Berita dari negara jiran, macam macam cara wartawan menilai bahan berita, kalau tengok filem berjudul HUNT 2012 kisah budak bagitahu cikgunya cabul dia sedangkan itu hanya imiginasi, yang mana akhirnya cikgu itu mati kena bunuh kerana tokok tambah kebencian dari ibu bapa..
Apa apapun, saya juga ada kisah imiginasi seorang bayi..
Al kisahnya, Satu hari seorang ibu tiba tiba di takdirkan boleh berdialog dengan anaknya yang sedang berehat dalam kandungan perut ibunya.
“Apa khabar nak?”
“Khabar baik, siapa ni?”
“Ini ibu, anak sedang buat kat dalam tu?”
“Sedang main pusing-pusung badan”
“Ada apa lagi kat dalam tu selain main pusing pusing?”
“ Tak nampak apa-apa bu, sini gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil tu selalu dapat makanan. Saya selesa di sini”
“Apa yang anak makan kat dalam tu? Gigi pun belum tumbuh?”
“sini makan tak guna mulut, ada zat makanan yang dihantar terus melalui tali pusat”
“ Oh..Itu darah haid…agaknya”
“ Apa itu darah haid.?”
“ kalau ibu cakap pun kau bukannya paham?”
“ Cakap je lah ibu” .
“Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Darah haid tu di tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya. Ibu pun fail sains, ha ha”
“ Tak faham saya”
“ Kang ibu dah cakap, ibu pun tak faham, sebelum mengandung ada darah haid, lepas mengandung dah takde darah haid, itu sahaja yang ibu faham”
“Tapi ibu, saya rasa tak sedap hatilah, saya semakin hari makin sukar bergerak, ada benda-benda tak berguna keluar dari badan saya dan menganggu pergerakan saya
“ Patutlah anak duduk tendang-tendang perut ibu, rupa-rupanya anak rasa tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau nak, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar ke dunia kau akan sangat perlukan tangan dan kaki kau tu.., jadi sabarlah dengan daging yang melekat nak tumbuh tu, itu semua untuk kebaikkan kau nak”
“ Ah taknaklah saya tangan dan kaki ni, tak Nampak fungsi dia, baik saya gunakan zat dari tali pusat untuk besarkan lagi tali pusat. Boleh dapat sumber makanan banyak sikit”
“Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti tak akan ade doctor boleh cipta kaki dan tangan sesempurna ciptaan Allah untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya, kau tak boleh naik basikal”
“Basikal tu apa?”
“Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut ibu, kau akan menagis terkejut”
“ Baiklah ibu, saya rasa saya dah bersedia untuk ke luar sana, tangan dan kaki pun dah besar, pergerakkan dalam ni makin sempit, lagi satu, malaikat dalam sini ada bagitahu saya, jangan takut keluar ke dunia sebab di dunia nanti akan ada malaikat yang menyangi saya lebih daripda malaikat dalam ini.”
“Malaikat kat luar?, Siapa nama malaikat tu?”
“malaikat sini kata, nama malaikat kat luar adalah “Ibu”
Lantas berguguranlah air mata ibu bersyukur dengan nikmat bakal di sayangi anak dan buat si anak pulak, sebelum roh di tiup lagi, kasih ibu sudah tercipta untukmu selamanya.
Setiap hari lahirmu, sambutlah hari ulang Tahun ibumu bertarung nyawa menghadiahkan kelahiranmu duhai anak..
Semoga Woha sampai syurga!
(Di petik dan diolah semula dari Buku Hamka Keretamayat)
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過285萬的網紅Namewee,也在其Youtube影片中提到,Disclaimer: This video is meant for pure entertainment and have no intention to cause harm to any particular individual, if you feel the video has cau...
「tokok028」的推薦目錄:
- 關於tokok028 在 Facebook 的精選貼文
- 關於tokok028 在 Namewee 黃明志 Facebook 的最讚貼文
- 關於tokok028 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於tokok028 在 Namewee Youtube 的最佳解答
- 關於tokok028 在 Namewee 黃明志 - 第一首用馬來文唱的新年歌!!!!!!!!!!!! TOKOK ... 的評價
- 關於tokok028 在 Namewee 黃明志 - 第一首用馬來文唱的新年歌!!!!!!!!!!!! TOKOK ... 的評價
- 關於tokok028 在 Namewee 黃明志- 我的2014新年歌破十萬啦啦啦啦 ... - Facebook 的評價
- 關於tokok028 在 2022新年歌曲恭喜恭喜-假日節慶活動情報,精選在Youtube上的網紅 ... 的評價
tokok028 在 Namewee 黃明志 Facebook 的最讚貼文
TOKOK Long time no see!!!
