Jika SOP untuk masuk dan dine-in di restoren perlu lengkap dua dos vaksin, lain pula ceritanya untuk melabur saham
Pelabur wajib ada dua akaun iaitu akaun cds dan trading untuk transaksi jual dan beli.
Tetapi itu sahaja belum cukup tuan-tuan..
SOP seterusnya adalah perlu tahu cara mengawal risiko dan maksimumkan pulangan dengan baik.
Nak tahu caranya?
Belajar dulu sebelum melulu masuk ke pasaran.
.
.
#MentorSaham
#SahamIsCool
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過117的網紅Sizzling Suzai,也在其Youtube影片中提到,Ok Vlog kali ni i nak bwk korg makan-makan di sebuah restoren seafood yg terletak di SS15 Subang Jaya. Ya Allah i memang “hantu seafood!” Hahaha cam...
restoren 在 Facebook 的最讚貼文
Aku masih teringat, Siaran TV hari itu adalah sangat menakutkan, berita terkini memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..
Tiga hari kemudian, bekalan makanan di rumah Aku sudah habis, beras, tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah habis di makan, Aku yang tidak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak makan aiskrim, lalu dengan terpaksa, Aku keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi anak saudara merangkap anak tiri kerana ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat kencing manis dua tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi kabus dan asap, namun aku masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai sudah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh, JKK Umno, anti vaksin, ejen shopee, sipolan sipolan..
Oh, mereka semua sudah menjadi mayat..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi tembakkan lagi, dan aku sempat lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Aku bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Aku dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri aku di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus pengsan, air mata aku terus tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Mereke di seret ke tengah padang, sedang darah mengalir dari kepala mereka.
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sorang demi sorang, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri aku juga di rogol dan di tembak di kepla, anak aku juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu, atau parang lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku terjaga dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan akibat pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka membalut lukaku.
Aku menangis lagi, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Aku makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang sungguh menyelarakan aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membasahi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Aku campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Aku mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu berenang dengan satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., oh, rupa rupanya bukan kayu hanyut, tapi beratus ratus mayat yang sedang hanyut ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu aku kenal, dan aku menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anakku juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan susah payah aku tarik mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku baringkan mayat isteri di sebelah kanan, dan mayat anak di sebelah kiri sedang aku berbaring di tengah antara mereka..
Aku berbaring menunggu maut, kematianku sangat sedih, di saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya di ziarahi kawan kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, siap makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala permintaan arwah yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun arwah masih rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi sungai bersama mayat isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang ziarah, tiada buah anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati, mayatnya di mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat, lepas tu ada tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan anak yang berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang anjing meratah mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita mati, mayat kita dimandikan, dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah, dan jiran datang tahlil rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita dibiarkan berulat di tepi jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi mayat yang merdeka.”
Selamat Merdeka, selamat hari Malaysia.
(Kisah ini dipetik dari Buku Hamka Keretamayat)
Ps: Merdeka yang sebenar adalah apabila kematian kita dicemburi oleh orang yang beriman. Sebagaimana kisah Sahabat yang syahid, Nabi uruskan mayat mereka hingga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar merasa cemburu kepada mayat yang merdeka! sejauh mana kematian kita dicemburui orang beriman? atau kematian kita tidak dipeduli langsung kerana kita gagal menjadi muslim yang bermanfaat-renung renungkan, semoga Woha sampai syurga.
restoren 在 Facebook 的最佳解答
Seorang wanita menghampiri peniaga telur dan bertanya " Pak cik , Berapakah harga telur? "
Dijawab " 4 biji RM 2"
"Mahal yaaa , Bagilah 6 biji RM 2" ujar perempuan tadi.
"Maaf nak, tak boleh . pak cik untung tipis". Jawap perlahan peniaga tua ini.
Ok lahhh pakcik , last daripada saya, 5 biji RM 2. Kalau tak boleh jugak saya pergi beli tempat lain.
Boleh ke tak ? dengan nada keras.
Lelaki tua ini akur dan berkata " boleh nak, asalkan perniagaan pak cik laku ".
wanita ini gembira kerana berjaya membeli dengan harga murah.
telefon wanita tadi berdering, rakannya menelefon.
" You, ada mana tu ?"
" Ada kat pasar ni "
" jom kita ke restoren biasa kita"
" ok-ok, tunggu i kat sana k, jangan lupa chop meja biasa kita duduk"
Mereka bertemu di restoren 4 bintang tempat biasa mereka minum pagi setelah penat membeli belah dipasar.
setelah memesan menu biasa, mereka akan bersantai sehingga tengahari.
