Miang Pla Pao zilazzz version.. 🤪
sy share resepi kat bawah 👇
kot rajin cubalah buat, sedapppp.. tp aku confius jugak sedap ke lapar yg sbenarnya.. 🤣
resepi sos hijau :
bawang putih 4 ulas
daun ketumbar
cili padi hijau 10biji + cili besar hijau 2 biji (klu nak pedas lg boleh lebihkan)
gula melaka
air limau nipis agk² sendiri
sos ikan 3 sudu (klu tawar boleh tambah)
air masak
blend lumat semua bahan di atas
resepi sos merah :
sos cili thai 1 senduk
cili padi merah 4 biji (potong kecik)
bawang putih 3 ulas (cincang halus)
daun ketumbar (cincang)
air limau nipis agak² sendiri
1sudu gula
campurkan semua gaul sebati
resepi ikan:
ikan Talapia merah / siakap kelar serong sampai ke tulang..
gaul kunyit, garam, cukup rasa n tepung jagung
goreng garing..
sayur-sayuran / ulam:
salad, timun jepun, tomato ceri (td nak beli xde, so guna jela tomato biasa), nak buh sayur lain pon boleh asalkan hampa makan, jgn utk ambik gambor sajerrr.. 😏
bihun/suhun
nak hias mcm mana lu pikirlah sendiri.. aku pon main bantai jee... dah makan nnt xdenya nak lelawa, hancur jugak masuk perut.. 😆
p/s : bg kak zila mkn miang pla ni campur dua² sos ni memang sedakk doohh.. ikut pandai hampa, nak makan guna sos mna klu xrajin nak buat dua² buat la mna yg hampa suka aku xmau ambik tau.. biar la aku rajin sorg² nak buat 2,3 jenis sos pon 🙄
同時也有11部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Resepi Siakap Goreng Sambal Paling Senang Untuk Semua. 2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
「resepi ikan siakap 3 rasa」的推薦目錄:
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Facebook 的最佳解答
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Siakap 3 Rasa ala Thai | Mantap betul! - YouTube 的評價
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Ikan Siakap 3 Rasa | Sedap Macam Di Restoran Thai - YouTube 的評價
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Ikan Siakap 3 Rasa Sedap Macam Restoran Thai - YouTube 的評價
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Ikan Siakap Masak 3 Rasa Oleh:... - Resepi Sheila Rusly Fans 的評價
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 Resepi Ikan Siakap 3 Rasa | By Econsave Kuching - Facebook 的評價
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI - YouTube - Pinterest 的評價
- 關於resepi ikan siakap 3 rasa 在 RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI - YouTube - Pinterest 的評價
resepi ikan siakap 3 rasa 在 Facebook 的最佳解答
Selalu dengar resepi Ayam Percik kan? Haa..kali ini jom kita cuba resepi Ikan Percik pulak! 😄 Mesti terliur dibuatnya
🛒 Korang hanya perlukan 🛒
4 Biji bawang Besar
2 inci Kunyit
2 Inci Halia
3 Batang Serai (dipotong)
200ml Krim Kelapa Rasaku
2 Sudu Cili Kisar
Gula & Garam Secukup Rasa
Daun pisang
Ikan Siakap (atau mana-mana jenis ikan ikut kesukaan anda)
Minyak Masak Kelapa Rasaku
🐟 Cara Membuat Ikan Percik 🐟
1️⃣ Tumbukkan Bawang Besar, Kunyit, Halia dan juga Serai sehingga lumat
2️⃣ Campurkan dengan Krim Kelapa Rasaku dan Cili Kisar. Jangan lupa letak Garam dan Gula secukup rasa.
3️⃣ Lumurkan Ikan dengan Kuah Percik
4️⃣ Bungkuskan dengan Daun Pisang dan Bakarkan.
5️⃣ Jangan lupa percikan dengan Minyak Masak Kelapa Rasaku dan Kuah Percik.
Haaa..kalau dapat bakar ikan macam ni sambil berkelah di tepi tasik, lagi mantap kan? Apa lagi, cubalah sekarang!
Nak beli produk Rasaku boleh lah pergi ke link ini 👉🏻 https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
resepi ikan siakap 3 rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Shellout daun pisang buat sendiri boleh jimat modal tak sampai 40ringgit boleh makan 6,7orang. Kuah tu nina buat 2jenis yang manis pedas&buttermilk.
