Kesian juga pada Genting bila dapat tahu 20th Century Fox World yang sedang dibina kini dalam bahaya akan dibatalkan oleh Disney dan Fox. Sebagai seorang yang pernah membesar dengan pergi ke taman tema di Genting, aku tahu bagaimana perit rasanya bila Genting merobohkan taman tema asal mereka semata-mata untuk membina 20th Century Fox World.
Tak merasa lagi dah nak naik kereta antik keliling tasik tu.
Mengikut pada saman US$1 bilion yang difailkan oleh Genting, punca pembatalan adalah kerana Disney tidak mahu imej 'family friendly' mereka tercemar kerana mempunyai kaitan dengan sebuah taman tema yang dibina berdekatan kasino.
Disney beli Fox pada 27 Julai 2018 sedangkan perjanjian untuk taman tema ditandatangani oleh Fox dan Genting pada tahun 2013. Sekarang ianya jadi kes pemilik baharu tidak berminat untuk meneruskan projek sedia ada yang telah dipersetujui sebelum ini.
Kalau benar Disney/Fox mahu tarik diri, aku rasa ia lebih dari sekadar mahu menjaga imej 'family friendly' Disney. Ada dua lagi sebab utama lain yang agak ketara.
Pertama, tidak mustahil Disney sebenarnya mahu melindungi taman tema Disneyland mereka dari pesaing baharu (Disney ada 3 Disneyland di Asia).
Kedua, meneruskan 20th Century Fox World bermakna memberikan Genting hak milik menggunakan beberapa jenama filem seperti Ice Age, Life of Pi, Planet of the Apes dan Alien vs. Predator; tarikan yang sebenarnya boleh digunakan oleh Disney di Disneyland milik mereka sendiri pada masa hadapan.
Dan jika betul 20th Century Fox World dibatalkan, tamparan paling besar adalah buat industri pelancongan negara. Jangan lupa, 20th Century Fox World ini adalah 'last resort' kita selepas kalah dalam perebutan taman tema lebih 10 tahun lalu.
Ya, sebenarnya Malaysia dari dahulu lagi bersaing dengan negara lain dalam usaha menarik taman tema antarabangsa untuk dibina di negara kita. Idea Disneyland ini pernah dibangkitkan di Perak dan Selangor sebelum bermulanya peralihan milenium.
Bila Disney mengumumkan bahawa mereka akan membina Disneyland kedua di Asia, Malaysia antara yang bersaing dengan Hong Kong dan Singapura untuk mendapatkan projek tersebut. Kita gagal, sampai pernah dibuat orang satu lawak kenapa Disney pilih Hong Kong dan bukannya Malaysia.
Pada tahun 2005, Pak Lah selaku Perdana Menteri pergi ke Jepun untuk bertemu dengan pengurusan Tokyo Disneyland. Pada masa itu, Malaysia menawarkan tanah di Nusajaya, Johor untuk projek Disneyland dengan nilai pelaburan sebanyak RM2 bilion dan peluang pekerjaan untuk 20,000 orang.
Semasa itu Hong Kong Disneyland baru sahaja dibuka dan kita berharap sangat Disney akan memilih Malaysia selepas Hong Kong. Sayangnya pada tahun 2009, Shanghai terpilih sebagai lokasi Disneyland ketiga di Asia.
Persaingan menjadi lebih kritikal buat Malaysia dalam industri pelancongan apabila jiran selatan kita (bukan Johor), iaitu Singapura memulakan ofensif untuk menjadikan negara mereka destinasi pelancongan baharu. Selepas 'meniru' Malaysia dengan menganjurkan perlumbaan Formula 1 pertama mereka pada tahun 2008 (hingga hampir menjadikan Sepang tidak relevan).
Pada tahun yang sama juga, Singapura memulakan projek pembinaan Universal Studios Singapura, yang merupakan gantian untuk kegagalan mereka menarik masuk Disneyland. Tapi Universal Studios pun tak kurang hebatnya, dan taman tema yang dibuka pada tahun 2010 di Singapura itu adalah yang kedua di Asia selepas Jepun.
Kita kalah pada Hong Kong, dan kemudian kita kalah pada Singapura.
Apa jadi pada cadangan pembinaan taman tema di Nusajaya?
Rezeki Malaysia datang akhirnya apabila Legoland pertama di Asia (dan ke-6 di dunia) siap dibina pada tahun 2012. Barulah kita boleh berbangga berjaya membawa masuk sebuah taman tema antarabangsa untuk menarik pelancong ke Malaysia.
Cuma, Legoland adalah 'toy inspired theme park' dan berbeza dengan Disneyland atau Universal Studios yang lebih merupakan 'movie inspired theme park'. Atas kertas, Legoland punya prestij adalah kecil berbanding Disneyland dan Universal Studios yang lebih gah.
