Cuba resepi Che' Nom. Lebih kurang sama saja dengan resepi rendang maktok. Biasanya maktok pakai agak-agak aje. Tapi kali ni follow betul betul resepi Che' Nom ni. Tok Wan kata rasanya sama mcm rendang ayam yg selalu maktok masak.
#Tqche'nomforsharing
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak:45 minit
Jumlah Hidangan:10 orang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (saiz besar)
1 senduk cili kisar
1 mangkuk besar santan pekat
1/2 mangkuk kecil ais asam jawa (maktok ganti dgn asam keping)
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
Bahan-bahan untuk rempah tumis:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Bahan-bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ketul kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara:
Cara-cara untuk rendang:
Bersihkan ayam dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.
Tips:
Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Mengikut tradisi, Nasi Kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Antara lauk yang dihidang pada awal dulu ialah ikan...
「resepi rendang tok ayam」的推薦目錄:
resepi rendang tok ayam 在 Facebook 的最讚貼文
Raya Haji makin dekat, nak balik kampung tak dapat. Apa kata kita cuba resepi Rendang Ayam yang sangat mudah dan sedap ini. Semestinya menggunakan produk Rasaku
Jangan lupa Follow Rasaku di Facebook, Instagram, Tik Tok untuk berpeluang memenangi produk menarik dari Rasaku.
Bagaimana untuk menyertainya?
1️⃣ Follow Instagram, Facebook dan Tik Tok @rasaku.my
2️⃣ Like post ini
3️⃣ Tag 3 KAWAN anda di ruangan komen di bawah!
10 pemenang yang bertuah akan dipilih setiap minggu 🤩 Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dari RASAKU
#resepimudah #rasaku #rasayangkurindu #rendang #ayam
resepi rendang tok ayam 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最讚貼文
Ramai rakan FB yang pm Kak Noor nak resepi Rendang Tok Versi Ayam masa nak raya Haji hari itu. Mungkin nak masak untuk raya. Kak Noor mohon maaf kerana tak dapat nak poskan dalam FB kerana resepi masih dalam kepala, tiada black and white atas paper lagi. So hari ini Kak Noor rasmikan resepi Rendang Tok Versi Ayam ini dalam blog Sajian Dapur Bonda untuk dikongsi bersama. Siap dengan tutorial bergambar lagi. Selamat mencuba.
http://sajiandapurbonda.blogspot.my/…/rendang-tok-versi-aya…
resepi rendang tok ayam 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Mengikut tradisi, Nasi Kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Antara lauk yang dihidang pada awal dulu ialah ikan kari, bendi, telur dan nasi. Lama kelamaan jenis nasi, dan lauk di tambah mengikut citarasa setempat.
Bagi penduduk asal Pulau Pinang, Fendi mempunyai teknik dan cara untuk menambah baik pengalaman menikmati juadah Nasi Kandar ini. Tonton lah video ini sehingga akhir untuk mengetahui, apakah dia teknik & gaya tersebut.
Untuk pengetahuan semua, Resepi Tok Pulau Pinang sudah berada di episod yang terakhir. Sepanjang 22 episod ini, kami dari Destinasi TV ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat yang menonton, menyokong, memaklum balas siri jelajah ini. Kami harap, penonton semua teruskan memberi sokongan kepada Destinasi TV dan teruskan menonton dan bermanfaat
In Sha Allah Resepi Tok Siri baru akan dijalankan, dek kerana situasi negara kita sekarang, kami terpaksa tangguh niat kami buat sementara waktu dan berharap agar kita rakyat Malaysia dapat mengharungi situasi ini dengan jayanya.
Nantikan konten baru kami bersama Fendi, dan sila LIKE, & SUSCRIBE Channel Destinasi TV untuk konten hiburan berteras makanan dan pendidikan disamping menghibur penonton sekalian.
Link Video Bahagian 1: https://www.youtube.com/watch?v=uWlslJ9fPrA
#destinasitv #resepitok #nasikandar #500ksubs
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

resepi rendang tok ayam 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India dan makanan ini telah diolah dari masa ke semasa.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Antara lauk yang dihidang pada awal dulu ialah ikan kari, bendi, telur dan nasi. Lama kelamaan jenis nasi, dan lauk di tambah mengikut citarasa setempat.
Restoran Hameediyah, Pulau Pinang merupakan restoran nasi kandar tertua di Malaysia. Dibuka pada tahun 1907, perniagaan ini telah diwarisi 7 generasi dan masih menjadi pilihan utama warga Pulau Pinang.
Link Bahagian 2 : Bersiaran Esok Jam 5 Petang
#resepitok #nasikandar #destinasitv
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
