DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR – SEBUAH PERJUANGAN IKHLAS YANG DIHIJAB
“Ya Allah, TMJ sangat baik. Baginda sentiasa memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Semasa pertemuan, kami berbincang panjang bagaimana mahu membantu rakyat yang dalam kesusahan dan menjaga martabat agama Islam, mendidik anak muda, serta bagaimana mahu meningkatkan kemajuan institusi pendidikan”- Ustaz Ebit Lew
Itu adalah petikan kata-kata Ustaz Ebit Lew, seorang figura yang tidak lekang dengan usaha-usaha kebajikan dalam membantu rakyat Malaysia walaupun berlainan ras dan agama selepas pertemuan bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Seperti Ustaz, DYAM Tunku Mahkota Johor juga representasi seorang Putera Raja bersifat altruistik dan mempunyai empati, simpatetik serta responsif terhadap rakyat baginda. Baginda terlalu menyayangi rakyat khususnya bangsa Johor sehingga sanggup menghabiskan sebahagian masa terluang bersama rakyat baginda.
PUTERA RAJA YANG MEMPUNYAI AMBISI MULIA
Sejak dahulu lagi. Sejak bertahun-tahun dulu lagi. DYAM Tunku Mahkota Johor begitu signifikan dengan gerak langkah dalam memberi sumbangan peribadi dan prihatin atas kesusahan rakyat. Sumbangan yang baginda kurniakan juga tidak terhad pada sesuatu perspektif sahaja tetapi merangkumi satu asosiasi yang amat luas.
Ini terbukti dengan pelbagai sumbangan yang telah diberikan. Maka di artikel ini kami mengimbas kembali sumbangan yang diberikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor.
MEMBANTU RAKYAT JOHOR DALAM KESUSAHAN
Pada 14 Mac 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberi sumbangan bantuan kepada mangsa bencana pencemaran sisa toksik Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Sekitar 14 Disember 2019, baginda telah mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kg. Sungai Siam, Kulai sejurus pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.
Pada 16 Disember 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Balairaya Kg Baru Sg. Mas, Kota Tinggi.
MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA DALAM KESUSAHAN
Pada sekitar bulan Disember 2014. Satu bencana banjir telah melanda negeri-negeri pantai timur Malaysia ketika itu. Puluhan ribu mangsa terbabit dalam bencana tersebut. Persiapan barangan sekolah, buku-buku antara material yang musnah dan perlu bantuan segera memandangkan musim baharu persekolahan akan bermula selang beberapa minggu lagi.
DYAM Tunku Mahkota Johor telah berbesar hati memberi sumbangan derma kepada SUK Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir di setiap negeri tersebut.
Pada tahun 2015, ketika itu satu tragedi gempa bumi berukuran 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi, hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di negeri tersebut. Bangunan seperti sekolah, kuarters guru antara yang terjejas teruk. Manakala jalan raya dan penghubung ke tempat-tempat utama juga menerima impak yang sama. Atas keprihatinan tersebut, baginda telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000.00.
MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN
Pada 15 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor memberi sumbangan kepada asnaf ketika majlis santapan berbuka puasa di Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.
Pada 19 Mei 2019, baginda dan YM Che Puan Khaleeda berangkat hadir menziarahi anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. DYAM Tunku Mahkota Johor turut meluangkan masa melawat asrama putera dan puteri serta memberikan sumbangan kurnia kepada anak-anak yatim dan pengurusan pertubuhan kebajikan tersebut
Pada 30 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri
Sekitar Julai dan Julai 2019 (Bulan Ramadhan)- DYAM Tunku Mahkota Johor telah meluangkan masa berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di daerah-daerah negeri Johor. Baginda juga berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi kepada Asnaf di semua lokasi-lokasi yang dilawati. Antara lokasi bertuah tersebut adalah Masjid IOI, Segamat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
MEMBERI SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TERMASUK ORANG ASLI MALAH TIDAK LUPA DALAM KEWAJIBAN DALAM ZAKAT
Pada 29 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada tarikh tersebut,. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.
Untuk jumlah kumulatif lebih tepat baginda sepanjang 2017, 2018, 2019 sahaja hampir mencecah RM 5 juta!
