Menurut laporan Bernama TV, kes cubaan bunuh diri membabitkan remaja di negara ini semakin membimbangkan. 51% kes bunuh diri di Malaysia adalah remaja berusia 15 - 18 tahun bagi tempoh Januari 2019 sehingga Mei 2021. Purata kes bunuh diri di negara ini pula adalah 4 kes setiap hari. Paling membimbangkan, statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2021 menunjukkan peningkatan 143% kes bunuh diri berbanding 2020 (sebanyak 638 kes setakat Mei 2021).
Antara penyebab kes bunuh diri di Malaysia adalah:
1. Impak kesihatan mental akibat pandemik COVID-19
2. Lockdown berpanjangan menyebabkan kurang hubungan sosial
3. Kanak-kanak tidak bersekolah: Ketinggalan dalam pembelajaran dan hubungan sosial yang penting
4. Kanak-kanak terpkasa tinggal dengan pendera
Sumber: Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Malaysia & Wakil Khas Ke Brunei, Dr Rashed Mustafa Sarwar
Baca kenyataan penuh berkenaan kes bunuh diri oleh Ainie Haziqah di pautan berikut:
https://www.facebook.com/2014232865486745/posts/3097913797118641/?d=n
同時也有308部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Padu Beb Studios,也在其Youtube影片中提到,Pada waktu sekarang ni, rempeyek bukan sahaja dimakan pada musim perayaan, malah turut dimakan diluar waktu perayaan - untuk dijadikan minum petang at...
antara tv 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Siapa kata perempuan cantik sebab make up je? Haaa ni dia dorang buktikan mereka boleh kelihatan cantik tanpa make up!
antara tv 在 Facebook 的精選貼文
Sambungan cerita SAMPAH.
.
Mungkin ramai di antara kita yang rasa perangai orang kita ni amat sukar untuk di bendung kan? Bagi saya sendiri, saya lebih suka melihat dari sudut yang positif, sebenarnya masih ada harapan untuk masyarakat kita. Jangan biarkan kekecewaan membelenggu persepsi diri kita, kerana menidakkan kebolehan adalah salah satu langkah pramatang. Usaha haruslah kekal berterusan dan jika masih menemui kebuntuan maka ada keperluan untuk mencari tonik baru sebagai evolusi dalam percubaan. Pada pendapat saya ada beberapa tempat yang kita perlu rujuk kembali untuk memperkemaskan balik idealogi kefahaman serta mentaliti orang kita tentang bab ini.
.
Yang pertamanya adalah di peringkat rumah sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa bukan sahaja mendidik tetapi juga sentiasa memperingatkan anak-anak tentang perihal ini. Saya sendiri sentiasa menitik beratkan perkara ini kepada anak-anak. Kadang-kadang saya sengaja buat-buat kumpul sampah depan mereka dan juga saya tunjuk saya simpan sampah kecil dalam poket seluar sebelum di buang ke tong sampah berdekatan. Adakalanya tu saya buat macam kuiz, saya tanya kenapa saya buat sedemikian, kita bagi mereka berfikir sikit lah guys, baru senang nak lekat dekat kepala anak-anak. Apapun, didikan dirumah itu adalah amat penting dan kita jangan terlepas pandang. Dan juga, jangan lupa ye, LEAD BY EXAMPLE.
.
Keduanya di peringkat sekolah. Mungkin tidak perlu ada polisi khas dan sebagainya pun, kalau nak buat macam tu pun mungkin bagus. Macam dekat rumah tadi, kena ada penyampaian maklumat dan peringatan yang berterusan dari warga pendidik. Mungkin boleh juga dirancakkan sekali sekala dengan aktiviti gotong-royong kutip sampah berserta PENGISIAN ILMU. Bukan sekadar arahan tetapi ada penjelasan dan perkongsian ilmu tentang aktiviti tersebut. Sekolah adalah tempat dimana budak-budak ni untuk ‘absorb’ maklumat. Andai kata ada seorang dua yang jenis kepala batu, mereka masih juga akan terkesan apabila melihat kebanyakkan rakan membuat perkara yang betul. Sekolah adalah tempat kedua pembentukan sahsiah diri anak-anak kita, jadi kenapa tak nak gunakan peluang tersebut sebaik mungkin kan?
.
Ketiga diperingkat kebangsaan yang meliputi media massa dan media cetak, agensi-agensi kerajaan, mereka yang berpengaruh di dunia realiti mahupun alam maya dan sebagainya. Semua perlu bertanggungjawab memainkan peranan bersama. Selalu menyampaikan mesej kesedaran tanpa perlu tunggu menerima arahan mahupun bayaran. Memang lumrah manusia sentiasa lupa dan perlu di ingatkan. Kalau tak kawan-kawan, tak kanlah syarikat-syarikat besar sanggup melabur jutaaan ringgit untuk kempen pemasaran. Semata-mata untuk produk mereka di lihat setiap hari oleh masyarakat sama ada melalui billboard, kaca tv, surat khabar mahupun social media. Konsep sama kita harus ciplak dan sama-sama BERGANDINGAN untuk menyedarkan masyarakat di Malaysia.
