Salam Semua. Alhamdulillah tahniah para wanita yg berjaya faham maksud ayat dalam Surah An Nur 30-31. Bagi mereka yg mungkin belum pernah dengar atau baca, atau mungkin tidak faham, الله ada bagi 'tutorial' khas kepada kita kaum lelaki & kaum perempuan tentang 'norma sejati' sebagai panduan kita. Ini bukan 'benda baru' tau, ini dah disampaikan kepada umat yg terdahulu beratus tahun sebelum kita. Harap kita faham & ingat. Ini bukan perintah dari manusia, tapi perintah dari Tuhan kita الله سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى yang Menciptakan kita & memberi 1001 nikmat setiap hari pd kita. Ingat tak?
.
Dlm Al Quran,الله perintahkan kpd lelaki yg beriman supaya tundukkan pandangan & menjaga kemaluan & kpd wanita yg beriman supaya tundukkan pandangan & menjaga aurat.
.
Kalau nak buka aurat, nak pakai ketat, sendat, seksi, menjolok mata , BOLEH takde masalahh. Nak pakai tudung sambil buat tarian dgn lenggok ikut rentak irama semua BOLEH, saya galakkan💯✨
.
TAPI..
.
.
Tunjukkan lah pada yang dibenarkan dalam Islam untuk melihat aurat kita. Tunjuk pada ayah ke, tunjuk kepada mak, adik beradik. "But where's the fun, bro?" The real 'fun' is when you are granted Jannah because you obeyed everything Islam taught you, everything Allah asked you to follow. Simple.
.
Cukuplah jangan kongsi di sosial media tunjuk pada anak-anak kecil & kanak-kanak. Begitu mahal & tingginya darjat seorang wanita yg bermaruah yg diangkat martabatnya dalam Islam yg diperjuangkan umat terdahulu, takkan kita persiakan dgn kelalaian yg kita lakukan? Janganlah jadi dari kalangan mereka yg rugi.
.
Moga Ramadhan yg telah berlaku, jadikan diri kita lebih isitiqamah buat kebaikan & lebih dekat dgn Allah. Hari demi hari kehidupan kita makin hampir dengan kematian. Fikirkan kehidupan yg berbaloi supaya pengakhiran kita moga diberi pengakhiran khusnul khatimah. Betapa beruntungnya kita yang masih hidup di muka bumi diberi peluang beribadah & patut pada perintah Allah. Jika kita 'tahu' apa yg dipinta oleh mereka yg dah pergi meninggalkan kita untuk kembali hidup semula, pasti gerun dengan apa azab yg menanti kita pd yg ingkar pd ajaran Allah.
.
Siapa yg perlu mulakan dahulu? Nasihat utk diri💙
.
#tweettm #kitajagakita @ Muar Bandar Diraja Johor
「tarian lenggok」的推薦目錄:
tarian lenggok 在 Deen Hotfm Facebook 的精選貼文
Sarkastik level 999999
Saya dulu cukup malu bila sampai lewat ke sekolah. Takut pun ada. Bila kena denda tu memang tak komplen dah redha je. Ye lah sapa suruh lambat.
Tak ada cara lain ke?
Ya ada... untuk pengetahuan mereka-mereka yang berkenaan ada beberapa cara yang boleh guru guru lakukan bila pelajar lambat datang ke sekolah sekiranya hukuman duduk atas jalan adalah terlalu barbarik.
1. Sambut dengan kompang.
Apabila kelihatan beberapa pelajar sedang berjalan berlenggang lenggok ke pintu sekolah walaupun waktu itu sudah 10 minit lewat maka guru disiplin boleh menyediakan pasukan kompang untuk menyambut kehadiran mereka. Kalau boleh pasukan itu terdiri dari guru guru lelaki yang berseragam baju melayu bersampin.
2. Sambut dengan bunga manggar.
Guru guru perempuan pula boleh mengiringi mereka yang lewat ini dengan bunga manggar.. ala ala sambut pengantin tu. Boleh juga disertai tarian zapin.
3. Red Carpet
Hamparan karpet merah boleh dihamparkan untuk pelajar pelajar lewat ini. Kalau boleh biar dimuka pintu kereta ibubapa yang menghantar.
4. Buat Banner di hadapan sekolah.
BIAR LEWAT ASALKAN DATANG. Supaya pelajar tahu mereka boleh datang bila bila masa mereka suka.
5. Sediakan baucer lewat.
Setiap pelajar yang lewat akan diberi baucer makanan free yang akan dibayar oleh guru guru.
6. Buat kempen JOM LEWAT DATANG SEKOLAH.
Kempen ini dibuat kepada sekolah yang mana ibubapa mereka selalu lewat hantar ke.sekolah.
Itulah antara cadangan saya.
Sekian terima kasih.
Susah jadi guru disiplin ni...Buat itu salah buat ini tak kena...yang betul PIBGN juga...