bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有111部Youtube影片,追蹤數超過370的網紅iamfuzy,也在其Youtube影片中提到,Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah Bahan-bahan 5 cawan beras - sebaiknya beras yang jenis kurang kanji 2 sudu teh serbuk kunyit Gar...
「periuk」的推薦目錄:
- 關於periuk 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於periuk 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於periuk 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
- 關於periuk 在 iamfuzy Youtube 的最讚貼文
- 關於periuk 在 Pin Cheng Ji Youtube 的最讚貼文
- 關於periuk 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最讚貼文
- 關於periuk 在 Periuk dan belanga - Facebook 的評價
- 關於periuk 在 16 Pitcher plant @ periuk kera ideas in 2022 - Pinterest 的評價
- 關於periuk 在 Set Periuk Marble 6-in-1 - EzyCook - YouTube 的評價
periuk 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Resepi Creampuff Gebu
.
Bhn2:
400g air
175g marjerin
1sb gula
200g tepung gandum
4bj telur
.
Cara2:
-Masukkan air, gula & marjerin ke dlm periuk (sy guna kuali senang nak kacau). Masakkan atas api smpi mendidih. Guna api besar pun boleh.
- bila dah mendidih masukkan tepung gandum dan terus kacau smpi la jd adunan yg tak melekat kt kuali. Tepung tu ayak la dlu kalu rajin nt sng dia nak sebati. Sy malas ayak terus tuang je😆
- lepas tu tutup api dan terus masukkan adunan tu dlm mangkuk mixer. Angkat je kuali tu atas mangkuk mixer nt dia bergolek sndiri terjun lam mangkuk😂😂. Sy putar low speed dlm 10mnt bg wap panas keluar.
- bila adunan dah suam2 masukkan telur sebiji2 dan putar high speed dlm 5minit. Dah nmpk sebati ttup mixer. (If xde mixer boleh buat manual kacau guna senduk kayu je tp lenguh la ckit tgn😁)
- sementara tu panaskan oven suhu 220c api atas bwh.
- masukkan adunan td dlm piping beg. Guna la nozel bunga kalu nak bercorak atau bulat biasa pun boleh xde hal. Then paipkan atas tray. Jarak2 kan ckit sb nt dia nk membesarkan bdn msg2😅. Tray tu sapu dlu marjerin sb xnk bg melekat nt. Sy mmg malas nk sapu2 ni leceh😂 Lapik baking paper je sng. B4 bakar semburkan air kt atas creampuff yg kite dah paipkan tu. Then bakar la dlm masa 25mnt lbh krg. Dah nmpk warna perang2 gold kira dah masak la tu. Kuarkan dr oven then biar dia sejuk
- kalu xmelepet puff tu mksdnya jd la tu. Dlm dia mesti jd kosong. Biasa dlu buat yg xjd tu bila melepet dlm jd padat mcm cekodok plak gayanya😆
1 adunan ni boleh dpt dlm 40-45 bj bergantung pd size.
Inti dlm dia plak boleh pelbagaikan. Kalu nak sng guna instant custard je. Tp sy jrg guna instant tu slalu buat sndiri filingnya. Pelbagaikan mcm2 krim cth mcm krim nutella, karamel, green tea, original custard, krim custard, choc byk lg la boleh pelbagaikan. Sy bg dlu yg basic original custard ye.
.
400ml susu segar (sy guna low fat)
800ml air
200g gula
150g tepung kastard
1sb esen vanilla
Sedikit garam
.
- masukkan semua bahan dlm periuk kacau atas api smpi jd pekat berkilat. Tggu sejuk baru paipkan dlm puff.
.
Selamat mencuba semua🤗
periuk 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
Air tangan Maktok.
Balik kerja, terus masuk dapur. Masak yg simple dan cepat saja. Asam rebus ikan kembung + nanas. Guna ikan kembung kecil aje. Tu pun ambil syarat, cuma letak 3 ekor aje. Sebenarnya nak kuah tu saja.
Klu nk sedapkan kuah asam rebus tu campurkan kiub ikan bilis, kiub tom yam & perencah Oden. Ini asam rebus stail maktok ye. Cuba masak cara ni, menghirup sakan you all.
Maktok kongsikan resepinya secara ringkas ye. Tak yah tumis. Just rebus naik aje. Nama pun asam rebus.
Ikan (ikut sukalah ikan apa. Tapi kalau guna ikan pari lagi sedap)
Cili kering kisar
Bawang besar kisar
Bawang putih kisar
Halia kisar
Serbuk lada hitam
Daun cenehom (daun buat laksa tu)
Bunga kantan + batangnya sekali
Serai
Asam keping
Sedikit belacan
Kiub ikan bilis
Kiub Tom Yam
Perencah Oden
Hirisan nanas
Garam + gula
Air secukupnya
* Bahan-bahan kisar tu dah memang ready dlm peti ais. So Maktok cedok saja, masukkan di dalam periuk. Klu tak ada, just satukan bahan-bahan tu dan dgn air. Bahan tu agak-agak lah ye.
periuk 在 iamfuzy Youtube 的最讚貼文
Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan
5 cawan beras - sebaiknya beras yang jenis kurang kanji
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan - dipotong 3
Bahan Tumisan
4 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntunm bunga lawang
10 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 sudu besar biji lada hitam
1 helai pandan - digunting dalam 4 inci
Cara memasaknya:
1. Rendam beras dalam 30 minit, basuh dan toskan atau boleh biarkan didalam periuk nasi dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk tumis hingga bawang kekuningan dan naik bau
3. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk nasi, masukkan serbuk kunyit serta garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan daun pandan pun boleh. Masak seperti memasak nasi seperti biasa. Siap!
