Huge shoutout tahniah to @ntarmizie dan @kakibuddiesfitness on the amazing transformation 💪🏻💪🏻😍😍🤗🤗
・・・
KISAH KEJAYAAN BEKAS PESERTA JK1M8 SHAH ALAM 2 @ntarmizie
..
....... Setiap orang ada matlamatnya dan sebab musabab untuk berbuat sesuatu. Sama juga dalam perjuangan menurunkan berat badan. Apa juga matlamat kita, sama ada cepat atau lambat, istiqomah dan disiplin adalah kawan baik. Tapi untuk istiqomah dan disiplin kita perlulah ilmu yang betul supaya apa yang dimatlamatkan dapat tercapai. In shaa allah dengan izinNya.
Bagi saya ilmu adalah perkara penting dalam menurunkan berat badan. Saya amat bersyukur Dan berterima kasih dengan ilmu yang diperolehi semasa menyertai JK1M musim ke 8 untuk saya praktikkan dalam perjuangan menurunkan berat badan saya. Its all about EDUCATION.
Ilmu yang saya perolehi saya manfaatkan sebaiknya. Sejak menyertai JK1M musim ke 8 pada awal januari 2017 yang lalu saya telah berjaya menurunkan 38kg . Terima kasih JK1M.
Sepanjang perjalanan menurunkan berat badan, saya telah belajar tatacara pemakanan dan juga tatacara senaman yang betul dan berkesan. Dan menurunkan berat badan tidaklah susah jika mengikuti segala yang kita pelajari. Inilah pentingnya ilmu. Disamping itu juga kita akan mengetahui keperluan kalori harian kita dan berapa jumlah kalori yang kita perlu dibakar dalam menurunkan berat badan. Ianya berbeza mengikut individual. Daripada inilah kita dapat merancang kekerapan berapa kali kita perlu bersenam. Pemakanan 70% dan senaman 30%
Untuk saya sendiri, saya memperuntukkan sekurang kurangnya 3 kali seminggu untuk bersenam. Senaman saya akan pelbagaikan sebagai contoh, bagi kardio saya akan berjogging sekurangnya 3 ke 5 kilometer. Bagi bodyweight saya akan melakukan circuit training dengan pelbagai variasi senaman yang saya pelajari dalam JK1M seperti squad, lunges, burpess dll. Senaman ini boleh dipelbagaikan mengikut minat individu.
Anda pun boleh berjaya macam saya. Sebab saya pun berjaya kerana melihat telah melihat kejayaan orang yang terdahulu sebelum saya berjaya dalam mengubah diri mereka.
#jk1m #jk1m8 #jk1m9 #shahalamfighter #fighterunited #jk1mbeforeafter
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...