BAGAIMANA 5 CARA TERBAIK INI MERAWAT KULIT DARI BAHAYA CUACA PANAS MELAMPAU
.
.
Sekarang pun dah terasa bahang panas. Syukur petang tadi hujan sekejap. Sangat tak selesa dan kalau boleh memang tak nak keluar rumah..
.
Kulit adalah organ paling besar pada tubuh kita. Tentulah ia yang paling dulu mendapat kesan dari fenomena extreme ini.
Tapi jangan risau.. di bawah ni ada cara mudah dan berkesan sy nk kongsikan. Mari kita lihat 6 cara terbaik untuk melindungi dan merawat kulit dari cuaca panas dan kering melampau:
.
1. Sunblock Sunblock Sunblock
.
Sinaran UVA dan UVB dari matahari adalah musuh utama kulit kita. Terdedah pada sinaran UVA yang berpanjangan menjadikan kulit kita kelihatan tua sebelum waktunya.
Sinar UVB pula adalah penyebab sunburn dan punca utama berlakunya kanser kulit. Gunakan Sunblock yang melindungi kulit dari sinar UVA/UVB dengan SPF15 atau lebih.
.
Sunblock, bukan sahaja harus diguna sebelum keluar rumah walaupun sekejap tetapi harus gunakan berkali2 juga.
Cara terbaik gunakan sunblock setiap 2-3jam sekali dengan sapuan yang tebal jika terpaksa bekerja di luar.
.
2. Sentiasa Minum Air Untuk Menggantikan Yang Terhidrasi Dari Tubuh
.
Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, "kurangkan kaffein di musim panas, Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan,” katanya
.
Jus buah2an juga membekalkan vitamin C secara alami untuk kulit yang yang cantik. Jadi selain mendapat air yang cukup, kulit juga akan menjadi lebih segar.
.
3. Gunakan Losyen Badan/ Body Lotion.
.
Sebaik lepas mandi dengan keadaan kulit yang masih lembap sapukan losyen badan diseluruh tubuh anda. Gunakan losyen yang sesuai iaitu yang tidak melekit agar anda selesa sepanjang hari. Losyen bertindak sebagai lapisan yang menghalang dehidrasi kulit.
.
4. Gunakan Aloe Gel Untuk Melegakan Kulit Yang Rosak Akibat Sunburn.
.
Aloe Gel dapat meredakan kesan terbakar (sunburn).Gel ini sebaiknya di simpan di dalam peti sejuk untuk rasa nyaman.
Saya pernah ceritakan tentang Aloe Vera dan kebaikannya untuk meredakan kesan terbakar atau sunburn. Pasti kulit anda akan kembali lega dan kembali segar apabila dirawat dengan Aloe Gel.
.
5. Jangan Gunakan Krim Pengelupasan Kulit.
.
Melainkan anda tidak akan keluar rumah pada waktu siang sehingga musim panas berakhir, elakkan penggunaan krim pengelupasan kulit. Banyak produk pemutih wajah juga mempunyai kesan pengelupasan kulit. Jadi berhati-hati terutama bagi yang berkulit Sensitif. Kulit yang mengelupas mempunyai lebih risiko untuk gejala lain di kemudian hari seperti jeragat, noda hitam dan kanser.
.
.
anda belajar sesuatu? cer komen sikit " sy fhm"
jgn LUPE LIKE N SHARE
uva hospital 在 UVA Medical Center Hour - YouTube 的推薦與評價
The Medical Center Hour is the University of Virginia School of Medicine's weekly forum on medicine and society. Produced by the Center for Health ... ... <看更多>
uva hospital 在 UVA Health - 首頁 | Facebook 的推薦與評價
If you are seeking medical advice, please call the Medical Center at 434.924.0000 to schedule an appointment or call 911 if it is an emergency. This page has ... ... <看更多>