Fekah al-Halal & al-Haram Dalam Kehidupan (Bhg 2)
Virus kovid 19 telah menyerang planet ini mulai 26 Disember 2019. Kerana ia wujud 5 hari sebelum berakhir 2019, ia diberi nama Kovid 2019. Para saintis amat jujur.
Segala rutin kehidupan manusia sudah berubah sama ada kehidupan peribadi atau syarikat/korporat. Banyak syarikat dah tutup kedai & kilang. Permintaan kepada barang & perkhidmatan ada tetapi ada halangan pekerja bekerja. Ada yang dah menjual barang2 mereka. Aduhai....tak sempat dapat bayaran, pembeli pula tidak mampu bayar. Pembeli juga ada masalah penjualan atau pembayaran dari pelangan mereka. Semuanya tersangkut dengan aliran tunai (cash flow).
Mungkin aliran tunai belum diajar di bidang pengajian Islam. Mungkin ada yang tak faham pun aliran tunai ini. Ia adalah fakta sejauhmana wang tunai @ bayaran dapat direalisasikan dalam masa yang diperlukan atau dijangkakan. Kalau tidak berlaku, sesebuah syarikat (atau individu) akan terkesan kerana ketiadaan wang tunai @ kecairan yang cukup khususnya bagi membayar obligasi seperti upah & gaji, kos bahan mentah & kos pembiayaan di bank.
Semasa dunia & bisnes penat & tenat dengan 1001 masalah, sebuah badan piawaian Syariah antarabangsa mengeluarkan satu standard yang mengharamkan bank2 Islam memberikan pembiyaaan baru bagi melunaskan hutang lama. Selalunya, pembiayaan baru akan mengambil kira kemampuan kewangan baru pelanggan dari segi aliran tunai. Mungkin tempoh dipanjangkan. Bayaran ansuran bulanan pula dikurangkan supaya syarikat (& individu) boleh bernafas. Kalau tidak, syarikat ini akan disenarai hitam kerana gagal bayar hutang. Alternatif, mereka akan mencari kewangan konvesional sebab dalam analisa kewangan, sebahagian mereka masih lagi solven & mampu. Mereka hanya ada masalah aliran tunai.
Pembiayaan baru hanya dibolehkan dengan syarat ketat. Mesti dibuat sebelum tempoh matang pembiayaan pertama sampai. Ini bagi mengelakkan qalb al-dayn bi al-dayn - tukar hutang dengan hutang. Semua orang tahu syarat ini tidak boleh dilaksanakan. Bank tidak boleh mengambil dua risiko kepada satu pelanggan dalam masa yang sama.
Di antara hujah mereka, kewangan Islam kena ambil pandangan yang lebih ketat....
MDB
#fekahalhalaldanalharam
#mdb
#qalbaldaynbialdayn
#cashflow
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
qalbaldaynbialdayn 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah 的推薦與評價
Di antara hujah mereka, kewangan Islam kena ambil pandangan yang lebih ketat.... MDB · #fekahalhalaldanalharam #mdb #qalbaldaynbialdayn #cashflow. ... <看更多>