MALAYSIA TELAH DIANCAM SERANGAN WABAK CORONAVIRUS NCoV-2019
.
Pada 21 Januari, Langkawi mencatatkan telah menerima beberapa charter flight mendarat direct dari Nanjing ke Langkawi International Aiport. Manakala beratus2 lagi flight dari China akan mendarat di Langkawi, Penang, KLIA, Melaka, JB, Sabah dan Sarawak sempena CNY kali ini.
.
The best part is, Nanjing hanyalah 550km daripada Wuhan, iaitu kota pertama di China yang dilaporkan bermulanya tersebar wabak NCoV-2019 ini dan Nanjing juga mencatatkan 59 kes setakat ini. Bayangkan jika berpuluh charter flight operated by local airlines dan lain-lain airlines tersebut terus menerus mendarat di Langkawi dan lain-lain airport kita?
.
Sudah pasti wabak ini akan terselit juga mencelah masuk ke Malaysia bilamana ada keluarga mangsa yang cuba melarikan diri keluar dari China. Penumpang-penumpang dari China inilah yang boleh menjadi ancaman 'senjata kimia tanpa sedar' terhadap negara kita.
.
[UPDATE 25 Jan 2020: Seramai tiga pesakit telah disahkan menghidap NCoV-2019 di HKL malam tadi dan kini dihantar ke Hosp Sg Buloh utk rawatan lanjut.]
.
Selain itu, petang semalam ada satu kes sudah dicatatkan berlaku di Singapore. Manakala kematian di China pula sudah melebihi 20 orang dan jumlah dijangkiti sudah melebihi 800 orang. Mungkin angka pesakit sudah lebih 1000 orang pada hari ini.
.
Ketika artikel ini ditulis juga, 1 kes telah dilaporkan di USA, 1 kes di Scotland, 1 kes di Arab Saudi, 1 kes di India, 1 kes di Jepun, 1 kes di Korea Selatan, 1 kes di Australia 2 kes kes di Vietnam, 4 kes di Thailand dan 4 kes saspek NCoV-2019 di Malaysia.
.
Walaubagaimanapun, setakat awal pagi tadi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 4 kes tersebut negatif nCoV-2019. KKM mengesahkan mereka dijangkiti influenza-A dan sedang dirawat rapi.
.
Dalam kesempatan yang ada, saya menggesa pihak KKM bersama agensi lain seperti Kastam dan Imigresen agar memperketatkan lagi kawalan di persempadanan antarabangsa kita iaitu di semua lapangan terbang udara terutama yang ada menerima penerbangan terus dari China, seperti Langkawi, Penang, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.
.
Pantau juga kenderaan keluar masuk sempadan Singapore - JB dan Thailand - Malaysia bagi mengelakkan traveller yang ingin menyambut Chinese New Year terselit membawa mangsa nCoV-2019. Jika boleh, sekat segera penerbangan direct Wuhan - Malaysia, Beijing - Malaysia, Nanjing - Malaysia dan vice versa.
.
Keluarkan juga amaran kepada orang awam tentang bahaya virus ini serta cara-cara menanganinya. Perketatkan zon kuarantin di lapangan-lapangan terbang antarabangsa kita. Jangan lagi bersikap 'panic control' kerana natijahnya tidak lain tidak bukan hanyalah lebih buruk daripada disangka.
.
Pandemic dan outbreak sedang berlaku. Wabak ini tersebar melalui bawaan udara / airborne. Maka kenderaan kapal terbang merupakan kenderaan terbaik untuk menyebarkannya ke serata dunia. Jika negara jiran terdekat kita pun sudah kena, maka pasti kita pun bakal menerimanya.
.
Sejauh mana pasukan KKM bersiap siaga? Saya doakan yang terbaik buat kalian. Kami masyarakat akan sentiasa bersama membantu. Semoga keputusan pihak KKM dan kerajaan dapat dibuat segera sebelum terlambat.
.
Penerbangan sempena Chinese New Year bakal menjadi saksi tersebar lebih luas penyakit ini lalu mencipta global emergency...
.
.
-----------
Kepada masyarakat diluar sana. Jom fahami dan kenali apakah wabak yang sedang tersebar secara global ini dan bagaimana langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil.
.
Ayuh baca sehingga habis dan ambil iktibar serta tambahkan ilmu anda!
.
...
APA ITU CORONAVIRUS?
.
Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. NCoV bermakna “novel Coronavirus ” dan CoV bermakna Coronavirus.
.
“Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant).
.
NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat.
.
...
BAGAIMANAKAH IA TERCETUS?
