"ANAK MASIH KECIL TAPI DAH PANDAI SOLAT, MENGAJI DAN MINAT DENGAN BUKU, INDAHNYA MEMBESAR TANPA GADGET"
🥰PROMOSI RM69 SAHAJA HARGA RUNTUH!!
.
Assalamualaikum. Masih ingat tak kisah adik Ziyyad yang brusia 2 tahun, tapi sangat bijak dan mantap dalam menghafaz al Quran. Inilah petikan dan sharing ikhlas dari fb ibu kepada adik Ziyyad.
.
Dulu masa Ziyyad umur 7, 8 bulan, umi Yadd pernah buat ksalahan yg amat besar skali. Bagi Yadd gajet. Excitednye la tengok ank kecik2 dh pndai fokus tgk zikir-zikir dan video education. Oh, takpe tengok yang belajar je..bukan lagu2 tak elok..umi biar yadd tengok lama2, akibatnye Ziyyad jadi suka tantrum bile die tak boleh tgk hp..rasa bersalah plak umi. Jadi, umi fikirkan cara nak ubah blik Yadd hidup TANPA gajet.
.
Ni la salah 1 cara umi berusaha buat sekatan gajet utk Ziyyad, dengan E-Book dari @mommyhana.mall. Yang ni edisi lama. Sekarang dh kuar edisi baru lgi best. Jom tgk perubahan Yadd.masa ni Ziyyad umur 1thn 8 bulan. "Selain hadiahkan ebook seperti dijual di @mommyhana.mall selalu juga ibu adik Ziyyad pasang surah mengadi dalam kereta dan lain-lain. Inilah salah satu usaha kecil kita mendedahkan anak-anak kepada al Quran. Terkini, @mommyhana.mall jual ebook yang kandungan sama tapi versi OMAR HANA yang dinamakan My First Book. Ada penambahan huruf Hijaiyah lagi tau dalam tu. Permintaan ramai mommies sebelum ni 😊
.
Moga2 anak2 mummy belum terlambat utk menjadi seorang hafiz suatu hari nanti.
Banyak juga perubahan anak2 mummy sejak guna ebook ku Islamic ni. Betul kata ibu adik Ziyyad indahnya belajar tanpa gajet.
.
✔ The FIRST & ONLY eBook di pasaran yang ada DWI bahasa MALAY-ENGLISH ✔ 6 LAGU KANAK KANAK🎶
. ✔ 15 BACAAN SURAH LAZIM
>Dari surah Al-'Adiyat hingga An-Nas ✔ 20 PAGES!
>Pengenalan huruf, nombor, haiwan, buah-buahan, kenderaan (disertakan bunyi) dan banyak lagi 🐢🐤🌽🍍🍓🚒🚓✈️ ✔ 6 PAGES PENDEKATAN ISLAMIK
1.Huruf Hijaiyah
2.Cara berwudhuk & bacaan (audio + gambar)
3. Niat Solat 5 waktu
4.Cara Solat (audio + gambar)
5. 25 Rasul di dalam Al Quran
6. Doa doa Harian (audio + gambar)
.
Info berkaitan ebook dan video2 anak2 belajar ebook di ig @mommyhana.mall Atau terus whatsapp 0179125009 untuk lebih info.
video lagu anak anak belajar mengaji 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Sisi cerah anak duduk di asrama.
Semalam ada orang share kisah sisi gelap anak duduk asrama seperti buli, gay, kawan tak bermoral, warden jahat, jenayah dan sebagainya.
Lepas tu ada pulak orang share sisi gelap anak duduk di rumah seperti cabul, sumbang mahram, hisap dadah, rogol anak dan sebagainya.
Apabendapun, jika tengok sisi gelap memang gelaplah nampaknya.
Tapi tahi cicak yang jatuh dalam kopi tetap boleh nampak sisi putihnya, dan jika jatuh dalam susu baru lah Nampak sisi gelapnya, bermakna ada kebaikkan tersembunyi walaupun pada tahi cicak bagi mereka yang mahu berfikir.
Kisah anak sulong saya, cemerlang UPSR dapat masuk asrama.
Menangis hari pertama kena tinggal, maklumlah dah 12 tahun hidup bersama ibu bapa, tiba tiba kena tidur jauh dari keluarga di tempat asing bersama orang asing.
Saya pesan pada dia: “Malam malam di katil asrama sorang diri. Agak agak sedih tak boleh tidur, pergi ambil wudhu solat hajat doa apa-apa yang patut. Hidup memang macam ni. Bertemu dan berpisah. Ayah nak jadikan kamu kuat dan berdikari”
Alih alih saya yang tak boleh tidur teringkatkan dia, saya yang bangun pergi ambil wudhu solat hajat doa kejayaan pada anak-anak.