很久很久很久沒有TOKOK了! 終於來了一集, 你看了嗎?!
小心您的咂兒...
tokok028 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global - Siri Ke 4
Mohd Danial Madani (MDM)
Secara jujurnya, kami sangat teruja dengan jawapan Datuk untuk sesi wawancara ketiga lepas di mana bagitu penting dan besar peranan Datuk dalam dunia kewangan Islam dan Penasihat Syariah. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya selain dari sibuk bekerja menjalankan tanggungjawab, apakah Datuk boleh kongsikan hobi dan aktiviti sukan Datuk di masa lapang?
Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)
Bersukan dan berhobi adalah satu aktiviti yang menarik. Ramai orang memberi masa dan wang untuk bersukan dan berhobi. Ia adalah aktiviti yang sihat tapi biarlah berpatutan.
Di zaman kanak-kanak, saya terlibat dalam semua jenis sukan dan hobi termasuklah yang berisiko tinggi. Itulah naluri seorang kanak-kanak pada masa tersebut. Kanak-kanak sekarang mungkin sudah berbeza. Guli, gasing, 'bulu ayam', baling tin, permainan ala 'combat' dengan senapang kayu buatan sendiri, badminton dengan menggunakan jaring dibuat dari tali, sepak takraw, hoki menggunakan kayu hoki buatan sendiri, bola sepak sehinggalah aktiviti membuat meriam buluh menjelang hari raya Aidil Fitri dan juga membuat benang wau bersalut kaca mentol yang ditumbuk halus untuk permainan lawan wau selepas musim menunai padi di Alor Star adalah rutin dalam kehidupan kanak-kanak saya. Dua aktiviti terakhir perlu dijauhi kerana berisiko tinggi.
Saya selalu merasai berada di puncak dunia apabila dapat bermain semua ini. Puas dan menyeronokkan sebagai anak kampung. Semuanya semakin berakhir apabila saya masuk sekolah menengah iaitu Maktab Mahmud. Usia remaja perlukan sukan dan hobi baru. Sebelum itu, sewaktu saya bersekolah rendah, saya banyak baca buku novel penyiasatan kanak-kanak ala Sherlock Homes. Sampai sekarang saya rasa buku-buku sebagini dapat membantu memahami perangai dan motif manusia dalam kehidupan dan bisnes. Sherlock Homes memang hebat. Dalam setiap tindakan dan perbuatan atau kenyataan manusia pasti ada motifnya. Bila tahu motif, hilanglah rasa ketakjuban (pepatah bahasa Arab).
Secara umumnya, saya tidaklah menonjol dalam apa-apa aktiviti sukan di peringkat umur 7-18 tahun. Sekadar bersukan. Rasa 'cemburu' juga melihat rakan-rakan sebaya yang hebat dalam pencapaian sukan mereka. Nampak mudah dan bersahaja cara mereka melakukannya. Itulah skil orang yang berjaya dan hebat. Bagi mereka ini semua adalah mudah tetapi untuk orang di sekeliling mereka, ia adalah sesuatu yang payah dan di luar kemampuan. Tidak semua boleh menjadi Eric Contana atau Kenny Daglish atau Lionel Messi atau pun dalam konteks Malaysia Dato' Misbun, Razif, Jalilani dan Rashid (Sidek) atau Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei.
Di Maktab Mahmud, saya hanya mendapat sedikit kejayaan dalam acara baling lembing jarak jauh. Saya tercicir dalam semua acara olahraga dan bola sepak walaupun saya minat sangat sukan bola sepak. Saya tidak perasan langsung bahawa Allah memberi kelebihan kepada tangan kanan saya. Itulah diri kita. Kita jarang mencari titik-titik kekuatan dalam diri kita sendiri. Kita hanya melihat dan mengeluh kelemahan diri sendiri dan kelebihan dan kekuatan orang lain tanpa menerokai di mana kekuatan diri sendiri. Pasti ada kelebihan yang Allah anugerah kepada kita. Apakah mesej di sini? Nanti saya terangkan sekejap lagi.
Di Kolej Islam Klang (KIK), saya cuba nasib untuk mewakili sekolah dalam sukan hoki tapi gagal dalam tahap penyaringan terakhir juga dalam latihan jalan itik. Nampak mudah itik berjalan tetapi saya tak boleh buat lebih dari 5 minit. Saya 'menyesal' kerana tidak pernah terfikir untuk mencuba aktiviti-aktiviti sukan yang fokus hanya kepada tangan seperti bola tampar dan badminton. Namun, tak perlu menyesal. Kadang-kadang kita perlu gagal dahulu sebelum berjaya. Kegagalan adalah sebahagian dari kejayaan. Akio Morito, pengasas Sony, mencipta periuk nasi elektrik yang memasak nasi hingga hangit sebelum beliau mencipta Sony.