.
Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola.
.
Bangsa China merupakan bangsa yang memakan hampir semua jenis haiwan yang ada dibumi. Baik haiwan melata, haiwan berterbangan, serangga waima haiwan berbisa. Virus terbaru ini datangnya daripada kota Wuhan dan bermula disebuah pasar yang menjual haiwan liar iaitu Huanan Market. Disini terdapat ratusan jenis binatang liar dijual untuk menjadi santapan bangsa mereka. Disinilah bermulanya virus ini tercetus dan tersebar.
.
Dikhabarkan hasil kaji selidik saintis China, virus tersebut berpunca daripada sejenis ular hitam belang yang dinamakan ular katam tebu (Bungarus multicinctus). Ular tersebut memang terdapat dijual di Pasar Wuhan dan dijual dengan meluas serta menjadi kegemaran pembeli.
.
Setakat ini, TIADA vaksin untuk virus ini dan BELUM ADA ubat penawarnya lagi. Kaji selidik giat dijalankan di China oleh saintis mereka bagi membantu mengekang wabak ini dari terus tersebar dan membunuh ramai orang.
.
Perlu diketahui juga, virus terbaru ini tidak dapat dikesan dengan mudah. Simptom akan menjadi jelas hanya setelah 3 - 7 hari anda terkena jangkitan virus tersebut melalui bawaan udara / airbone. Kerana itu topeng muka amat membantu.
.
...
APAKAH SIMPTOM NCoV-2019 INI?
.
- Mengalami demam lebih 38 darjah celcius.
- Mengalami batuk kering (dry cough) dan atau batuk berkahak.
- Mengalami sakit tekak yang teruk.
- Masalah bernafas dan sesak dada.
- Mengalami selsema hingus mengalir.
- Mengalami 'eye tiredness' dan mata berair.
- Sakit kepala yang teruk.
- Badan terasa terlalu penat, lenguh-lenguh dan tak bermaya.
- Hilang selera makan yang ketara.
- Berpeluh walaupun keadaan sejuk dan menggigil walaupun keadaan panas diwaktu malam.
- Mengalami kekeliruan mendadak (confusion).
- Mengalami ruam-ruam dan bintik merah.
- Mengalami cirit-birit yang teruk.
- Masalah masalah buah pinggang.
- Mengalami Pnuemonia.
- Mengalami jantung berdegup kencang.
.
...
APA YANG PERLU SAYA BUAT JIKA MENGALAMI 4 ATAU LEBIH SIMPTOM DIATAS?
.
1. Segera pakai topeng muka dan jarakkan diri anda daripada orang lain agar tidak berjangkit.
.
2. Segera ke klinik kesihatan kerajaan atau hospital terdekat dan dapatkan rawatan serta saringan CoV.
.
3. Jangan bertangguh jika anda mengalami 4 atau lebih simptom diatas. Kerana dikhuatiri anda telah terkena wabak tersebut tanpa sedar. Dapatkan rawatan saringan segera.
.
4. Jangan menganiaya orang lain seperti sengaja membersin kepada orang lain atau menyediakan makanan untuk orang lain.
.
5. Jauhi dari memakan makanan eksotik, makanan berasaskan daging yang tidak dimasak sempurna seperti steak rare / medium, telur separuh masak, sushi dan seumpamanya.
.
...
APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG PERLU SAYA AMBIL?
.
1. Kurangkan aktiviti luar rumah, dan kurangkan berada ditempat crowded terutama yang ada ramai warga asing dari China dan pelancong dari China.
.
2. Pastikan anda sentiasa membawa topeng muka. Pakai topeng muka ketika berurusan diluar dan dikawasan ramai orang.
.
3. Elakkan bersentuhan terus atau berinteraksi terus dengan pesakit yang ada simptom nCoV-2019 terutama warganegara China. Jarakkan diri jika berinteraksi.
.
4. Sila bawa sanitizer bersama anda. Sentiasa basuh tangan / sanitize selepas bersentuhan dengan pesakit yang ada simptom. Keep yourself hygiene.
.
5. Laporkan kepada KKM atau mana-mana hospital / klinik kesihatan terdekat jika ternampak pesakit dikhuatiri mengalami simptom NCoV-2019.
.
6. Elakkan memakan makanan yang pelik-pelik seperti makanan eksotik, ulat, serangga atau haiwan liar. Nasihati jika anda ada ternampak orang yang memakan anjing, kucing, biawak, kelawar, ular, ulat, serangga dan lain-lain haiwan eksotik. Jika boleh, kurangkan memakan ayam dan daging yang tidak jelas sumbernya. Elakkan memakan makanan berasaskan daging yang tidak dimasak sempurna.
