Hari ni saya rasa sebak.
Angka kematian tertinggi di Malaysia akibat Covid
Dan dalam angka itu ada orang yang saya kenal.
Sahabat saya belajar satu kelas dahulu, telah meninggal dunia akibat Covid, dan isterinya pagi tadi juga meninggal dunia akibat Covid, dan anak anaknya masih kecil seramai empat orang.
Saya bayangkan jika saya dan isteri mati akibat Covid esok.
Anak saya lima orang itu, siapa nak tolong tengok-tengok kan?
Datuk dan Nenek belah ayah dah lama pergi, Tinggal Atok dan nenek belah Isteri, tapi Tok dan Wan dah tua, berapa lama mereka mampu tengok tengok kan?
Maka Pakcik dan Makciknya akan tolong jaga, tapi Pakcik Makciknya bukan orang senang, siapa nak ambil lima beradik sekaligus?
Maka akan berlaku pisah memisah adik beraduk, abang Long student U mungkin senang orang nak jaga, anak nombor dua pelajar MRSM, mungkin tak susah pakcik makciknya nak jaga, anak perempuan sorang yang rajin tolong ‘arwah’ mak, senang nak jaga sebab pandai bawa diri, tapi anak nombor empat lelaki yang agak nakal? Dan anak OKU Autisme? Siapa nak layan karenahnya bila dia mengamok?!
Saya tahu Allah ada, Allah jaga mereka semua, saya juga tahu dunia ini pentas ujian, llau saya terbayangkan ujian anak anak yang tiada lagi ibu dan ayah di sisi mereka, sungguh pelukan pakcik makcik, tak sama macam pelukan ayah dan ibu. Marah Pakcik dan Makcik, tak sama marahnya si ibu dan ayah…
Maka duhai anak, berpisah kita di dunia jangan sedih sangat, tolong jangan habiskan air mata untuk takdir sementara, sungguh kesusahan yang akan datang jangan ditangisi, tapi bersyukurlah sebab nikmat terbesar adalah kenal Allah dan Sembah Allah!
Nabi Muhammad SAW tahu lepas baginda wafat, cucunya akan mati di seksa dan dibunuh, sorang akan mati dipancung, dan sorang akan mati di racun, namun baginda juga mampu redha sebab Nabi faham dunia bukan maksud hidup, susah di dunia sementara, yang mana selagi ada Iman dalam dada, pasti kita semua akan mati dengan tenang dan Kembali Bersatu di Syurga!
Husin dan Hasan akan Bersatu dengan Nabi Kembali di Syurga, juga Saidina Ali dan Osman dan semua sahabat lain akan Bersatu di syurga kerena mereka semua telah Redha kepada Allah dengan semua takdir, asal Allah redha, maka mereka Redha, maka berdamailah dengan semua Takdir duhai semua anak ayah. Redha dengan semua jalan hidup, Sabar bila susah, Syukur bila senang, dan atas sikit, dengan susah pun kita Syukur, Alhamdulillah!
Satu lagi yang saya sebak duhai semua pembaca, yang mana bila ibu ayah dah mati, harta arwah, bukan semua dapat kepada anak yatim, ada hak pakcik dan makciknya, yang mana banyak kisah berlaku perebutan harta, hingga Allah masukkan dosa makan harta anak yatim adalah dosa besar!
Selalu juga saya dengar orang mengeluh bab pembahgian harta dalam Islam, sebab ada kes, waktu arwah hidup, pakcik makcik tak pernah tolong, bila arwah mati, muncul pakcik makcuk tuntut harta sampai bergaduh gaduh!
Ingatlah pesanan setiap Jumaat, jadilah orang bertakwa, siapa orang yang bertakwa? Orang yang menunaikan hak anak yatim.
Maka saya percaya hikmah dalam pembahagian harta arwah, adalah menguji sifat takwa umat islam, yang mana bila berlaku kematian, maka muncullah semua pakcik makcik nak ambil harta sebab ada hak mereka dalam harta arwah, namun saya percaya, orang bertakwa hanya ingin tahu berapa hartanya, lalu semua dihadiahkan Kembali kepada anak yatim secara terang terangan.
Dan andai kata dikalangan pakcik makcik tiba tiba ada sorang tak nak hadiahkan, maka pakcik dan makcik yang lain tahu bahawa ada saudara dekat yang sedang susah di kalangan mereka hingga sanggup ambil peluang ini untuk urus hidup mereka guna bahagian harta arwah, maka pakcik makcik bertakwa yang lain, pergilah bantu pakcik yang tak nak hadiahkan itu, dan di situ tahulah nanti sifulan benar benar susah atau tamak?
Jika sifulan benar benar susah, maka terbuka jalan untuk tunaikan hak, jika sifulan betul betul tamak, terbuka pula jalan untuk berdakwah.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya yang terfikir kematian tiba tiba, sedang harta yang ada tak banyak mana pun, maka tolong pakcik makcik kepada anak saya, iaitu abang dan kakak serta adik beradik saya, tolong tengok tengoklah anak saudaramu nanti bila saya dah pergi mengadap Ilahi.
