Kesunyian Seorang Isteri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedikit intro tentang aku. Nama Zuana (of course bukan nama sebenar), umur awal 30an, berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang comel-comel bijak belaka. Aku berkahwin seusia awal 20an selepas degree dan menjadi surirumah sepenuh masa disebabkan suami tidak benarkan aku bekerja. Aku buat online business di rumah.
Masalah aku bermula sejak perkahwinan kami masuk tahun ke-7 which is past 3 4 year ago. Hubungan aku dengan suami agak rengang dimana aku pon tak tahu apa salah aku dengan dia. Puas aku ajak berbincang. Tapi, jawapan dia cuma “kita tak ada masalah untuk dibincangkan” sambil berlalu pergi. Apa masalah kami? Husband aku tidur ruang tamu. Kalau dia tidur dalam bilik, bila aku terjaga pukul 2 3 pagi, dia hilang. Tidur kat ruang tamu atau bilik anak. Bila tidur sekali, dia tak bagi aku sentuh dia. Dia letak bantal hadang antara kami berdua. Dalam kehidupan sehari-hari pon sebolehnya dia mengelak tak mau bersentuhan dengan aku. Kalau aku pegang dia atau peluk dia, dia tepis aku, dia tolak aku. Dia bagi la alasan tah hapa-hapa, nak pergi toilet laa, dia tengah berpeluh laa, dia nak minum air etc. Apa-apa alasan la asalkan dia jauh dari aku. Kalau dia tengah tengok tv, aku duduk sebelah dia, dia blah masuk bilik. Kalau aku masuk bilik, dia blah pergi tempat lain. Bersama?? Sebulan tak lebih 3 kali. Kadang sebulan sekali ja. Tu pon express. Pelik kan??
Selepas beberapa tahun, aku pon dah naik bosan dengan perangai dia. Ajak bincang macam cakap dengan dinding. Kalau aku luahkan perasaan, dia diam tak bersahut sambil buat muka seposen. Satu hari tu, aku dah puas nangis tiap kali masa solat masa tidur, aku cakap dalam hati, kalau ada memana lelaki tegur aku, memang aku akan layan. Sebelum ni ada ja yang masuk jarum, tapi aku tak layan. Aku seller online, ada ja customer atau stranger yang whatsapp, pm nak berkenalan bagai. Kawan sekolah, kawan u pon ada ja yang pm. Tapi, aku ignore sebab aku sedar diri, status aku sebagai isteri orang. Nak dijadikan cerita, aku layan facebook macam biasa. Aku memang suka part baca komen. Mana aku suka aku like atau letak emoticon.
Allah makbul agaknya doa aku. Tetiba ada sorang guy ni (Shah) pm aku sebab aku letak emoticon kelakar kat komen dia. Aku jawab biasa-biasa ja. Profile dia pon gambar tah sesapa. Tetiba dia masuk bab jaga pemakanan. Dia macam nak tuduh aku pakai product terlarang berdasarkan dia judge gambar profile aku. Kami berdebat. Tapi, dah natural aku jenis tak suka bergaduh, aku reply elok-elok la. Dari situ, tukar topic ke topic. Shah puji gambar profile aku comel. Korang boleh bayang tak?? Seorang isteri yang kesunyian. Tetiba ada lelaki lain puji comel (Berhari-hari aku sengih sensorang depan cermin bila terkenangkan dia puji aku). Dari hari pertama kami bermessage, aku bagitau status aku isteri orang. In fact, gambar profile aku pon dengan dua orang anak aku. Shah pon mengaku yang dia suami orang dan juga bapa kepada 4 orang cahaya mata.
Dari situ, tiap hari kami bermessage through facebook. Kami bincang berkaitan makanan kesihatan, bahaya supplement terlarang, berkaitan business sebab dia kerja gomen dan buat part time business. Jadi, kami berkongsi pendapat tentang business masing-masing. Dari bermessage bertukar ke whatsapp. Bertukar-tukar gambar. Aku tak percaya gambar yang dia bagi sebab handsome kot. Takkan la bapa kepada 4 orang anak handsome macam tu. One day, aku dapat 2 miscall. Aku call balik sebab unknown number (aku tak save nombor whatsapp dengan Shah) dan ingatkan customer aku. Sekali Shah!! Dia bagi alasan, dia call sebab takut dia berwhatsapp dengan lelaki atau ada orang nak mainkan dia. Dah lama whatsapp, dia video call. Alasan kalini pon sama, nak pastikan betul ke perempuan yang whatsapp dengan dia. Kekonon takot lelaki guna apps tukar suara lelaki jadi perempuan. Setelah beberapa kali dia video call, aku jawab. Aku pakai tudung elok-elok kekonon dia tak nampak aurat aku. Perghh, memang orang yang sama dengan gambar yang dia bagi. Kami vc masa husband aku masuk tidur. Korang tau apa dia cakap masa first time vc? Dia cakap aku comel. Cute. Wife Shah ala-ala husband aku, besar gabak. Shah cakap suka tengok aku. Sedap mata memandang. Husband aku pon dah berkurun tak puji aku wei.. Aku selalu ja tanya husband aku “cantik tak?” Dia jawab, “ok jaa”. Tak tengok aku pon. Kadang aku tanya husband aku, “sayang Zuana tak?” dia jawab, “sayang” sambil main handphone atau apa-apa hal dia. Berbalik kepada vc aku dengan Shah, kejap ja kami vc. Gila kauuu, laki aku ada dalam rumah kot.
Makin lama, aku macam ada perasaan kat Shah. Dia handsome, tinggi, sport guy, he has a great smile, kelakar, caring, badan dia fit (tak buncit), pakaian dia pon smart (sebab dia kerja badan beruniform). Beza la dengan husband aku, walaupon gaji berbelas ribu, pakaian selekeh, misai malas nak trim, perut buncit, muka berjerawat, badan berjerawat, baju tidur pakai 2 hari baru nak tukar. Kepam kot. Aku suruh tukar, dia cakap nak pakai tidur ja pon. Dia ingat aku takde hidung? Nak kata aku habiskan duit dia?? Hellooo.. Semua perbelanjaan aku, mekap ke, baju ke, bra segala mak nenek, aku beli guna duit business aku. Even peralatan dapur pon aku yang belikan. Baju raya aku, anak-anak termasuk dia, aku yang belikan. Tak kira lagi aku belikan kasut, baju, perfume memahal kat dia sebab aku nak hak aku tengok permandangan yang elok. Tapi, dia tak appreciate. Dia tolak aku jauh-jauh dari dia.