.
.
7. Terakhir, sila kongsikan artikel ini bagi membantu kesedaran awam. Follow wall saya dan set See First untuk terus mendapat update terkini berkaitan isu ini.
.
.
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Pihak kami sudahpun alert isu ini sejak akhir 2019 yang lalu. Beberapa posting telah dibuat bagi memupuk kesedaran sebelum berlakunya outbreak. Walaubagaimanapun ketika itu banyak pihak menafikannya.
.
Kini ianya sudahpun terjadi. Panic, chaos and disorder tetap akan terjadi. Persoalan yang tinggal, bagaimana diri kita dan keluarga kita ingin survive dimasa akan datang?
.
Maka belum terlambat untuk kita bersiap sedia. Wabak NCoV-2019 ini hanyalah permulaan bagi 2020. Selepas wabak akan diikuti dengan bencana alam pula. Maka persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk mengharungi fasa 'fitnah yang melata'...
.
Sedikit pesanan akhir buat tatapan semua pembaca:
.
1. Bacalah, dan hafal lah sekurang-kurangnya 10 ayat awal atau 10 ayat akhir dari Surah Al-Kahfi.
.
2. Banyakkan berdoa agar anda semua dijauhkan dari fitnah yang melata dan fitnah Dajjal.
.
3. Berdoalah agar anda dan keluarga anda dijauhkan daripada wabak musibah, bala bencana dan juga dijauhkan daripada kefakiran serta kepapaan.
.
4. Perkemaskanlah asas-asas akidah dan fardhu ain anda. Lazimkan membaca zikir harian seperti Hizb Bahar, Manzil, Ratib Al-Haddad dan lain-lain. Lazimi juga berselawat ke atas Nabi. Kerana makanan orang beriman ketika fitnah itu melata adalah zikruLLLAH.
.
Semoga kita semua sama-sama beroleh manfaat dan dijauhkan daripada apa jua wabak musibah, bala bencana dan dijauhkan daripada kefakiran dan kepapaan. Semoga kita semua tetap dalam Iman. Aamiin...
.
Sekian dan terima kasih.
------------------
UPDATE 12.15am 26 Januari 2020: Satu lagi pesakit berusia 40 tahun berasal dari Wuhan telah disahkan menghidap NCoV2019 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Terdapat 17 kontak warga China juga telah diambil sampel darah mereka untuk ujian makmal di Hospital Sg Buloh bagi pengesahan apakah mereka juga dijangkiti NCoV2019 atau tidak.
.
.
UPDATE 7.20pm 25.01.20: Satu kes disyaki coronavirus NCoV-2019 dilaporkan di Sg Siput, Perak. Setakat ini KKM menafikan kes tersebut.
.
.
UPDATE 4.37PM 25.01.20: Seorang warganegara Malaysia telah diasingkan katilnya di HKL kerana disyaki positif NCoV-2019. Manakala sejumlah beberapa buah bas pelancong China telah melarikan diri dari health screening malam tadi. Khemah bencana telah didirikan di beberapa kawasan Hospital sekitar KL sebagai persediaan.
.
.
UPDATE 2.22pm 24.01.20: 8 bandar besar di China kini sudah ditutup sepenuhnya dan dikuarantin. 25 kematian disahkan pagi ini dengan jumlah kes pesakit melebihi angka 1000 orang. Bandar terlibat adalah; Wuhan, Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan. Jumlah yang dikuarantin sudah melebihi angka 25 juta orang.
.
.
UPDATE 2.04pm 25.01.20: Seramai tiga pesakit telah disahkan menghidap NCoV-2019 di HKL malam tadi dan kini dihantar ke Hosp Sg Buloh utk rawatan lanjut. Its now very near to us. Be alert be prepared!
.
.
UPDATE 11.31PM 24.01.20: KKM masih belum mengesahkan 8 orang yang dikuarantin di Johor Bahru sebagai negatif coronavirus. Ada posibiliti mereka menghidap NCoV-2019.
.
.
UPDATE 2.35pm 24 Januari 2020: Seramai 8 orang penumpang pesawat dari China tiba di Airport Johor Bahru disyaki membawa wabak virus nCoV-2019. Kelapan mereka telah dikuarantin oleh KKM.
.
.
.
.
.
#ncov2019
#epidemic
#pandemic
#coronavirus
.
.