5 November 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. Baginda turut berkenan lima buah masjid di daerah negeri Johor dinaikkan taraf untuk kemudahan rakyat beragama Islam menunaikan solat fardu Jumaat pada masa akan datang.
Pada 22 Ogos 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan sumbangan kurnia kepada para Mualaf serta Anak-Anak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor
MEMBERI SUMBANGAN DAN MENGHARGAI WIRA NEGARA
DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak melupakan jasa-jasa pewira negara. Pada
3 Mac 2019, satu apresiasi keatas wira negara apabila baginda berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin. Ini bukan pertama kali penghargaan diberi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Imbas kembali, pada sekitar Oktober 2018, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberikan sumbangan kepada waris enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
MEMBERI SUMBANGAN DAN BANYAK MEMBANTU DALAM MENGAWAL PENDEMIK COVID-19 DI NEGERI JOHOR
Pada Mac 2020, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan Pro Canselor UTHM telah mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.
Pada bulan yang sama juga, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, daerah-daerah dan pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang dihadapi dalam situasi COVID-19.
Tidak berhenti disitu, pada akhir Mac 2020, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa 30 unit Blood Pressure Monitoring Set, 55 unit Infrared Thermometer, 31 unit Glucometer, 35 unit Pulse Oxymeter. Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19 Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.
Akhir penulisan, sesungguhnya segala kebajikan dan tanggungjawab yang dilakukan baginda bukanlah hanya mengikut trend atau populariti tetapi ianya kerana desakan kesedaran yang kuat dalam keprihatinan membina hubungan erat, perkongsian rezeki, muafakat, saling menghormati dan memahami perit getir rakyat marhaen.
“Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sumber: https://www.facebook.com/150583211748083/posts/2026672534139132/
tahun melawat terengganu pertama 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Semusim di Syurga part 70
-----------------------------------
Jika umur aku panjang, mungkin begini fasa kehidupan aku, :
MUSIM PERTAMA di alam roh
---------------------------------------
Tak tahu berapa lama.
MUSIM KEDUA di dalam rahim Bonda.
------------------------------------------------
(9 bulan 10 hari)
Air mani bercampur-40 hari
Seketul darah-40 hari.
Segumpal daging- 40 hari.
(Malaikat datang tiup ruh bersama takdir: rezeki, ajal, untung dan rugi)
Sempurnakan angota baby- baki selepas di tolak 120 hari.
MUSIM KETIGA di dunia yang fana.
----------------------------------------------------
Belajar Merangkak-Setahun.
Belajar berlari-1 Tahun
Belajar bezakan makanan dan najis-2 Tahun
Belajar bezakan manfaat dan mudarat-Setahun
Belajar di tadika-Setahun (tapi aku tak ke tadika sebab miskin)
Belajar di Sekolah Rendah-6 tahun
Belajar di Sekolah Menengah-5 Tahun
Masuk Politeknik ambil Diploma-3 Tahun
Menganggur-Sebulan
Mula bekerja kilang di Bangi pada umur: 22 tahun.
Tukar kerja kepada industri oli & gas di Terengganu 24 tahun.
Kahwin pada umur: 25 tahun
Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun
Kerja..kerja…kerja….dapat anak.
Masuk U ambil ijazah- 4 tahun
Kerja..kerja…kerja….dapat anak.
(tukar bidang kerja, jadi driver keretamayat, tulis buku, bisnes sendiri,)
(Jika umur panjang)
55 Tahun: pencen dari jadi driver keretamayat, teruskan kerjaya menulis. dapat menantu, dapat cucu.
63 Tahun: Menjadi mayat. (jika ikut umur Nabi)
Tammat.
MUSIM KEEPAT Roh di dalam mayat
------------------------------------------------
Mandi Mayat,Kapan Mayat, Sembahyang Mayat, saudara melawat:
Sehari saja.
Tanam mayat- satu jam.
Tahlil: 3 Hari
Mayat di makan ulat
Mayat pecah perut.
Mayat sudah menjadi tanah.
MUSIM KELIMA di dalam kubur
----------------------------------------
Paling kurang 40 ribu tahun.
Lembah Neraka (semusim di Neraka)
atau
Taman Syurga (semusim di Syurga)
MUSIM KEENAM di padang Mahsyar.