Di KIK, saya banyak bersukan melalui sepaktakraw dan badminton. Skil saya sudah meningkat dengan baik kerana sudah jumpa sesuatu yang serasi dengan saya tapi saya tak fokus sangat kerana saya masih jadi 'ulat buku'. Fokus utama pada masa itu ialah kecermelangan dalam peperiksaan. Tekanan kemiskinan dan cabaran iklim belajar di KIK selalu membisik di telinga saya supaya "give all out". Displin belajar di KIK adalah DNA saya yang baru. Sukan belum lagi sebati dengan saya. Infusi (infusion) belum berlaku.
Hobi saya di KIK ialah mengajar bahasa Arab kepada ramai adik-adik junior dan juga aktiviti pengakap. Saya menjadi pimpinan no 2 dalam kelab bahasa Arab dan persatuan pengakap. Skil untuk survival dalam hutan melalui ilmu pengakap adalah yang paling mahal.
Aktiviti sukan saya telah berubah 360 darjah apabila saya menjejak kaki di Kuwait. Pelik tapi benar. Saya mulai berjinak-jinak dengan aktiviti sukan ping-pong yang ada dalam kawasan asrama dengan rakan-rakan. Saya mulai dari 'ground zero'. Lama kelamaan saya sudah cekap dan handal dan menjadi pemain terbaik dalam kalangan pelajar Asia. Saya juga menjadi johan di Fakulti Syariah dan mewakili Fakulti ke kejohanan peringkat Universiti Kuwait. Satu pencapaian yang dapat dibanggakan kerana bermula dari sifar. Namun, di peringkat universiti, saya kecundang di tahap suku akhir di tangan pemain yang mewakili negara Kuwait di peringkat antrabangsa. Bola putarannya waktu 'servis' (swing) amat mengelirukan dan menguja. Beliau adalah seorang profesional dan saya hanya seorang pemain secara hobi.
Bagitulah juga dalam profesion dan kerjaya kita. Sekianya kita fokus dengan latihan bertubi-tubi, kita akan sebati dengan apa sahaja yang diperlukan untuk berjaya. Semua orang yang berjaya pasti akan melalui jalan ini. Tidak ada jalan pintas dan tongkat sakti. Sesungguhnya orang yang berjaya dengan tongkat sakti belum lagi berjaya malah belum lagi berada di permulaan jalan kejayaan. Mereka hanya merosakkan warna dan wajah profil kejayaan yang sebenar.
Hobi saya di Kuwait ialah untuk mendengar kuliah-kuliah yang hebat dari tokok-tokoh yang hebat di seluruh masjid dan dewan kuliah serta diwaniyah di Kuwait. Di hujung minggu pula, saya suka mencari ketam di pantai dan juga menghadiri mukhayyam atau perkemahan di padang pasir. Pengalaman yang manis walapun susah bermalam di tengah-tengah padang pasir yang tidak ada sebarang kemudahan untuk beberapa hari.
Aktiviti sukan saya menjadi lebih menarik sewaktu saya berada di UK untuk pengajian Ph.D. Sukan badminton dan tenis menjadi pilihan. Sekali lagi, aktiviti sukan menggunakan tangan adalah fokus aktiviti bersukan saya. Cuaca dan iklim di UK pula adalah cukup kondusif. Saya dapat bermain dengan baik sehinggalah sekarang walaupun daya stamina sudah merosot disebabkan faktor usia. Saya pernah menjadi johan badminton acara beregu di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Dundee dan St Andrews dalam tahun 1992.
Buat masa sekarang, saya tidak boleh lagi melakukan aktiviti sukan yang lasak seperti badminton dan tenis. Ping-pong masih menjadi pilihan. Saya juga dan pandai bermain bowling tapi hanya bersama keluarga dan rakan-rakan sahaja. Berapa kerap? Kurang lebih 4-5 kali setahun. Tapi skill bowling saya amat luarbiasa. Saya percaya saya boleh menjadi pemain negara kalau ada latihan yang tersusun. Anda mungkin tersenyum sekarang. Dari riak wajah anda, anda kurang percaya. "Fair enough". Kalau anda tak percaya, kita boleh tetapkan masa dan tempat untuk bermain bowling. Ini hanya gurauan sahaja walaupun ada sedikit kebenaran sebab fokus bersukan saya sekarang adalah untuk kesihatan dan sedikit hiburan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Amalan sukan saya sekarang dalam usia awal 50an adalah berjalan di waktu pagi selama 45-60 minit atau berjalan atas trek di gym selama 30 minit dengan kadar kelajuan 5 km satu jam dan berbasikal selama 15 minit dengan kadar kelajuan 10km satu jam. Saya amat gembira kalau dapat peluang sebagini setiap hari. Di setengah ibu kota dunia seperti London dan Munich atau Luxembourg yang mempunyai taman atau hutan simpanan yang besar dan berusia lebih dari 500 tahun, saya cuba mencari masa untuk berjalan 2 kali sehari. Seronok dan nyaman sekali.