Nota : Kalau di Kerpan, kampung en suami, nasi lemak ni dijual dengan harga RM150 berlaukan ayam sambal tanpa lain-lain tambahan dan dibungkus.
Nak tahu resepi sepenuhnya boleh jengah di https://www.dapursweetsourleyra.com/2021/05/resepi-nasi-lemak-kuning-ala-utara.html
periuk 在 Pin Cheng Ji Youtube 的最讚貼文
关注品城记FB账号→https://pcjfb.page.link/bjYi
今天觀辰要去深圳,吃一家火了很久的網紅店。這家店,據說從開業起,就天天排隊,只不過,來吃過的食客,對它的評價有點兩極分化:有些人說超級好吃,甚至稱它是“全深圳最好吃的牛腩煲”;而有的人,則把這家店貶到一文不值,直言“還不如買火鍋底料回家自己煮”。那麼,到底哪一派意見才是最接近事實的呢?還是去實地測評一下比較靠譜!
口味這個東西很主觀,好不好,只有自己試過才知道!
店鋪名稱:牛百鮮牛腩煲火鍋(學府路店)
地址:深圳市南山區學府路與常興路交界口
電話:15302606125
人均:-
營業時間:週一至週日 17:30-03:00
消費賬單:
大煲牛腩煲——225元
手打檸檬茶x4——76元
伊麵——15元
茶位x4——25元
合計消費:341元
吃遍广东
https://pcjgd.page.link/u9DC
跟着嘉升吃美食
https://pcjjs.page.link/rniX
跟着大秋吃美食
https://pcjdq.page.link/V9Hh
吃遍佛山
https://pcjfs.page.link/RtQw
粥粉面饭来一波
https://pcjzfmf.page.link/qL6j
吃遍珠海
https://pcjzh.page.link/29hQ
品一座城
https://pcjzg.page.link/V9Hh
吃鸡!
https://pcjcj.page.link/Tbeh
跟着品城记玩啊
https://pcjw.page.link/V9Hh
品一座城,不僅僅是美食,更是人文!
走,帶你去找好吃的!
我們的夢想,是吃遍世界上每一座城市的美食!
吃遍給廣州,再吃遍全世界!
傳統中華美食,西餐,網紅美食,平民小吃!
只要是好吃的,我們絕不放過!
想要GET更多好吃的食物,跟著我們就對了!歡迎訂閱【https://pcj.page.link/Tbeh】
你的城市哪裡好吃哪裡好玩?全在我們的原創視頻裡!
#品城記 #探店 #深圳#牛腩#牛腩煲
periuk 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最讚貼文
Nasi Dagang Terengganu
3 cawan beras basmati
3/4 cawan beras pulut
2 cawan santan cair/air
1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula
2 helai daun pandan disimpul
6 ulas bawang merah )
1 inci halia. ) dimayang
1 1/2 sudu kecil halba
*beras basmathi dan beras pulut dicampur, dicuci & direndam 2-3 jam
*kukus beras serta daun pandan selama 8 minit
*keluarkan nasi tadi dari pengukus setelah 30minit letak dlm besen. Masukkan santan cair ..kacau perlahan2 dan biarkan santan meresap dlm nasi tadi. Kukus semula hingga masak.
*Masukkan nasi dalam besen , gaulkan santan pekat, taburkan campuran bawang merah, halia & halba. Gaul hingga sebati.
Kuah Gulai Ikan Tongkol
2 kg ikan tongkol di potong mengikut saiz kesukaan
3/4 keping asam gelugur
Sedikit gula Melaka
garam
air secukupnya
Renihkan semuanya selama 1-2 jam atas api perlahan
Gulai:
2 biji bawang besar sederhana saiznya*
3 ulas bawang putih*
cili kisar (ikut kepedasan)
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang
1 sudu kecik kerisek
sedikit belacan*
santan pekat
1/2 cawan minyak masak
gula melaka dan garam
air rebusan ikan tadi
panaskan minyak, masukkan lada kisar biar ia naik bau dan pecah minyak...kisar bahan bertanda * hingga halus dan tumiskan dlm periuk tadi dgn api perlahan dan masukkan rempah gulai hingga garing & pecah minyak. Masukkan air rebusan ikan tadi, santan pekat & renihkan hingga sedikit pekat. Masukkan ikan tonkol rebus & sesuaikan rasanya dengan garam & gula Melaka. Hidangkan bersama telur rebus & jelatah.
*tips..kuah gulai ni kalau buat malam ni makan pagi esok kuah gulai tu akan bertukar sikit warna dia kegelapan...
periuk 在 16 Pitcher plant @ periuk kera ideas in 2022 - Pinterest 的推薦與評價
Jul 5, 2022 - Explore FFF Crochet Craft Fredolina Fe's board "pitcher plant @ periuk kera", followed by 2364 people on Pinterest. ... <看更多>
periuk 在 Set Periuk Marble 6-in-1 - EzyCook - YouTube 的推薦與評價
Set Periuk Marble 6-in-1 - EzyCook. EzyCook. EzyCook. 330 subscribers. Subscribe. 0. Dislike. Share. Save. 3,192 views • Dec 21, 2021. ... <看更多>
periuk 在 Periuk dan belanga - Facebook 的推薦與評價
Nak kerja memasak cepat siap dan TAK MELEKAT haaaa... guna la periuk best ni..Tak payah sental2 lepas masak tau.. basuh ngan span je.. BERBALOI kannn ... ... <看更多>