Kemurungan boleh membawa kepada bunuh diri.. dan nasihat yang tidak membantu akan memburukkan lagi keadaan.
Saya pernah pergi dengar ceramah tentang sakit mental dari Pn. Anita Abu Bakar, President of Mental Illness MIASA Malaysia
Beliau sendiri pernah terkena gangguan kemurungan mental dan diceritakan pengalaman pahit getir serta cara beliau menghadapinya.
Bila tiba sesi soal jawab, saya tanya dua soalan:
Soalan pertama: Ada data tak perbandingan orang islam bunuh diri berbanding agama lain?
Jawab beliau: jika nak banding, orang islam yang hadapi kemurungan bunuh diri itu tak sebanyak agama lain, memang benar, Tapi memang ada orang islam yang bunuh diri Cuma tak sebanyak orang tidak bertuhan atau agama lain.
Soalan kedua saya: Jika ada orang islam mengaku mahu bunuh diri, adakah betul jika terus bagi ceramah agama dalil dan hokum bunuh diri dalam islam?
Dari duduk, beliau berdiri dan bercerita kisah Kavin, seorang yang mahu bunuh diri, lalu naik bas dan naik jambatan yang terkenal dan antara tertinggi di dunia, sewaktu dalam bas, Kavin mahu seseorang bertanya kemana dia mahu pergi? Tapi tiada siapa peduli. Sampai di Jambatan, ada perempuan minta dia ambilkan gambar, kemudian terus pergi tanpa bertanya masalah dia, kesedihan Kavin bertambah murung lalu kavin terus melompat terjun.
Sebaik dia terjun, terus dia tahu bahawa dalam hatinya: Dia tidak mahu bunuh diri! Tapi sudah terlambat, 4 saat kemudian dia jatuh ke dalam air dan seluruh anggota badannya patah, dari dalam air, Kavin cuba berenang tapi tidak mampu lalu berdoa:
“Oh.. Tuhan, selamatkan aku”
Tiba tiba datang Guard menyelamatkannya dan berkata:
”Syukur Tuhan, kerana kamu masih hidup”
Bila beliau selamat, diketahui, 99% orang terjun dari jambatan itu akan mati serta merta dan beliau adalah golongan 1% yang terselamat.
Dari pengalaman ingin bunuh diri, “mati” dan hidup semula, kini Kavin aktif berceramah tentang pentingnya mengambil berat perihal mangsa kemurungan yang mana, apabila ada antara kita yang mengaku mahu bunuh diri...
Ketahuilah bahawa mereka bukan mahu dimarah, diceramah, atau dinasihat, tapi mereka ingin diselamatkan dengan cara diambil berat, simpati, dan jadilah pendengar yang baik.
Jangan menghukum, berpura pura faham atau membebel, perbuatan itu akan mempercepatkan bunuh diri.
Panjang lagi jawapan Puan Anita tapi apa yang terjadi pada Kavin, boleh dijadikan iktibar buat kita semua.
Ya, Kavin bukan orang islam, tapi Kavin adalah mangsa bunuh diri yang hidup semula, lalu dari pengalaman Kavin, kita sebagai orang islam boleh jadikan pedoman yang mana jauh di sudut hari orang kemurungan, mereka bukan mahu bunuh diri, mereka mahu diselamatkan, mereka sangat mahu diselamatkan tapi bukan dengan cara orang normal faham.
Mereka mungkin nampak malas atau mengada ngada, hakikatnya, tenaga mereka habis, hati mereka bimbang pada ketakutan yang mereka sendiri tidak faham, sehingga mati sahaja boleh menenangkan.
Di saat itu, jadilah pendengar yang baik, dan bila emosi mereka stabil bolehlah cerita tentang keindahan islam dengan lemah lembut.
Sungguh orang paling berpenyakit mental adalah Firaun yang sanggup mengaku Tuhan, tapi bila Allah perintahkan Nabi Musa berdakwah padanya, di perintah Allah agar Nabi Musa bercakap dengan lemah lembut.
Maka wahai sahabat, jika ada kawan mengaku mahu bunuh diri, jadilah pendengar yang baik, bercakaplah dengan lemah lembut kerana kawan kita itu bukanlah Seteruk Firaun dan anda bukanlah sebaik Nabi Musa.
Take noted!
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「soal perbandingan」的推薦目錄:
soal perbandingan 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
InshaAllah esok saya akan menyampaikan satu ceramah di hadapan pelajar dan professor dari fakulti perbandingan agama University of Agder, Norway di Dewan Persidangan C23, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
.
Saya diberikan satu tajuk yang cukup mencabar iaitu ‘From Islamophobia To Islamodium - A Retort From An Islamic Revert’ dan akan disusuli sesi soal-jawab terbuka bersama mereka. Doakan agar Allah lancarkan lisan dan kurniakan ilham untuk menyampaikan ceramah esok.
.
Saya dan 2 krew kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur selepas program kerana pada hari Rabu, InshaAllah saya akan menyampaikan ceramah jam 9pagi di Melaka anjuran YADIM Melaka.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ceramahfirdauswong
soal perbandingan 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Hari tu pergi dengar ceramah tentang sakit mental dari Pn. Anita Abu Bakar, President of Mental Illness MIASA Malaysia