menerima ucapan tersebut. Ucapan kepada si mati itu sendiri (seolah-olah bertutur kepada si mati) adalah hal yang tidak bermanfaat dan bukan budaya Islam.
CANDLELIGHT VIGIL
Berkenaan bagi hukum mengadakan candle light vigil, kami senada dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah kali Ke-88 itu yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
KESIMPULAN
Sebagai umat Islam, kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya luar dalam berkabung. Islam meletakkan garis panduan dan adab yang terperinci dalam etika berkabung. Umat Islam perlu ada jati diri dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam hal ini.
Dalam masa yang sama, minat terhadap seseorang artis tidaklah memerlukan kita untuk terlalu obses sehingga meninggalkan prinsip-prinsip seorang Muslim.
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda,
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ
Maksudnya: “Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat”
(Riwayat al-Tirmizi no. 2317)
Antara maksud hadis ini adalah antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baik berupa perkataan atau perbuatan. (Lihat Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, 1/288) Sesuatu yang tidak bermanfaat bagi seorang Muslim, boleh sahaja berbentuk perkataan atau perbuatan.
Oleh itu, setiap perkataan dan perbuatan yang tidak ada manfaatnya samada untuk kepentingan ukhrawi seorang Muslim ataupun untuk kepentingan duniawinya, sewajarnya ditinggalkan agar sikap beragamanya menjadi lebih baik. Semoga kita sama-sama menginsafi akan dekatnya kematian itu tanpa mengira masa dan usia dan memperbanyakkan amal kita untuk bersedia menghadapinya.
Pautan ke laman web PMWP:
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1863-al-kafi-689-berkabung-atas-kematian-artis-korea
nyanyian arab 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Pada satu hari, anak autsime saya tiba tiba naik pentas dan menyanyi lagu SUARAMU SYAIRKU versi arab.
Dia bukan penyanyi utama, tapi mujurlah penyanyi asal mengalah dan ajar guna mic dengan betul
Ada dua kali cubaan Ustazah nak tarik dia ke belakang tapi anak autisme gigih menyanyi sampai habis
Terima kasih ustazah yang sporting!
Terima kasih penyanyi utama sebab bagi laluan!
Woha!
Link video:
https://youtu.be/rBB3WTjdyFw
