Cerita Belakang Tabir : Kahwin
Ada sebahagian pernah diceritakan, masih ada juga yang belum diceritakan. Namun hari ini diceritakan untuk menjadi inspirasi pada yang belum berkahwin.
* Sebulan sebelum berkahwin di dalam dompet cuma ada RM1000,selepas simpanan ditipu hampir RM15k oleh seorang berpangkat "Dato".
*Kami berkahwin pada 21 Mei 2011,ketika masih berusia 21tahun manakala isteri pula 22tahun. Saya masih di tahun pertama ijazah,dan isteri di tahun ke-2 ijazah.
Pengantin Perempuan
* jubah pengantin perempuan berharga RM60 sahaja harga diskaun beli di Nilai.(jubah tu singkat, jadi, nak labuhkan dalam pakai kain telekung)
* tudung beli kain 2 meter berharga RM22, jahit tepi sendiri.
* Veil dipakai atas tudung,berharga RM10.
* Pengantin lelaki(saya lah tue) hanya pakai selipar berharga RM8.90 waktu pergi ke rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah. ( kena marah dengan makcik sebab tak pakai kasut)
* Saya juga lah driver van vanette(di sewa),saya jugalah pengantin pada hari yang sama.(berpeluh bawa van,sebab masa itu musim panas di Perlis)
* Majlis perkahwinan kami tiada persandingan dan majlis tepung tawar.
* Baju kahwin(baju melayu),adalah baju yang dibeli RM50 dekat KAMDAR.baju melayu yang orang biasa beli untuk pergi sekolah agama rakyat.
* Sampin yang dipakai adalah sampin dapat hadiah masa tingkatan 5,dan dipakai dengan dawai besi untuk elak terlucut.( tak ada bajet beli tali pinggang)
* Kopiah yang dipakai adalah kopiah pinjam ayah punya( memang tak ada songkok)
Ps: Kami berkahwin,apa yang ada. Sudah 3tahun,masih menaiki motosikal. ini cerita Abdul Basit dan Liyana Akmal..
Boleh kongsikan cerita belakang tabir perkahwinan anda?
Search