-Muhammad Mamzah
Beringat Sebelum Kena
24 Januari 2020
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「pasar malam best di kl」的推薦目錄:
- 關於pasar malam best di kl 在 Santai Ben Ashaari Facebook 的最佳解答
- 關於pasar malam best di kl 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
- 關於pasar malam best di kl 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於pasar malam best di kl 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於pasar malam best di kl 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於pasar malam best di kl 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
pasar malam best di kl 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
Saya nak dangai Langkawi jugak bangg...
Allah... 2 minggu isteri saya murung.... dia kata teringin sungguh2...
Saya kata nanti gaji masuk insyaAllah kita pegi langkawi ya..
Alkisahnya 4 tahun lepas kami honeymoon di Langkawi... Singgahlah kejap di pasar malam padang Matsirat....
Masa tu isteri saya makan 3 biji dangai...
Lepas tu xdelah pulak cakap nak dangai...
Tiba2 sejak mengandung ni cakap teringin sangat2...
Baru 6 minggu pregnant... Tapi teringin ni kuat sgt... =)
Dari KL nak ke Langkawi dalam rm400 jugak bas campur ferry.. tak masuk lagi hotel.. tapi demi sayang & cinta & dalam keadaan sesak ni... saya rasa isteri lagi penting... =)
Allah... dapat saja dangai.. isteri terus makan penuh selera siap pejam mata makan bunyi umm.. aammm... smua.. hehe..
Habis 5 dangai.. tergelak org2 tepi yg tgk wife makan... =)
Memang best tengok.. saya yg rasa kenyang... hoho...
.
.
Ni memang geram... huhu... sebab tadi pun saya singgah pasar malam Padang Matsirat.. kalaulah tahu tuan & isteri ada situ.. mesti dah jumpa =)
Semoga selalu happy & dilimpahkan rezeki.. kasih syg.. kebahagiaan & ketenangan melimpah ruah buat tuan & isteri ya =)
Teringin pulak dangai ni =)
pasar malam best di kl 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
(ulasan filem The Foreigner)
Masa kecik, aku membesar dengan adik beradik, sepupu sepapat yang minat Jackey Chan.
Jadi dari sekolah rendah lagi bila ada filem Jackie Chan berkungfu malam malam, gigih tonton walau lewat pagi, sanggup pergi rumah jiran tengok.
Lepas tu jika abang atau sepupu yang dewasa tengok wayang filem Jackie Chan mereka akan bercerita lepas solat isyak di tangga surau, kami yang kanak kanak dengar dengan penuh minat. Ternganga dengar cerita Jackey berlawan di pasaraya dalam Police Stoty, kagum dengar Jackey kalahkan lanun dalam Projek A.
Sepupu yang kaya sikit, ada Video Player, sewa cerita Jackey Chan dan akupun tumpang tonton.The Young Master, Drunken Master berapa kali ulang tengok waktu tu, memang tak jemu.
Pendek kata, Jackey Chan jadi fenomena hingga ada kawan aku yang rasist pada orang cina cakap, satu sebab aku tak boleh benci dengan orang cina kerana mereka ada Jackie Chan!-woha!
Bila aku remaja, aku dapat peluang tengok wayang filem Jackie Chan, antara yang aku ingat filem Twin Dragon 1992, panggung Rex Terengganu (kisah Jackey kembar yang lucu), tengok di bulan puasa, gila ramai betul orang tak puasa dalam panggung! Adohai.
Lepas tu layan Crime Story, 1993 panggung Cathay Terengganu (Filem polis serius), kawan anak orang kaya belanja kerusi tingkat atas, RM5 harga jika tak silap masa tu.
Thunderbolt 1995, kisah JC lumba kereta, layan di KL waktu kerja kilang lepas SPM
Rumble in the Bronx, 1995 kisah JC pergi America dan bergaduh dengan genster Punk dan Mafia, kawan kerja kilang Sardin di Terengganu belanja.
Police Story 4: 1996, First Strike aku layan di Kota Bharu Kelantan, zaman belajar di IPTA
Mr. Nice Guy 1997, pun layan sana jugak. Masa tu Kelantan masih ada panggung wayang.
Who Am I, 1998, aku layan dua kali, satu dekat Kelantan, lepas tu balik Terengganu kawan belanja pulak. Tapi memang best pun cerita tu.
Lepas tu aku dah jarang tengok wayang, Rush Hour pun aku layan CD cetak rompak jer sebab masa tu jualan memang terbuka buka.