Tapi niat saya adalah nak suruh anak kuat, jangan bergantung pada ibu bapa dan sila belajar survival, jika kena buli: bertindak! Lawan jika ada peluang, lari dengan ilmu dan jika ada gay ajak jadi gay: melawan, berdakwah, guna Ilmu agama, dan jika ada masalah, selesaikan, guna akal, guna peluang, guna kemampuan, dan jangan lupa pada Tuhan.
Sebab saya dulupun duduk asrama juga, ada masalah buli, saya handle, lekas lekas saya buat hubungan baik dengan samseng yang boleh digeruni oleh samseng lain, kes gay, saya dakwah, mereka malu, saya juga buat hubungan baik dengan warden, banyak hack life di asrama dapat kita kecapi jika baik dengan warden.
Itu cerita saya, cerita anak, pejam celik pejam celik, dah 3 tahun anak duduk asrama.
Waktu dia tiada, saya bebas dengan urusan saya, berdakwah, berceramah, keluar tengok wayang malam rabu dengan geng orang tua, ha ha. Hidup diteruskan.
Hari dia balik sebulan sekali rasa seronok macam esok hari raya, dan oleh sebab dia jarang ada rumah, bila dia bercuti saya akan luangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak seperti hiking, makan angin, tengok wayang dan lain lain (video aktiviti saya dan anak anak ada dalam youtube hamka keretamayat)
Okey saya bandingkan pulak dengan anak jiran yang sebaya tapi tak duduk asrama, nampaknya anak yang duduk asrama lebih rapat dengan kita, sangat hormat dan sayang pada ayahnya, tapi anak yang duduk Bersama si ayah, asyik gaduh, melawan, tak nak jalan sama sama, sibuk keluar dengan kawan, okey bukan semualah tapi ada.
Sebab remaja ni jika kita yang tua duduk dengan mereka lama-lama memang banyak tak sebulu, boleh bertekak sahaja, jadi saya hantar anak asrama, pandai dandailah korang survival, ayah pantau dari jauh, Allah yang jaga kita semua.
Baik, dari segi akhlak, saya dapat tahu anak saya dilantik jadi Imam di Asrama, subuh jummat wajib dia jadi Imam sebab dia hafal surah Al sejadah, dia juga aktif dengan macam macam aktiviti hingga warden selalu puji dia.
Waktu PT3 dia dapat cemerlang, dapat tawaran sekolah sains, Teknik, dan MRSM, saya suruh dia pilih sendiri, dan dia mahu ambik mrsm walaupun terpaksa jauh di kelantan, warden cakap, asrama lamanya dah kehilangan Imam tarawih yang sedap bacaanya..
Jadi anak ke MRSM dan kat sana dia wakil sekolah hafazan, dan masuk bertanding jadi wakil pelajar, dan menang. Tahniah anak, ayah dulu pengawas perpustakan sahaja.
Sekarang dia dah tingkatan empat, anak sulung yang sangat menyenangkan ayahnya, balik cuti merdeka baru ni saya ajak berjalan ke bandar sambil bertanjak, tak bantah pun ikut jer, anak soleh betul.
Saya juga suka bersembang kisah drogonball super, one punch man dengan anak-anak, ha ha!
Si anak juga suka tanya soalan agama, sampai saya tulis buku KISAH ANAK BINI, himpunan soalan anak saya yang pelik dan tak terjangkau minda.
Tapi itulah anak, saya rasa dia lebih alim dari saya sewaktu saya diumurnya, sekarang ini, dalam kereta saya kadang-kadang on muzik lagu XPDC, dia pakai earphone dengar orang mengaji.. malu ayah anak oii.
Jadi begitulah sisi terang anak di asrama, ayah memang suka semua anak masuk asrama sebab nanti jika ayah dan Bonda tiba tiba mati, (ayah dah tulis buku NGETEH DIKUBUR AYAH-Surat ayah dari kubur kepada anak anak)
Kat mana tadi? Oh ye, ayah memang suka semua anak masuk asrama sebab nanti jika ayah dan Bonda tiba tiba mati, korang tak lah kekok sangat merasai diri macam anak yatim piatu sebab hidup di asrama ni memang kena berdikari macam anak yatim piatu.
Sungguh hidup ini hanya sementara, dan kematian itu datangnya tiba tiba.
I love you.
Semua anak ayah.
Ps: ayah dah puji korang di Media social, so jangan buat malu pada ayah dengan malas belajar dan akhlak buruk, cover line sikit yer? Woha!
Ps2: 15hb sept ini bertempat di Ampang KL, saya buat kursus menulis, jom bersembang di sana:
http://wasap.my/60199117163/Penulisankreatif
http://wasap.my/60199117163/Penulisankreatif
http://wasap.my/60199117163/Penulisankreatif
video lagu anak anak belajar mengaji 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
STOP suapkan kanak-kanak dengan perkara yang otak mereka belum ready untuk develop please parents 🙏🏼 Umur 0-7 adalah tempoh EQ mereka berkembang pesat. After 7, baru otak ready untuk suapan IQ, itu pun gradually. Let them play. Because they learn through play. Bila EQ dah mantap, dan mereka ready untuk IQ, they'll shoot like a rocket bak kata Dr Putri Afzan.
