Antara masalah yang timbul di antara suami isteri adalah kurangnya komunikasi. Sudah tidak seperti hari² pertama perkahwinan yang nampak lebih lembut, tak angkat suara, lebih kepada hal² yang membawa kepada keindahan dan perasaan bahagia.
Bila berlalu lama, komunikasi ini dah mula berkurang. Kata² indah pun sudah mulai tidak terucap. Ia menyebabkan renggang & jauh hubungannya.
Rasulullah ﷺ menggalakkan komunikasi antara suami isteri khususnya. Begitu jelas dalam Syamail Muhammadiyah, disebutkan Nabi ﷺ tidak suka banyak bicara selepas solat Isyak, malam itu kurang bicara supaya boleh tidur awal, bangun awal juga. Namun mengecualikan untuk orang boleh bercakap², suami dengan isterinya.
Maknanya apa? Biarlah waktu malam ini si suami banyak masa bersama isteri atau keluarganya. Keruhnya atau kakunya komunikasi di antara suami isteri akan jadi barah dalam kehidupan rumah tangga.
Kredit :
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...