As salam. Tuan hamka. Saya buka surah ar rahman. Dan, ternyata surah tu asyik cerita pasal bidadari. Saya musykil, adakah nikmat2 syurga hanya untuk lelaki? Harap tuan dapat bantu saya.
******
Salam, Al quran ada banyak ayat, antaranya:
Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikianlah Balasan orang-orang yang berbuat baik” (Az-Zumar : 34)
“Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya” (Qaaf : 35)
Ayat ni guna perkataan mereka : merujuk lelaki dan wanita, akan dapat apa saja yang nak dalam syurga, so takde masalah Allah nak bagi lelaki perfect 10 kat ahli syurga, nak bagi suami klon yang sempurna dan lain lain yang di luar jangkauan otak, usaha kita masukkan diri dalam syurga, bukan fikir dalam syurga nak buat apa,
Bab suami di syurga, ada kisah bila suami masuk dalam syurga dia pun tengok biadadari cun dan nak terkam macam puan risau, tapi bidadari cakap cuba tengok ketua bidadari iaitu isterinya. Sekali bila suami tengok Puan isteri, maka kecantikkan Puan isterinya adalah beratus kali ganda lebih cantic buatkan si suami hilang nafsu melihat bidadari lain, wallahu’alam.
*****
Thanks banyak-banyak tuan. Hari ni hati saya sangat lapang. Sebelum ni tiap-tiap malam saya sedih bila pandang suami. Sebab saya takut suami saya nanti asyik layan bidadari aje.
*****
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「surah ar rahman ayat 55」的推薦目錄:
- 關於surah ar rahman ayat 55 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於surah ar rahman ayat 55 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
- 關於surah ar rahman ayat 55 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
- 關於surah ar rahman ayat 55 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於surah ar rahman ayat 55 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於surah ar rahman ayat 55 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
surah ar rahman ayat 55 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
🔖 *Jangan Biarkan Peristiwa Gerhana Berlalu Tanpa Bersedia 3 Perkara Ini*
Saya yang pening atau pasal jam di atas dinding bergoyang? Itulah peristiwa berlaku pada satu malam di Los Angeles pada 2010.
Rupa-rupanya gempa bumi skala rendah berlaku. Pengalaman pertama itu - disikapi berlainan oleh rakan-rakan saya di sana. Di luar, mereka kata 'dah biasa...'. Namun di masjid, Imam Muhammad Faqih berkongsi bagaimana zaman Nabi beramal bila ada fenomena alam berlaku.
Syeikh Muhammad Faqih memberi penerangan tentang gempa tersebut. Beliau menerangkan ayat-ayat Quran berhubung peristiwa tersebut. Selebihnya, beliau menerangkan juga bagaimana Nabi beramal kalau berlaku gerhana.
Saya tahu ada solat, solat gerhana dan pelbagai zikir. Namun itulah pertama kali saya mendengar dengan jelas MENGAPA dan BAGAIMANA Nabi memberi respon. Malah Nabi akan berjalan cepat dan bimbang kalau lalu di kawasan yang pernah diazab Allah. Bukannya menunjukkan tanda 'peace' atau senyum. Sampai sekarang, apabila berlaku fenomena alam yang unik, saya akan teringat peristiwa di Orange County tersebut.
Dengan gerhana yang berlaku, apakah yang boleh kita laksanakan? Minimum 3 perkara:
1) Tahu MENGAPA penting?
Ia bukan penting pasal ia akan menyebabkan musibah. Ia penting bukan kerana ia sudah lama tidak berlaku atau kerana namanya supermoon atau blood moon atau blue moon.
Ia penting kerana semua kejadian ini ada perkiraannya oleh Allah - bukan dicipta sia-sia atau tanpa penjagaan. Kalau Allah mengira dengan tepat bulan dan matahari yang besar tersebut tanpa bertembung (bayangkan kalau bertembung malam ini?!!) , sudah tentu Allah mudah mengira urusan kita dan akan ditanyakan semula nanti adakah kita sudah selalu berkira-kira apa yang kita buat.
"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu." (Surah ar-Rahmaan 55:5)
Ia juga penting kerana ia petanda Allah yang Maha Besar yang perlu kita bersujud, bukan sujud pada hambaNya yang bernama bulan atau matahari.
”Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kaliann sujud (menyembah) matahari maupun bulan, tapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika memang kalian beribadah hanya kepada-Nya.” (Fushshilat 41:37)
2) APA faktanya?
Mana tahu ada yang kongsi fakta-fakta pelik, paling kurang kita tahu betapa Allah ini Maha Hebat. Jangan pula lebih-lebih menunjukkan kehebatan Allah sampai ada fakta tak betul.
Berikut ialah beberapa fakta ringkas:
--Supermoon kerana ia lebih besar dan cerah.
--Blue moon kerana berlaku bulan purnama 2 kali dalam masa sebulan.
--Blood moon kerana warnanya nanti amat merah
--Gerhana bulan kerana matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari.
Semua ini menandakan ada ukuran bagi bulan seperti mana yang Allah sampaikan dalam Surah ar-Rahman.
3) APA nak buat masa gerhana?
--Rasa takut sebagaimana zaman Nabi, baginda amat bimbang kerana ia datang dari Yang Maha Perkasa
--Solat jemaah solat fardhu kemudian solat sunat gerhana
--Solat ini kalau sesetengah masjid memang panjang. Sunnahnya sampai habis gerhana.