Sangat membimbangkan melihat jumlah likes dan share di posting berkenaan (https://www.facebook.com/1409650354/posts/10217701902005201/). Saya harap Tuan Hakimin boleh take note juga ya..
Saya kongsikan tulisan rakan yang memang dalam bidang Early Childhood Education dan sekarang sedang melanjutkan PHD di Univ of Edinburg dalam bidang yang sama, Hazhari Ismail. Saya harap kenalan dapat share posting ini supaya rakyat dapat info yang sebetulnya (Jarang saya minta orang share posting saya tapi peerkongsian ini membimbangkan kami yang memang dalam bidang ECE.. Please ya..)
By Hazhari Ismail :
"Capaian yang agak ramai share dan likes.
Ia membimbangkan.
1. Umur 1 tahun tak perlu meja belajar. Bayi ini baru je melepasi tahap duduk tanpa sandar. Sesetengah bayi baru nak belajar berdiri, bertatih dan berjalan, kita dah suruh dia duduk di meja belajar? Kanak-kanak ada energy surplus yg perlu dilepask. sbb tu mereka aktif.
2. Kalau boleh sebelum kahwin dan dapat anak, sudah develop tabiat membaca. Tabiat perlu dipupuk dari awal, bukan bila baru mengandung baru nak membaca.
3. Kad baca/Flash Card ni nak buat apa? ABC, nama binatang, tubuh badan, warna. Ini boleh dapat dari sekeliling. Tunjuk benda yang konkrit dan real. Semua benda nak di-flash card kan pun tak bagus juga ya. Jangan bazir duit. Mengaji alif ba ta seawal usia 6 bulan? Seriously? 6 bulan ni dia baru jeee nak nampak warna selain hitam dan putih. Dah suruh ngaji?
4. Kenapa nak kena meja belajar, ikut jantina pula tu. Jangan terikut-ikut dengsn pyschosexual by Freud. Banyak masalahnya. Gender identity akan develop sampai aqil baligh. Dan lagi bagus mereka tahu roles jantina yang berbeza. Lagipun di area meja belajar je kan? Bukan tempat tidur.
5. Buku warna saya terima. Pegang pensel umur 2 tahun? Perkembangan kanak-kanak tak berlaku seperti itu. Nak bagi cepat tulis, kena kuatkan otot besar (motor kasar). Baru boleh ajar menulis (motor halus) untuk otot kecil. Cadangannya, bergayut banyak-banyak. Merangkak banyak-banyak. Conteng dinding secara menegak.
6. Saya tak sukalah guna perkataan suruh. Kanak-kanak kena explore dengan sendiri. Aktiviti koyak kertas dah bagus. Tapi janganlah sampai disuruh-suruh. Hilang keseronokan si kecik untuk meneroka.
7. Aktiviti kreativiti? Ramai salah faham. Bila sebut kreativiti mesti ramai pair kan dengan seni/art. Salah tu. Kreativiti benda yang besar. Berfikir pun adalah aktiviti yang kreatif. Main puzzle, problem solving, nyanyi, bercakap, semua benda lah. Ada unsur kreativiti di situ. Dan bukan seminggu sekali. Ia berlaku dan patut berlaku setiap masa.
8. Membeli je kejanya. Dua bulan sekali pula tu. Main tangkap sambut dan baling bola tu dah betul. Tapi penerangan kurang tepat. Ia bukan untuk motor skill tapi koordinasi tangan dan mata (hand eye coordination) Lagi tepat.
9. Beli buku phonic lagi seawal 1 tahun? Allahu.. Nama pun phonic (bunyi). Kenapa nak beli buku. Buku tak berbunyi. Pasanglah lagu atau video menari-nari phonic tu, kan lebih berkesan? And seawal satu tahun? Seriouslyyyyy.. Ini dah tenat.
10. Akhirnya, ada juga point yang semenggah.
Minta maaf. Saya perlu betulkan. Kalau tak, masyarakat salah faham. Saya yang sebersalah membiarkan ibu bapa ikut telunjuk yang salah.
Ibu bapa, kadang-kadang kita kena fikir logik. Baca dalam-dalam. Faham betul-betul. Tengok anak, betul ke ini yang terbaik untuk anak?
Penulis mungkin viral untuk benda lain, tapi jangan sama kan ia jika berkaitan dengan psikologi dan pendidikan kanak-kanak. Viral
pun boleh jadi dua.
Viral benda yang benda yang betul, atau yang salah.
Berlakulah adil.
Hazhari Ismail,
Baru balik Ikea tengok meja bacaan."
Terima kasih kerana prijatin terhadap perkembangan anak-anak kita ❤️