Berbalik cerita berkenaan Shah, tiap kali dia whatsapp aku, dia akan tanya khabar aku, macam mana progress business aku. Shah juga selalu sebut ayat ni, “Comelnya, sayang betul sebab isteri orang.”. Dia kiss kat screen handphone. Bila nak end conversation, dia akan type “jaga diri baik-baik”. Aku dah melting dengan dia, tapi, aku cuba tahan diri sebab aku sedar yang aku isteri orang dan dia suami orang. Sampailah satu tahap, kalau berhari tak contact, bila dia call, dia akan cakap “lega boleh dengar suara Zuana”. Aku ada tanya dia, “abang suka Zuana ke?” Dia jawab, “suka sebagai kawan.”. Tapi, cara dia treat aku, rasa macam special gais. Jauh beza dengan husband treat aku.
Aku bagi satu situasi. Awal tahun ni (2018), aku bercuti dengan family kecil aku, aku inform Shah awal-awal sebab takot dia contact aku, kantoi pulak. Nak dijadikan cerita, hari pertama bercuti, malam tu anak aku demam sampai warded. Husband aku?? Dia balik tidur hotel dengan anak-anak yang lain. Aku la yang gila sorang-sorang kat hospital. Tempat orang pulak tu. Anak aku kena warded pon, aku dukung sensorang ke wad. Dalam masa tu jugak, Shah whatsapp. Dia cakap “sorry kacau, cuma nak tanya khabar.”. Aku bagitau situasi aku, terus dia call aku gais. Dia comfort aku, tanya aku dah makan ke? Suruh aku mandi bersihkan diri. Suruh baca surah sekian-sekian. Aku dengan anak aku sehelai sepinggang gais kat hospital tu. Harapkan husband nak hantar pakaian ke makanan ke minuman. Haram!
Pagi-pagi di hospital kan diorang edarkan breakfast. Aku hanya mampu telan air liur ja sebab pinggan cawan apa pon aku takda. Anak aku dah minta susu bagai. Aku call husband tak berjawab. Dalam celah tu la hadas besar pon tak bersalin gais. Punya bengang aku masa tu. Dah la aku kena ulang alik ke toilet mandikan anak sebab nak turunkan suhu badan dia. Aku guna baju anak aku sebagai towel lap basah air. Kawan husband yang konvoi sesama datang pagi tu bawak breakfast. Memang aku menangis masa tu juga. Wife dia peluk aku erat-erat sambil cakap sabar banyak-banyak. Diorang husband and wife boleh datang pagi-pagi, kenapa tidak husband aku? Dia boleh layan tidur sementara aku dengan anak dia kat hospital yang taktau hujung pangkal ni. Bila dia datang? Masa waktu melawat. Yesss.. tengah hari!! Bravo hubby!!!
Aku malas nak imbau lebih lanjut kejadian drama bangang tu. Jadi, makin lama aku makin tangkap cintan la dengan Shah. Sampailah satu hari, kantoi dengan wife dia. So, aku rasa that is la. Aku takot, sedih, menyesal, semua ada. Aku cakap kat dia, cukuplah setakat ni saja. Dia pon ok. Aku minta nak call explain kat wife dia, dia tak bagi. Dia cakap, takpe la, kita stop ja contact each other. Aku redha walaupon frust gais. Menangis macam orang gila bila aku sensorang, aku kemurungan, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Untuk kali pertama, aku melalui fasa putus cinta sebab sebelum dia, aku hanya pernah bercinta dengan husband aku. Rasa putus cinta tu sangatlah perit, pedih dan seksa. Dalam pada tu, muncul rasa bersalah kat husband, aku rasa berdosa sebab menduakan dia. Aku confront husband aku. Aku bagitau aku ada scandal, tapi aku dah break up. Aku minta maaf, minta ampun. Aku bagi alasan, aku buat macam tu sebab aku sunyi. Huband aku tak cakap banyak dan aku boleh nampak dia terkejut gila. Dia tak mahu tau lebh lanjut cerita perihal aku dan Shah. Dia pun minta maaf kat aku sebab dia abaikan aku selama ni. Dia berjanji yang dia akan berubah.
Bagi mengisi masa lapang selain perbaiki hubungan aku dengan husband, aku tingkatkan value aku. Untuk pengetahuan readers, walaupon aku ada anak 4 orang, body aku still macam orang belum kahwin. Perut aku, walaupon pernah czer sekali, takda strech mark dan flat. Luka czer aku sebaris comel ja. Boleh dikatakan aku pandai bab masak memasak. Cakap ja kau nak makan menu apa. Tradisional? Western? Eastern? Kuih? Dessert? Semua aku boleh masak. Ingat lagi masa tahun ke-3 kami berkahwin, husband aku puji masakan aku lagi sedap dari masakan mak dia dan mak aku walaupon menu yang aku masak tu berdasasrkan resepi mak-mak kitaorang yang aku olah sikit. Apa lagi kelebihan yang aku ada? Anak-anak kitaorang semua comel-comel dan bijak. I’m very good at parenting sampai kawan-kawan aku selalu pm aku minta nasihat berkaitan anak-anak diorang. Aku pandai cari duit sendiri. Aku boleh berdikari. Aku nak pergi mana-mana, aku boleh drive sendiri berdasarkan waze. Jadi, apa yang aku kurang? Aku tak berapa pandai makeup. Aku masuk kelas mekap. Belajar cantikkan diri. Aku rasa, aku dah add semua value aku so that kalau husband aku tinggalkan aku, dialah manusia paling rugi dalam dunia ni. Haha.
Tak semena-mena, boom! bermessage dengan senior lama (Kyril) through facebook. Awal tu tanya khabar. Last aku jumpa berbelas tahun dulu. Kami kenal masa outdoor activity. Aku ada hati kat dia sebab dia ada ciri-ciri lelaki idaman aku. Non smoking, tinggi, great smile, handsome, suka outdoor activity, caring, soft spoken. Memang 90% menepati ciri-ciri idaman aku. Tapi, masa tu dia dah ada girlfriend. Kami selalu contact through yahoo messenger. Tak sampai sebulan aku couple dengan boyfriend aku (husband aku), dia confess yang dia sukakan aku dan nak kahwin dengan aku. Dia clash dengan girlfriend dia sebab orang ketiga. Aku reject dia walaupon hati aku meronta-ronta nak kat dia. Aku anggap takda jodoh. Selepas setahun lebih kejadian tu, dia kahwin. Lepas tu, kami stop contact each other. Berbalik kepada kejadian terkini, kami bermessage bertanya khabar bagai. Rupanya dia baru bercerai. Timing lebih kurang masa aku start scandal dengan Shah last year. So, sebagai kawan, aku cuma menjadi a good listener.
