FEKAH AL-HALAL & AL-HARAM DALAM KEHIDUPAN (Bhg 3)
Qalb al-Dayn (Pertukaran Hutang Lama Dgn Hutang Baru)
Islam menuntut umatnya menjelaskan hutang bila sampai masanya. Disebut dalam sebuah sabda Nabi SAW sikap menangguh2 bayaran hutang orang kaya adalah satu kezaliman & boleh dihukum secara fizikal atau reputasi.
Kepada pemberi hutang pula, digalakkan dalam al-Quran memberi penangguhan kalau orang yang berhutang tak mampu bayar malah digalakkan, kalau boleh, dilepaskan hutang tersebut (write-off).
Ini adalah garis panduan umum Syariah. Dalam kerangka ini, para ulamak Islam boleh berijtihad.
Soalan utama bolehkah pihak bank Islam menawarkan pembiayaan (hutang) baru bagi menyelesaikan hutang lama & kemudian meneruskan hutang baru ini bagi tempoh yang baru sesuai dengan kemampuan aliran tunai pelanggan yang terjejas akibat pandemik? Dalam soalan yang lebih direct, adakah ada di sana ijmak @ kesepakatan para ulamak silam & moden tentang keharaman hal ini?
Kenyataan yang diberikan pihak pengeluar piawaian Shariah bahawa pandangan fekah yang lebih ketat diambil bagi menjaga reputasi perbankan Islam memberi isyarat bahawa terdapat di sana beberapa pandangan lain. Soalnya, kenapa pandangan ini diterima & diambil dalam konteks masyarakat sedang dilanda krisis ekonomi akibat krisis kesihatan? Apakah motivasi sebenar? Adakah Islam terbina atas hukum yang lebih ketat atau lebih sesuai dengan sesuatu keadaan selama mana ia tidak membawa kepada kedosaaan?
Kebanyakan ekonomi negara Islam digerakkan oleh IKS/SME. Malah, banyak pekerjaan disediakan IKS. Malah, syarikat besar tidak boleh berfungsi tanpa supply chain dari IKS. Kalau kemudahan kewangan Islam IKS ini di pelbagai negara tidak boleh disusun semula (restructuring) melalui qalb al-dayn, apa akan berlaku?
Kalau ia benar2 tidak boleh dipertimbangkan, apakah solusi di zaman paling mendesak ini? Fekah juga patut memberikan solusi. Memberi hukum haram adalah paling senang dalam hidup.
Di mana letak kaedah2 fekah; 'keperluan (hajah) masyarakat boleh diperakukan sebagai darurat' atau 'bila sempit, hukum menjadi luas; bila luas, hukum jadi sempit'?
Hukum yang ketat vs kelangsungan ekonomi IKS. Fikir.
MDB
#fekahalhalaldanalharam
#qalbaldayn
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...