Sempat juga sebelum PKPB esok Sis staycation di JO Hotel Johor Bahru 2 Hari 1 Malam bersama Team JDT Blogger yang lain.
Sis inap di Family room yang mana, biliknya ada 1 tandas beserta tab mandi, 1 bilik yang memuatkan 2 katil queen dan juga satu ruang tamu.
Family room ni memang sesuai sangatlah kalau korang datang bersama family atau nak bergather² bersama kawan². Macam Sis dan kawan² tu, sempat kami buat 'Party Baju Kelawar'.
Ruang tamunya lapang dan ada TV, kerusi meja beserta pantry kecik semua. Yang paling best, wiFii dia laju giler!! Puashati kalau korang nak Work From Hotel mengupdate blog!.
Harga untuk bilik Family Room ni serendah RM250 [Tidak Termasuk Sarapan].
Check In 3pm - Check Out 12pm.
Korang jangan risau, untuk Sarapan korang boleh makan di Bibik's Kitchen at JO Hotel Johor Bahru [Ground Floor - Lobby] dan boleh beli menu set sarapannya hanya RM10 [Nasi Lemak, Lontong atau Soto beserta minuman] sahaja.
Dn untuk Lunch, korang boleh beli & makan 'Nyonya Set Lunch' dengan harga RM35nett untuk 2 orang [Antara menu seperti dalam gambar berdulang tu: Ayam Pongteh, Cencaru Sumbat Sambal, Cincalok Telur Dadar, Kuih Pai Pee, Buah²an dan juga menu² lain yang di hidang mengikut pusingan hari].
Untuk ala-carte, korang boleh nikmati Asam Pedas Fish Head, Ayam Buah Keluak, Sup Itik, Udang Sambal Petai dan lain² lagi menu [Menu bertukar² selang sehari]. Untuk Dinner pula, korang juga boleh makan set Nasi Campur hanya RM10nett sahaja.
Sarapan: 7am - 10.30am
Lunch & Dinner: 12pm - 9pm [Last Order 8.30pm].
Menu dia semua bertemakan 'Casual Asian Peranakan Food'. Yaaa ala² Baba Nyonya gituh!. Sis paling suka Asam Pedasnya dan Udang Sambal Petainya, perghhh!! Licin sampai hilang mata ikan tu ya!!! 😆
Youtube Video : https://youtu.be/7Fq5tb9EEow
Patuhi SOP dn #StaySafe
JO Hotel Johor Bahru
Ground Floor
15, Jalan Gereja
Untuk tempahan :
📲: +6012 788 1951(WhatsApp)
📞 : +607 288 8688
📩: staywithus@thejohotel.com
#noplacelikejo #staysafewithjo
#staywithus #formerly #tropicalinn #hoteljohor #johorbahru #visitjohor #staycationjohorbahru #jdtblogger #akusislin
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...