HIKMAH DI SEBALIK PKP & COVID19
Saya, Dr Syid (Tanya Dr Syid ) Dan Pn Kartika Wati Mohamed dipertemukan dan menjadi sahabat perniagaan.
Sahabat & Perniagaan adalah dua benda berbeza tetapi kami telah menjadikan ia satu dalam Eskayvie MY
To many more years of friendship!!
同時也有29部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tut...
「sahabat adalah」的推薦目錄:
- 關於sahabat adalah 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sahabat adalah 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sahabat adalah 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於sahabat adalah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
- 關於sahabat adalah 在 Najib Asaddok Youtube 的最佳解答
- 關於sahabat adalah 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
- 關於sahabat adalah 在 Rudi Saputra - "..Menjadi seorang teman adalah pekerjaan ... 的評價
- 關於sahabat adalah 在 Nidji - Arti Sahabat (Official Music Video) - YouTube 的評價
sahabat adalah 在 Facebook 的最佳解答
Selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai Senior Account Manager (Online Advertising) di sebuah syarikat antarabangsa pada 15 Januari 2013, saya tidak tahu apa yang menanti saya melainkan hanya berusaha dan seterusnya bertawakal kepada Allah.
Saya menerima satu tawaran untuk menjadi pengacara sebuah travelog. Saya terkejut dan risau ianya adalah scam kerana saya tiada langsung pengalaman menjadi pengacara program TV tiba tiba ditawarkan menjadi pengacara program.
Saya soal dan dapatkan pengesahan apakah benar dan kenapa saya dipilih & saya menolak pada awalnya. Mereka memujuk saya at least bagi satu video pendek tentang diri saya. Selepas beberapa minggu, mereka hubungi saya & memberitahu bahawa TV Al Hijrah telah bersetuju untuk memilih saya sebagai pengacara & meminta saya untuk sign kontrak!
Saya kata, "Nanti dulu! Saya nak minta pandangan guru saya."
Saya berjumpa dengan guru saya, Sheikh Hussain Yee bagi mendapatkan pandangan beliau. Saya menyuarakan kebimbangan saya kerana saya tiada pengalaman sebagai pengacara program TV, kesemua krew produksi adalah belum Muslim & paling merisaukan saya adalah bagaimana saya nak berdepan dengan ujian populariti setelah program ini disiarkan kelak.
Saya memberitahu kepada beliau saya nak menolak tawaran syarikat produksi itu.
Saya ringkaskan nasihat Sheikh Hussain Yee kepada saya;
"Ada sebab & hikmahnya kenapa mereka memilih awak walaupun mereka sedar awak tiada pengalaman menjadi pengacara program TV. Tambahan pula kesemua krew produksi & syarikat produksi adalah belum Muslim. Mungkin dengan awak sebagai pendakwah menjadi pengacara program, awak juga boleh memberikan nasihat dan panduan kepada mereka agar rancangan tidak melanggar ajaran Islam.
Tentang populariti & keikhlasan, ya awak perlu risau tetapi itu sesuatu yang belum pasti. Mungkin juga dengan awak menjadi pengacara program itu akan membuka ruang dakwah yang lebih luas kepada awak nanti & pengalaman itu juga akan membantu. Saya akan menegur awak bila saya nampak awak lari dari landasan. Terima sahaja & harap Allah permudahkan."
Dipendekkan cerita, saya terima tawaran & menandatangani kontrak. QadarAllah, bekas majikan saya pula menawarkan saya untuk menunaikan umrah buat kali pertama dalam hidup saya 18 March - 31 March 2013 dan saya perlu terbang ke China pada 2 April untuk memulakan pengambaran.
Pengambaran kami bermula dari Beijing, Yin Chuan, Xi'an, Nanjing, Shanghai, GuangZhou & berakhir di Hong Kong dan mengambil masa 5 minggu.
Pengambaran meletihkan tetapi pasca produksi juga jauh meletihkan untuk skrip & voice over. Pertama kali saya belajar belajar membuat skrip bagi memastikan skrip menetapi ajaran Islam. Alhamdulilah akhirnya program itu telah disiarkan di TV Al-Hijrah pada Ramadhan 2013 dan diberikan tajuk. "TETAMU MASJID CHINA"
Saya diberitahu bahawa program itu mendapat sambutan yang baik dan tahun hadapan (2014) mereka akan memulakan pengambaran untuk musim kedua di Jepun & Korea. Kesemua skrip telah dihantar kepada saya & telah memberitahu kepada saya untuk bersiap sedia tetapi QadarAllah, musim kedua tidak bersambung.
