bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有34部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Padu Beb Studios,也在其Youtube影片中提到,Pada waktu sekarang ni, rempeyek bukan sahaja dimakan pada musim perayaan, malah turut dimakan diluar waktu perayaan - untuk dijadikan minum petang at...
「tepung ikan」的推薦目錄:
tepung ikan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Resepi Burger Malaysia 😋
Uli 1kg tepung je...
Dapat dalam 45bjik
Resepinya 👇👇
Sukatan utk 1/2kg tepung yea...
Dapat dalam 20bj lebih(ikut pada saiz yg kome buat)
Bahan A
💚1/2kg tepung gandum(cap apapon boleh)
💚3sb majerin(cikpooja guna cap pelangi)
👉2bahan ni digaul sebati smpai teksturnya nmpk berderai...
Bahan B
💚1cwn air suam(1/2cwn air panas+1/2cwn air kosong)
💚2sb mauripan
💚1sb susu pekat
💚Suku sudukecil garam
👉Cara bancuhnya..
👉Mula2 ....sediakan air suam.... masukkan mauripan,susu pekat,garam...kacau sebati yea...(bancuh dlm bekas besar dr cawan yea...sbb nnt yis nak mengembang)
👉Biarkan bancuhan yis tu dalam 15-20mnit
💜Bila bancuhan yis dah berbuih...tuang kedalam bahan A td...gaul2kan sebati...then uli laaa...
💜Kalau air yis tu tak mengcukupi...bleh tambah air biasa sedikit demi sedikit utk dapatkan doh yg lembut (bukan lembek yea)
💜Uli smpai doh cantik...tepungnya xmelekat ditgn....kiranya ulian doh tu dah lulus✔️
💜Dah siap uli....biarkan doh rehat selama 20-30mnit...
💜Bila doh dah naik 2xganda....bleh la bentukkan bulat2 yea...
💜Dah bentukkan bulat2...sebelom goreng...tggu doh tu kembung dulu tau...maksudnya dia kembang lagi sekali ganda baru bleh goreng...
💜Panaskan minyak menggunakan api perlahan(kalau guna api besar...nnt pau kome terkejut...tekstur kulitnya bleh jd kuba balau😝)...goreng la pau tu dgn api perlahan yea...tapi pastikan minyak kene panas sempurna sebelom goreng...
💜Masa goreng tu... balik2 kan la pau tu supaya masak seia sekata sehati sejiwa yea😝
💜Bila dah kekuningan keemasan....bleh la angkat....
RESEPI SAMBAL BILIS
💚2labu bwg beso
💚5ulas bwg putih
(Tumbuk yea...baru sambal sedap)
💚Segenggam ikan bilis( basuh bersih)
💚3sb cili kering kisar
(Diblande kasar yea...hancur2 manja je)
👉Tumis bawang yg ditumbuk smpai semerbak harum mewangi(minyak xyah la smpai banjir yea)
👉 Masukkan ikan bilis n cili yg dikisar manja td..
👉Tumis smpai betui2 masak elok
👉 Masukkan sedikit air asam jawa
👉 Masukkan gula garam secukup rasa
👉Agak sambal dah kering elok...siap la..
Dah siap semua tu....
💜Amik pau goreng td...belah tghtp jgn smpai putuih (pakai gunting senang)
💜Letak la sambal....ikut la nak boh bnyk mana pon...
💜Letak timun..
Okeyyyyyyy..siap dah...mudah je kan...
Selamat mencuba 😉
Resepi ikhlas dr Cikpooja
tepung ikan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Miang Pla Pao zilazzz version.. 🤪
sy share resepi kat bawah 👇
kot rajin cubalah buat, sedapppp.. tp aku confius jugak sedap ke lapar yg sbenarnya.. 🤣
resepi sos hijau :
bawang putih 4 ulas
daun ketumbar
cili padi hijau 10biji + cili besar hijau 2 biji (klu nak pedas lg boleh lebihkan)
gula melaka
air limau nipis agk² sendiri
sos ikan 3 sudu (klu tawar boleh tambah)
air masak
blend lumat semua bahan di atas
resepi sos merah :
sos cili thai 1 senduk
cili padi merah 4 biji (potong kecik)
bawang putih 3 ulas (cincang halus)
daun ketumbar (cincang)
air limau nipis agak² sendiri
1sudu gula
campurkan semua gaul sebati
resepi ikan:
ikan Talapia merah / siakap kelar serong sampai ke tulang..