Dalam masa yang sama, Shah mula contact aku balik. Aku cerita drama antara aku dengan Shah kepada Kyril dan Kyril bagi nasihat dan kata semangat supaya hubungan aku tinggalkan Shah dan pulihkan hubungan dengan husband. Dalam masa yang sama, Kyril mengimbau cebisan kenangan kami dulu. Dia menyesal sebab terlalu ambil masa nak approach aku. Ada juga dia suarakan pendapat suruh aku bercerai dengan husband aku. Dia cakap, dia masih sukakan aku. Aku tolak cadangan tu sebab aku masih ada rasa sayang dekat husband. Tolak kes dia ignore aku, actually, husband aku seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Sepanjang 10 tahun kami berumahtangga, dia tak pernah naik tangan atau suara dengan aku. Tak pernah sekali pon maki aku. Ringan tulang membantu aku membuat kerja rumah. Cuma, dia lack of empathy dan juga bukan seorang yang romantic. Kyril mengalah dan cuba tolong aku selamatkan rumah tangga aku dan bagi kata-kata semangat supaya aku tinggalkan Shah. Shah keep contact aku sekadar tanya khabar. At last, aku ikut nasihat Kyril. Aku block Shah. Settle. Hubungan aku dengan suami pon makin ok walaupon tidaklah 100 peratus ok. Alhamdulillah.
Aku bagitau Kyril, hubungan aku dan suami dah much better. Aku berterima kasih sangat-sangat kepada Kyril. Kemudian, makin lama, dia makin menjauh dan sepi. Status instagram dia semua sedih-sedih, sayu-sayu. Ada sekali, aku berani message bertanyakan khabar. Dia jawab nak tak nak ja. So, aku stop setakat tu ja. Aku taktau apa yang aku dah buat. Aku assume dia jauhkan diri sebab tak nak keruhkan rumah tangga aku. Thank you so much. Aku bersyukur juga disebabkan aku migrate jauh ke borneo, jadi, aku terpelihara dari melakukan perbuatan yang pelik-pelik sebab jauh dari Shah atau Kyril.
Masalah aku tak settle sampai part tu. Selepas raya aidilfitri yang lalu, masa aku kat porch, ada seseorang panggil nama aku. Aku toleh. Rupanya jiran sebelah rumah (Daus) yang panggil. Daus baru pindah awal tahun ni. Bujang. Senior Engineer. Aku pernah tegur dia masa dia mula-mula pindah tapi tak pernah bagitau nama aku. Hidup berjiran kan. Dah jiran aku panggil, aku pergi kat dia. Dia tanya, kenapa dia call nombor (ada nombor dan nama aku kat situ) kat banner balkoni rumah aku tak dapat. Aku cakap, tu nombor lama. Husband saja letak banner kat situ sebab nak elak panas. Dia minta nombor aku yang terkini. Aku nak cakap apa? Aku bagi je laa.
Kali pertama Daus call sebab dia nak beli benda yang dia nampak tertera kat banner balkoni aku. Dia call dan datang rumah selepas husband aku keluar pergi kerja. Ada la sembang-sembang kosong. Depan pintu rumah ja. Selepas seminggu, Daus beli lagi. Lepas tu, dia whatsapp aku. Dia keep on whatsapp aku. Aku malas nak layan sebab aku tengah frust putus cinta masa tu dan aku dalam cubaan nak memperbaiki hubungan dengan husband.
Aku reply biasa-biasa saja. Satu hari, aku tipu dia bagitau dia aku dah tak jual benda kat banner tu. Haha. Pernah dia whatsapp masa aku tengah class makeup. Dia cakap “patutlah kulit cantik.”. Sweet! Tapi, aku takda mood nak buat drama siri baru. Dia suruh aku hantar selfie pon aku tak layan.
Lepas tu, lama tak contact, cuma terserempak masa kat luar rumah macam tu ja. Sampailah last month, dia whatsapp aku bagitau dia balik kampung. Minta aku tengok-tengokkan rumah dan kereta dia. So, setiap 2 hari aku update ja. Dia ada tanya nak kirim apa-apa ka? Aku cakap takda. Ada jugak dia selit suruh aku selfie. Aku reject elok-elok. Lepas dia pulang, dia contact bagitau belikan aku something. Tiap kali dia whatsapp aku, dia cakap tak sempat nak bagi. Padahal, rumah dia sebelah rumah aku ja pon. Bila whatsapp tu melarat la nak chit chat bagai.
Sampai la satu hari, dia whatsapp agak daring. Aku terus potong cakap “cepat-cepat la kawen”. Dia boleh reply apa tau?? “Kalau Zuana single, dah lama dia ajak keluar (dating)”. Aku speechless. Aku just reply “haha” bersama emoticon gelak keluar air mata tu. Jiran kot wei.. Tak agak-agak. 3 hari lepas, Daus whatsapp pagi tu cakap nanti dia nak bagi benda yang dia belikan tu. So, lepas lunch, husband aku pergi kerja. Dia call cakap dah ada depan rumah. Aku keluar terima pemberian dia dan ucap terima kasih. Cuma bertanya khabar berbahasa basi. Dia cakap, bau macam baking masa aku buka pintu rumah. Aku cakap “yaa, tengah baking. Petang karang nak cod”. Dia suruh aku buat extra sebab dia nak rasa. Aku ok kan jaa. Ada la terselit topic yang dia nak kahwin hujung tahun ni. Rupanya dia balik kampung haritu sebab nak settlekan hal kenduri dia. Aku ucap tahniah dan tumpang rasa happy. Tapi gais, dalam penghujung sembang, dia boleh puji-puji aku. Dahtu, ajak aku keluar tengok wayang malam tu. Ko rasa??
Aku reject. Aku cakap, aku just nak cod, pastu balik. Aku bagitau dia petang karang sebelum keluar cod, aku hantar kat dia. Aku bagitau husband tentang pemberian Daus dan boleh nampak riak muka husband aku berubah. Tapi, dia cuba control. Aku bagitau ja la dari nak kantoi. Nak dijadikan cerita, aku terlewat siapkan order. Lepas maghrib baru aku keluar cod. Aku ada inform Daus awal petang tu. Dia ok kan ja. Bila aku dah keluar rumah, aku call dia sebab nak bagi kek tu. Korang tau dia jawab apa? Dia kat luar, jumpa kat luar. Dia suruh aku ke tempat dia ada sekarang. Dia send location. Tempat tu memang tempat romantic. So, tak dak pasai aku nak kesitu. Aku cakap, “Tak nak pergi situ. Saya cuma nak cod pastu balik”. Dia cakap, “takpe, bawa ja kek dia, nanti dia contact”. Bila aku dah cod, aku call dia tanya nak drop kat mana? Skali, dia sampai situ gais. Dia ajak aku makan sesama. Lepas dia settle makan, dia ajak tengok wayang. Aku tolak elok-elok cakap nak balik. Balik rumah, husband aku tak tanya sepatah apa pon. Kemana aku pergi ke? Kenapa balik lewat? Takde. Aku sampai rumah, husband masuk bilik.