RESEPI SHELL OUT
================
Seafood
Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Kupang
Ikan siakap@talapia(optional je)
*ikan kunyit garamkan dan goreng hingga garing
*seafood tu cuci bersih2 celur@rebus sekejap
Sayur Sayuran
Jagung(potong 4)
Brokoli
Carot
*cuci bersih dan nina kukus hingga lembut
Bahan Rempah@Kuah Manis Pedas
2senduk cili kisar
2 labu bawang besar
8ulas bawang merah
5ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
*kisar hingga halus
5batang serai diketuk
3 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
3sudu makan kicap manis
3sudu makan sos cili
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa
*panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing
*masukkan serai, serbuk kari, sos tiram, sos cili, sos ikan, kicap&kiub ayam, masak hingga pecah minyak dan tambahkan sedikit air
*perasakan gula garam
*kuah tu nina asingkan sikit untuk tuang atas ikan
*masukkan seafood yang dah dicelur gaul sebati dan masak sekejap je
*untuk bancuhan celup tepung tu nina satukan
-tepung gandum
-1sudu teh serbuk kari
-sedikit air sejuk dari peti ais
-1biji telur
-sedikit garam
*satukan semua bahan hingga sebati, celupkan udang&sotong dan goreng hingga garing
*siap😍
Bahan Untuk Kuah Buttermilk
2sudu makan butter
1biji bawang besar potong dadu
2tangkai daun kari
Cili merah hiris
Sedikit kiub ayam
1/2tin susu cair
Gula garam secukup rasa
Sotong@udang@ayam goreng tepung
*cairkan butter dan tumis bawang dan daun kari hingga wangi
*masukkan kiub ayam, cili merah hiris, susu cair masak hingga mendidih
*masukkan udang@sotong celup tepung yang dah digoreng perasakan gula garam dan masak hingga pekat
resepi ikan siakap 3 rasa 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Resepi Siakap Goreng Sambal Paling Senang Untuk Semua.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ijo yang digunakan sebagai kuah untuk Ikan Siakap Goreng kita. Resepi paling senang untuk semua orang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena
3 Bijin Cili Merah & Hijau
1 Biji Bawang Besar
1 Mangkuk Kecil Tepung Gandum
1 Mangkuk Kecil Tepung Beras
Gula & Garam Secukup Rasa
Serbuk Kunyit
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan menyelar ikan mengikut teknik yang ditunjuk oleh Fendi di dalam video. Perapkan ikan dengan garam, gula, kunyit, tepung beras, tepung gandum dan biarkan selama 5 minit.
sementara menunggu, potongkan bawang besar, cili hijau dan potong dengan kecik atau berbentuk kiub.
Selepas itu, panaskan minyak dan mula menggoreng. Lihat dalam video teknik menggoreng yang diajar oleh Fendi. Selesai menggoreng, letak ikan di atas pinggan
Seterusnya, tumis bawang sehingga keemasan, dan letakkan 2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena dan tumis sehinga separuh masak, letakkan cili dan sedikit air. Tumis sehingga pekat dan tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #siakapsambalijo #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi ikan siakap 3 rasa 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Restoran Bawal Power Sempoi yang mulanya hanya menjual Bawal Goreng sahaja di cawangan Cyberjaya, kini telah mempunyai beberapa variasi pilihan makanan seperti sotong bakar XL, udang galah masak lemak, siakap bakar, pilihan sayur-sayuran dan lain lain lagi. Pilihan sambal yang pelbagai seperti sambal kicap, sambal belacan, sambal bakar mempunyai rasa unik yang tersendiri mengikut citarasa tempatan.
Nasi, sambal, air asam, kuah kari, ulam dan air balang boleh diambil berkali-kali secara percuma. Konsep yang diberikan ini turut memberi impak kepada pelanggan ibarat seperti makan di rumah sendiri. Bawal Power Sempoi kini telah membuka cawangan barunya di USJ 21, Subang Jaya berhadapan Main Place Mall.
?Antara menu yang kami cuba disini ialah:
Set Bawal Goreng, Set Sotong Bakar dan Set Udang Galah Masak Lemak
?Lokasi Bawal Power Sempoi»
1) USJ21, Subang Jaya - 103, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
2) Cyberjaya - Futurise Centre, Block 3710, Persiaran Apec, 63000 Cyberjaya, Selangor
3) Bangi - Jalan Bangi, Kampung Teras Jernang, 43650 Kajang, Selangor
4) Glenmarie - No.9, Jalan Penguasa A U1/53A, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
5) Johor Bharu - 38, Jalan Kebun Teh 1, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
6) Taiping - Jalan Kamunting Lama, 34000 Kamunting, Negeri Perak
?Sosial Media
Facebook: @bawalpowersempoiusj
Instagram: @bawalpowersempoiusj
☎️ +60 12-320 0914 / 017-4930767
- - - - - - - - - - - - - - - -
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT: CAMERA OPERATOR & VIDEO EDITOR » AHMAD ZAMRI (https://www.instagram.com/ahmadzamri/) - - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia.