Mereka hanya akan pulang kerumah masing-masing untuk makan tengahari bersama suami.
Jam terlihat sudah 11.30 pagi dan mereka sepakat ingin pulang. Mereka memanggil pelayan dan meminta bil.
Ehhh berebut pula nak bayar.
"Youuu, bagi laa i bayar kali ini "
" Halahhh biar i je laaa "
Pelayan tetamu datang membawa bil dan tertera RM 90.
Seperti biasa wanita yang membeli telur pagi tadi akan membayar RM 100 dan dengan bangga berkata
" keep the change"
sudah dapat apakah isi cerita diatas?
Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini?
Sikap dan Pemikiran kita !
Mengapa kita sanggup "bersedekah pada orang yang tidak perlu dan menekan orang yang lebih memerlukan ? "
Peniaga kecil berniaga untuk hidup sedangkan peniaga kaya berniaga untuk lebih kaya.
Tidak salah menawar di pasar kerana ia adalah hak kita tetapi tidak bolehkah kita yang sememangnya mampu , cuba untuk berlembut dengan peniaga kecil .
Mengapa kita boleh akur dengan harga tetap di pasaraya milik taikun ?
Mengapa kita tidak boleh akur juga dengan peniaga kecil-kecilan?
Saya ulang tiada salah menawar hanya yang salah sikap kita yang keterlaluan menekan peniaga kecil yang memerlukan.
Teringat ayah kami yang tiap kali membeli daripada peniaga jalanan sengaja melebihkan bayaran dalam seringgit dua.
Apabila kami tanya kenapa perlu bayar lebih seringgit dua ?
Jawap ayah lembut,
Nak , itulah cara kita bersedekah dalam pada masa sama kita menjaga air muka mereka.
Percayalah mereka malu meminta-minta tetapi mereka sangat gembira apabila diberikan lebih daripada harga dipinta.
Seringkali saya ulang dalam diri.
Memberi tanpa perlu mengaibkan si penerima kerana mereka juga ada harga diri, mereka tidak pernah minta jadi begini.
Terjemahan dan olahan oleh rahmat ikhsan daripada posting Syeikh Ancan Sulaiman
Subscribe Telegram Channel : https://t.me/brofirdauswong
restoren 在 Sizzling Suzai Youtube 的精選貼文
Ok Vlog kali ni i nak bwk korg makan-makan di sebuah restoren seafood yg terletak di SS15 Subang Jaya.
Ya Allah i memang “hantu seafood!” Hahaha campak la apa pun udang, ketam, kerang, sotong segala i telan! So bila masak Shellout ada sos like this “Kam Heong Buttermilk” pulak mak ai sedapnya lahai! Serius segala seafood di D’ Chubby Kitchen ni memang sangat fresh, manis dan giant size. Puas hati!
So, tunggu apa lagi. Ajak semua family members and friends utk try juga. Sure akan repeat!!! korang boleh waze sahaja “D’ Chubby Kitchen” or alamatnya seperti di bwh ni ?
D’ Chubby Kitchen
No. 80, Jalan SS 15/4B,
Subang Jaya, Selangor
Media Social
Instagram : https://instagram.com/dchubbykitchenss15?igshid=1p7etf5mm0pzb
Facebook : https://m.facebook.com/DChubby-Kitchen-107344911058146/photos/?ref=page_internal&mt_nav=0
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/1d5iyptqd00/hqdefault.jpg)
restoren 在 @sazalisamad Youtube 的最佳貼文
Salam Semua,
Lama tak memasak & up content makan.
Kali ni menu simple, Tenderloin Steak, Stik Daging (Batang Pinang).
hav hav kalau makan kt restoren.
Tapi yg ni beli kt pasar malam baru RM35 sekg.. Ramai boleh makan kt rumah ni.
#Sazalisamad #sazalisamadGYM #Sazalisamad10TimesWorldChampion
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/CKzfQs3F_jE/hqdefault.jpg)
restoren 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最讚貼文
Chicken Rice Paste for cooking rice (dikisar lumat):
6 cloves garlic
3 large shallots
2” ginger
1 tsp sugar
3 Tbsp cooking oil
For the rice:
550gm Jasmine Rice - rinse and drain
350 ml chicken broth
2 pandan leaves
Ginger-Garlic Chilli Sauce/Dip (dikisar):
60 gr ginger
1 clove garlic
1 tsp sesame oil
1 Tbsp concentrated chicken stock
1/2 tsp sugar
4-6 red chilis
Juice of 1 lime
#resipiChefZam #nasiayam #homecooking #dudukrumah #masak #PKP #Hainanesechickenrice #Covid19 #Maggi #Philipsblender #sedap
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/g0JKD1uBU8Q/hqdefault.jpg)