Membumikan Syariah Bersama Us Fawwaz Fadhil di Telaga Biru
Sebelum sesi berbicara minda di Tapak Ilham, saya diundang oleh pihak Telaga Biru untuk sembang santai. Ini tidak ada dalam jadual. Kebetulan Y.Bhg al-Fadhil Us Fawwaz baru sampai di situ dengan pakaian moden dan ber'cap'.
Us Fawwaz minta saya cakap tentang buku saya Membumikan Syariah (edaran Telaga Biru). Buku ini dilancarkan di pesta buku tahun lepas.
Beliau mula bertanya saya "Kenapa Dr menulis buku serupa ini?". Soalan mudah tapi dalam maksudnya. Saya menjawab "Saya ingin ungkapkan bahawa Syariah diwahyukan untuk membina kehidupan di dunia dan bukan akhirat. Inilah tesis disebalik tajuk sebegini". Saya tambah lagi "Syariah tidak lagi relevan di akhirat. Di sana ada cara hidup dan atur cara baru. Tidak perlu kepada sekolah, hospital, air dan udara bersih dan sistem kehakiman." Beliau menambah, "Di akhirat, kita tidak perlu solat dan puasa".
Saya ingat saya boleh tamatkan bicara. Tapi Us Fawwaz belum puas lagi. "Kenapa perlu buku sebegini?, tanya beliau lagi. Masak. Ada jawapan telus dan ada jawapan berlapik. Saya pilih jawapan berlapik. "Sebahagian buku Syariah dan fekah gagal melihat dimensi fekah yang baru seperti fekah alam sekitar, fekah standard, fekah impak, dll", jawab saya dalam keadaan berhati-hati. Saya tambah lagi, "Dalam penulisan, dont repeat the obvious".
Beliau semakin panas dan garang. Beliau tanya tentang bagaimana saya gunakan ilmu teras saya iaitu usul fekah dalam bidang kerjaya dan penulisan saya. Saya jelaskan bahawa minda saya adalah bersalut dengan algorisma usul fekah. Buku terbaru saya Ratiocination atau Ta'lil adalah manifestasi minda saya. Saya ungkapkan asas Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah dan asas kedua2nya adalah qiyas dan asas qiyas adalah illah dan ta'lil. Kita kena cekap tentang shabah, munasabah, dawran, masalik, tard, dll. Kalau tak faham, tak apa...baca buku Ratiocination saya nanti.
Penat ditemu bual oleh Us Fawwaz..walaupun bersantai, perlu fokus kepada laras jawapan..menjawab seorang alim.
Buku Membumikan Syariah ada dalam edisi English iaitu Shariah is Life (Amanie Media). Memang tak habis2 kalau kita lihat Syariah sebagai ilmu kehidupan dunia.
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
shabah 在 Mayanne Chan Facebook 的最佳解答
在無人島的日子🏝
#myc_travel #沙巴 #bluesky #whitesand #island #sunshineandbeach #陽光與海灘 #shabah #幾時可以再去#traveller #hktraveller #malaysia #hkgirls #throwback