#MAS
Saya agak tidak gembira bila banyak komen yang saya dapat tentang suruh saya jadi CEO #MAS.
Ini jawapan saya :-
1/ Jangan mengarut
2/ Jangan delusi
3/ Itu bukan urusan saya
Sesiapa yang menjadi CEO #MAS mestilah seorang yang mempunyai pengalaman untuk turn-around airlines.
Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir tentang kenapa tidak ambil orang Malaysia? Tetapi pada masa yang sama suka saya katakan, isu MAS ni bukan baru. Berapa kali CEOnya telah ditukar dan gagal turn-around business ini. Berapa kali CEO dilantik dan "ter" salah yang membawa kepada kerugian yang berterusan.
Mungkin ini solusinya dan mungkin keputusan ini salah tetapi kalau saya ditempat khazanah, saya juga akan cari manusia yang berpengalaman dalam industri ini serta mempunyai pengalaman turn-around airlines dalam masa yang singkat.
Saya hanya menjalankan perniagaan di dalam industri agensi pengiklanan dan kepakaran saya hanyalah di dalam strategi pemasaran untuk beberapa brand yang besar dan beribu brand usahawan yang meningkat naik. Saya hanya bagus dalam membantu usahawan untuk bina bisnes mereka dalam masa yang singkat kerana itu pengalaman saya, tetapi MAS? Ia permainan yang berbeza.
Saya selalu percaya, berikan kerja kepada orang yang tahu lakukannya dan ada proven success.
Saya percaya #Khazanah dan mereka di #Khazanah pasti tahu bagaimana untuk turn-around #MAS dengan duit rakyat. RM6 billion telah dipump masuk, secara logiknya, pasti mereka mahu duit itu kembali dengan segera dan mampu memulihkan #MAS. Sesiapa yang ada saham #MAS pasti mahu lihat saham #MAS naik tinggi.
Jika ada orang Malaysia yang anda rasa terbukti mampu uruskan #MAS, apakata anda cadangkan berserta profil kejayaan mereka menguruskan airlines lain?
Atau jika anda ada banyak idea tentang bagaimana untuk turnaround #MAS, kenapa anda tidak bina bisnes airlines ini?
Tony Fernandes pun give up dengan deal #MAS ini satu masa dahulu.
So, cadangan saya ialah, kita tunggu, tengok dan lihat. Banyak keputusan yang payah perlu dibuat di dalam memulihkan #MAS ini. Banyak campurtangan politik yang perlu dihadapi. Banyak kontroversi dari dalam dan luar yang perlu di atasi. Mungkin bagus ambil orang luar sebab dia tidak faham bahasa kita dan dia boleh buat kerja dengan lebih bagus.
Mari kita lihat dan belajar. Jika gagal, itu dah biasa bagi #MAS, tapi jika berjaya turnaround, ia bagus untuk kita. #MAS telah cukup menderita beberapa tahun ini. Mudah-mudahan airlines kebanggaan negara kita ini akan kembali terbang tinggi. Mereka yang dilantik sebagai board of directors baru juga adalah ramai orang kita yang bagus bagus.
At the end of the day, result matters.
Ini sekadar pandangan. Tak yah gaduh-gaduh.
Wallahu A'lam.
#AzizanOsman
Search