-----------------------------------------------
(Ribu-ribu Tahun) terbahagi kepada tiga hari:
-Hari kebangkitan.
-Hari Kemurkaan Allah (ribu tahun)
-Hari pembalasan (ribu ribu tahun bergantung pada Hisab.)
Akhirat terbahagi lepada 5 tempat
1. Mizan
2. Padang Masyar
3. Bawah Arash
4. Telaga Kaustar
5. Titian sirat (1500 tahun perjalan)
MUSIM KE TUJUH (musim terakhir)
---------------------------------------------
Hadiah untuk peserta semusim di Syurga:
Rezeki berkat-(Masa mati malaikat tarik slow dan tunjuk shurga, so matipun senyum je)
Seksa kubur di angkat (Dalam kubur rasa macam sembahyang dua rakkat sahaja)
Tangan kanan tarima kitab (Padang Masyar duduk bawah arash)
Titi Sirat sepantas Kilat (Tak sedar pun dah lepas titi sirat)
Masuk Shurga Tanpa Hisab (Nikmat mana lagi yang kamu dustakan)
YANG Tersingkir untuk peserta semusim di Neraka.
Masuk neraka selama-lamanya jika kapir
Bagi orang islam kena seksa bergantung pada dosa paling kurang dalam nerakapun 1000 tahun.
SEKIAN.
Ps: Sebenarnya hari ini telah berlalu yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka! juga semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga. Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan. Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat. semoga kita Woha sampai Syurga, amin.
tahun melawat terengganu pertama 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO tahun lepas, salah satu cadangan dalam ucapan dasar saya adalah program rumah transit.
Rumah transit merupakan rumah sewa sementara yang disediakan khusus untuk pasangan muda di kawasan bandar. Ramai orang muda mengadu tidak dapat menyewa rumah dengan kadar yang rendah terutama bila baharu mendirikan rumah tangga.
Atas permintaan itu, Pemuda UMNO mencadangkan agar rumah transit ini diwujudkan untuk sewaan sementara.
Alhamdulillah, suara Pemuda didengari Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Abdul Rahman Dahalan. Beliau dengan segera menerima idea tersebut dan menyediakan dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baharu siap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai Rumah Transit 1Malaysia yang pertama.
Hari ini Datuk Rahman dan saya telah melawat Rumat Transit tersebut. 632 unit disediakan dengan keluasan 650 kaki persegi setiap unit. Kadar sewa sebulan hanya RM250 dan tempoh sewaan selama dua tahun. Pemohon yang layak adalah pasangan yang berumur 30 dan ke bawah; tidak mempunyai rumah sendiri di KL, bekerja di Lembah Klang dan mempunyai pendapatan isi rumah RM3 ribu & ke bawah setiap bulan.
Rumah Transit 1Malaysia Bukit Jalil ini sedia untuk diduduki pada Januari 2015.
Datuk Rahman juga telah mengumumkan bahawa setiap projek PPR terutama di kawasan-kawasan populasi belia yang tinggi akan menyediakan rumah transit. Yang akan datang 10% dari unit-unit PPR baharu di Kepong, JB, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu akan dijadikan rumah transit.
Kami juga tahu ini bukan penyelesaian jangka masa panjang. Tempoh sewaan rumah transit hanya dua tahun. Sebab itu kerajaan bukan hanya menyediakan rumah transit sebagai penyelesaian. Skim Perumahan Belia, Skim Rumah Pertamaku, Bandar Belia atau 1Malaysia Youth Cities dan pembinaan lebih banyak lagi rumah mampu milik merupakan penyelesaian jangka masa panjang yang juga diusahakan oleh kerajaan.
Rumah transit merupakan langkah complimentary kepada program jangka masa panjang. Program rumah transit dapat menyediakan rumah di kawasan strategik dengan kadar sewaan yang rendah untuk pasangan belia sementara mereka mencari rumah untuk dimiliki. Berdasarkan permohonan yang diterima setakat ini, ramai pasangan yang minat untuk menyewa rumat transit ini.
Terima kasih sekali lagi pada KPKT bawah Datuk Rahman kerana mendengar suara Pemuda yang sentiasa membela nasib anak muda Malaysia. Let's continue to walk the talk!