Daus sambung whatsapp aku. Dia cakap seronok keluar makan dengan aku. Aku cakap’ “keluar makan ja pon”. Pastu, mula la melalut bersimpang siur. Aku cakap, “sabar laa.. tak lama lagi dah nak kenduri tu.” Tetiba kannn.. dia video call!! Dua kali aku tak angkat. Aku whatsapp tanya kalau-kalau dia ter sebab sebelum ni pon ada jugak dia tertekan. Dia jawab, “ memang dia nak vc dengan aku.”. Aku tanya dia nak cakap apa? Dia jawab. “angkat ja”. Lepas pakai tudung, aku angkat. Dia tanya dah cuci muka ka? Aku cakap ya sebab dah nak masuk tidur. Dia puji-puji aku. Dia minta nak tengok aku tanpa bertudung. Aku tak bagi. Pastu, dia cakap otak dia dah fikir bukan-bukan. Aku cakap bebaik, “Better stop ja vc. Pegi la tidur cepat-cepat”. Daus drag conversation siap muah muah nak kiss aku, sampaikan aku terpaksa end vc tu. Lepas tu dia sambung whatsapp lagi. Oh my god! Last, aku turn off wifi, aku tidur.
Harini, Daus whatsapp aku petang tadi. Dia cakap saja ja. Dia tanya samada aku keluar kemana-mana tak malam ni. Aku cakap tak. Dia ajak aku keluar tengok wayang. Aku tolak elok-elok. Aku cakap tak elok keluar dengan tunang orang bagai. Dia jawab keluar sebagai kawan ja. Jawapan cliché sangat macam Shah. Haha. Aku jawab, “takpe laa.. terima kasih. Bla bla bla”. Berjela la alasan aku punya nak jaga hati jiran.
Kesimpulannya, aku nak buat macam mana eh?? Buntu gais.. Kalau bukan jiran, dah lama aku maki. Kau dah nak kahwin tak berapa bulan, sesuka hati kau menggatal dengan bini orang. Aku memang takde mood dah nak berdrama. Sekarang ni, aku focus nak groom husband aku ja jadi lelaki idaman aku. So far, husband aku dah boleh disentuh. Haha. Peluk kalau aku suruh dia peluk aku. Dah shopping baju seluar yang senonoh setanding dengan pangkat dia. Dah trim misai dia bagi nipis sebab aku prefer lelaki yang takda misai. Dah berjinak-jinak dengan activity sukan. Dari perut pregnant 6 bulan dah jadi 3 bulan. Dah tukar baju tidur hari-hari. Dah kurang buat perangai baran tak memasal dia. Dia bukan jenis naik tangan, tapi, dia suka sepak-sepak mainan anak-anak atas lantai. Pastu, marah dan membebel anak-anak atas sebab-sebab kecil. So far, ok la husband aku. Much better. Cuma, part atas katil masih lagi kelaut. Aku redha jaa.. Kalau ada tips, share laa.. Haha.
Lastly, aku mohon readers doakan kebahagiaan aku dan husband. Masih cuba perbaiki. Kalau bukan jodoh kami berdua, mohon aku dijauhkan dari menjadi perosak rumah tangga orang. Letih drama gais. Scandal dengan laki orang, dengan duda, dengan bakal laki orang. Memang pasni aku takkan minta doa bodoh-bodoh macam haritu dah. Insaf sangat.
– Zuana
Kredit : iium confession
「perbaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain」的推薦目錄:
perbaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Pernah rasa sabotaj diri? Baca sampai habis.
***********************************
[Adakah Anda Ketagih dengan kegagalan?]
Salah satu “penyakit” yang saya “alami” satu ketika dahulu ketika pada awal perjalanan nak ubah hidup dan tahap kewangan dan “penyakit” yang sama saya lihat di alami oleh ramai usahawan atau bakal usahawan yang hadir ke kelas saya dan kemudian “berhenti” belajar ialah,
Mereka samada sedar atau tidak sedang merancang atau bertindak untuk menggagalkan diri mereka atau sabotaj diri dari terus menuju ke arah impian atau kejayaan mereka.
•
Untuk faham perspektif ini, suka saya kongsikan bagaimana saya “gagalkan” pelan tindakan saya untuk kuruskan badan for so many years before.
•
Sejak tahun 2008, saya ala-ala tekad nak kurangkan berat badan. Sebelum tu tak kisah langsung. Tak rasa badan ni gemok dan tak kisah dipanggil gemok. Ini juga masalahnya bila kau dah terima kenyataan yang kau gemok, kau tahu gemok boleh buat kau tak sihat, boleh sakit, boleh mati mengejut, tidur snoring dan kadang-kadang choking. Nak cari seluar baju susah gila jujur tak ada ready made dan kau akan hadir ke tempat yang jual baju XXXXXL (6XL) untuk beli. Dan kau tak kisah. Masa tu.
•
Kau mula beri “justification” tentang kegemokan kau. Kau rasa gemok tu cool (Kepala hotak cool kalau kau sebenarnya sedih dan teringin nak kurus). Kau makan atas alasan nanti makanan membazir siapa salah? Kau salahkan mak kau masak sedap. Kau salahkan kesian orang berniaga makan kalau kau tak beli dan makan.
•
Kau hidup dalam keadaan susah nak jalan. Kerusi flight ekonomi tak muat dan tali pinggang kapal terbang tak boleh nak pasang sebab salah tali pinggang tu pendek.
•
Ku sangka tekad dan semangat tahun 2008 sampai ke petang rupanya bertahan sebulan, hilang 20 kilo masa bulan ramadan then masuk raya hancur berderai...
•
Masih ada “semangat” tapi semakin hilang.
•
Begitulah masa silih berganti, semangat turun naik. Cuba dan sabotaj diri berulang kali for 9 years. Apa cara tak guna? Apa produk tak beli? Apa protein tak beli pakej berpuluh ribuv Apa slimming centre tak bayar dan tak pergi buat treatment? Apa gym tak sign up? Duit bukan isu Insha Allah....
