SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. (SIRI 4)
"In God We Believe, In Data We Trust"
Ada apa pada data?
Ada yang tidak nampak apa2. Data macam tak ada pemberat & nilai. Kosong
Ada yang tak suka data. Mereka lebih suka guna alasan & hujah secara emosi & intuisi. Mereka lebih senang mendapat kepercayaan & juga penghargaan dengan kata2 mereka yang menarik, senyuman mereka yang manis & ucapan mereka yang bersemangat. Mudah untuk beli hati & minda manusia. Ini jalan pintas. Main emosi manusia.
Ada yang anti & benci data. Mereka juga benci kepada teknologi & algorisma yang membantu mengumpul, menyusun, memahami & memberi makna kepada data yang bertimbun2. Mereka juga rasa tercabar & kurang relevan apabila ilmu baru timbul bila berjuta2 data dapat dicakna dengan cepat, tepat, okjektif & kohesif. Mereka mula menyerang teknologi di sebalik analisa data raya & A.I. "Mana mungkin kita biarkan mesin & robot memberi makna kepada kehidupan kita!". Ini antara bahasa & naratif mereka yang sinis.
Ada juga yang percaya data adalah cermin kehidupan. Data juga tidak boleh berbohong. Ucapan & kata2 boleh jadi seperti menanam tebu di bibir mulut. Bila dikunyah, rasa peria.
Lebih penting, data adalah hidup senada & senafas dengan perwatakan seseorang & masyarakat. Semakin kita boleh memahami data dengan baik & tuntas, semakin kita dapat memahami pola & trend kehidupan dalam semua aspek.
Tidakkah anda perasaan bila anda membuka sahaja lembaran google @ carian dalam internet, apa sahaja yang anda suka akan timbul terlebih dahulu & kerap dalam alat keluli & lap top anda Mesin sudah menyusun & memahami data profil anda.
Saya banyak berbincang dengan Nazri tentang pelbagai aspek data. (Foto di atas di satu siri awareness programme di Singapura). Saya juga mula meneliti al-Quran sebagai sebuah dokumen yang padat & sarat dengan data. "The Qutan is a data centric book". Saya mula gunakan ungkapan ini dalam banyak ucapan saya. Saya mula membentuk teori kehidupan berdasarkan analisa data raya & A.I
Saya mula melihat kelebihan analisa data raya yang paling wow ialah 'personalised solution' atau solusi untuk setiap orang. Setiap orang perlu solusi berbeza. Ini juga ajaran agama.
MDB
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Apa yang mencurigakan orang ramai apabila di profil akaun TikTok Sajat, kelihatan lambang salib diletakkan di bahagian ‘bio’ yang sekaligus menimbulka...
「profil baru」的推薦目錄:
- 關於profil baru 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於profil baru 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於profil baru 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於profil baru 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於profil baru 在 ERA Youtube 的最佳解答
profil baru 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
KEKURANGAN SATU KENIKMATAN (Bhg 8)
Hujan lebat turun 2 hari lepas. Anak2 pokok jagung ditanam di tebing 'curam''. Saya teruja meniru cara berkebun di lereng2 bukit. Nampak cantik & mudah. Kebetulan tanah di halaman saya agak sempit. Jadi terpaksa guna pakai segala bentuk & keadaan tanah bagi bercucuk tanam.
Ternyata ilmu pertanian saya masih kurang. Setelah hujan 2 hari berturut2, kesemua anak pokok jagung macam nak tercabut & condong ke bawah. Akar mereka tidak kukuh & tanah pula tidak stabil. Banyak tanah dilarikan oleh air hujan.
Saya tiada pilihan melainkan meletakkan tanah baru dekat pangkal pokok. Saya juga meletakkan batang buluh untuk setiap anak pokok jagung yang sedang membesar. Kemudian diikat dengan tali rapia. Itu yang boleh saya lakukan. Kalau masih lagi terhakis & tercabut akar, saya kena buat major overhaul. Saya kena pindahkan mereke ke kawasan tanah baru.