Bagaimana pula dengan hobi saya? Tak banyak hobi yang dapat dilakukan dengan konsisten disebabkan kesuntukan masa. Di masa zaman kanak-kanak dan remaja antara umur 10-18 tahun, saya suka memancing sehingga sepanjang malam. Hobi ini dah mati sekarang. Mustahil. Masa amat terhad. Saya terpaksa bertarung dengan diri sendiri untuk membahagikan masa untuk semua orang dan perkara. Semuanya penting dan kritikal untuk diri, keluarga, kerjaya dan masyarakat samada di Malaysia atau di luar negara. Semuanya mahu sebahagian masa saya.
Hobi yang masih ada adalah memasak. Saya suka mengambil resepi baru yang mudah bila saya berjalan di seluruh pelusuk dunia. Semua masakan saya ala-antarabangsa. Saya akan mencuba resepi masakan ini untuk keluarga dan kemudian rakan-rakan yang rapat sahaja. Maaf kepada yang lain. Tidak rezeki anda.
Hobi terbaru adalah menulis buku dan juga menulis ucapan saya sendiri. Mungkin boleh dicetak di masa hadapan. Saya juga suka membaca buku-buku novel dan majalah yang padat dengan ilmu seperti novel-novel karya John Grisham iaitu pengkisahan amalan undang-undang dalam dunia sebenar dan juga majalah National Geographic. Kedua-dua buku dan majalah ini menjadi bahan bacaan saya secara serius dan konsisten. Saya sedang mengumpul semua koleksi National Geographic dalam segala lapangan ilmu seperti sains, ekologi, angkasa lepas, arkelogi, haiwan dan serangga dan lain-lain lagi.
Bagi saya, tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang kekal selama-lamanya adalah al-Quran dan juga eko-sistem alam ini. Bacaan utama Muslim adalah al-Quran dan juga alam sejagat ciptaan Allah (afaq). Bacaan sebegini menjadikan saya dapat melihat Syariah dan dunia dalam perspektif yang simbosis dan infusi (sepadu dan sebati). Minda Syariah saya adalah Shariah itu adalah kehidupan dan bukan sebahagian dari kehidupan.
Di samping membaca, hobi 'gila' saya sekarang ialah menulis. Saya ingin menulis dalam apa sahaja bidang dan tema kalau saya mampu. Saya suka menulis tak kira masa dan tempat. Semoga Allah memberkati aktiviti sukan dan hobi kita.
(Foto-foto di bawah adalah gambar hiasan tetapi real mengambarkan aktiviti berjalan saya waktu pagi di Bahrain semalam dari 6-7 pagi. Satu jam yang menyihatkan dan menyeronokkan).
tokok028 在 Namewee Youtube 的最佳解答
Disclaimer: This video is meant for pure entertainment and have no intention to cause harm to any particular individual, if you feel the video has caused you any discomfort, please refrain from continue watching this, the author of video hereby express that he does not belong to any political parties, thank you.
There is no intention for any political associated propaganda, this is only views expressed by individual based on the freedom of speech act. It is not directed to any person, race or religion, should anyone feel offended, please stop viewing and leave this site immediately.
-
-
欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/namewee/
#Namewee #黃明志 #Tokok028
tokok028 在 Namewee 黃明志 - 第一首用馬來文唱的新年歌!!!!!!!!!!!! TOKOK ... 的推薦與評價
TOKOK 028 CNY SONG!!! http://www.youtube.com/watch?v=nS348WqobEM&list=PLp8YAQVH95dzM8LGQ9fKBPCt9tm1J6V6C&feature=c4-overview-vl. ... <看更多>
tokok028 在 Namewee 黃明志- 我的2014新年歌破十萬啦啦啦啦 ... - Facebook 的推薦與評價
[Namewee Tokok] 028 新年歌Apa Lagi Cina Mahu CNY Song 13-01-2014. CLICK SUBSCRIBE button above for more upcoming TOKOK! Disclaimer: This video is meant for ... ... <看更多>
tokok028 在 Namewee 黃明志 - 第一首用馬來文唱的新年歌!!!!!!!!!!!! TOKOK ... 的推薦與評價
TOKOK 028 CNY SONG!!! http://www.youtube.com/watch?v=nS348WqobEM&list=PLp8YAQVH95dzM8LGQ9fKBPCt9tm1J6V6C&feature=c4-overview-vl. ... <看更多>