Apa-apapun, banyak yang telah saya pelajari sepanjang pengalaman menjalani pengambaran selama 5 minggu di China & Hong Kong. Itulah kali pertama saya ke China & juga kali terakhir.
Tetapi setelah berkunjung ke Hong Kong buat kali pertama pada 2013, saya hanya pergi ke Hong Kong sekali lagi pada 2017 disusuli 4 kali ke Hong Kong pada 2018 & 2 kali lagi pada 2019 setelah terjalinnya hubungan yang sangat rapat dengan Islamic Union of Hong Kong (IUHK).
Pernah sahabat-sahabat menonton rancangan Tetamu Masjid di TV Al-Hijrah sebelum ini?
sahabat adalah 在 Facebook 的最佳貼文
Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz. Kami merasai kegeraman, kemarahan, kekesalan serta kesedihan beliau.
Bukan sahaja anak beliau menjadi mangsa tetapi rakan-rakannya juga telah menjadi mangsa kepada 'ustaz' di tahfiz tersebut.
LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT oleh mereka setahun lebih tetapi masih tiada sebarang tindakan dan 'update' perkembangan kes.
Mereka meminta bantuan kami. In Sha Allah kami akan membantu anak-anak mereka keluar dari trauma dengan menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara PERCUMA selain sokongan kepada keluarga yang juga trauma dari kejadian.
Antara kata-kata ibunya kepada kami tadi;
"Niat saya menghantar anak saya ke tahfiz supaya dia belajar agama tetapi tak sangka dia pula diliwat. Saya menyesal sangat. Saya sekarang ini phobia bila lihat orang berjubah, berserban atau berkopiah ini. Saya jadi benci. Saya 'scroll' Facebook bro dan saya tergerak untuk mencuba nasib harap bro & team boleh membantu kami mendapatkan keadilan."
Kami memberitahu kepada beliau,
"Niat & keputusan buat menghantar anak ke pusat tahfiz adalah betul. Semoga Allah kurniakan ganjaran kepada puan dan keluarga. Apa yang berlaku di luar jangkaan kita. Puan tampil membuat report kerana mahukan keadilan. Kita tak nak sesiapa gunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang bercanggah dengan agama. Kami bukan polis tetapi In Sha Allah kami akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu puan dan mangsa-mangsa lain."
Hampir setiap hari, ya hampir setiap hari kami akan mengadakan minima 2-3 Google Meet berkaitan kes-kes gangguan seksual, predator seksual, serangan seksual dan majoriti mangsa & ahli keluarga adalah keluarga biasa sedangkan pemangsa terdiri dari mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
Semua kes ini kami akan serahkan & kerjasama dengan pihak berkuasa. Sinergi NGO & pihak berkuasa untuk masyarakat.
Saya juga meminta maaf kepada ramai sahabat yang menghubungi saya menerusi call & Whatsapp tetapi tidak berbalas kerana akhirnya, setelah mendengar puluhan rintihan, aduan, tangisan mangsa-mangsa & ahli keluarga, mentally tired.
No worry, saya ok. Selepas berehat saya ok and up and running as usual today. Bagi wanita di luar yang memerlukan sokongan & bantuan, boleh hubungi Sayap Wanita MRM di wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan aturkan Google Meet secepat mungkin .
sahabat adalah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tutup, lagi sukar nak belajar
Mujur Hospital tak tutup, namun Doktor Pakar terapi bagitahu tak boleh buat terapi di Hospital zaman Covid ini, jadi saya kena buat sendiri di rumah.
Bila saya masuk Group Autisme, banyak saya dapat aduan, suami tak hiraukan anak syurga, semua diserahkan pada isteri untuk buat terapi, ada kes bercerai sebab dapat anak OKU.
Tak boleh macam tu bang, anak syurga tu anak pasangan bersama.
Hak mereka kena tunaikan, barulah mereka boleh tarik kita ke syurga InsyaAllah. Jangan biarkan isteri buat semua kerja terapi ni, bantu sama sama.
