F I T N A H
Seekor kerbau yang baik mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata fitnah
1. Sepulang dari sawah, kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada anjing yang kebetulan datang, "Bro, aku penat gila hari ni, ingat besok nak rehat sehari"
2. Anjing bejumpa kucing di sudut tembok, "Tadi aku jumpa kerbau, katanya besok dia nak rehat dulu. Aku rasa memang patut pun, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada kerbau"
3. Kucing kemudian bercerita kepada kambing, "Kerbau komplen bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tak nak datang kerja!"
4. Kambing berjumpa ayam, "Khabarnya kerbau tak berapa seronok bekerja dengan bos. Mungkin dia dah ada bos lain yang lebih baik"
5. Ayam bercerita kepada monyet, "Kerbau dah tak akan kerja untuk bos kita lagi dan dia nak cari kerja di tempat bos yang lain!"
6. Ketika makan malam, monyet berjumpa bos, "Bos, tolong ajar si kerbau tu, akhir-akhir ini dia dah banyak berubah. Dia nak meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"
7. Mendengar ucapan monyet, bos terus bunuh kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!
Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan
Untuk renungan bersama.Gambar hanya sebagai hiasan sahaja.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅AZIZUL HAQIM OFFICIAL,也在其Youtube影片中提到,Salam semua. Ramai yang tak tahu sebenarnya, Nyanyian Perindu adalah single pertama Asmidar yg bercorak Irama Malaysia, diterbirkan sekitar tahun 2006...
renungan malam 在 Najib Asaddok Facebook 的最佳解答
Penat! Rasa nak give up.. Bukan sekali, tapi banyak kali.. Dengan mulut orang sekeliling yang nak menjatuhkan kita.. Mulut-mulut yang sentiasa berbunyi bila kita duduk termenung memikitkan nasib.. Siapa tak rasa sakit? Perit..
.
Perit nak dengar kata orang.. Perit nak dengar perlian keluarga.. Sedih bila apa yang kita minat.. dan itu sahaja cara untuk kita buat tindakan.. Tapi tak ada siapa yang menyokong.. Sakit!
.
Lagi pedih bila orang yang paling dekat dengan kita terpaksa mengalirkan air mata dan fikirkan masalah kita yang tak ada penghujung.. Memikirkan nasib yang malang..
.
Jauh renungan saya pada setiap masalah yang berlaku sekarang.. Ramai lagi yang masih tak jumpa cara untuk keluar daripada kata-kata cemuhan orang.
.
Antaranya 'Engkau buat bisnes apa? Pagi petang siang malam.. Tapi tak ada hasil pun.. Ke, engkau saja sibukkan diri?'
.
Cukup-cukuplah tu.. Saya nak hentikan kata-kata busuk daripada orang yang dengki dengan kita. Cukup-cukuplah biarkan diorang terus tertawa dengan kegagalan kita.
.
Come on! Bila tak dapat hasil tu, tolonglah cari ilmu.. Lantaklah orang kata dah tua pun pergi belajar.. Biarkan.. Yang penting, kita buat sesuatu untuk selamatkan bisnes kita. Selamatkan maruah kita..
.
Takut untuk belajar banyak sangat, spend masa 2 hari untuk tahu apa sebenarnya bisnes ni.. Lebih lebih lagi dalam online..
.
Bisnes online ni tak susah bila kita tahu caranya.. Macam mana kita nak bina brand, guna online je.. Nak dapatkan sales secara berterusan.. Bukan guna untuk pusing balik modal je. Sampai bila-bila kita akan ulang perkara yang sama.
.
Peluang terakhir untuk anda semua. Jumpa esok dalam kelas Strategi Online Rocket Marketing (STORM) selama 2 Hari isitu pada 24 & 25 April ni. Yang masih belum daftar, tunggu apa lagi? Tolonglah, spend 2 hari je untuk saya bantu. Saya tak sanggup nak dengar cemuhan orang lain.
.
Segera daftar di www.NakTarikPelanggan.com
.
Beritahu kawan-kawan lain yang ada situasi yang sama macam ni.. Cukup-cukuplah diorang kena hina.. Perit di hati mungkin akan menjadi dendam.. Dan dendam boleh memakan diri. Tapi bila kita balas dengan kejayaan, manisnya perasaan.. Sukar di ungkap!
.
#storm
#strategiorm
#momentuminternet
#ORMnajibasaddok
renungan malam 在 Fedtri Yahya Facebook 的精選貼文
بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ
Bismikallohumma ahya wa amuutu
Maksudnya:
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”
Renungan: Otak agak sibuk ketika tidur, saling berhubung dengan pelbagai cetusan aktiviti otak pada setiap malam.
Adakah aktiviti ini semacam suatu bentuk kemaskini untuk mengekalkan fungsi-fungsinya secara optimum? Kita tidak tahu.
Mungkin ritma tidur dan berjaga akan sentiasa menjadi misteri: sesuatu yang kita alami tetapi tidak akan pernah difahami sepenuhnya.
Tidur itu sebuah rahsia yang misteri. Moga tidur dan jaga kita dalam rahmat Allah selalu🤲
renungan malam 在 AZIZUL HAQIM OFFICIAL Youtube 的精選貼文
Salam semua. Ramai yang tak tahu sebenarnya, Nyanyian Perindu adalah single pertama Asmidar yg bercorak Irama Malaysia, diterbirkan sekitar tahun 2006. Lagu ini dimuatkan dalam album “Rentak Warisan”. So admin share kan lagu dan nyanyian indah ini. Enjoy guys ❤️
NYANYIAN PERINDU
Penyanyi : Asmidar
Komposer : S.Atan
Lirik : Nurul Asyiqin
Kau kata padaku akulah mimpimu
Kau kata padaku akulah hidupmu
Kau kata padaku aku yang satu
Terpilih di antara yang beribu
Kau kata padaku akulah nafasmu
Kau kata padaku akulah jiwamu
Kau kata padaku aku ragamu
Penyeri kehidupan musim rindu
Kata-katamu kata yang mempersona
Janji-janjimu janji yang penuh cinta
Malam terasa indah dan bercahaya
Bulan bintang mencurahkan keindahan
Renung matamu renungan kasih sayang
Bisik rindumu ikatan tak terlerai
Suram gerhana tak mungkin kan menjelang
Harap-harap kasih kita berpanjangan
Ini senandung nyanyian perindu
Lukisan dua hati di lamun nan cinta
Didalam hati ini teguhnya berpadu
Bagaikan kisah cinta yang terindah
#nyanyianperindu #asmidar #iramamalaysia