•
Jadi apa isunya?
•
Isunya? Semua cara tu salah? Semua produk tu salah? Semua gym dan trainer tu salah? Semua masakan mak tu salah? Salahkan orang lain kan senang!
•
Isunya ialah saya.
•
Saya tahu kalau saya nak buat sesuatu saya akan sanggup berhabis habisan buat sampai jadi. Saya tahu saya mampu make things happened walau betapa susah pun Insha Allah. Kalau saya pernah berhutang kena kejar along, kena kejar bank, lingkup bisnes dulu berkali-kali tapi saya masih kuat bangkit untuk bina walau betapa payah sampai jadi Insha Allah. Tapi kenapa tang kuruskan badan ni tidak?
•
Sebenarnya saya tidak serius nak kuruskan badan waktu tu. Dalam diri saya ada rasa - It’s ok. Gemok ok. Saya sendiri “terima” diri saya seadanya..... Saya tak ada enough pressure yang buat saya melantun dan make things happen. Saya tidak rasa tercabar.
•
Masa bisnes dulu, saya tekad nak bina bisnes dan kewangan sebab saya rasa sangat bengang. Saya bengang dengan penghinaan orang lain especially orang terdekat dengan saya. Saya rasa terhina bila orang cakap depan saya- bisnes konon tapi habuk pun tak ada. Hutang berlambak. Beli rumah sendiri pun tak mampu, hanya mampu tumpang rumah mak. Bayar duit kereta pun tak mampu, ada hati nak bisnes. Kereta pula masa tu kena tarik... lagi haru. Muka asyik pinjam duit orang..... Dan banyak lagi yang semuanya dikumpul menjadi kekuatan gila “bab” dalam diri saya untuk cari mentor, ilmu dan strategi yang betul-betul keluarkan saya dari kancah kemelut hutang dan bisnes pada tahap pokai, tak ada duit dan tak ada masa. Jadi perasaan pada waktu tu umpama, apa jadi pun. Aku mesti buktikan dan tunjukkan yang aku mampu capai tahal nenek jutawan.
•
Tapi ternyata. Bila nak kuruskan badan. Perasaan saya tak sekuat dan senekad nak bina bisnes. Saya lebih sayang lemak -lemak dibadak saya. Saya jatuh cinta dengan seluar jeans saiz 48 saya dan berat mencecah 138 kilo saya pada waktu tu.
•
Ia sangat kuat hampir hampir saya tekad biarlah gemok asal bahagia. Ayat penyedap orang gemok seperti saya. Biarlah gemok janji aku kaya ada duit. Kau kurus tapi miskin pokai kerja minta duit aku. Itu lah kind of justification dalam diri saya pada waktu tu yang telah berjaya mempengaruhi saya.
•
Amacam? Sounds familiar for some of you?
•
Apa yang berubah? Yang membantu saya dropped sehingga hilang 43 kilo? Dari 136 kilo?
•
Titik tolak terbesar saya ialah pada tarikh 17 Mei 2017. Itu adalah hari yang menjadi titik kebengangan saya. Seseorang yang saya ucapkan terima kasih kerana dia lontarkan dimuka saya- dia tidak mahu masuk kelas saya dan tidak yakin dengan ilmu bisnes saya kerana saya gemok. Itu terjadi kepada dia 2-3 tahun sebelum tu. ketika itu bisnes dia bagus. Dia masuk kelas saya tapi tak lama keluar semula kerana dia tengok saya gemok.
•
Long story short, apa yang berlaku selepas tu. Di sebabkam cabaran bisnes ketika itu, bisnes dia collapse teruk. Ada aser yang perlu dijual. Kontrak dia dibatalkan dan bisnes dia jatuh ditambah dengan dia diuji dengan masalah sakit kanser.
•
Selepas bertahun-tahun cuba memperbaiki bisnes dia tapi masih stucked, akhirnya dia paksa diri dia untuk hadir semual ke kelas saya sehingga dia menjadi Titan ketika itu.
•
Saya rasa sedih bila saya mendengar perkongsian dia. Saya sedih bukan kerana dia kata saya gemok. Tapi saya sedih kerana saya tidak dapat “selamatkan” bisnes dia lebih awal hanya kerana dia ada masalah dengan kegemokan saya. Saya fikir. Mungkin ada ramai lagi yang terhalang kejayaan dia untuk ubah hidup atau belajar hanya kerana mereka menilai saya dari kegemokan atau kekurusan saya. Saya faham, ia bukan faktor kenapa selama bertahun-tahun saya dengan izin Allah swt berjaya bantu beratus ribu usahawan dan pelbagai jenama orang kita hari ini mampu mendirikan jenama serta beratus atau berpuluh billboard ditepi highway sebagai anak didik saya.
•
Tapi saya fikir. Jika disebabkan kegemokan saya ini boleh menjadi penghalang kejayaan anda, saya sanggup kurangkan berat badan saya jika itu boleh menjadi inspirasi buat anda ubah hidup anda. Dan Alhamdulillah dalam tempoh tidak sampai setahun bermula dari 17 Mei 2017, saya bersyukur dapat mengurangkan berat badan saya dari 136 kilo kepada serendah 93 kilo. Dari seluar jeans bersaiz 48 kepada seluar jeans bersaiz 34.
•
Well, perjalanan saya dalam mengurangkan berat badan pastinya belum selesai. Insha Allah saya ada target saya sendiri for the next one year. Itu target saya. Dan benda yang saya paling gembira bagi saya ialah bila saya ada peningkatan dalam hidup, dalam bisnes, dapat perbaiki diri dalam banyak aspek. Dan ada yang terinspirasi untuk perbaiki diri dan hidup mereka juga disamping saya dapat berkongsi banyak ilmu melalui video-video saya secara percuma terutamanya dalam FB Group Khas yang saya wujudkan untuk memberikan sedikit sebanyak bimbingan terutamanya dalam bab bisnes dan kewangan kepada mereka yang join FB Group Nak Ubah Hidup ini.
•
Saya bukan sesiapa. Saya bukan dari keluarga berada. Saya dari kecil dimomok-momokkan bahawa orang melayu tak pandai berniaga.
•
Saya bengang. Dan Alhamdulillah sejak 10 tahun ini terlibat dalam training dan business mentoring membantu beratus ribu orang terutamanya bangsa saya mulakan dan bina bisnes sehingga ada yang dari kosong mampu capai jualan beratus juta ringgit setahun tanpa pinjaman bank atau mana-mana pihak. Saya bersyukur dan bangga.
