Throwback Sahur di Perak..
Kegigihan, segigih gigih gigihnya..
.
.
#HadamAndDigest #DoneSahur #Ramadhan2018 #Sahur2018 #JomMakan #MakanMakan #ProjekMakan #JJCM
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Jika korang rasa kerja korang sukar dan tak best, tengoklah video saya daki gunung Kinabalu ini, dan korang tengoklah geng maling gunung dan portal ya...
sahur2018 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的精選貼文
Jika korang rasa kerja korang sukar dan tak best, tengoklah video saya daki gunung Kinabalu ini, dan korang tengoklah geng maling gunung dan portal yang kerjanya angkat barang naik atas gunung.
Rezeki mereka ada dalam gravity, insaf tengok betapa rajin dan kuatnya mereka cari rezeki halal.
Sebelum ni ada orang tanya:
Kau naik gunung Kinabalu tinggi-tinggi apa kau dapat Hamka?
"Dapat ambik gambar"
Woha!
Maka oleh sebab dapat ambik gambar, maka jangan bosan jika Nampak wajah saya hamper 50 peratus dalam video ini, memang betul betul ambik gambar.
Bagi yang malas nak tonton, saya ringkaskan kisahnya iaitu pada 30 November 2018 yang lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat saya daki gunung tertinggi di Malaysia.
Kami team 5 orang, Lyn dari KL, Rizuan dan Rusy dari Perak, dan saya dari Terengganu, ada sorang lagi kawan Izuan, kemalangan motor patah tangan tak boleh nak join.
Jadi kami berempat di pimpin oleh Maling Gunung encik Wainer bin Jupinis, selamba dia daki gunung pakai seluar jeans. Kagum dari dekat.
Jarak dari bawah ke puncak adalah 9km, dan setiap satu km ada pondok rehat, ada tandas dan ada punca air, jadi tak perlu bawa air dari bawah, boleh top up di pondok.
Dalam perjalanan kita boleh jumpa pelancong dari luar negara, Ada Green Lantern, ada awek korea dan ramai lagi, sempat saya update kisah kamen rider terkini dari pelancong jepun, kah kah kah!
Kita naik pagi, sarapan kat bawah nasi lemak, Dan bila tengah hari, kitaorang berhenti makan mee segera, dan teruskan perjalanan.
Beberapa km kemudian, kami sampai ke hotel di panalaban, makan sedap, tapi air takde, adohai.., kena bayar asing. Adohai…
Lepas makan, terus jamak zohor dan asar, lepas tu cuaca gelap, terus jamak magrib dan isyak, dan terus tidur sampai jam satu pagi, lepas tu sahur dulu dekat hotel jam 2 pagi, sebelum sabung mendaki lagi 3km.
Sejok dan penat, tapi memang kena naik jam 2 pagi sebab waktu ni atas gunung kinabalu tiada awan, dan kami kena sampai sebelum subuh di puncak.
Waktu ni salah sorang dari kumpulan kami tewan, Cik Lyn dari KL ada masalah pernafasan, kena rehat di dorm, jadi tinggal kami bertiga terus mendaki.
Dan Alhamdulilah, ikut arah bintang, dapat solat di puncak kinabalu dan sempat lepak sebelum tiba waktu dhuha.
Pemandangan sungguh cantik, tengok dari jauh pun dah cantic, apatah lagi dari dekat, Subhanallah.
Waktu turun ada hujan sekejap, batu jadi licin, kena pegang tali kuat kuat, alhamdulliah, hujan sekejap sahaja, dan terus turun dalam keadaan cuaca cerah.
Sampai hotel di Lapanrata, makan lagi sekali, dan terus turun sampai bawah, 6km kemudian, akhirnya tiba ke bawah.
Panjang nak cerita, boleh tengok video, manapun kita pergi, solat jangan lupa, untuk itu, boleh bawa botol spray kecil untuk mudahkan wudhu di puncak gunung sebab tiba waktu subuh,. Sesungguhnya, Bersujudlah kamu wahai manusia walaupun ditempat paling tinggi di dunia kerana Syurga itu sangat tinggi.
Tapi jika tak solat, dan tiba tiba tergelincir di lereng gunung, bukan terus masuk lurah Kinabalu, tapi terus ke lurah Neraka.
Nauzubillah.
OK, terima kasih sudi menonton, jumpa lagi di lain video.
Woha!
sahur2018 在 Izzue Islam Youtube 的最佳解答
Sape nak cover lagu ni sila komen nak chord kat bawah ? subscribe izzueislamTV please ?
sahur2018 在 WINGS OPERA TV Youtube 的精選貼文
KUALA LUMPUR 4 MEI 2018 - Sidang Media Iftar Nostalgia Ramadhan bersama Wings di Hotel Premiera Kuala Lumpur.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Wings menerusi Awie Entertainment Sdn. Bhd (AESB) dengan kerjasama Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Mac Training Centre berbuka puasa bersama anak-anak yatim, tahfiz dan penyokong-penyokong Wings.
Semua dialu-alukan untuk bersama-sama kami pada 26.5.2018 nanti.
Tiket : RM180 seorang (ahli Sayap-Sayap Wings & early bird RM150) ATAU RM550 (Pakej bilik + iftar + sahur untuk 2 orang)
Sila whatsapp +60197082871 untuk info tiket.
Video by Kodomo.