Al-Kisah Seram Kuku
.
Saya terkejut melihat semuanya berterabur habis licin. Kotaknya terbuka sedikit seolah-olah ada yang curi-curi menjamunya. Yang peliknya, balutan-balutan ditinggalkannya satu persatu dengan rapi dan kemas. Mustahil rakan-rakan sepasukan yang lain punya angkara kerana saya di bilik seharian. Jadi gerangan siapa yang membuatkan saya berasa seram kuku ni?
.
Semalam tekak saya teringin nak menikmati coklat hitam setelah sekian lama. Saya bukanlah kipassusahmati benda-benda manis, akan tetapi sekali sekala saya akan mencari apabila timbul kemahuan. Saya makan semua jenis coklat sebenarnya, tetapi dalam keluarga coklat ni, yang berada di carta teratas adalah coklat hitam atau pada kebiasaan di panggil ‘dark chocolate’. Umum tahu banyak kebaikan coklat hitam ini dan selain daripada itu saya sebenarnya kecanduan rasa semulajadi koko itu sendiri.
.
Bila di ingat balik, selepas makan malam semalam saya ada menyentuh lima keping sahaja sambil mentelaah sesuatu di komputer riba. Ianya memang betul-betul menimbulkan ketidakpuasan hati saya. Baik. Saya akan buat jejak balik apa sebenarnya berlaku.
.
Sebelum saya baring di katil untuk tidur, saya ke tandas. Sebelum ke tandas tu saya kemas-kemas bilik. Dan sebelum itu lagi saya ada bercakap telefon. Sebelum itu pula saya ada mentelaah urusan kerja di komputer. Dan sambil mentelaah tu lah saya ada menyentuh lima keping coklat hitam ni. Haaaaaa dah hampir jumpa punca dia ni. Baik, kena fokus kena fokus.
.
Waktu tekun buat kerja tu, saya ada ambil lima keping lalu saya keluarkan dan letak di luar kotak sebagai tanda itu yang saya nak jamukan. Oleh kerana ketekunan lobus oksipital keatas urusan di skrin komputer tu, tangan saya secara tak sedar mengambil satu persatu coklat hitam yang didalam kotak tersebut. Di telanjangkannya satu demi satu disertakan dengan suapan ke ceropong mulut saya. Khayal, benda sedap memang membuatkan kita separa sedar. Setelah habis di kerjakan sekotak tu barulah tangan terarah ke lima keping yang saya keluarkan awal tadi tu. Saya terkesiap, rasa macam dah makan tadi, tapi kenapa masih ada lima keping ni? Lobus depan malas nak berfungsi, apa-apa sajalah, saya pun jamu satu demi satu yang lima keping tadi tu.
.
Selepas selesai urusan kerja saya pun tutup komputer riba dan terus bercakap telefon sebentar. Dan selepas itu saya kemas-kemas bilik dan seterusnya saya ke tandas untuk gosok gigi dan sebagainya. Dan selepas keluar dari tandas saya terus menuju ke katil dan baring untuk tidur. Memang seram kuku guys, saya buntu dan masih tak dapat jawapannya. Siapakah punya angkara yang menghabiskan coklat hitam saya itu. Sungguh misteri !
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
kipassusahmati 在 Adli Shinichi Facebook 的精選貼文
"Sebelum ku pergi
Ada beberapa perkara
Yang harus dijaga
Bukan hanya harta yang berharga"
💲
Kasi terobek satu kali cerita kelmarin. Shoot MV Pergilah - Ainan Tasneem & @alifgram .
🚅
#Pergilah #MVMProduction #AinanTasneem #OfficialMusicVideo #NewMusicVideo #MusicVideo #AlifSleeq #Sleeq #Singapura #UntukDia #Shooting #Selfie #Artist #Singer #Actor #Aktor #Drama #Freelancer #Freelance #Fans #KipasSusahMati #Friendship