Aku masih teringat, Siaran TV hari itu adalah sangat menakutkan, berita terkini memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..
Tiga hari kemudian, bekalan makanan di rumah Aku sudah habis, beras, tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah habis di makan, Aku yang tidak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak makan aiskrim, lalu dengan terpaksa, Aku keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi anak saudara merangkap anak tiri kerana ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat kencing manis dua tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi kabus dan asap, namun aku masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai sudah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh, JKK Umno, anti vaksin, ejen shopee, sipolan sipolan..
Oh, mereka semua sudah menjadi mayat..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi tembakkan lagi, dan aku sempat lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Aku bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Aku dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri aku di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus pengsan, air mata aku terus tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Mereke di seret ke tengah padang, sedang darah mengalir dari kepala mereka.
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sorang demi sorang, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri aku juga di rogol dan di tembak di kepla, anak aku juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu, atau parang lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku terjaga dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan akibat pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka membalut lukaku.
Aku menangis lagi, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Aku makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang sungguh menyelarakan aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membasahi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Aku campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Aku mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu berenang dengan satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., oh, rupa rupanya bukan kayu hanyut, tapi beratus ratus mayat yang sedang hanyut ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu aku kenal, dan aku menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anakku juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan susah payah aku tarik mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku baringkan mayat isteri di sebelah kanan, dan mayat anak di sebelah kiri sedang aku berbaring di tengah antara mereka..
Aku berbaring menunggu maut, kematianku sangat sedih, di saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya di ziarahi kawan kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, siap makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala permintaan arwah yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun arwah masih rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi sungai bersama mayat isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang ziarah, tiada buah anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati, mayatnya di mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat, lepas tu ada tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan anak yang berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang anjing meratah mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita mati, mayat kita dimandikan, dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah, dan jiran datang tahlil rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita dibiarkan berulat di tepi jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi mayat yang merdeka.”
Selamat Merdeka, selamat hari Malaysia.
(Kisah ini dipetik dari Buku Hamka Keretamayat)
Ps: Merdeka yang sebenar adalah apabila kematian kita dicemburi oleh orang yang beriman. Sebagaimana kisah Sahabat yang syahid, Nabi uruskan mayat mereka hingga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar merasa cemburu kepada mayat yang merdeka! sejauh mana kematian kita dicemburui orang beriman? atau kematian kita tidak dipeduli langsung kerana kita gagal menjadi muslim yang bermanfaat-renung renungkan, semoga Woha sampai syurga.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Selama setahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan selebriti Intan Ladyana, berusia 38 tahun dan Harris Alif berusia 21 tahun selamat disatu...
「gambar selamat pagi」的推薦目錄:
gambar selamat pagi 在 Facebook 的最讚貼文
Cucuk Vaksin tanda anda seekor Tikus Makmal?
Alkisahnya, Dari jauh kelihatan seorang doktor sedang berdiri di sisi katil memegang beberapa keping gambar imbasan x-ray. Kepala doktor itu botak, cermin matanya dijatuhkan ke hujung hidung dan ditangannya memegang telefon sambil menyemak beberapa fakta.
Di atas katil pesakit kelihatan seorang lelaki yang wajahnya seperti saya. Umurnya sekitar 40-an, hensem tiada tapi manis ada.
Selang beberapa bunyi beep dari mesin canggih di bilik sebelah, doktor pun bersuara:
“Encik Hamka, saya dah kaji gambar tompokan darah yang isteri awak ambil di bilik air pagi tadi. Saya nak tanya, awak ada makan apa-apa sewaktu bangun pagi?”
Eh? Rupanya orang itu adalah saya? Apa cerita ni? Tompokan darah? Apa ni?
“Doktor, pagi tadi saya makan dua biji telur separuh masak dan buah tembikai.”
Doktor tiba tiba tersenyum sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket. Beliau mencabut cermin mata dan disangkut di poket baju.
“Encik Hamka, silap kami juga tak buat analisis awal, budak housemanship tak sabar nak tengok dinding perut pesakit kanser lalu dengan tergesa-gesa menjolok perut encik dengan endoscope. Mungkin encik tak pernah dijolok, itu yang pengsan. Encik sebenarnya sihat walafiat, tompokan darah itu adalah luka pada gigi. Apabila gusi dan buah tembikai bercampur dengan ubat gigi, memang nampak macam darah.”
“Alhamdulillah, ingatkan saya ada kanser dan nak mati tadi.”
“Pihak kami minta maaf sebab kebetulan hari ini saya nak ajar budak praktikal tentang luka perut jadi sewaktu awak pengsan kami guna visual dalam perut awak sebagai bahan pelajaran untuk doktor pelatih, maafkan kami.”