Dan walaupun sudah bantu anak syurga, tak semestinya kita terus masuk syurga, kerana yang dijamin syurga itu anak OKU kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa selain tunaikan hak anak, dalam sama yang sama wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Yang tidak ada anak syurga, mungkin diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, ujian kena buang kerja, ujian terputus rezeki, ujian penyakit kronik dan macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita yang ada anak OKU, bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada orang lebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, banyakkn sujud, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
Maka Video ini adalah contoh terapi terkini "Belajar lima patah perkataan”
Semoga lepas tengok video ini, semua Parent yang sekasut macam saya, datang semangat nak buat terapi kendiri di rumah bersama anak syurga.
Mudah mudahan anak kita mampu bercerita pada kita di dunia, dan Apa yang pasti disyurga nanti, anak syurga kita pasti akan banyak nak bercerita.
Woha!
Link video terapi 5 patah perkataan: https://youtu.be/tx6uRz27L1U
Link video terapi 4 patah perkataan: https://youtu.be/qDR5PulFw3E
sahabat adalah 在 Najib Asaddok Youtube 的最佳解答
Ustaz Imam Muda Asyraf nak share bukti Islam tersebar luas adalah kerana Kekayaan sahabat Rasulullah SAW yang BEBAS KEWANGAN.
.
Perasaan bila berniaga boleh ke kaya ni? Rasanya macam berdosa bila kaya.. Adakah boleh untuk jadi kaya tapi perlu bersyarat?
.
"Sangat Dituntut" - Imam Muda Asyraff...
.
Huraian Ustaz Imam Muda Asyraf yang patut anda semua tonton supaya dapat jawapan & ilmu. Komen diruangan komen apa pendapat anda..
.
#imammudaasyraf
#KasihNya
#ORMnajibasaddok
.
Follow Kami Lagi Secara Online Di :
.
Blog : http://najibasaddok.com/
Facebook : https://www.facebook.com/najibasaddok/
Twitter : https://twitter.com/najibasaddok
Pinterest : https://www.pinterest.com/asaddok/
Instagram : https://www.instagram.com/najibasaddok/
Telegram : https://t.me/najibasaddok
sahabat adalah 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
Redha Allah SWT datang dari Redha Ibu
Dalam Islam, kedudukan seorang ibu lebih tinggi dari ayah. Ada beberapa hadis tentang ibu dan kewajipan berbakti kepadanya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. pernah ditanya oleh salah seorang sahabat tentang kepada siapa dia harus berbakti.
Rasulullah S.A.W. pun menyebut nama Ibu sebanyak tiga kali, sementara ayah hanya sekali.
Ini dapat kita lihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’ Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.
Riwayat Muslim (2548)
Keredhaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredhaan kedua orang tua
رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا
Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua (HR Tabrani dari Ibnu Umar).
Berusahalah menjadi anak yang solleh terhadap kedua ibu bapanya. Moga segala urusan kita dipermudahkan dunia akhirat In Sya Allah
Klik butang Subscribe dan On Notification anda untuk dapatkan video ilmu Marketing yang terbaru, video Bina Bisnes Berjaya dan segalanya tentang bisnes bermula dari Kosong hingga Jutawan!
Website: https://BinaBisnesBerjaya.com
Facebook: https://www.facebook.com/azizanosmanofficial
Twitter: https://twitter.com/AzizanOfficial
Instagram: https://www.instagram.com/azizanosman_official/
Puan Irin - https://wasap.my/60167136638
Puan Jannah - https://wasap.my/60192442244
Puan Izzati - https://wasap.my/60162477450
- - - - - - - - - - -
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Pengasas
RichWorks International Sdn Bhd
Entrepreneur | Investor | Business Growth Mentor to +600 SMEs = Total Annual Sales of ++RM2.0B | Want to grow your business faster?
Layari https://BinaBisnesBerjaya.com
sahabat adalah 在 Nidji - Arti Sahabat (Official Music Video) - YouTube 的推薦與評價
Official video clip by Nidji performing "Arti Sahabat ". releaseNidji - Cinta & Portal Waktu (OST. Eggnoid) | ... ... <看更多>
sahabat adalah 在 Rudi Saputra - "..Menjadi seorang teman adalah pekerjaan ... 的推薦與評價
Kamu bisa memiliki ribuan teman di luar sana, tetapi kamu hanya memiliki sedikit orang sebagai sahabat. Kamu mendapat kata kata persahabatan terbaik dari ... ... <看更多>