Sambal ikan kembung😋
Bahan2:
Ikan kembung(goreng dulu)
Cili kisar
Bawang putih,merah
Kicap manis
Cili sos
Asam keping
Gula
Garam
Bawang holand
Cara masak:
Tumis bawang putih, merah(sampai naik bau)masukkan cili kisar korang agak2 laa ikan tu banyak mana,masuk air sikit,kacau2 masuk pulak asam keping,kicap,sos..last sekali gula garam haa siap gu plak dengan nasi panas2 aummmm😬
同時也有21部Youtube影片,追蹤數超過9萬的網紅beby _toratora,也在其Youtube影片中提到,?️SAMBAL BELACAN GORENG KAK LIN?️ @sambal_belacangoreng_kaklin ✅ 100% Homemade, Tuang jer.. boleh terus dimakan ✅ Menggunakan bahan semulajadi yang ...
「ikan sambal merah」的推薦目錄:
- 關於ikan sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ikan sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ikan sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ikan sambal merah 在 beby _toratora Youtube 的最讚貼文
- 關於ikan sambal merah 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於ikan sambal merah 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於ikan sambal merah 在 Memasak Ikan Goreng Sambal Merah | By TRANS7 - Facebook 的評價
- 關於ikan sambal merah 在 Pin on Resep Sambal - Pinterest 的評價
ikan sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG BY CIKGU AFY 🐔🔥
A. RESEPI DAGING HARIMAU MERAUNG
1. Basuh bersih 500 gram daging.
Perapkan dengan bahan di bawah:
(Kuantiti cikgu agak-agak sahaja)
- 1 senduk kecil sos blackpepper
- 1 senduk kecil kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- secubit dua serbuk kunyit
- sedikit perencah secukup rasa
2. Tambahkan bahan tumbuk:
- sebatang serai
- sehiris nipis halia
- seulas bawang putih.
Gaul mesra kesemuanya.
Perapkan selama setengah jam.
3. Panaskan pan dengan satu sudu minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang*
Daging yang dibakar jangan terlebih masak.
Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar tu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
B. RESEPI SAMBAL PENCICAH
1. Sediakan bahan di bawah:
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- sehiris nipis halia
- 1 relung kecil nisse / gula melaka
- 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Afy Al Habibi
ikan sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
resepi sambal bilis rangup paling senang cara saya
* bawang putih
* cili api
* tumbuk kalau rajin lumat lah
kalau tak rajin kasar 😅
panaskan minyak masak
tumis bawang putih sampai garing
masukkan cili api
tumis sampai cili masak
masukkan garam + aji + asam keping
dah masak masuk ikan bilis dan siap 😉
ikan bilis akan rangup sampai seminggu
rahsia dia jangan pakai bawang merah
kalau nak pakai gak kena sampai betul2 garing okay 😉
ini cara saya
Credit : Nurulnabila Zaidi
ikan sambal merah 在 beby _toratora Youtube 的最讚貼文
?️SAMBAL BELACAN GORENG KAK LIN?️ @sambal_belacangoreng_kaklin
✅ 100% Homemade, Tuang jer.. boleh terus dimakan
✅ Menggunakan bahan semulajadi yang segar
✅ Boleh dijadikan perencah nasi goreng, bihun goreng, kangkung/bendi/terung goreng belacan, air asam, cicah dengan keropok, nugget dan macam² lagi mengikut kreativiti anda.
✅ Bertambah nasi tanpa disedari
✅ Jimat masa dan tenaga.. tidak perlu menumbuk lagi.
✅ Rasanya yang just on point.. pedas, manis, masam, masin.. tak perlu adjust apa².
✅ Bau belacan tidak melekat di tangan sesudah makan
✅ Produk Muslim
✅ 250ml
Ramuan
? Cili hidup, cili api hijau dan merah
? Belacan didatangkan khas dari utara, bersih pembuatannya.
? Garam, Gula. Asam Jawa
? Limau kasturi
? Bawang Putih
? Minyak
Cara penyimpanan
➡️ Simpan dalam petisejuk selepas dibuka agar tahan lebih lama. Tetapi dari feedback.. tak sempat simpan lama pun sebab sedap sangat
wasap.my/601126446437/naksambalkak
nak postage murah beli di SHOPEE kita
https://shopee.com.my/product/15954492/9041209036?smtt=0.15955828-1618404549.3
ikan sambal merah 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Resepi Siakap Goreng Sambal Paling Senang Untuk Semua.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ijo yang digunakan sebagai kuah untuk Ikan Siakap Goreng kita. Resepi paling senang untuk semua orang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena
3 Bijin Cili Merah & Hijau
1 Biji Bawang Besar
1 Mangkuk Kecil Tepung Gandum
1 Mangkuk Kecil Tepung Beras
Gula & Garam Secukup Rasa
Serbuk Kunyit
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan menyelar ikan mengikut teknik yang ditunjuk oleh Fendi di dalam video. Perapkan ikan dengan garam, gula, kunyit, tepung beras, tepung gandum dan biarkan selama 5 minit.
sementara menunggu, potongkan bawang besar, cili hijau dan potong dengan kecik atau berbentuk kiub.
Selepas itu, panaskan minyak dan mula menggoreng. Lihat dalam video teknik menggoreng yang diajar oleh Fendi. Selesai menggoreng, letak ikan di atas pinggan
Seterusnya, tumis bawang sehingga keemasan, dan letakkan 2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena dan tumis sehinga separuh masak, letakkan cili dan sedikit air. Tumis sehingga pekat dan tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #siakapsambalijo #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
ikan sambal merah 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destinasitv-combo/
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Sambaleena.. pasti terangkat! Sambaleena ada juga mengeluarkan produk bumbu selain dari sambal-sambal mereka yang “ready to eat”. Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Tempoyak untuk membuat Ikan Bakar Isi Sambal paling senang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan-bahan untuk Ikan Bakar Sambal Tempoyak:-
Sambal Tempoyak Sambaleena
2 Ekor Ikan Cecaru/Jaket
4 Tangkai Cili Merah & Hijau
1 Leret daun Pisang
Garam
Kunyit
Cara penyediaan Ikan Bakar:-
Siang Ikan dengan Membuang ekor, sirip dan lain lain
Belah bahagian atas ikan, diantara daging dan tulang
Isikan bahagian dalam ikat tersebut dengan Sambal Tempoyak Sambaleena
letak cili yang dipotong kecil di tempat yang sama
Bungkus ikan tersebut dengan daun pisang
panas kan grill dan mula memanggang!
Anda perlu panggang selama 5-7 minit setiap sisi
Sangat mudah bukan cara untuk membuat Ikan bakar ni? Jangan lupa untuk mencuba Serunding Halia Set Pantang sebagai menu tambahan, sangat sesuai digandingkan bersama menu seperti ini ??????
#destinasitv #resepitok #resepimudah #ikanbakar #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
ikan sambal merah 在 Pin on Resep Sambal - Pinterest 的推薦與評價
Nah, semalam dapat ide buat masak ikan sambal sunti biar gk bosan dengan ikan lado aja. Ikan sambal sunti ini khas ... 2 siung bawang merah, iris tipis. ... <看更多>
ikan sambal merah 在 Memasak Ikan Goreng Sambal Merah | By TRANS7 - Facebook 的推薦與評價
Membantu mamak memasak Ikan Goreng Sambal Merah, mantaapp. #SiBolang. ... <看更多>