.
Keempat, ermm....keempat ape erk? Hurmm lupa dah. Owhh! Elakkan dari menuding jari dalam isu ni. Salah kau, salah dia, salah mereka. Sampai ke sudah masalah tak kan selesai. Kadang-kadang masalah masyarakat kita macam ni lah, bila ade satu isu, semua orang sibuk duk cari sape yang salah. Lepastu berlarutan dan mulalah merapu sampai ke bab lain. Berbeza dengan apa yang saya belajar, dalam situasi tersebut sepatutnya semua orang kena fokus kepada SOLUSI nya. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Bagaimana untuk elakkan perkara ini berulang lagi? Apa langkah seterusnya? dan lain-lain. Macam ni barulah masalah boleh selesai dengan cepat.
.
Yang terakhir adalah kompaun, denda dan yang seantara dengannya. Saya sebenarnya kurang selesa dengan langkah ni. Kalau boleh kita elakkan bab denda-denda ni dan jikalau perlu untuk denda jugak, biarlah dengan tujuan untuk mendidik. Kenapa saya kurang setuju? Menghukum adalah langkah bersifat sementara sebenarnya kawan-kawan. Ianya bukan pendekatan yang efektif pun. Sebagai contoh, kita ada anak. Bila anak tak solat, instead of didik dengan penjelasan dan hujah, kita guna cara hukuman. Anak tu akan solat selagimana kita ada, kerana takut. Akan tetapi sampai satu masa bila anak tu dah keluar dari rumah, anda rasa apa akan terjadi? Sebahagian besarnya akan buat perkara sebaliknya, ‘culture shock’. Di pendekkan cerita, kita tak nak masyarakat kita takutkan denda dan kompaun, atau sebab takut kerana ada cctv merata tempat dan juga mungkin ada pihak penguatkuasa. Tetapi kita nak masyarakat kita buang sampah ke tempat yang sepatutnya adalah kerana mereka mempunyai kefahaman mutlak akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan kawasan setempat. KESEDARAN SIVIK.
.
Saya mungkin betul dan saya juga mungkin salah. Ini cumalah pendapat dan idea-idea dari saya. Jika anda rasa ianya bernas, bolehlah diguna pakai dan saya gembira jika ianya dapat dimanfaatkan. Akan tetapi jika anda ada pandangan dan idea-idea yang lebih kreatif dan menarik, bolehlah kongsi di ruangan komen supaya kita semua dapat gunakan untuk kebaikan bersama. Tugas mendidik itu adalah tugas kita BERSAMA.
.
Terima kasih semua 🙏❤️🇲🇾
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
antara tv 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
Pada waktu sekarang ni, rempeyek bukan sahaja dimakan pada musim perayaan, malah turut dimakan diluar waktu perayaan - untuk dijadikan minum petang atau snek ringan sewaktu menonton TV.
Rempeyek Suhana - Produk yang mungkin baru berada di pasaran, tapi misi mereka mungkin 1 - mahu lebih ramai anak muda kita mengenali makanan tradisional ini. Bahan asas untuk membuat rempeyek tidak sukar yang disangkakan - Tepung, Jintan Putih, Ikan Bilis, Kacang dan santan antara bahan untuk menghasilkan rempeyek. Rempeyek yang bagus juga tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu tebal atau nipis.
Nak beli Rempeyek Suhana ini? Cari di Shopee : www.shopee.com.my/rempeyeksuhana
#PaduBebBros #RempeyekSuhana #Shopee
antara tv 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Akok antara kuih tradisional pantai timur yang terkenal dengan rasa lemak dan manis. Kuih akok berasaskan telur, santan dan tepung. Akok sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.
Kuih akok yang di jual oleh Kak Nab di gerainya dimasak secara tradisional menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar. Sabut kelapa tersebut apabila dibakar menghasilkan asap yang beraroma menghasilkan kuih akok yang lebih wangi dan sedap.
Lokasi : Gerai Kuih Kak Nab
Alamat : Kampung Kepulau, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
antara tv 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor ini dibawakan oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Dalam episod 10 ini, Rhys meneruskan pengembaraan mencari usahawan "ZERO to HERO" di Daerah Sepang.
Rhys bertemu dengan En. Shah Mohd dan Pn. Ann Yusak, pemilik Dr. Mamame dan BaeHanna. Bermula dengan permasalahan anaknya, mereke berjaya mencipta balm bayi untuk kegunaan anak dan kini menjadi antara produk keluaran syarikat mereka. Bukan itu sahaja, pelitup muka dengan teknologi silver ion, penjagaan muka juga antara produk keluaran Dr. Mamame dan BaeHanna.
Jom tonton untuk melihat keunikan produk usahawan tempatan.
Jangan lupa sertai GIVEAWAY dalam episod ini dengan hanya tekan tanda like, komen dan letakkan #SAYANAKBAEHANNA. Hadiah menarik menanti penonton bertuah!
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.