“Tak apa doktor, segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana masih diberi kesihatan oleh Allah dan saya tak marah akan pelakuan doktor menjadikan saya sebagai bahan latihan kepada bakal-bakal doktor. Saya juga tidak akan viral menyalahkan doktor guna pakai loaksi dalam perut saya sebagai bahan mengajar tentang bagaimana dinding perut manusia berfungsi kepada budak-budak housemanship kerana saya sedar bakal-bakal doktor itu akan mendapat ilmu dan menggunakannya pada masa hadapan untuk menyelamatkan ribuan manusia. Demi kebaikan semua, biarlah saya berkorban”
“Wah, tak pernah saya dapat pesakit macam Encik Hamka, biasanya orang suka cari salah doktor dan viralkan sambil memburukkan kerajaan.”
“Doktor, dosa menfitnah orang lain ini besar, dosa sendiri pun tak habis taubat, nak tambah dosa menfitnah pula?”
“Bagus orang macam awak ni, jarang jumpa, sepsis rare”
“Doktor dah cucuk Vaksin yang baru tiba di Malaysia tu?”
“Mestilah dah, macam awak cakap jugak, awak rela bertahan sekejap waktu saya suluh perut sambil mengajar budak budak pelatih, maka saya ambil vaksin untuk menilai sendiri keberkesanannya pada manusia, jika saya selamat, maka akan selamatkan orang ramai insyaAllah, jika saya mati lepas vaksin, maka cari sukatan lain, agar semua orang selamat, dan kematian saya tidak sia sia sebab dalam kejayaan, pasti akan ada yang tekorban”
“wah, macam merdeka kan, nak menang dari penjajah, berapa ramai yang telah terkorban”
“Betul, dan untuk lawan Covid ni, pengorbanan dari semua pihak sangat penting, berapa ramai dari kita berterima kasih bila vaksin yang sampai pada kita dah melepasi tahap ketiga keberkesanan,”
“Ya, mereka yang awal awal volunteer jadi manusia terawal suntik vaksin sedangkan keputusan belum ada, adalah wira, mereka rela bekorban demi kemaslahan ummat sejagat, Tapi pelik sekarang ini, kes mati lepas vaksin sangat kecil berbanding kes kematian tanpa vaksin, pun masih ada manusia tak bersukur dan anggap wira kemanusia sebagai tikus makmal, Selfish betul golongan anti kajian malmal ini,! Tak tahu bersyukur!”
“Doakan yang baik baik, semoga pintu hidayah terbuka, tahniah bila awak faham bahawa bekorban untuk kebaikkan ummat di masa hadapan adalah sunnah”
“Benar, betapa banyak darah dan air mata Nabi serta sahabat yang telah terkorban demi keselesaan kita beragama hari ini, sungguh dalam kelembutan sejadah, keamanan solat lima waktu, al quran yang dah siap bercetak, buku agama bersusun susun, solat di bawah kipas nombor lima siap dengan pengingin air cond, di seballik semua itu tidak terkira betapa banyakknya mengalir darah dan air mata sahabat”
“Bagi mereka yang mahu berfikir”
*********
Hidup perlukan pengorbanan, dan sebaik baik pengorbanan adalah pengorbanan yang memberi kebaikkan pada ummat.
Sejauh mana kita mahu bekorban hari ini demi kebaikkan dunia dan akhirat?
Renung renungkanlah.
Semoga Woha sampai syurga!
gambar selamat pagi 在 Facebook 的最佳解答
Selamat Berpuasa semua,
.
Kenangan sungguh gambar ni, ini pertama kali saya pergi umrah pada tahun 2008, selepas 8bulan syahadah. Sempat mendaki Jabal Nur hingga ke Gua Hira. Alhamdulillah
.
"Tidak perlu melihat aib orang lain. Cukuplah kamu melihat dirimu dan ayam yang berkokok di pagi hari. Lihatlah siapa yang bangun terlebih dahulu mengingati Tuhannya, makanya itu adalah yang lebih baik dan bijaksana." Imam Al-Ghazali rah
.
Nasihat untuk diri sendiri
Kita nampak baik, sebab Allah tutup aib kita 😔
Jika ia terbuka , semua orang akan lari dari kita.
#throwback #makkah #jabalnur #hira
#adamcorrie
gambar selamat pagi 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Selama setahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan selebriti Intan Ladyana, berusia 38 tahun dan Harris Alif berusia 21 tahun selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat tanggal 5 Febuari 2021. #HARRISINTAN
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
gambar selamat pagi 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti, Harris Alif, 22, dan Intan Ladyana, 38, selamat diijabkabul sekitar pukul 10.00 pagi tadi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis yang dijalankan di bawah SOP ketat itu dihadiri oleh 14 orang yang terdiri daripada keluarga terdekat. #HARRISINTAN
BACAAN LANJUT: https://www.budiey.com/intan-ladyana-kini-sah-isteri-harris-alif-akad-nikah-di-jawi-disaksikan-14-tetamu-sahaja/
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
gambar selamat pagi 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Selama setahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan selebriti Intan Ladyana, berusia 38 tahun dan Harris Alif berusia 21 tahun selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat tanggal 5 Febuari 2021.#HARRISINTAN
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!