Tuah kita akhirnya datang apabila Fox, sebuah konglomerat media merasakan mereka perlu mempunyai taman tema sendiri sebagaimana Disney ada Disneyland dan Universal ada Universal Studios. Selepas menjelajah mencari lokasi berpotensi, Malaysia akhirnya menjadi pilihan apabila Fox dan Genting bersetuju membina Fox World pertama di dunia di Genting Highlands.
Pecah tanah bermula seawal 2013 dengan pembinaan dijangka selesai 2016. Tapi kelewatan memaksa pembukaan ditunda sehingga 2018 dan seterusnya melanjut ke tahun 2019 atas sebab-sebab tertentu.
Sebab-sebab tertentu itu menjadi nyata hari ini apabila Disney mengambil alih Fox dan kini meletakkan nasib taman tema Fox World di hujung tanduk. Semua ini berlaku selepas Genting merobohkan taman tema asal mereka sendiri.
Kesudahannya, kita masih ketinggalan di belakang Hong Kong dan Singapura dalam perlumbaan taman tema dan aku pasti mereka pun senyum lebar sekarang.
Nak harap Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak? Dengar cerita yang itu pun nyawa-nyawa ikan nak tutup dah, chor!
Muhammad Najib
Baru balik dari Hong Kong Disneyland
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過36萬的網紅Tiger Muay Thai and MMA Training Camp, Phuket, Thailand,也在其Youtube影片中提到,Ultimate Fighter Kyle Kingsbury trains with Muay Thai Legend Kru Goi @ Tiger Muay Thai & MMA Training Camp, Phuket, Thailand. Kru Goi was a 3 time Lum...
「pak vs hong kong」的推薦目錄:
- 關於pak vs hong kong 在 Mat Travel Facebook 的最讚貼文
- 關於pak vs hong kong 在 蜘蛛媽媽- 鄭麗莎LisaCheng Facebook 的精選貼文
- 關於pak vs hong kong 在 Kermit Tam Facebook 的最佳解答
- 關於pak vs hong kong 在 Tiger Muay Thai and MMA Training Camp, Phuket, Thailand Youtube 的最佳解答
- 關於pak vs hong kong 在 Cricket Zone - Asia Cup: Pakistan vs Hong Kong ... - Facebook 的評價
pak vs hong kong 在 蜘蛛媽媽- 鄭麗莎LisaCheng Facebook 的精選貼文
睇返自己👊😋
#激烈⋯打出精彩!
#GreatFight
#PakLung #FemaleFighter #LisaCheng Vs #Karen
#柏龍女拳手 #蜘蛛女 #鄭麗莎
參加21/4/2018(Sat)
#Warrior Inter Club Fight
泰拳內部賽 @ Warrior Hong Kong
#世界華語搏擊總會 #WorldChineseFightingArtCouncil
https://www.facebook.com/633890613402913/videos/969712259820745/
pak vs hong kong 在 Kermit Tam Facebook 的最佳解答
上左新假期
【2016串燒9首廣東歌】
2017剛過去了兩個月,香港樂壇仍未發力出新歌,耳根相當寂寞吧!不如聽聽這5個香港年輕創作人,翻唱的 9首2016紅爆的廣東歌吧!
影片授權:VS ME - Hong Kong Coco Cherry Minas米納屍 Kermit Pak Tak Tam Jil Ting
=======================
加入香港飲食旅遊情報分享facebook群組,得知最新情報!
連結:https://www.facebook.com/groups/1108810485849669
pak vs hong kong 在 Tiger Muay Thai and MMA Training Camp, Phuket, Thailand Youtube 的最佳解答
Ultimate Fighter Kyle Kingsbury trains with Muay Thai Legend Kru Goi @ Tiger Muay Thai & MMA Training Camp, Phuket, Thailand. Kru Goi was a 3 time Lumpinee Champion, won award for the best fighter of the year in Thailand 2 years in a row, he defeated Orono, jongsanan, Sangtienoi, Sakmongkon, Goi also was a trainer at Heung Pak Wing gym in Hong Kong.
Kyle Kingsbury made his UFC debut against former The Ultimate Fighter: Team Nogueira vs. Team Mir cast mate Tom Lawlor. He was defeated by Unanimous Decision on the preliminary card at the UFC: The Ultimate Fighter 8 Finale.
Even though Kingsbury did not win any fights on TUF and did not win his debut, the UFC decided to keep him signed.
He recently defeated Razak Al-Hassan at UFC 104 via split decision, making it his first victory in the UFC. Before the fight he entered to Duran Duran's "Hungry Like The Wolf"
. http://www.tigermuaythai.com http://www.kylekingsbury.com http://www.twitter.com/kingsbu
pak vs hong kong 在 Cricket Zone - Asia Cup: Pakistan vs Hong Kong ... - Facebook 的推薦與評價
Asia Cup: Pakistan vs Hong Kong Hong Kong: 116/all out (37.1 ov) Pakistan Need 117 Runs More To Win. ... <看更多>