Memang orang yang ada kekurangan perlukan bantuan ekosistem. Sistem nilai agama awal2 lagi menekankkan perkara ini. Ayat2 & surah2 Makiyyah sarat & padat dengan mesej ini. Bila dah berhijrah ke Madinah, arahan diteruskan dalam bentuk kolektif & institusi.
Kekurangan sejujurnya memberikan peluang beramal kepada yang lebih. Kekurangan orang lain adalah kenikmatan kepada yang lebih. Mereka mungkin kurang ibadah sunat. Tapi mereka ada peluang meningkatkan profil mereka di akhirat dengan membantu mereka yang kurang di dunia. Orang yang dah kurang tak boleh buat perkara ini semua.
Kalau anda orang yang lebih, adakah anda pernah bertanya kepada yang kurang apakah yang mereka perlu & hendak. Anda mungkin banyak memberi. Tapi anda belum lagi menghayati konsep memberikan kegembiraan kepada mereka yang kurang. Kalau hanya bagi, itu hanya tindakan satu hala. Ini tidak boleh membangunkan masyarakat tak kisahlah banyak mana pun sumbangan anda.
Saya mengikat kemas pokok2 jagung. Mereka terkapai-kapai. Sudah berumur hampir 3 minggu. Mereka tidak mahu mati. Saya dapat rasa mereka perlukan asas tanah yang lebih baik. Saya dah bersedia.
Di sebelah batas anak jagung, terdapat lima anak pokok buncis yang sedang tumbuh bergaya. Mereka dapat tanah stabil & cucukan batang buluh sejak awal lagi.
MDB
profil baru 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Cara Fikir Baru Dalam Pelaburan
Setiap perkara berubah. Bagitu juga dengan lanskap pelaburan serta profil risiko-habuan kepada setiap orang.
Jom kita sembang bual bicara malam ini bersama saya dan Shabana.
Soalan bocor yang saya dapat hidu adalah matawang digital, pelaburan emas dan robo-invest-advisor.
Jumpa ya nanti jam 8.45 malam.
MDB
profil baru 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Apa yang mencurigakan orang ramai apabila di profil akaun TikTok Sajat, kelihatan lambang salib diletakkan di bahagian ‘bio’ yang sekaligus menimbulkan persoalan ramai. #BULETINVIRAL mengulas isu ini.
Lambang emoticon berbentuk salib di profil TikTok usahawan kosmetik ini telah menimbulkan rasa pelik di kalangan netizen sehingga ramai yang bertanya apa sebabnya dia menggunakan lambang tersebut.
Hal ini sekaligus membuatkan netizen berspekulasi mengenai status agama Sajat yang berkemungkinan sudah keluar daripada Islam. Allahuakhbar!
Adakah Sajat memilih untuk memeluk agama Kristian? Sekaligus, adakah Sajat sudah murtad?
Salib ialah diertikan sebagai tanda yang berupa garis yang bersilang seperti tanda campur (lambang agama Kristian, Palang Merah, dan lain-lain).
Bimbang dengan akidah Sajat yang makin terpesong Mampin tampil mahu membantu dan bimbing usahawan kosmetik itu.
Presiden, Mohd Azmi Abdul Hamid yakin semua pihak memberi perhatian dan memandang serius masalah ini. Beliau berharap keadaan dapat dikawal dengan sebaik mungkin dan penuh hikmah.
Jalan keluar dengan menghormati tanggungjawab pihak berkuasa dan mengguna pendekatan kasih sayang dan mendidik secara penuh hikmah perlu dilakukan. Sesungguhnya, apa yang mahu dicapai ialah Sajat, dengan penuh keinsafan, kekal dalam Islam.
Pihaknya turut yakin, ketika lafaz itu dibuat Sajat berada dalam keadaan tertekan, emosi yang tidak terkawal dan bukan dari lubuk hati yang sebenar.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!
profil baru 在 ERA Youtube 的最佳解答
Jom kita kenal dengan lebih rapat lagi kru baru #PetangERA serba baru, Fad Bocey.