•
Mungkin belum ada anak didik saya masuk senarai orang terkaya di Malaysia. Yalah, mereka ini self mase entrepreneur dan millionaire bukan atas dasar kabel dan politik atau pengaruh. Tapi yang penting, kita buktikan yang orang kita boleh bisnes dan semakin ramai yang berjaya membina bisnes kecil menjadi semakin besar. Bangsa cina dah berniaga beribu tahun kot. Tak pelik bila orang kata orang cina memang ada darah bisnes dalam diri mereka.
•
Orang kita. Dulu dipanggil bangsa subsidi. Bangsat merempt di negara sendiri tak mampu beli rumah tanah dan semuanya dimiliki oleh orang lain atau orang tertentu.
•
Usaha kecil kami sejak 10 tahun ini mungkin dipandang enteng, dicerca dihina tapi itulah sedikit usaha kecil agar kita mampu menjadi bangsa merdeka tidak bergantung dan tidak merempat macam anjing menagih air ditanahair sendiri. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak anak didik saya yang menjadi usahawan dapat sediakan peluang perniagaan sebagai stokist, agen dan peluang pekerjaan kepada ramai orang lain. Salah seorang usahawan saya memberikan peluang bisnes kepada lebih 5,000 surirumah. Dan seorang lagi usahawan berikan pekerjaan kepada lebih 200 anak muda dilatih uruskan call centre.
•
Saya kira even usahawan Titan yang lama dan yang baru yang saya bimbing sejak 4 tahun ini pun telah mencecah 583 orang dan jumlah jualan mereka setahun lebih dari RM1.8 billion.
•
Point saya ialah- Seize the time now. Jangan tunggu untuk memulakan dan lakukan perubahan.
•
Masa berjalan. Dan semakin hari cabaran semakin kuat.
•
Jika mereka yang follow the process dalam mentoring dengan kami dan bertindak ikut strategi yang saya guide dari IMKK ke MMM kemudian sales mereka melonjak gila-gila dan mereka boleh? Insha Allah anda pun boleh JIKA anda komited follow the process.
Insha Allah lagi 2 minggu sahaja menjelang program 4 hari Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan pertama kali ia adalah 4-hari. Why 4-hari? Pastinya saya mahu berikan anda the latest dan fastest strategy untuk membantu anda lonjakkan bisnes untuk 2019 Insha Allah. Even jika anda tidak ada bisnes, anda akan diberikan guidance how to choose and start one Insha Allah.
Jangan ketagih dengan kegagalan demi kegagalan, ini peluang untuk anda ubah “nasib” keluarga anda Insha Allah.
Siapa faham perasaan “nak sabotaj diri”?
Jumpa nanti pada 21-24 Disember 2018 dalam MMM. Ini peluang anda untuk jadikan tahun 2019 ini titik tolak perubahan hidup dan tahap kewangan keluarga anda Insha Allah.
Salam dari Cairo,
#AzizanOsman
perbaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Rugi jika kita tidak belajar ambil iktibar dari sejarah! Baca ini......
[Apa Yang Anda Terutamanya Usahawan Perlu Belajar Dari Kisah Klasik Kejatuhan Empayar Rom]
Perhatian: Jika Rasa Tak Nak Jatuh Dalam
Bisnes Atau Hidup Seperti Kejatuhan Empayar Rom, Ini 15 Kesilapan Yang Usahawan Mesti Elakkan!
Julius Caesar, Pompei, Hercules, Cleopatra, Colosseum adalah nama-nama yang sinonim dengan Tamadun Rom. Rom, sebuah kota besar yang menempa sejarah pada saat negara-negara lain masih berada dalam keadaan yang baru nak letak batu asas. Pada ketika negara lain baru mahu membina sempadan kampung, Rom dah mula luaskan wilayah.
Walaupun sudah beribu tahun berlalu, sehingga kini keagungan Rom sering diadaptasikan dalam berbagai cerita sehingga kita pun rasa terpegun dengan kisah Empayar Rom. Siapa yang pernah tonton kisah Gladiator, Pompei, The Spartacus dan banyak lagi yang membuatkan kita lupa sebentar tentang hakiakt sebenar yang terjadi kepada sebuah empayar tua ini. Hero-hero yang gagah perkasa yang ditonjolkan, barisan ahli Senat yang tekun dan bijak membina negara, puteri-puteri cantik yang penuh rahsia, dan angkatan kesatria yang kuat yang teguh menguatkan empayar, membuatkan kita rasa kagum dengan negerinya.
Empayar Rom terbina dalam beberapa jangkamasa. Beberapa proses telah mereka lalui untuk membinanya. Beberapa perang besar telah mereka hadapi sehingga negara itu cukup kaya dengan hasil sejarahnya. Namun sekukuh mana pun sebuah negara, sikap manusia ‘lah yang menjadi punca utama keruntuhannya. Ketamakan pangkat dan harta, pengurusan kewangan dan perbelanjaan peperangan yang buruk, kebangkitan hamba abdi untuk menentang ketidak adilan pemerintahan. Para pemerintah Rom yang berlumba-lumba nak membina nama dan meluaskan empayar tanpa memikirkan ‘resources’ dan kemampuan yang ada. Rasuah dan ketidak seimbangan politik juga jadi sebab utama Empayar Rom runtuh. .
Banyak perkara yang usahawan boleh pelajari dari sebuah empayar yang satu masa dulu pernah menakluki hampir seluruh Eropah ini. Uniknya Rom, sehingga tercatat dalam Al-Quran dalam Surah Ar-Rum. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali, dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya.”
Ar-Rum: 2-3
Nak mengupas satu per satu helaian sejarah Empayar Rom, mungkin mengambil masa lebih dari sehari, tapi pernahkah anda terfikir, dalam anda sibuk berniaga nak membina perniagaan menjadi sebesar Empayar Rom, mampukah ia terus tegak berdiri untuk bertahun-tahun? Atau, ianya juga boleh tumbang dengan sekelip mata?
Kami perhatikan, apa yang berlaku kepada Rom, mungkin boleh berlaku kepada usahawan-usahawan baru jika mereka tak berhati-hati dalam membuat tindakan. Ada ramai usahawan tersilap langkah dan percaturan sehingga menyebabkan perniagaan mereka goyah dan runtuh tiba-tiba. Nak memulakan bisnes adalah tidak mudah, nak membangunkannya penuh dengan cabaran dan ujian tapi bila bisnes mereka sudah mula ‘grow’, ianya akan mudah tumbang bila usahawan yang baru nak ‘up’ buat 15 kesilapan ini:
1) Bongkak
Bila bisnes dah semakin baik, cara hidup pun dah semakin baik. Logistik pun dah berubah. Mungkin ada sedikit perasaan riak dan bongkak di hati, melihat pencapaian sendiri. Mungkin ada yang rasa “tak sangka aku boleh capai semua ini” sehingga ada perasaan ‘aku lebih baik dari orang lain’ mula datang.