Cuma aku ingat waktu lepak di Bangi sorang diri, ketika aku sedang ushar poster wayang, tiba tiba ada mamat cina tegur aku, katanya aweknya tak datang, so ada tiket free, jadi kami layan filem Gorgeous 1999, kisah cinta JC dan Shu Qi. Thanks amoi sebab tak datang, ha ha.
Lepas tu aku sibuk belajar agama, maka dah jarang tengok wayang, oleh sebab itu filem Shanghai Noon 2000, The Accidental Spy 2001, Rush Hour 2, The Tuxedo 2002, Shanghai Knights 2002, The Medallion 2003, Around the World in 80 Days2004, New Police Story. The Myth 2005, Rob-B-Hood 2006, Rush Hour 3 ,dan lain lain filem JC semua aku layan di TV atau DVD, dan aku dapati nafsu minat aku pada JC dah berkurang, tengok jalan cerita pun dah hambar, mungkin sebab JC dah tua, tapi aku ada baca JC sendiri tak suka dengan filem di Hollywoof seperti Rush Hour, Shanghai Noon sebab katanya dia tak di beri kebebasan berkarya. Dan dia buat kerana duit semata-mata, patutlah tak best.
Pada tahun 2008, dah lama tak layan JC di panggung, ada satu malam kawan dari Kelantan ajak layan midninght Jackey Chan vs Jet Li, The Forbidden Kingdom ini aku layan di wayang Kuantan, not bad.
Pada tahun 2009, aku ada layan wayang dengan bini filem JC yang berjudul Shinjuku Incident. hampeh langsung tak best, sebab kurang sangat aksi, tapi dari segi drama kisah pelarian cina di jepun, okey, bolehlah layan tapi filem begini orang lain berlakon lebih baik. Jadi bila The Spy Next Door keluar aku layan di TV jer.
Pada tahun 2010, Little Big Soldier aku layan dengan bini, cerita ni okey! Ha ha, lepas tu aku layan The Karate Kid dengan anak sulung dan Puan bini, cerita ni pun okey!
Lepas tu lama aku tak layan JC di wayang hinggalah tahun lepas, 2016 waktu masuk pertadingan sukan di Negeri sembilan, malam tu aku dan kawan kawan layan Skiptrace di panggung wayang dekat Putrajaya. Cerinta ni kembalikan JC zaman filem Hong Kong dulu-dulu.
Terkini, minggu lepas aku dan puan bini buat keputusan untuk tengok filem The Foreigner, bagi aku filem ini sangat bagus, sesuai dengan umur Jackey Chan, dan jalan ceritapun bagus.
Jadi itulah aku nak kabor kisah aku dan JC, beliau waktu muda pernah jadi Stunt man untuk Bruce Lee, dan bila dapat tawaran berlakon watak utama, orang suruh dia jadi macam Bruce Lee, tapi katanya, “saya tak nak jadi Bruce lee kedua, saya nak jadi Jackey pertama!”
Lalu muncul lah dalam dunia filem teknik berlawan yang lucu dan agak logic sebab JC menang bertarung bukan sebab pandai kungfu semata-mata, tapi kerana pandai guna peralatan sekeliling, lari dari klise filem cina bertarung zaman dulu, mesti tengah padang yang lapang, dan musuh serang satu persatu, tapi bila JC berlawan musuh serang serentak maka JC bertarung guna kerusi, meja, pintu kereta, peti ais, vacuum cleaner, kayu hoki, basikal dan macam macam lagi.
Tempat bertarung pulak macam macam, dalam kilang kereta, atas bangunan curam, atas kereta api bawak durian, kilang benang, bengkel kereta, pasar raya, kilang murcun, kedai lego, bilik mandi, kedai snooker dan banyak lagi.
Itulah mahakarya JC sepanjang zaman, dan karya beliau di iktiraf seluruh dunia, terlalu banyak tawaran berlakon dan katanya antara watak yang dia tak sempat nak berlakon adalah menjadi ahli bomba, sekarang dah terlalu tua untuk bawak watak bomba.
Pada tahun 2015, JC dapat anugerah Panglima Mahkota dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim, so JC dah dapat pangkat Datuk!
Pada tahun 2016 pulak, JC dapat anugerah paling tinggi dalam dunia filem iaitu Oscar: "extraordinary achievements"
Begitulah kisah JC yang aku kenal dan pada Zaman muda ada perempuan sanggup bunuh diri bila tahu JC nak kahwin tau?, sebab tu JC kahwin senyap senyap.
JC juga kelakar dalam interview talk show dan nampak beliau seorang yang baik hati, semoga Allah kurnia hidayat untuknya masuk islam sebelum mati.
I love you datok Jackey!