gaul kunyit, garam, cukup rasa n tepung jagung
goreng garing..
sayur-sayuran / ulam:
salad, timun jepun, tomato ceri (td nak beli xde, so guna jela tomato biasa), nak buh sayur lain pon boleh asalkan hampa makan, jgn utk ambik gambor sajerrr.. 😏
bihun/suhun
nak hias mcm mana lu pikirlah sendiri.. aku pon main bantai jee... dah makan nnt xdenya nak lelawa, hancur jugak masuk perut.. 😆
p/s : bg kak zila mkn miang pla ni campur dua² sos ni memang sedakk doohh.. ikut pandai hampa, nak makan guna sos mna klu xrajin nak buat dua² buat la mna yg hampa suka aku xmau ambik tau.. biar la aku rajin sorg² nak buat 2,3 jenis sos pon 🙄
tepung ikan 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳解答
Pada waktu sekarang ni, rempeyek bukan sahaja dimakan pada musim perayaan, malah turut dimakan diluar waktu perayaan - untuk dijadikan minum petang atau snek ringan sewaktu menonton TV.
Rempeyek Suhana - Produk yang mungkin baru berada di pasaran, tapi misi mereka mungkin 1 - mahu lebih ramai anak muda kita mengenali makanan tradisional ini. Bahan asas untuk membuat rempeyek tidak sukar yang disangkakan - Tepung, Jintan Putih, Ikan Bilis, Kacang dan santan antara bahan untuk menghasilkan rempeyek. Rempeyek yang bagus juga tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu tebal atau nipis.
Nak beli Rempeyek Suhana ini? Cari di Shopee : www.shopee.com.my/rempeyeksuhana
#PaduBebBros #RempeyekSuhana #Shopee

tepung ikan 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Laksa merupakan hidangan terkenal di Malaysia. Setiap negeri mempunyai kepelbagaian laksa tersendiri tetapi secara amnya, laksa terdiri dari mi yang diperbuat dari tepung beras dan kuah yang berasaskan makanan laut seperti ikan, udang dan lain-lain.
Laksa Beras Kampung Petani terkenal dengan mi laksa yang mereka buat segar sendiri setiap hari dan juga tambahan cucur udang dan sambal sotong di dalam hidangan mereka. Mereka sudah beroperasi lebih 50 tahun dan terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
? Laksa Beras Kampung Petani (Ana)
? Kampung Petani, Kubang Semang, Pulau Pinang
⏰ Sabtu - Khamis: 10:30 am - 5:30 pm
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

tepung ikan 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Resepi Siakap Goreng Sambal Paling Senang Untuk Semua.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ijo yang digunakan sebagai kuah untuk Ikan Siakap Goreng kita. Resepi paling senang untuk semua orang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena
3 Bijin Cili Merah & Hijau
1 Biji Bawang Besar
1 Mangkuk Kecil Tepung Gandum
1 Mangkuk Kecil Tepung Beras
Gula & Garam Secukup Rasa
Serbuk Kunyit
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan menyelar ikan mengikut teknik yang ditunjuk oleh Fendi di dalam video. Perapkan ikan dengan garam, gula, kunyit, tepung beras, tepung gandum dan biarkan selama 5 minit.
sementara menunggu, potongkan bawang besar, cili hijau dan potong dengan kecik atau berbentuk kiub.
Selepas itu, panaskan minyak dan mula menggoreng. Lihat dalam video teknik menggoreng yang diajar oleh Fendi. Selesai menggoreng, letak ikan di atas pinggan
Seterusnya, tumis bawang sehingga keemasan, dan letakkan 2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena dan tumis sehinga separuh masak, letakkan cili dan sedikit air. Tumis sehingga pekat dan tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #siakapsambalijo #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