Tolong munculkan diri dengan bertakwa di majlis kematian saya, dan bersaksilah, Saya telah halalkan semua hutang jika ada pada waktu itu, dan jika saya ada hutang dengan kamu, ambillah dari harta saya agar dapat saya berehat dengan aman di kubur. Hutang wajb bayar walau sudah menjadi mayat, pesanan kepada diri sendiri,
Akhir kata, salam takziah buat semua yang telah pergi menghadap Ilahi hari ini, esok esok giliran kami pasti tiba.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang, moga kita pulang Bersama sekeping hati yang bertakwa.
Al Fatihah.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「tak ingin pisah lagi」的推薦目錄:
tak ingin pisah lagi 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
SALAH SIAPA? SUAMI ATAU ISTERI?
Pasangan ni..
Seronok sangat-sangat baru lepas kawin..
ye laa, happy dah jadi pasangan yg sah dah kan?
Tiap kali nak pisah kejap nak gi keja pun, dok ber'i love u- i love u' je manjang..
Masa jumpa lps keja dok senyum-senyum je sampai ke telinga.. Rasa pasangan kita paling cantik kat dunia ni..
Masa nak tengok tv pun, rasa nak duduk dalam satu selimut..
Kalau boleh nak masuk ke dalam badan pasangan sekali lagi bez... Hihihi....
Walaupun duduk kat sebelah pasangan pun, kata 'i rindu kat u laa B'..
Kalau keluar jejalan kat shopping kompleks pun akan pegang-pegang tangan dah dengan confident, tak rasa takut macam zaman couple2 dlu.. moment yang sangat indah bersama..
Tapi, lepas beberapa hari.. rasa cinta tu dah mula kurang dah.. 😭
Sikit sikit jadi merajuk dan rasa nak bergaduh..
Tak hidang air teh pun jadi isu.. nak mintak tolong buat kerja skit pun jadi isu.. keluar dengan kawan kejap pun jadi isu..
Semakin lama, hubungan yang indah mcm awal2 dulu makin pudar...
Tak tahu kenapa..
Rasa frust dengan diri sendiri dan pasangan..
Kena pulak jumpa makcik ke mak ayah ke.. diorng plk mengharap nak cucu secepat mungkin..
Hmm...
Bukan tak usaha..
tapi bukan tak usaha, dah sentiasa 'bersama' dah.. tapi tak jadi juga..
Dalam hati ni cuba pujuk...
'mungkin belum rezeki lagi agaknya'..
Kena pulak ada macam-macam jenis produk untuk kesuburan muncul dlmmedia sosial...
Terus terbeli jugak semua jenis, dan makan telan segala2nya tapi tiada hasilnya jugaa..
Kembali pujuk hati.
'mungkin ini dugaan untuk kami'...
Sebenarnya, dalam kehidupan ini.. memang semua suami dan isteri akan mengalami kesusahan seperti ini..
Ups and downs of life...
Lagi-lagi pertengkaran antara suami dan isteri lepas kawin..
Sebab tu dalam life ni kita perlukan 'orang ketiga' iaitu cahaya mata pasangan itu sendiri..
Bila ada anak, kita akan kembali take our love kepada anak itu dan kembali spending more time quality time dengan family..
Tapi kalau dah tak dapat cahaya mata tu lagi macam mana?
Ramai pasangan suami isteri melakukan kesilapan...
Mereka tak dapat kesedaran yang betul..
Ramai yg rasa kalau isteri tak hamil tu sebab isteri semata2.... & isterilah yg perlu berubat & bukannya suami...
Kena tahu ya... ini fakta...
Pada zaman ni, peratusan seseorang isteri itu itu berjaya hamil adalah disebabkan 50% sebab wanita dan 50% sebab lelaki...
Nampak kan...
fifty - fifty ....
So apa yang menjadi punca pasangan suami isteri belum berjaya peroleh zuriat?
STRESS ADALAH SALAH SATU PERKARA PENTING KENAPA TIDAK MENDAPAT ZURIAT
nampak simple kan? tapi pd zaman skrng ni, perkara ni sangat pengaruhi diri & menjadi asbab sukar dapatkan zuriat..
1. Stress, menyebabkan mood kita tak happy. Once kita xhappy, kita takda mood nak bersama dalam keadaan indah. Some couples masa bersama pun fikir kerja yg berlambak kat office.... elakkan..
Ni baru 1 . Bab pengawalan stress.. ada banyak lagi benda yang suami & isteri perlu elak & amal...
Eh?
Suami pun?
Ye, suami sekali....
Tuan tahu tak jika tuan selalu berada di bawah sinaran matahari, ia boleh pengaruhi kualiti & kuantiti sperma?
Tuan tahu tak, jika tuan merokok / vape ia juga boleh pengaruhi kelajuan & prestasi sperma tuan?