--Jangan mudah rasa bosan menunggu gerhana habis. Boleh isikan dengan doa dan istighfar memohon ampun dari Allah.
--Boleh kaji ayat-ayat berkaitan bulan dan matahari dan hari kiamat agar kita tadabbur dan mendapat peringatan
Selama ini Allah beri kita bulan serta matahari dan terang, namun malam ini ada masa gelap.
Apa rasa kalau kita ada mata dan tetiba gelap? Apa rasa kalau terang di dunia ini dan apabila sampai di kubur nanti gelap? Apa jadi kalau hidup di sini bahagia dan terang, sampai di sana nanti gelap dalam bakaran api? Nauzubillah.
Malam ini adalah ayat Allah untuk kita sedar kita hamba seperti bulan. Kita perlu mohon ampun banyak-banyak pada Allah sebagai pengajaran peristiwa gerhana ini.
Moga minimum 3 perkara di atas kita amalkan dapat kongsikan dengan ahli keluarga serta rakan agar fenomena ini memberi kesan besar dan mendekatkan diri padaNya.
P/S Di Malaysia, gerhana 3 serangkai ini (gerhana, bluemoon dan supermoon) bermula 31 Jan 2018 dari 7:48 malam hingga 11:11 malam. Fasa Gerhana Penuh bermula dari 8:51 malam, kemuncak gerhana pada jam 9:29 malam dan tamat pada jam 10.07 malam. Boleh dilihat dari seluruh Malaysia. (FalakOnline)
.
*#tadabburtazakkur*
*#binakejayaankesyurga*
▫Tuan Fazrul Ismail
Pengasas Modul Build Your Legacy ,BYL
surah ar rahman ayat 55 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
IBU HAMIL JANGAN TENGOK VIDEO NI.... PARA SUAMI AMBIL TAHU ADA TAK RUMAHTANGGA TUAN LALUI PERKARA NI? =(
Ada kes pasangan suami isteri ni happy sangat sangat.... bercinta & saling sayang... tapi tiba tiba mereka kerap bergaduh tanpa sebab... jangan marah isteri tuan... sebab ketika tu isteri tuan bukan isteri tuan lagi tapi dicontrol 'dia'..
Ada kes isteri tetap tak dapat hamil walaupun doctor dah sahkan takda problem... puncanya? 'dia'...
Ada kes seorang isteri ni dah pregnant 4 bulan.. dah scan & dah nampak denyut jantung anak, tapi memasuki bulan ke 5 kandungan, anaknya hilang.. =( macam tu juga masa kandungannya 9 bulan... bila nak bersalin tu doctor cakap anak dah takda....
.
.
Ala..... boleh percaya ka ni? Zaman moden mana ada jin syaitan ni...
Kepada yang tak percaya & terasa moden sangat tu.. sila istighfar & mengucap banyak banyak.
Ini bukan cerita dongeng ka fairy tail ka.... tapi ini adalah perjanjian iblis dan syaitan pada ALLAH...
Iblis dan syaitan ini akan terus menyesatkan kita sehingga hari kiamat!
Surah Az-Zukhruf Ayat 62
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
.
.
Dalam Al Quran dah dijelaskan.. bahawa syaitan itu akan terus menyesatkan kita - manusia. Apatah lagi bagi yang dia rasakan akan sentiasa berbuat baik.
Dalam soal ini... meneruskan zuriat adalah sesuatu yang tak disukai iblis.. syaitan & jin jin jahat. tambah tambah bila pasangan suami isteri ni dah pasang niat nak lahirkan khalifah Allah yang boleh menyebarkan ajaran Islam.
.
.
Kalau tny doctor.. jika tahap kesuburan suami isteri dalam keadaan terbaik dan masih x pregnant.. maka doctor usually akan minta "usaha" lebih...
Dalam ilmu Islam pula.. wujud halangan halangan untuk hamil disebabkan oleh gangguan jin dan ia dirawat menggunakan
ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.
.
.
Cuba check.... adakah anda punya tanda tanda gangguan sebegini?
🔴 Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin
berlarutan hingga tengah malam.
🔴 Kusut fikiran.
🔴 Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
🔴 Mengigau ketika tidur.
🔴 Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
.
.
Kemandulan pada kaum wanita ni terjadi bila :
1. Jin itu tinggal dalam rahim dan merosakkan benih sehingga menyebabkan benih-benih tu rosak dan tidak subur.
2. Benih dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran.
.
.
Sebab tu sebelum.. semasa & selepas hamil setiap pasangan perlu ada ilmu kehamilan & kelahiran.
.
.
Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah ni :
1. Akibat sihir.
2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
.
.
💊 Conclusionnya :
✔ Dengarkan ayat Al Quran secara terus... terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.
✔ Jaga solat pada waktunya & sentiasa berzikir.
✔ Baca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, baca doa tidur & mengucap.
.
.
Silakan share, kita cuba bantu pasangan suami isteri yang lama menunggu cahaya mata.
Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!
InsyaAllah isnin ni saya(penulis buku 9bulan10hari) dan team akn bersama2 pakar ruqyah 9bulan10hari untuk bantu merawat beberapa org pasangan suami isteri yg ada masalah gangguan ni.
Kpd pasangan suami isteri yg ada problem ni.. boleh pm saya. insyaAllah kita ikhtiar guna ayat2 Al Quran. Allah ada.. =)