[CEO Dari Poland Memeluk Islam]
.
Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..
.
Selepas Zohor tadi, Mike Empolgado dari Poland mengucapkan dua kalimah syahadah di @mykampungfreshmart . Alhamdulilah. Mike merupakan CEO sebuah pusat pendidikan antarabangsa di Malaysia.
.
Beliau yang asalnya Katolik tetapi telah lama meninggalkan kepercayaan dan amalan Katolik kerana tidak mendapat jawapan yang menurutnya ‘make sense’. Namun Alhamdulilah setelah beberapa sesi perbincangan bersama para Asatizah di MAIS, beliau boleh menerima ajaran Islam yang menurutnya ‘make more sense’ & logikal. Lebih memudahkan apabila ‘Big Questions’ terjawab iaitu konsep ketuhanan & siapa Jesus dalam Islam.
.
Semakin ramai Kristian memeluk Islam dan saya tidak terkejut kerana Allah Subhana Wa Ta’ala telah berfirman orang Kristian adalah yang paling dekat dengan Islam. ‘Christianity is a good stepping stone to Islam’ menurut Yvonne Ridley yang juga memeluk Islam dari agama Kristian.
.
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (Al-Maaidah 5:82)
.
witamy z powrotem w islamie Mike (Selamat Kembali kepada Islam Mike)
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mykampungfreshmart #katolikmasukislam #christianconvertislam #polishmuslim
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...