Tuan tahu tak, dengan amalan amalan "jangan halau" , "bagi dia makan bila dia minta" , "ambik dari dia bagi pada lain" & "dia tunggu je tapi aku tak sampai2" lagi ini sebenarnya berjaya membuatkan ramaiii pasangan suami isteri hamil.... MasyaALLAH... =)
.
.
Insya Allah pada 29 February 2020 ini, Dato Prof Dr Hamid Arshat, Dr Say Shazril Shaharuddin (Doktor Celebrity) dan Nazira Nazir (Penulis buku 9Bulan10Hari) ingin berkongsikan kepada anda pelbagai ilmu untuk mudah hamil.
.
.
Link pendaftaran di ruangan komen naa =)
.
.
Dan juga, kami akan berikan Semen Analysis Test (Test Sperma Suami) untuk 150 suami yang daftar terawal, diberikan secara PERCUMA FREE yang bernilai RM150. Ini khas kepada yang join SEMINAR KU INGINKAN ZURIAT di MSU MEDICAL CENTRE itu yaa.
.
.
Tempat sangat terhad untuk 200 pasangan sahaja..
.
.
Share details ini supaya semua mendapat dapat manfaat tentang pentingnya ilmu TTC ini.. =)
tak ingin pisah lagi 在 Fiza O Facebook 的最佳貼文
Dalam #HiGirlfriendIAdaCerita :
Bekas suami saya pun telah berumah tangga, dengan isteri baru nya tahun lepas. Sebelum bekas suami saya itu kawin, itu saya tak dapat tengok atau bawa balik anda ke rumah saya. Kerana di halang ole wanita itu (isterinya) saya da bercerai selama 7tahun, saya mempuyai 5anak. Yg bungsu custody saya. Sampai sekarang pun saya tk dibenarkan menelifon ataw sms anak2 saya itu.menurut makamah penjagaan itu, megatakan saya boleh tengok dan bawa balik kerumah saya. Tapi, di halang dan di beri alasan yang sungguh menghina saya fiza, saya kan ibu kandung mereka. Ibu tiri mereka tak berhak menghalang saya untuk sms, menelifon dan bawa ke rumah saya. Mereka takot anak2 saya mengadu pada saya tetang apa yang terjadi pada mereka.. dlu nya fiza, pernah saya di pukul ole ibu tiri mereka .hanya kerana Ezlink salah satu anak saya hilang.anak saya mengadu pada saya, saya tidak dapat buat apa2 .hanya mengalir air mata bila anak2 saya itu mengadu pada saya, bapa nya jaga (bekas suami) memarahi mereka kerana mengadu tetang hal mereka pada saya. Sampai sekarang fiza saya berdoa memohon pada yang esa sepaya lindungilah anak2 saya itu..hanya foto2 mereka yang selalu saya menatap dan rindunyang amat sangat pada mereka fiza, saya tak mampu lagi tuk menaggis..untuk pengatahuan fiza ,anak saya yang bungsu amat rindu pada kakak2 nya itu..dan saya pun tak pernah halang untuk bekas suami saya mengambil atau bawa balik anak jagaan saya ini, dan saya tahu ibu tiri mereka memang tak suka pada anak jagaan saya ini, kerana anak saya akan mengadu dan menaggis menyusurh saya ambil semua kakak2 nya yg di jaga ole bapa nya.saya tak mampu nak ambil peguam untuk ambil balik anak2 saya itu, kerana bekas suami saya itu akan lawan kes saya sekiranya saya buka kes untuk ambil anak saya semua itu. Dia tahu saya ni bodoh dan tak berpelajaran dan tidak tahu untuk selesai kan kes. Fiza, dulu saya menyerahkan anak saya pada bekas suami saya kerana saya tak mampu untuk menjaga mereka, bukan tidak mampu untuk kasi makan .atau segalanya. Tapi, saya tak ada tempat tinggal dan saya taknak anak saya hidup merepat.saya fiza pernah duduk di -pantai selama 2tahun, sampai lah saya da dapat rumah, saya ingin ambil anak2 saya, kerana saya tak nak anak2 saya di seksa fikiran mereka . Fiza, sebagai saorang ibu, fiza tahu bagaimana perasaan rindu yang amat sangat. Risau yang tak hingga bila anak2 saya di lakukan da di pisah ka dari saorang ibu kandung mereka sendiri. Setiap raya fiza ,saya akan menatap wajah2 foto anak2 saya fiza, lagi2 bila saya dengar tabir raya, dah saya tiada ibu/bapa kedua orang tua saya sudah lama meniggal . Bertambah lah sebak di hati say fiza.. terus terang syankatakan fiza , saya text ni airmata saya bercurahan bila mengenangkan nasib saya saorang ibu tunggal, saorang ibu kandungbyang rindu oada anak2 yang amatttt, sangat saya sayang.. jikalau mereka dengar radio Ria ini, dengar anak ku rintihan ibu mu ini. Jaga lah diri kamu semua, sekiranya ibu ku ini telah tiada, doa kan ibu dihati mu.