“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang” - Al-Isra: 37
Sejarah Rom juga menunjukkan kesombongan pemimpinnya menjadi faktor mereka dibenci rakyat. Ianya jadi punya, masalah dalaman negara menjadi besar, para pentadbir dan ahli Senat mula berpecah belah.
2) Lupa Di Mana Mereka Bermula
Dr Azizan Osman pernah berkata dalam Inner Circel Meeting di Pulau Pinang awal Mei lalu “Kita asal orang susah, kita bersusah-susah nak bina bisnes jadi jaga bisnes sebaiknya.”
Ramai usahawan yang baru nak naik, mudah lupa di mana asal usul mereka. Mungkin sudah mula dikenali ramai, mungkin sudah ada pengikut yang agak besar, kita lupa zaman susah yang diharungi dulu. Tak salah untuk menikmati kejayaan sekarang tapi jangan jadi lalang tegak berdiri tapi kosong, jadilah padi yang semakin berisi semakin tunduk ke bumi.
3) Berhenti Belajar Dan Berguru
Ramai usahawan mudah rasa dah pandai bila mereka dah mampu bina bisnes dan bawanya ke tahap yang ada sekarang ini. Akibatnya, mereka mula berhenti belajar. Kononnya dengan alasan “takpelah, ilmu yang ada ni dah cukup.” Tapi sebenarnya mereka tak tahu bahawa, ilmu yang mereka ada hanya mampu bawa mereka ke tahap sekarang sahaja. Nak buat lebih lagi, nak capai tahap yang lebih tinggi, mereka perlu ada ilmu yang lebih tinggi.
Empayar Rom terbina hasil dari pemimpinnya yang banyak ilmu. Namun ianya runtuh kerana mereka menyalahgunakan dan memanipulasikan ilmu yang mereka ada. Sedangkan berilmu pun boleh runtuh, jadi bagaimana jika tiada ilmu?
4) Tidak Bina Struktur Bisnes Yang Kuat
Usahawan memang tak boleh lari dari aktiviti jual beli. Tapi ramai usahawan baru, susah nak percayakan orang lain sehingga mahu melakukan semua perkara sendiri-sendiri. Dalam hati ada banyak perasaan syak wasangka terhadap orang lain, susah sangat nak lepaskan sebahagian tugas kepada orang lain. Semua benda mahu dibuat sendiri dan simpan dalam otak sendiri!
Masalahnya, anda tak kan mampu nak menguruskan semua perkara dalam satu masa seorang diri. Di sinilah usahawan perlu pandai bina struktur bisnes yang kuat. Bina Team yang kuat dan bina sistem bisnes yang teguh. Sehinggakan, tanpa anda ada dalam bisnes pun, bisnes mampu berjalan sendiri.
5) Berhenti ‘Drive’ Bisnes
Ada beberapa sebab usahawan berhenti dari bina bisnes sendiri. Mereka mungkin rasa:
● Dah rasa cukup dengan apa yang di capai.
● Sibuk dengan tugas-tugas sendiri.
● Cepat sangat lepaskan urusan 100% kepada team.
● Berhenti dari jadi ‘leader’ kepada team sendiri.
Ramai usahawan gagal menduplikasikan diri sendiri di dalam bisnes, gagal untuk menjadi ‘leader’ yang baik tapi dengan cepat nak tinggalkan bisnes bergerak sendiri. Akibatnya, bisnes akan mudah ke laut.
6) Mula Nak Bina Bisnes Lain
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Ramai usahawan mudah rasa bosan dengan bisnes sendiri sedangkan masih banyak perkara yang mereka boleh buat untuk besarkan bisnes yang ada. Ramai yang mudah rambang mata bila tengok orang lain buat bisnes dan nampak berjaya, sehingga terlupa yang bisnes sendiri pun masih huru-hara. Struktur tak kuat, sistem pun tak ada tapi dah nak cuba buat macam-macam.
Jika kita baca sejarah Rom, antara sebab utama kejatuhan mereka ialah kerakusan mereka nak menawan dan menjajah kota-kota lain, tapi tidak ada perancangan yang khas tentang pembangunan dan pembinaan struktur kawasan jajahan baru. Akibatnya mereka menerima serangan balas dan tercetusnya revolusi dan perang saudara.
7) Mula Nak Melabur Sana Sini
Pelaburan memang dilihat sebagai jalan singkat untuk membina kekayaan. Masalahnya, melabur tanpa ilmu tak kan bawa kita ke mana-mana, bahkan boleh buat kepala lagi serabut dengan 1001 masalah. Bila dah mula buat duit dan bina jenama, akan ramai orang datang dan tawarkan peluang nak Joint Venture dan peluang nak buat pelaburan.
Dengan tawaran keuntungan yang mereka berikan, memang mudah untuk gelap mata. Tapi, ramai usahawan tak sedar, setiap pelaburan ada risikonya sendiri, dan setiap pelaburan takkan berhasil tanpa kita sumbangkan apa-apa usaha. Jadi, sebelum melabur fikir dulu, adakah kita mampu fokus dan buat tindakan yang konsisten nak uruskan beberapa perkara dalam satu masa.
8) Tidak Memperbaiki Operasi
Banyak syarikat runtuh kerana gagal untuk memperbaiki operasi, akaun dan pengurusan syarikat. Kesilapan usahawan ialah bila bisnes dah jalan, mereka mula rasa OK dengan sistem operasi, akaun dan pengurusan yang ada atau mereka rasa tak perlu atau juga rasa tak ada masa nak lihat dan kaji semula pengurusan operasi, akaun dan pengurusan syarikat keseluruhannya. Bila kita rasa semuanya OK, mulalah kita tak sedar kesilapan dan kelemahan yang berlaku dalam syarikat. Bila masalah dah besar, baru nak nampak dan mungkin masa itu dah agak lambat untuk kita perbaiki.
Ada ramai usahawan yang berniaga tanpa pengurusan akaun yang betul. Ramai yang masih guna akaun sendiri untuk terima bayaran, tidak ada pengurusan cukai dan GST yang betul, bahkan operasi syarikat tunggang langgang. Kakitangan tak dipantau sebaiknya sehingga ada yang baru sedar, kakitangan sendiri curi duit syarikat.