© Copyright & Disclaimer Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
resepi ikan siakap 3 rasa 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Perghh...Ikan siakap stim bhaiii..rugi lah siapa tak makan resepi ala-ala thai ni..dengan aroma bau limau dan rasa ikan siakap yang fresh memang padu lah..resepi ni pun boleh diamalkan waktu korang on diet tau..
Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai | Thai-Style Steamed Sea Bass Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Siakap Stim Limau
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
2 batang serai (diketuk)
2 sk garam
1/4 potongan nenas (dipotong segitiga)
1 labu bawang putih
7 biji cili padi
5 biji limau nipis (diperah)
2 sb gula kabung Thai
1 cwn air panas
1 sb sos ikan
Daun sup
Aluminium foil
Nota:
1. Kalau kurang masin, tambah lagi sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi gula kabung Thai.
2. Untuk tahu ikan kukus dah masak atau belum, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal daripada tulang, maksudnya ikan dah betul-betul masak.
Cara memasak
1. IKAN SIAKAP: Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam.
2. Letakkan ikan atas aluminium foil dan kelar ikan supaya ikan cepat masak.
3. Masukkan serai ke dalam perut ikan. Kemudian, balut ikan dengan aluminium foil. Biarkan terbuka sedikit untuk mempercepatkan proses mengukus.
4. Panaskan periuk kukus, kukus ikan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, masukkan nenas. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit atau sehingga ikan masak.
5. KUAH: Potong limau nipis untuk mendapatkan perahan jus limau.
6. Kemudian, kisar bawang putih dan cili padi tanpa air hingga lumat.
7. Hiriskan daun sup.
8. Campurkan gula kabung Thai bersama air panas. Kacau sehingga larut.
9. Kemudian, campurkan bahan kisar, perahan jus limau, daun sup dan sos ikan bersama.
10. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.
11. Hiaskan dengan hirisan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Steamed Lime Sea Bass Recipe
Ingredients
1 sea bass
2 stalks of lemongrass (bruised)
2 tsp of salt
1/4 piece lengthwise of pineapple (cut into triangles)
1 garlic bulb
7 bird's eyes chilies
5 key limes (squeezed)
2 tbsp of Thai palm sugar
1 cup of hot water
1 tbsp of fish sauce
Leaf celery
Aluminium foil
Note:
1. If less salty, add more fish sauce. If less sweet, add more Thai palm sugar.
2. If you want to know if the steamed fish is cooked or not, push the fish fillet near the part of the bone that was cut earlier using a fork. If the contents are easily detached from the bones, it means fish are properly cooked.
Cooking methods
1. SEA BASS: Clean the fish and smear with salt.
2. Place the fish on aluminium foil and scoring the fish to make it cook faster.
3. Stuff lemongrass inside the cavity of fish. Then, wrap the fish with aluminium foil. Leave it slightly open to speed up the steaming process.
4. Heat a steamer, steam the fish for about 10 minutes. Then, add in pineapples. Close the lid and let it cook for 5 minutes or until fish is fully cooked.
5. GRAVY: Cut key limes and squeeze to get the juice.
6. Then, grind garlic and chilies without water until pulverized.
7. Slice leaf celery.
8. Mix Thai palm sugar with hot water. Stir until dissolved.
9. Then, mix grinded ingredients, lime juice, leaf celery, and fish sauce altogether.
10. Pour gravy over the steamed fish.
11. Garnish with sliced leaf celery. Ready to serve.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#ikansiakapstim #ikansiakap #seabass #steamedseabass #thai #masakanthai #ikan #fish #seafood #steam #stim
#kisahdunia #rasaflix
#lemankakap #kdboom #rinrinchan #nntaca #sya
resepi ikan siakap 3 rasa 在 Ikan Siakap 3 Rasa | Sedap Macam Di Restoran Thai - YouTube 的推薦與評價
bahan bahan ikan siakap 3 rasa4 ulas bawang putih cincang2 batang serai di hiris serong3 inci halia di hiris halus5 biji cili padi di ... ... <看更多>
resepi ikan siakap 3 rasa 在 Ikan Siakap 3 Rasa Sedap Macam Restoran Thai - YouTube 的推薦與評價
Untuk video kali ini Che Nom nak share satu resepi yang kebiasaannya terdapat di menu restoran-restoran Thai iaitu Ikan siakap 3 rasa. ... <看更多>
resepi ikan siakap 3 rasa 在 Siakap 3 Rasa ala Thai | Mantap betul! - YouTube 的推薦與評價
Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa, menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu Che Nom dah pernah share resepi yang sama, ... ... <看更多>