Kan pening..?
9) Tidak Bina Team Yang Berkualiti
Antara sebab utama kejatuhan Empayar Rom ialah, para ahli Senat yang berpecah belah dan membina puak-puaknya yang tersendiri. Mungkin ini dilihat sebagai satu masalah politik dan fahaman berbeza tapi inilah akan jadi bila sesebuah syarikat tak berkongsi visi dan misi yang sama.
Dalam bisnes, Team bukan sahaja terdiri dari kakitangan syarikat tapi juga stokis, agen dan dropshippers. Semua ini perlu selari dan semua yang menjadi unsur dalam bisnes perlu faham misi dan visi perniagaan dengan jelas.
Ramai usahawan rasa ‘training’ atau latihan kepada kakitangan, stokis dan agen sesuatu yang tak penting, tapi inilah yang sebenarnya penguat sesebuah perniagaan. Jika lihat syarikat besar seperti McDonalds, Air Asia, Google dan banyak lagi mereka mempunyai pusat latihan sendiri yang digunakan untuk melatih kakitangan.
Kakitangan yang dilatih sebaiknya akan memudahkan usahawan untuk menduplikasikan diri masing-masing menjadi kepada beberapa orang yang faham, percaya dan sanggup memperjuangkan misi dan visi syarikat.
10) Lari Fokus
Memang mudah untuk lari fokus bila dah ada duit dan dah ada masa sikit. Ramai usahawan yang rasa macam tak sabar nak membesarkan empayar perniagaan, nak banyakkan jenis perniagaan dan nak buat macam-macam sehingga yang ada di tangan pun tak mampu nak diuruskan.
Uruskan sebaiknya apa yang sedang diusahakan sehingga anda jadi sangat mahir, sehingga anda dah sangat yakin ianya boleh bergerak sendiri tanpa anda perlu pantau setiap masa, barulah anda boleh cabar diri anda dan buat sesuatu yang lain.
11) Tidak Berkomunikasi Dengan Team
Kegagalan berkomunikasi dengan Team membuatkan banyak isu-isu kecil menjadi besar. Jangan mudah nak harapkan Team faham 100% apa yang kita mahu. Team kita bukan ahli nujum nak faham isi hati dan apa yang kita fikirkan. Mereka perlu kita berkomunikasi dengan usahawan. Mereka perlu ‘clarity’, mereka perlu ilmu untuk lebih faham dan yakin apa yang mereka perlu lakukan. Ramai usahawan mudah lepas tangan dan harapkan Team faham dengan satu baris ayat arahan yang di Whatssap atau diemelkan.
12) Abaikan Pelanggan Yang Ada
Dalam berbisnes, usahawan perlu sentiasa cari pelanggan baru TAPI masih kena jaga pelanggan lama supaya mereka terus kekal bersama kita untuk beli lebih banyak, beli berulang kali dan yang yang lebih baik jadi ‘referral’ kepada prospek baru.
Masalahnya, usahawan baru selalu abaikan pelanggan yang ada. Kurang membina ‘engagement’ dengan mereka dan selalu sangka mereka dah tahu tentang perniagaan anda, jadi tak perlu lagi untuk diingatkan.
Masa inilah, pesaing mula timbul dan mereka pun akan lupakan anda kerana dah tertarik ke tempat lain.
13) Leka Dengan ‘Lifestyle’ Baru
Memang tak dapat kami nafikan, menjadi anak didik Dr Azizan, hasil dari Program-Program Richworks mampu menjadikan ramai usahawan biasa-biasa menjadi luar biasa. Kalau dulu tak berapa bergaya, dengan hasil yang ada, Alhamdulilah hidup dah lebih baik. Kalau dulu tak dikenali, kini dah mungkin boleh jadi selebriti.
Ini kisah benar, ramai usahawan mudah leka dengan ‘lifestyle’ baru yang mereka ada setelah mampu bina bisnes. Dah mampu melancong ke luar negara untuk jangka masa yang lama, dah mampu untuk ada masa dan luangkannya dengan cara tersendiri sehingga mula leka.
Bisnes pun tak dijengah. Apa yang berlaku setiap hari dalam syarikat pun buat endah tak endah. Saat ini berlaku, bersedialah untuk melihat keruntuhan bisnes sendiri jika anda terus nak leka dengan apa yang anda ada.
14) Sindrom “Selesalah Sangat”
Jangan mudah rasa selesa dengan apa yang ada. Saat anda rasa selesa dengan kehidupan sekarang, saat itulah anda tak lagi ‘grow’. Saat anda rasa tak ada cabaran dan semuanya senang, saat itulah hidup anda akan mendatar.
Rasa selesa boleh buatkan kita lalai. Ramai usahawan yang berhenti buat tindakan untuk menjadi lebih baik bila mula rasa selesa. Ramai usahawan tertipu dengan rasa selesa sehingga tak perasan segala masalah dan persaingan yang tiba-tiba muncul.
15) Tidak Perbaiki Kualiti Produk Dan Perkhidmatan
Kodak dan Nokia adalah dua contoh syarikat ternama yang jatuh kerana tidak mahu perbaiki kualiti produk mereka. Kodak, walaupun antara yang pertama menghasilkan kamera digital, tapi sikap ‘tak apa’ dan yakin yang mereka boleh ‘sustain’ untuk satu jangka masa yang lebih lama membuatkan mereka jatuh terduduk dan hampir pupus. Begitu juga dengan Nokia, keengganan mereka untuk berubah kepada ‘touch screen’ menyebabkan mereka hampir dilupakan.
Ramai usahawan sangat yakin produk mereka yang terbaik, perkhidmatan mereka yang paling memuaskan hati dan tak mahu untuk berubah dan buat lebih baik. Akibatnya, bila pesaing datang dan jumpa peluang untuk menjadi lebih baik, baru anda nak gigit jari.
Sebagus mana pun bisnes anda, pasti ada ruang untuk lakukan semuanya dengan lebih baik lagi.
Dalam membina bisnes, jangan mudah sangat rasa kita dah cukup baik. Belajar dari kejatuhan Empayar Rom. Sikap tamak dan terlampau mahu meluaskan kuasa menjadikan Rom sendiri tidak stabil dan sarat dengan masalah dalaman.
Pastikan asas bisnes dan sistem perniagaan sangat kukuh dan kuat. Sehingga dapat bertahan dalam apa juga cabaran. Jangan jadi seperti rumah besar tiangnya sebatang, mudah jatuh bila ditimpa gelombang.
#TeamRichworks
#ResultMatters